Anda di halaman 1dari 21

Pengertian Aqiqah

ّ
Al-‘Aqiqah berasal dari perkataan al-‘Aq (‫)العق‬ yang bermaksud al-Qat’u (
‫ )القطع‬iaitu memotong. Aqiqah pada asalnya ialah rambut yang berada di
kepala bayi ketika dilahirkan dan dinamakan kambing yang disembelih
untuk bayi sebagai aqiqah adalah kerana rambut tersebut dicukur ketika
sembelihan itu dilakukan. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda dalam
hadis;

‫ وأميطوا عنه األذى‬،‫ فأهريقوا عنه الدم‬:‫الغالم مرتهن بعقيقته‬


“Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya[1], maka tumpahkanlah
darah untuknya (yakni lalukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah
kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.)

Yang dimaksudkan dengan kotoran (‫ )األذي‬dalam hadis ini ialah rambut


yang dicukur dari anak kecil tersebut.[2]

Adapun dari sudut Syara’, Aqiqah bermaksud; binatang yang disembelih


untuk bayi yang dilahirkan.[3] Disunatkan memanggilnya dengan nama
nasikah (‫ )نسيكة‬atau zabihah (‫)ذبيحة‬.[4]

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah hadis Buraidah r.a. yang menceritakan;

‫أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم عق عن الحسن والحسين‬


“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melakukan aqidah untuk Hasan dan
Husin”. (Riwayat Imam an-Nasai)

Hukum Aqiqah

Aqiqah hukumnya adalah sunat muakkad.[5] Dalil sunatnya aqiqah ini


ialah hadis yang diriwayatkan oleh Salman bin ‘Amir r.a. tadi.[6]

Melakukan aqiqah tidaklah wajib kerana Abdurrahman bin Abi Sa’id


meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w.
[
[
[
[
[
[
ditanya berkenaan dengan aqiqah? Lalu baginda bersabda;

‫ال أحب العقوق ومن ولد له ولد فأحب أن ينسك له فليفعل‬


“Aku tidak al-‘Aquq.[7] Sesiapa yang memperolehi anak kecil, lalu ia
suka untuk menyembelih (aqiqah) untuknya, maka lakukanlah”.
(Riwayat Imam Abu Daud).

Dalam hadis di atas Rasulullah mengikat sembelihan aqiqah tersebut


dengan “ia suka”. Maka ini menunjukkan bahawa aqiqah tidak wajib.
Selain itu, aqiqah adalah darah yang ditumpahkan (yakni sembelihan
yang dilakukan) tanpa disebabkan oleh sebarang jenayah dan juga
nazar, maka oleh itu ia tidaklah wajib sebagaimana korban.[8]

Siapa yang dituntut melakukan aqiqah?

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah bagi seorang bayi ialah orang
yang berkewajipan menanggung nafkahnya. Kerana itu, harga aqiqah
dibebankan kepadanya, bukan kepada bayi. Jika ia melakukan aqiqah
dengan mengambil dari harta/wang bayi, maka wajib diganti. Ini kerana
aqiqah itu tergolong dalam tabarru’ (derma) dan ditegah wali/penjaga
melakukan tabarru’ (derma) dengan harta anak di bawah jagaannya. [9]

Disunatkan mengaqiqahi anak apabila mampu. Ukuran kemampuan ialah


sebelum tamat tempoh nifas yang terpanjang bagi ibu yang melahirkan
bayi tersebut. Jadi, jika seorang wali/penjaga yang menanggung nafkah
bayi tidak ada kemampuan untuk melakukan aqiqah semasa anak
dilahirkan, namun jika sebelum tamat tempoh nifas terpanjang itu ia
mendapat kesenangan dan mampu melakukan aqiqah, maka sunat
aqiqah itu masih dituntut ke atasnya.[10] Namun jika sepanjang tempoh
nifas tersebut ia masih susah (yakni masih tidak mampu), maka gugurlah
tuntutan aqiqah itu darinya.[11]

Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari; jika ayah dari anak yang

[
[
[
[
lahir dalam keadaan tidak mampu, maka sunat bagi datuknya yang
mampu melaksanakan aqiqah cucunya sebagaimana yang dilaksanakan
oleh Rasulullah s.a.w. ke atas cucunya Hasan dan Husin kerana yang
memberikan nafkah kepada keduanya adalah Rasulullah kerana orang
tuanya tidak mampu….[12]

Ibu tidak sunat mengaqiqahi anaknya kecuali apabila ayah tidak mampu.
Anak zina yang wajib memberi nafkahnya adalah ibunya, maka sunat
bagi ibu mengaqiqahi anaknya. Ini adalah Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli.
Adapun Syeikh Khatib Syarbini berpendapat; tidak sunat bagi ibu
mengaqiqahi anak yang dilahirkan kerana zina sekalipun ia wajib
menaggung nafkahnya kerana melaksanakan aqiqah akan menambah
malu kepada anak itu.[13]

