Anda di halaman 1dari 7

ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian kes satu situasi dengan beberapa kes. Segala data
kajian yang dikutip adalah diperolehi secara kuantitatif iaitu dengan
mengaplikasikan teknik soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu
menggunakan teknik pemerhatian. Semua data kualitatif yang digunakan
adalah untuk mengenalpasti beberapa elemen seperti kesediaan guru dan
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Data kualitatif diproses mengikut tema-tema tertentu, sementara data
kuantitatif diproses secara manual untuk mendapatkan skalanya. Hasil kajian
menunjukkan majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalah
berkelayakan dan berpengalaman. Masalah penguasaan kosa kata di
kalangan murid sekolah ini telah wujud sejak dulu lagi. Meskipun mereka
telah melakukan banyak aktiviti pembelajaran kemahiran penggunaan kosa
kata dalam kemahiran berbahasa. Penguasaan yang lemah dalam kemahiran
kosa kata akan memberi impak begitu ketara dalam pencapaian murid
sekolah rendah. Adalah menjadi suatu kewajipan bagi guru sekolah rendah
untuk mengesan dan mengatasi kelemahan penguasaan kemahiran kosa kata
di kalangan murid sekolah rendah.

1
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.


Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran,
pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj.Sabran)
1993. Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu,
guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan
murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-
baiknya.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang
pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan
murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
(Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan
kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan
pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif
pengajaran bahasa melayu iaitu membolehkan murid- murid mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Oleh itu, guru bahasa melayu memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa melayu.
Ab.Rahman Ab. Yap Kim Fat dan Ab.Rahim Selamat ( 1997) menggariskan
empat peranan guru bahasa melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan
pembelajaran, pembimbing muri, dan memupuk semangat dan juga
pembentuk sahsiah murid.
Bab ini akan menyentuh masalah dan persoalan yang timbul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pengkaji akan
memilih satu daripada masalah khusus yang masih wujud dan memerlukan

2
penambahbaikan. Tumpuan adalah difokuskan kepada usaha untuk
meningkatkan tahap pencapaian murid dalam aspek penguasaan kosa kata.
Matlamat kajian adalah untuk mencapai objektif yang telah disenaraikan dan
menangani setiap persoalan yang telah dibangkitkan.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan untuk mengesan tahap penguasaan kosa kata Bahasa
Melayu murid. Ia bertujuan untuk mengatasi kelemahan dalam memahami
maksud perkataan yang terdapat dalam bahan bacaan, khasnya dalam soalan-
soalan peperiksaan kertas 1 Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, kajian ini
turut membantu memperkayakan dan mempelbagaikan kosa kata dalam
penulisan karangan kertas 2 Bahasa Melayu.

Kajian ini dibuat memandangkan tahap pencapaian atau markah yang


diperoleh murid dalam kertas Bahasa Melayu kurang memuaskan. Masalah ini
dikesan berdasarkan pengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu. Masalah
timbul disebabkan murid tidak memahami maksud perkataan dan terhadnya
kosa kata yang ada disebabkan sikap kurang

3
membaca dan tiada usaha untuk merujuk kamus bagi memahami perkataan
yang tidak difahami.

Masalah ini jelas berlaku dalam kalangan murid-murid, khasnya di negeri


Sabah. Perkataan yang digunakan dalam soalan-soalan peperiksaan
kadangkala amat janggal bagi mereka kerana perkataan-perkataan yang diguna
pakai amat jarang sekali dituturkan oleh masyarakat di Sabah. Contoh-contoh
perkataan yang sukar difahami adalah seperti perkataan lemau, enau, sekam,
hening, laung ,molek, pipih, daif, peroi dan sebagainya,

Kesimpulan peribadi ini dibuat berdasarkan tinjauan terhadap masalah


kosa kata. Pengalaman mengajar di tiga buah sekolah kebangsaan di sekitar
daerah Ranau, sebuah sekolah di daerah Telupid dan dua buah sekolah di
daerah Tambunan yang mana murid-muridnya terdiri daripada anak-anak
kelahiran negeri Sabah. Sebahagian besar murid di setiap sekolah ini
sememangnya menghadapi masalah yang sama.

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada murid yang lemah tahap
kecerdasannya malah ia juga turut dihadapi oleh murid-murid yang tinggi
tahap kecerdasannya. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, beberapa
kajian akan dibuat untuk meningkatkan kosa kata murid di sekolah . Beberapa
pendekatan dan teknik mengingat akan dibuat membantu murid
memperkayakan perbendaharaan kata mereka.

Pembelajaran Akses Kendiri melalui pendekatan ‘Celik Kata’ yang


saya pilih merangkumi aktiviti seperti program bacaan dan ‘Kamus Harian
Saya’, ‘Papan Celik Kata’ serta latih tubi. Aktiviti ini bukan sahaja
ditumpukan kepada pelajar yang lemah tetapi merangkumi semua tahap
kecerdasan murid. Fokus utama akan diberikan kepada kemahiran sistem
bahasa yang merangkumi golongan kata, sinonim dan antonim serta kata
hampir sama makna.

