Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : STLSB-200/2/2 ( )
Tarikh : 12.03.2018
YB Dato’ Manicham a/l Letchuman,
Pengerusi,
Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan,
No 3, Lorong 10 A, Taman ACBE,
72100 Bahau, NSDK.

Yb Dato’,

PERMOHONAN BANTUAN MODAL UNTUK MEMBAIKPULIH BANGUNAN DI


SJK(T) LADANG SUNGAI BARU, LINGGI
KOD SEKOLAH : NBD3034

Adalah saya dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas

2. Dukacita dimaklumkan bahawa atap / bumbung bangunan yang menempatkan Kelas tahun 4 dan
5 telah usang dan perlu dibaiki dengan segera. Keadaan ini menjadi sangat sukar tambahan
ketika hujan lebat.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon bantuan kecemasan untuk membaiki atap / bumbung
bangunan tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat datang dan melihat sendiri
berhubung kesulitan yang kami hadapi ini.

4. Bersama surat ini dilampirkan dokumen-dokumen berikut untuk perhatian pihak tuan.

4.1 Gambar bangunan yang menempatkan kelas dan perpustakaan.


4.2 Spesifikasi kerja

5. Kerjasama dan perhatian pihak tuan untuk permohonan ini adalah sangat diharapkan dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………….......
RAJABNISHA BINTI MOHD IBRAHIM,
Guru Besar,
SJK(T) Ladang Sungai Baru,
71150 Linggi,
Negeri Sembilan.
s.k 1. Fail sekolah
GAMBAR 1

GAMBAR 2

Anda mungkin juga menyukai