Binatang yang sunat diaqiqahkan

Terhasil sunat aqiqah apabila wali menyembelih untuk anaknya seekor


kambing sama ada anak itu lelaki atau perempuan.[14] Terdapat riwayat
di mana Saidina Ali menceritakan;

‫الحسن بشا ٍة وقال يا فاطم ُة احلقي رأس ُه وتص َّدقي بز ِن ِة شعر ِه فض ًَّة‬
ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَي ِه و َسلَّم عن‬
َ ِ ‫عق َرسُو ُل هَّللا‬
َّ
‫درهم‬
ٍ ‫بعض‬
َ ‫فكان وزن ُه درهما أو‬ َ ‫فوزنت ُه‬
“Rasulullah s.a.w. melakukan aqiqah bagi Hasan dengan seekor kambing
dan baginda berkata kepada Fatimah; ‘Cukurlah rambutnya, kemudian
sedekahkanlah seberat timbangan rambutnya itu perak’. Ali berkata;
Lalu aku menimbangnya, maka beratnya ialah satu dirham atau
beberapa dirham”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Begitu juga, riwayat dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;

ً ‫ كبشا ً كبشا‬-‫رضي هللا عنهما‬- ‫عق عن الحسن والحسين‬


َّ -‫صلى هللا عليه وسلم‬- ‫أن رسول هللا‬
“Rasulullah melakukan aqiqah bagi Hasan dan Husin dengan
(menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk
Husin)”. (Riwayat Imam Abu Daud)

Namun yang afdhal (yakni yang paling baik) bagi anak lelaki ialah dua

[
[
[
ekor kambing. Ini berdasarkan riwayat Ummu Kurzin yang
menceritakan; “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
(berkenaan Aqiqah);

‫ وعن الجارية شا ٌة‬،‫عن الغالم شاتان مكافئتان‬


“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak
perempuan seekor kambing”. (Riwayat Abu Daud)

Sembelihan aqiqah disyari’atkan untuk menzahirkan kegembiraan


terhadap kelahiran anak dan kegembiraan dengan lahirnya anak lelaki
biasanya lebih besar, oleh itu sembelihan juga digalakkan lebih banyak
dari kepada anak perempuan.[15]

Apakah harus beraqiqah dengan unta dan lembu? Jawapannya adalah


harus di mana 1/7 bahagian unta atau lembu menyamai seekor kambing.
Oleh itu, seekor unta atau lembu boleh dijadikan aqiqah untuk tujuh
orang anak. Dan harus seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi
lembu atau unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah
seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk
aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk
dagingnya sahaja. Hukum ini sama sebagaimana yang disentuh dalam
bab Korban terdahulu.[16]

Seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu/unta hanya bagi seorang anak
sahaja. Oleh demikian, jika seorang itu dilahirkan dua orang anak
untuknya, kemudian ia hanya menyembelih seekor kambing sahaja
untuk mereka berdua, tidak terhasil ibadah aqiqah untuknya. Ini
termasuklah jika dua anak itu adalah anak kembarnya. Kesimpulannya,
aqiqah hendaklah dilakukan mengikut bilangan anak. Bagi seorang anak
seekor kambing. Jika dua orang, maka dua ekor kambing dan begitulah
seterusnya. Hukum ini adalah berdasarkan hadis riwayat Ibnu ‘Abbas
tadi yang menceritakan; “Rasulullah melakukan aqiqah bagi Hasan dan
Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor
kibas lagi (untuk Husin)”.

Syarat-syarat binatang yang hendak diaqiqahkan

[
[
Hukum aqiqah sama seperti hukum korban iaitu sunat muakkad. Oleh
itu, syarat binatang aqiqah sama seperti yang disyaratkan untuk ibadah
korban dari segi jenisnya, umurnya dan bebasnya dari kecacatan yang
menyebabkan kurang daging.[17] Begitu juga, ia menjadi wajib apabila
dinazar atau ditentukan.[18] Sila rujuk huraian terperinci mengenainya
dalam tajuk korban yang lalu.

Masa aqiqah[19]

Bermula masa/waktu melakukan aqiqah ialah apabila bayi telah


sempurna lahir dari perut ibunya. Maka jika dilakukan sembelihan
sebelum bayi lahir dengan sempurna, tidak dikira sebagai aqiqah. Ia
hanya menjadi sembelihan untuk daging dan tidak akan mendapat sunat
aqiqah.

Waktu aqiqah itu berterusan hinggalah bayi yang dilahirkan itu sampai
umur baligh.[20] Apabila ia telah baligh, gugurlah tuntutan aqiqah dari
penjaganya (seperti bapanya atau sebagainya) jika belum
melaksanakannya. Namun digalakkan orang yang tidak diaqiqahkan
sebelum balighnya melakukan sendiri aqiqahnya.