4
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengkaji kebolehan murid mengingat lebih banyak maksud


perkataan baru dalam meningkatkan penguasaan kosa kata
melalui Pembelajaran Akses kendiri.
ii. Mengkaji sejauh mana motivasi murid dalam mencari
perkataan baru dengan melengkapkan ’Kamus Harian Saya’
untuk memperkayakan perbendaharaan kata mereka melalui
Pembelajaran Akses Kendiri?

1.4 PERSOALAN KAJIAN

i. Dapatkah pelajar mengalikasi kosa kata yang pelajari secara


PAK digunakan untuk menjawab soalan dalam mata pelajaran
bahasa Melayu?
ii. Wujudkah motivasi murid untuk mencari perkataan baru bagi
melengkapkan ‘Kamus Harian Saya’ untuk memperkayakan
perbendaharaan kata mereka melalui Pembelajaran Akses
Kendiri?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat memberikan perubahan dalam cara


pengajaran guru dan pembelajaran murid khasnya. Melalui pendekatan yang
digunakan , murid akan dapat mengakses maklumat sendiri melalui bahan
akses kendiri untuk menimba ilmu. Aktiviti yang dilaksanakan diharap dapat
membantu memperkayakan perbendaharaan kata mereka. Usaha ini
mendorong mereka lebih terbuka kepada alam bahasa yang kaya dengan
kepelbagaian gaya dan larasnya.

Corak pengajaran subjek bahasa Melayu yang lebih cenderung kepada


kaedah tradisional selalunya menjadikan murid bosan dan hilang tumpuan
terhadap pembelajaran. Kosa kata yang terhad dalam buku teks tidak mampu

5
untuk membuka minda mereka untuk menguasai kosa kata yang lebih meluas.
Tanpa galakan, bimbingan dan panduan daripada guru, mereka tidak akan
pernah berusaha untuk mencari dan memperkayakan sendiri kosa kata mereka.
Akhirnya, apa yang ada pada mereka kekal statik tanpa perubahan dan
pengayaan.

Masalah ini seharusnya disedari oleh para guru bahasa khasnya di


negeri Sabah. Bukan sahaja masalah penguasaan kosa kata bahasa malah
masalah penggunaan bahasa pasar atau ’slanga’ yang begitu ketara digunakan
oleh murid, lebih-lebih lagi murid yang kurang membaca. Masalah inilah yang
menyebabkan mengapa masih ramai murid Melayu yang masih tidak boleh
mendapat skor ’A’ dalam menjawab kertas 1 Bahasa Melayu.

Kurangnya pembacaan menyebabkan mereka miskin dengan kosa kata.


Pendekatan yang saya gunakan dalam kajian ini akan membantu mereka untuk
lebih menguasai bahasa, bermotivasi dan seronok untuk belajar. Diharapkan
pendekatan celik kata ini dapat membantu murid-murid meningkatkan
penguasaan kosa kata mereka.

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa batasan-batasannya. Antara batasan-


batasan tersebut adalah :

a) Kumpulan sasaran
Sasaran kajian ini adalah murid-murid Tahun 5 iaitu seramai 30 orang.
Ia tidak melibatkan tahun dan murid lain kecuali murid kajian tersebut.
Ini bermakna hasil dan impak tidak dapat ditunjukkan secara
menyeluruh kerana jumlah murid yang terhad.

b) Lokasi kajian
Kajian hanya dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib III,
Sandakan. Ia tidak melibatkan sekolah-sekolah lain sama ada sekolah

6
yang terletak di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar.
Perbezaan dan persamaan corak perubahan pencapaian murid tidak
dapat dikesan sepenuhnya.

c) Topik kajian
Topik kajian hanya terhad kepada masalah penguasaan kosa kata
murid Tahun 5. Ia tidak menyentuh masalah yang wujud dalam
penguasaan kemahiran bahasa yang lain.

d) Cara pembelajaran
Corak pembelajaran hanya berkisar kepada usaha pengayaan kosa kata
melalui aktiviti ’Celik Kata’ berdasarkan pembelajaran akses kendiri .
Ia tidak melibatkan cara pembelajaran yang lain.

e) Mata pelajaran
Kajian ini hanya untuk kajian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia
tidak melibatkan mata pelajaran yang lain. Penguasaan istilah dalam
bidang lain mungkin kurang dititikberatkan.

Batasan-batasan yang wujud ini menyebabkan kajian ini tidak boleh


dijadikan ukuran terhadap prestasi mata pelajaran lain, sekolah lain atau cara
pembelajaran yang lain. Walau bagaimanapun, ianya boleh dijadikan sebagai
rujukan atau panduan dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa.

1.7 RUMUSAN

Bab 1 ini berkisar kepada masalah kajian. Masalah kajian ini


merangkumi pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian, soalan
penyelidikan, kepentingan kajian dan juga batasan kajian.

Anda mungkin juga menyukai