Anda di halaman 1dari 2

TAHUN 1

TEMA DIRI SAYA

Masa 1 jam ( 8.00 -9.00 pagi )


TAJUK SAYA BERTERIMA KASIH

NILAI BERTERIMA KASIH

STANDARD 4.1 MENGAMALKAN SIKAP BERTERIMA KASIH


KANDUNGAN

STANDARD 4.1.1 MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DALAM PELBAGAI BAHASA


PEMBELAJARAN

EMK KREATIF

Set induksi
AKTIVITI
1.Guru akan memainkan lagu yang bertajuk “ Terima Kasih semua “
2. Pelajar diminta mendengar lirik lagu tersebut .
3. Guru membincangkan isi lagu tersebut bersama murid.

Langkah 1:

1. Guru akan berlakon bersama tiga orang murid.(penyampaian


hadiah)
2. Pelajar akan mengucapkan terima kasih dalam bahasa ibunda
selepas menerima hadiah.

Langkah 2:

1. Pelajar dibahagikan dalam 3 kumpulan.


2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sekeping sampul surat
yang berisi dengan sekeping gambar yang siap dipotong.
3. Murid akan menyusun dan menampal gambar di papan hitam.
4. Guru akan membuat perbincangan.
5. Murid akan menyebut cara berucap mengikut gambar yang
dipaparkan.

Langkah 3:

1. Guru mengedarkan lembaran kerja.


2. Murid diminta memadankan gambar dengan perkataan yang
sesuai.
Penutup:

1.Guru memainkan lagu terima kasih semua semula.


2. Pelajar akan menyanyi lagu tersebut mengikut rentak lagu “Are you
sleeping.”

BBM: RADIO

TERIMA KASIH SEMUA

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH,


KOTOLUADAN,KOTOLUADAN,
XIE-XIE,XIE-XIE,
NANDRI, NANDRI
TERIMA KASIH SEMUA.

( RENTAK : ARE YOU SLEEPING )

Anda mungkin juga menyukai