Walaupun harus dilakukan aqiqah sebaik saja bayi sempurna lahir,


namun disunatkan ia dilakukan pada hari yang ketujuh kelahirannya
bersama dengan memberi nama dan mencukur kepala yang juga
disunatkan pada hari tersebut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.;

‫ َوي َُسمَّى‬،ُ‫ َويُحْ َل ُق َر ْأ ُسه‬،‫َّاب ِع‬


ِ ‫ ُت ْذ َب ُح َع ْن ُه َي ْو َم الس‬.‫ُك ُّل ُغالَ ٍم مُرْ َت َهنٌ ِب َعقِي َق ِت ِه‬
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan aqiqahnya; disembelih
untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.
(Riwayat Imam Ibnu Majah dari Samurah r.a.)

Begitu juga, Saidatina Aisyah r.a. menceritakan;

‫ وأمر أن يماط عن‬،‫ وسماهما‬،‫ عن الحسن والحسين يوم السابع‬-‫صلَّى هللا عليه وسلَّم‬- ‫عق رسول هللا‬
‫رؤوسهما األذى‬
“Rasulullah s.a.w. melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin pada hari
[
[
[
[
ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda
menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua”.
(Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut
Imam Nawawi)[21]

Adakah hari ketujuh itu dikira dari hari lahir atau hari berikutnya?
Menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; hari lahir adalah
terhitung sebagai hari pertama. Ini bermakna hari ketujuh dikira
bermula dari hari lahir, bukan dari hari selepasnya. Namun jika bayi
dilahirkan pada waktu malam, dihitung hari berikutnya sebagai hari
pertama.

Jika tidak dapat disembelih pada hari ketujuh, disunatkan menyembelih


pada hari ke 14 (iaitu seminggu selepasnya). Jika tidak dapat pada hari
ke 14, disunatkan pada hari ke 21 dan begitulah seterusnya (seminggu
demi seminggu) hinggalah kepada umur baligh. Jika selepas baligh
belum juga bayi diaqiqahkan, tidak dituntut lagi sunat aqiqah itu dari
wali/penjaganya, akan tetapi digalakkan ia sendiri yang melakukan
aqiqah untuk dirinya.[22]

Jika bayi ditakdirkan mati selepas dilahirkan, apakah sunat juga


diaqiqahkan? Ya, sunat dilakukan juga aqiqah bagi bayi yang mati sama
ada mati sebelum hari yang ke tujuh atau selepasnya dengan syarat
bapa/penjaga telah berpeluang melakukan aqiqah ketika berlakunya
kematian bayinya (yakni ada kemampuan untuk melakukan aqiqah,
namun ditangguhnya hinggalah ke saat bayinya mati).[23]

Menyembelih dan melapah binatang aqiqah

Disyaratkan orang yang beraqiqah meniatkan ketika melakukan


sembelihan bahawa binatang yang disembelihnya itu adalah aqiqah. Ini
sebagaimana yang disyaratkan dalam korban.[24]

Disunatkan sembelihan aqiqah dilakukan pada awal hari (yakni waktu


pagi).[25] Menurut Syeikh Taqiyyuddin Abu Bakar al-Husni; disunatkan
[
[
[
[
[
menyembelihnya ketika terbit matahari.[26] Ketika menyembelih
disunatkan membaca Bismillah, bertakbir dan melafazkan;

‫ هذه عقيقة‬،‫_____ اللهم لك وإليك‬


“Ya Allah, untukMu dan kepadaMu. Inilah aqiqah untuk _______
(sebutkan nama bayi yang diaqiqahkan untuknya)”.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang


menceritakan;

‫ هذه‬،‫ اللهم لك وإليك‬،‫ قولوا بسم هللا وهللا أكبر‬:‫أن النبي صلى هللا عليه وسلم عق عن الحسن والحسين وقال‬
‫عقيقة فالن‬
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin
dan baginda bersabda; kamu ucapkanlah (ketika menyembelih aqiqah
kamu);

‫ هذه عقيقة فالن‬،‫ اللهم لك وإليك‬،‫بسم هللا وهللا أكبر‬


“Dengan nama Allah. Allah Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, untukMu
dan kepadaMu. Inilah aqiqah fulan_____”.
(Riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)[27]

Ketika melapah daging aqiqah, disunatkan tidak mematah atau


memecahkan tulang-tulangnya, akan tetapi memotong atau memisahkan
tulang-tulang dari sendi-sendinya. Ini sebagai bertafaul (yakni menaruh
harapan yang baik) bagi keselamatan anggota-anggota bayi yang
dilahirkan itu.[28]

Penggunaan/Pengagihan daging aqiqah

Di sisi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie –sebagaimana yang dijelaskan oleh


Imam Nawawi-; hukum aqiqah dalam masalah bersedekah dengannya,
memakannya, memberi hadiah, menyimpannya, kadar yang dimakan
dan tegahan menjualnya sama sebagaimana yang disebutkan dalam bab
korban, tidak ada perbezaan.[29] Jadi pengagihan daging aqiqah sunat
merangkumi tiga iaitu; dimakan oleh orang yang melakukan aqiqah dan
keluarganya, disedekahkan kepada fakir miskin dan dihadiahkan kepada
[
[
[
[
jiran atau sahabat-handai.[30]

Namun demikian, di sana ada sedikit perbezaan dalam cara pengagihan


daging aqiqah dan daging korban. Daging aqiqah sunat dimasak[31] iaitu
disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan
dalam keadaan mentah sebagaimana dalam korban. Masakan pula
disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik)
agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama
ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin
atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar
masakan kepada mereka lebih afdhal dari memanggil/menjemput
mereka ke rumah.[32]

Namun dikecualikan dari dimasak itu kaki binatang korban[33] di mana


ia sunat diberikan kepada bidan yang menyambut bayi (‫ )القابلة‬dalam
keadaan mentah (yakni sebelum dimasak).[34] Diriwayatkan dari Saidina
Ali r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh
Fatimah r.a. di mana baginda bersabda;

‫ وأعطي القابلة رجل العقيقة‬،‫ وتصدقي بوزنه فضة‬،‫زني شعر الحسين‬


“Timbanglah rambut Husin dan bersedekahlah seberat timbangannya
akan perak. Dan kamu berilah kepada bidan yang menyambutnya akan
kaki binatang aqiqah”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim/al-Jami’
as-Saghir, hadis no. 4567. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh).

***‫***وهللا أعلم بالصواب‬

Nota Hujung
[
1] Maksud “dipertaruhkan dengan aqiqahnya” ialah; pertumbuhan yang
baik dan penjagaan yang sempurna bagi bayi itu dipertaruhkan dengan
binatang yang disembelih untuknya. Ada pendapat menyatakan
maknanya; bayi itu tidak akan memberi syafaat kepada dua ibu-bapanya
jika ia tidak diaqiqahkan. (al-Fiqhul-Manhaji, jil. 4, hlm. 56)
[
[
[
[
[
[
[
2] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320.
[
3] Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 841.
[
4] Al-Fiqh al-Manhaji, jil. 3, hlm. 55.
[
5] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321.
[
6] Al-Fiqh al-Manhaji, jil. 3, hlm. 55.
[
7] Yakni baginda tidak menyukai nama al-‘Aquq, maka kerana itu
baginda menamakannya nasikah (‫ )نسيكة‬yang dapat difahami dari kata
baginda; (‫)فأحب أن ينسك‬. (Rujuk: al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321).
[
8] Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 841.
[
9] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 324. Al-Fiqh al-Manhaji, jil. 3, hlm. 55. Fiqh
Sunnah, jil. 2, hlm. 40. Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 369. Sabilal-
Muhtadin, hlm. 912.
[
10] Tutuntan aqiqah tidak akan luput dari wali/penjaga yang mampu
sehingga bayinya mencapai umur baligh. Selepas itu tidak dituntut lagi
ke atas wali melakukan aqiqah, akan tetapi digalakkan bayi itu sendiri
melakukan aqiqah bagi dirinya bagi melaksanakan apa yang telah luput
darinya. (Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 370).
[
11] Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 828.
[
12] Sabilal-Muhtadin, hlm. 912.
[
13] Sabilal-Muhtadin, hlm. 912.
[
14] Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 57. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321. al-
Muhazzab, jil. 2, hlm. 841.
[
15] Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 841.
[
16] Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 56. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321.
[
17] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 88-89.

[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
Termasuk juga yang sama ialah dari sudut binatang yang afdha. Maka
binatang yang paling afdhal dibuat aqiqah ialah unta, kemudian lembu,
kemudian biri-biri (ad-Dha’nu) dan akhirnya kambing biasa (al-Ma’az).
(al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321)
[
18] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 324.
[
19] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 323.
[
20] Sebaik-baiknya aqiqah dilakukan pada hari yang ke tujuh. Jika tidak
dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis
tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka
disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka
disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum
dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika
setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur
sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada
bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa).
(Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).
[
21] Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 843. al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320.
[
22] Berkata Imam al-Buwaiti; “Tidak diaqiqahkan untuk orang dewasa”.
Maksud ungkapan ini –menurut Imam Nawawi- ialah; orang dewasa tidak
disunatkan diaqiqahkan oleh orang lain, tetapi disunatkan untuk
diaqiqahkan oleh dirinya sendiri. (al-Majmu’, jil. 8, hlm. 323).
[
23] Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 370.
Dalam Sabilal-Muhtadien dinyatakan; “Sunat mengaqiqahkan anak yang
mati yang sempat hidup sekadar cukup waktu menyembelih aqiqah
sekalipun meninggal sebelum hari ketujuh”. (Hlm. 913).
[
24] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 322.
[
25] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 324.
[
26] Kifayatul-Akhyar, hlm. 535.
[
27] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320.

[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
[
28] Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 59.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis baginda;

ً‫اإلسالم قوالً ال أسأ ُل عنه أحدا‬ ِ ‫ يا رسول هّللا ! قل لي في‬:‫ قلت‬:‫سفيان بن عبد هّللا رضي هّللا عنه قال‬
َ ‫عن‬
ُ ‫هَّلل‬
‫ت با ِ ث َّم اسْ َتقِ ْم‬ ُ ‫ "قُ ْل آ َم ْن‬:‫ قال‬،‫"غيرك‬
Terjemahannya;

Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah


berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di
dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi
tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.;
‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu
istiqamah’.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dalam hadis tersebut ada dua perkara yang ditekankan oleh Rasulullah bagi
membina pegangan yang kukuh dengan ajaran Islam iaitu;

1. Beriman kepada Allah


2. Istiqamah

Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rhm; ‘Hadis ini antara ungkapan yang ringkas dan
padat (Jawami’ul Kalim) dari Rasulullah s.a.w.. Sesungguhnya orang-orang
yang berkata; Tuhan kami adalah Allah dan kemudian mereka beristiqamah
yakni mereka mentauhidkan Allah dan beriman dengannya dan selepas itu
mereka beristiqamah di mana mereka tidak berpaling dari tauhid dan
senantiasalah mereka beriltizam menta’ati Allah S.W.T. hinggalah mereka
menemui kematian di atas iman dan istiqamah tersebut’.

Menurut Imam al-Minawi dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; seruan Rasulullah


s.a.w. ‘Katakanlah; Aku beriman dengan Allah’, bermaksud; perbaharuilah
iman kamu kepada Allah dengan menyebutnya dengan hati kamu serta
menuturnya dengan lidah kamu dengan menghadirkan segala pengertian
iman yang disyari’atkan. Adapun seruan baginda; ‘hendaklah kamu
beristiqamah’ bermaksud; beriltizamlah mengerjakan amalan-amalan
ketaatan dan menjauhi perkara-perkara yang bertentangan (dengan
kehendak Allah).

Hadis ini mengumpulkan keseluruhan makna iman dan Islam merangkumi


iktiqad, ucapan dan amali di mana Islam itu terangkum di dalamnya dua
perkara iaitu;
a) Tauhid
b) Ta’at.

Tauhid terhasil dengan seruan pertama iaitu beriman dengan Allah).


Sementara Ta’at terhasil dengan seruan kedua iaitu beritiqamah.

Iman

Iman dari segi bahasa bermakna at-Tasdiq iaitu membenarkan. Hakikat


Iman ialah at-Tasdiq bil Qalbi iaitu membenarkan dengan hati segala yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Namun oleh kerana apa yang ada dalam hati itu adalah tersembunyi, maka
disyaratkan mengakui iman itu dengan lidah (yakni al-Iqrar bil Lisan)
sebagai bukti di hadapan manusia bahawa seseorang itu beriman.
Kemudian iman itu hendaklah diikuti dengan amalan anggota iaitulah
menta’ati segala titah-perintah Allah dalam kehidupan.

Maka iman yang sempurna hendaklah merangkumi tiga unsur;

1. Iktiqad dengan hati iaitu at-Tasdiq


2. Pengakuan dengan lidah iaitu al-Iqrar
3. Beramal dengan anggota iaitu al-‘Amal

Pengertian iman tersebut menjadi iktiqad imam-imam ahli Sunnah Wal


Jama’ah antaranya Imam as-Syafi’ie, Imam Malik, Imam Ahmad dan
beberapa lagi yang mentakrifkan Iman sebagai;

‫تصديق بالجنان و إقرار باللسان و عمل باألركان‬


“Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan
anggota badan”.
(Syarah ‘Aqidah at-Thawiyyah, Imam Abil ‘Izzi al-Hanafi)

Namun harus difahami –untuk mengelakkan kekeliruan- bahawa ber’amal


dengan anggota adalah syarat kesempurnaan iman. Ia melazimi iman itu
sendiri. Maka tidak sempurna iman seseorang yang tidak beramal
sebagaimana yang diperintahkan oleh Islam. Namun tidaklah ia terkeluar
dari Islam selama mana masih ada keyakinan (at-tasdiq) dalam hatinya.

Menurut ulama’ ahli Sunnah Wal Jama’ah; seorang yang tunduk


(membenarkan) dengan hatinya tetapi tidak beramal dengan Islam atau
melakukan dosa-dosa besar, ia masih dianggap seorang muslim tetapi
muslim yang ‘asi (derhaka) atau fasiq atau muznib (berdosa). Keadaannya
di akhirat terserah kepada Allah sama ada ingin mengampunnya atau
mengazabnya.

Tegasnya, apa yang ternafi dari orang-orang Islam yang melakukan maksiat
ialah kesempurnaan iman (kamalul Iman), bukan asas iman (aslul Iman).
Kerana itu mereka tidak dianggap sebagai kafir semata-mata kerana
maksiat yang dilakukan.

Beriman kepada Allah


Beriman kepada Allah adalah teras kepada Aqidah Islam dan juga kepada
ajaran Islam itu sendiri. Tidak diterima amalan hamba di sisi Allah tanpa
didahului dengan beriman kepada Allah.

Tatkala Rasulullah s.a.w. menghantar Mu’az Ibn Jabal kepada kumpulan


ahli Kitab untuk mengajak mereka kepada Islam, perkara pertama yang
disuruh oleh Rasulullah ialah menyeru mereka supaya beriman dengan
Allah, kemudian barulah menyeru mereka supaya menunaikan kewajipan-
kewajipan yang difardhukan. Kata Rasulullah kepada beliau;

‫ فإن هم أطاعوا لذلك‬، ‫ فادعهم إلى شهادة أن ال إله إال هَّللا وأني رسول هَّللا‬،‫إنك تأتي قوما ً من أهل الكتاب‬
‫ فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن هَّللا افترض‬،‫فأعلمهم أن هَّللا افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة‬
‫ واتق دعوة‬،‫ فإن هم أطاعوا لذلك فإياك وكرائم أموالهم‬،‫عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم‬
‫المظلوم فإنه ليس بينها وبين هَّللا حجاب‬
“Wahai Mu’az. Sesungguhnya engkau akan pergi kepada satu kaum ahli
Kitab. Maka hendaklah engkau seru mereka supaya bersaksi bahawa tidak
ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku (yakni Muhammad) adalah
rasul Allah. Jika mereka mentaati seruan kamu itu, maka nyatakan kepada
mereka bahawa Allah mewajibkan mereka menunaikan solat lima waktu
sehari semalam. Jika mereka mentaatinya, maka nyatakanlah pula kepada
mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat yang dipungut dari
orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang miskin di kalangan
mereka. Jika mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu pelihara dirimu
dari kehormatan harta-harta mereka. Berjaga-jagalah dari doa orang yang
dizalimi kerana tidak ada hijab di antara doanya dengan Allah”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Pengertian beriman kepada Allah

Beriman kepada Allah bukan hanya dengan mengakui kewujudanNya, tetapi


juga dengan mentauhidkannya iaitu mengakui keesaannya. Secara lebih
terperinci, dapatlah kita nyatakan bahawa beriman kepada Allah tidak
akan sempurna melainkan dengan merangkumi dua perkara iaitu;

1. Beriman wujudnya Allah


2. Mentauhidkan Allah

Beriman dengan kewujudan Allah

Iaitu meyakini adanya Allah berdasarkan dalil-dalil yang terang yang


berupa Aqli (akal fikiran) dan juga Naqli (wahyu). Alam cakerawala ini dan
segala isi di dalamnya semuanya menjadi dalil adanya Allah. Kerana itu,
Allah memerintahkan manusia supaya sentiasa memerhatikan alam ini
supaya mereka bertambah yakin akan hakikat kewujudan Allah Tuhan yang
menciptakan mereka dan makhluk-makhluk selain mereka.

‫ض‬ ِ ْ‫ت َو األَر‬


ِ ‫ك َفاْطِ ِر ال َّس َماْ َو ْا‬ ِ ‫أَ فِي‬
ٌّ ‫هللا َش‬
"Apakah ada keragu-raguan terhadap Allah, pencipta langit dan bumi?".
(Ibrahim: 10).

‫َو ال َّشمْ سُ َتجْ ِريْ لِمُسْ َت َقرٍّ لَ َهاْ َذل َِك َت ْق ِد ْي ُر ْال َع ِزي ِْز ْال َعلِي ِْم‬
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan
Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”. (Ya Sin: 38)
ْ ‫ض َب ْل‬
‫الَّ ي ُْوقِ ُن ْو َن‬ ْ ‫ت َو ا‬
َ ْ‫الَر‬ ِ ‫ أَ ْم َخلَقُ ْوا ال َّس َم َوا‬، ‫أَ ْم ُخلِقُ ْوا مِنْ َغي ِْر َشيْ ٍء أَ ْم ُه ُم ْال َخاْلِقُ ْو َن‬
“(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan
tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang menciptakan diri
mereka sendiri? Adakah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu?
Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa
yang mereka pernah mengakuinya)”. (At-Thuur: 35-36).
Mentauhidkan Allah

Tauhid bermakna mengesakan. Mentauhidkan Allah bermakna mengesakan


Allah sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatannya. Firman Allah;

)4(‫) َو َل ْم َي ُكنْ لَ ُه ُكفُ ًوا أَ َح ٌد‬3(‫)لَ ْم َيل ِْد َو َل ْم يُو َل ْد‬2(‫ص َم ُد‬
َّ ‫)هَّللا ُ ال‬1(‫قُ ْل ه َُو هَّللا ُ أَ َح ٌد‬
“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”. (al-
Ikhlas: 1-4)

)11(‫ْس َكم ِْثلِ ِه َشيْ ٌء َوه َُو ال َّسمِي ُع ْالبَصِ ي ُر‬


َ ‫لَي‬
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia (yakni Allah), dan Dia-lah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (as-Syura: 11)

Kesempurnaan Tauhid itu hendaklah meliputi tiga perkara iaitu;

a) Mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah

Iaitu meyakini bahawa Allah sahajalah satu-satunya Tuhan Yang mencipta


atau menjadikan alam ini, yang memilikinya, yang mengatur
perjalanannya, yang menghidup dan mematikan, yang menurunkan rezki,
yang berkuasa memberi manfaat dan memberi mudharat dan sebagainya.
Firman Allah;

َ ‫ك هَّللا ُ َربُّ ْال َعالَم‬


)54(‫ِين‬ َ ‫أَاَل لَ ُه ْال َخ ْل ُق َواأْل َمْ ُر َت َب‬
َ ‫ار‬
“Ingatlah, bagiNya (yakni Allah) jualah urusan penciptaan dan segala
urusan. Maha tinggi Allah, Tuhan semesta alam”. Al-A’raf: 54)

b) Mentauhidkan Allah dari segi Uluhiyyah


Iaitu mentauhidkan Allah dengan beribadah kepadanya. Hanya kepada
Allahlah ditujukan segala pengabdian hamba. Termasuk dalam pengertian
ibadah ialah;

I. Doa-doa dan permohonan


II. Mendirikan syi’ar-syi’ar agama seperti solat, puasa, sedekah, haji,
nazar, sembelihan dan sebagainya.
III. Tunduk dan patuh kepada ajaran agama, menurut hukum-hakam yang
ditetapkan oleh Allah.

Firman Allah;

)56(‫ون‬ َ ‫ت ْال ِجنَّ َواإْل ِ ْن‬


ِ ‫س إِاَّل لِ َيعْ ُب ُد‬ ُ ‫َو َما َخلَ ْق‬
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku”. (az-Zariyat: 56)

)5(‫الز َكا َة َو َذل َِك دِينُ ْال َق ِّي َم ِة‬


َّ ‫صاَل َة َوي ُْؤ ُتوا‬ َ ِ‫َو َما أ ُ ِمرُوا إِاَّل لِ َيعْ ُب ُدوا هَّللا َ م ُْخلِص‬
َ ‫ين لَ ُه ال ِّد‬
َّ ‫ين ُح َن َفا َء َو ُيقِيمُوا ال‬
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan
memurnikan keta`atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan
lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan
yang demikian itulah agama yang lurus”. (al-Bayyinah: 5)

َ ‫اي َو َم َماتِي هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَم‬


)162(‫ِين‬ َ ‫صاَل تِي َو ُن ُسكِي َو َمحْ َي‬
َ َّ‫قُ ْل إِن‬
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam”. (al-An’am: 162)

c) Mentauhidkan Allah pada nama-nama dan sifat-sifatNya

Iaitu meyakini dan mengakui segala nama dan sifat Allah secara ijmal dan
tafsil menurut apa yang diberitahu di dalam al-Quran dan oleh Rasulullah
s.a.w. di mana Allah mempunyai Asma’ al-Husna (nama-nama yang paling
baik) dan segala sifat kesempurnaan dan maha suci Ia dari segala sifat
kekurangan. Firman Allah;

َ ُ‫ون فِي أَسْ َما ِئ ِه َسيُجْ َز ْو َن َما َكا ُنوا َيعْ َمل‬
)180(‫ون‬ َ ‫َوهَّلِل ِ اأْل َسْ َما ُء ْالحُسْ َنى َف ْادعُوهُ ِب َها َو َذرُوا الَّذ‬
َ ‫ِين ي ُْل ِح ُد‬
“Hanya milik Allah asma-ul husna (nama-nama yang terbaik), maka
bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan
tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam
(menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan”. (al-A’raf: 180)

)8(‫هَّللا ُ اَل إِلَ َه إِاَّل ه َُو لَ ُه اأْل َسْ َما ُء ْالحُسْ َنى‬
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia
mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang baik)”. (Thaha: 8)

Di antara nama-nama Allah ialah yang terkandung dalam firmanNya;

‫ان هَّللا ِ َعمَّا‬


َ ‫ك ْالقُ ُّدوسُ ال َّساَل ُم ْالم ُْؤمِنُ ْال ُم َه ْيمِنُ ْال َع ِزي ُز ْال َجبَّا ُر ْال ُم َت َك ِّب ُر ُسب َْح‬ ُ ِ‫ه َُو هَّللا ُ الَّذِي اَل إِلَ َه إِاَّل ه َُو ْال َمل‬
‫ض َوه َُو‬ ِ ْ‫ت َواأْل َر‬
ِ ‫ُصوِّ ُر لَ ُه اأْل َسْ َما ُء ْالحُسْ َنى ُي َس ِّب ُح لَ ُه َما فِي ال َّس َم َوا‬ َ ‫ئ ْالم‬ ُ ‫ار‬ِ ‫) ه َُو هَّللا ُ ْال َخال ُِق ْال َب‬23(‫ون‬ َ ‫ُي ْش ِر ُك‬
)24(‫ْال َع ِزي ُز ْال َحكِي ُم‬
“Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja,
Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan,
Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang
Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka
persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang
Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih
kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (al-Hasyr: 23)

Di antara sifat-sifat Allah ialah hidup, mendengar, mengetahui,


berkehendak dan berkuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-
firmanNya;
ُ ‫َو َت َو َّك ْل َع َلى ْال َحيِّ الَّذِي اَل َيم‬
‫ُوت‬
“Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati…”.
(al-Furqan: 58)

)181(‫إِنَّ هَّللا َ َسمِي ٌع َعلِي ٌم‬


“Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (al-Baqarah:
181)

)107(‫َّك َفعَّا ٌل لِ َما ي ُِري ُد‬


َ ‫إِنَّ َرب‬
“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia
kehendaki”. (Hud: 107)

)20(‫إِنَّ هَّللا َ َعلَى ُك ِّل َشيْ ٍء َقدِي ٌر‬


“Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu”. (al-Baqarah: 20)

Syirik

Lawan kepada Tauhid ialah Syirik. Syirik bermaksud menyengutukan Allah


sama ada dari segi RububiyyahNya, UluhiyyahNya atau al-asma’ Wa
SifatNya. Syirik merupakan antara dosa paling besar yang disabdakan
Rasulullah s.a.w.;

‫ور‬ ُّ ُ‫ور أَ ْو َقا َل َو َش َهادَ ة‬


ِ ‫الز‬ ِ ‫وق ْال َوالِدَ ي‬
ُّ ‫ْن َو َق ْو ُل‬
ِ ‫الز‬ ُ ُ‫س َو ُعق‬ ُ ‫أَ ْك َب ُر ْال َك َبائ ِِر اإْل ِ ْش َرا‬
ِ ‫ك ِباهَّلل ِ َو َق ْت ُل ال َّن ْف‬
“Dosa-dosa paling besar ialah;
1. Mensyirikkan Allah
2. Membunuh manusia
3. Menderhakai dua ibu-bapa
4. Memberi kesaksian palsu/dusta”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dari Anas r.a.)
Bahkan orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah sekali-kali tidak
akan mendapat keampunan Allah di akhirat sebagaimana firmanNya;

)48(‫ون َذل َِك لِ َمنْ َي َشا ُء َو َمنْ ُي ْش ِركْ ِباهَّلل ِ َف َق ِد ا ْف َت َرى إِ ْثمًا عَظِ يمًا‬ َ ‫إِنَّ هَّللا َ اَل َي ْغفِ ُر أَنْ ُي ْش َر‬
َ ‫ك ِب ِه َو َي ْغفِ ُر َما ُد‬
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia
mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang
dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh
ia telah berbuat dosa yang besar”. (an-Nisa’: 48)

Luqman dalam wasiatnya kepada anaknya telah berpesan;

ُ َ‫ك ل‬
)13(‫ظ ْل ٌم عَظِ ي ٌم‬ ُ ‫َوإِ ْذ َقا َل لُ ْق َمانُ اِل ْب ِن ِه َوه َُو َيع‬
َ ْ‫ِظ ُه َيا ُب َنيَّ اَل ُت ْش ِركْ ِباهَّلل ِ إِنَّ ال ِّشر‬
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia
memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu
mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah
benar-benar kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

Istiqamah

Setelah diperintahkan supaya beriman sepenuh hati kepada Allah, kita


diperintahkan pula beristiqamah. Arahan supaya istiqamah ini terkandung
juga di dalam al-Quran di mana Allah berfirman;

َ ُ‫ك َواَل َت ْط َغ ْوا إِ َّن ُه ِب َما َتعْ َمل‬


)112(‫ون بَصِ ي ٌر‬ َ ْ‫َفاسْ َتقِ ْم َك َما أُمِر‬
َ ‫ت َو َمنْ َت‬
َ ‫اب َم َع‬
“Maka beristiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu
dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu
melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan”. (Hud: 112)

Maksud Istiqamah ialah tetap dan teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan
Islam. Menurut Imam al-Minawi dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; Istiqamah
bermaksud tunduk-patuh kepada segala yang diperintahkan dan menjauhi
segala tegahan. Ada ulama’ yang mentakrifkan istiqamah sebagai;
berterusan beramal dengan sunnah Nabi Muhammad s.aw. dan berakhlak
dengan akhlak yang diredhai (Allah). Ada yang mentakrifnya sebagai;
mengikuti (sunnah Nabi s.a.w.) dan meninggalkan bid’ah. Ada juga
mengertikannya dengan; meletakkan diri di atas akhlak al-Quran dan as-
Sunnah.

Untuk terhasilnya Istiqamah seseorang itu tidak dapat tidak mestilah


berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya. Dua sumber
inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas jalan
yang benar. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga
sunnah Nabi, selagi itulah ia dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari
penyelewengan dan kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w.;

‫ وسنة نبيه‬،‫ كتاب هللا‬:‫ إني قد تركت فيكم ما إن اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا‬،‫يا أيها الناس‬
“Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu
sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya
maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah
dan Sunnah NabiNya”.
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)
[

MONDAY, SEPTEMBER 15, 2008

SYIRIK (Huraian lengkap perkara-perkara yang mendatangkan Syirik)

Anda mungkin juga menyukai