Anda di halaman 1dari 43

PENDEKATAN

STRATEGI, KAEDAH dan


TEKNIK PENGAJARAN
Dr. Mashudi Bahari
IPGM Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Pendekatan

 Satu kumpulan andaian yang saling berkaitan


tentang hakikat pengajaran dan pembelajaran
yang mencerminkan satu teori berkaitan
pengajaran dan pembelajaran beerlandaskan
prinsip-prinsip tertentu sebagai pegangan.

12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 2


Pendekatan Kesepaduan

Contoh- Pendekatan Induktif


contoh
Pendekatan
Pengajaran
Pendekatan Deduktif

Pendekatan Elektif
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 3
Pendekatan Kesepaduan
 Pendekatan kesepaduan juga dikenali sebagai
model integrated atau model bercantum.
 Dalam KBSR, pendekatan kesepaduan
diamalkan dalam penggunaan strategi
penggabungjalinan dan penyerapan.
 Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan,
sama ada kemahiran-kemahiran berbahasa atau
kemahiran daripada mata pelajaran yang
berlainan.
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 4
sambung
 Contoh penggabungjalinan suatu strategi pengajaran
pembelajaran bahasa melibatkan tiga aspek:
(a) Penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran
berbahasa – mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dengan sekurang-kurangnya dua
kemahirandigabungjalinkan.
(b) Penggabungjalinan antara kemahiran bahasa dengan
sistem bahasa, terutama tatabahasa.
(c) Penggabungjalinan antara peribahasa dengan
kemahiran bahasa.
 Dalam penggabungjalinan, guru boleh merancang
pengajaran kemahiran fokus – kemahiran yang hendak
dijadikan tumpuan utama dalam sesuatu pelajaran.
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 5
sambung

 Kemahiran penyerapan biasa digunakan dalam


pengajaran Bahasa Melayu – unsur-unsur ilmu
dan nilai-nilai murni diserapkan.
 Penyerapan juga boleh dibuat dalam pelbagai
bidang lain – sains, matematik, sejarah dll.
 Penyerapan tidak jauh beza dengan
penggabungjalinan, iaitu penyepaduan unsur-
unsur yang relevan dalam P&P bahasa.

12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 6


Pendekatan Induktif
 Guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-
contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama.
 Guru perlu mengenal pasti matlamat P&P dan menyediakan
contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif P&P.
 Contoh: guru menyampaikan konsep a x b = b x a.
 Guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh 2 x
3 = 6 sama dengan 3 x 2 = 6.
 Selepas itu, guru meneruskan pengajaran dengan memberikan
contoh-contoh tambahan seperti 4 x 5 = 20, 5 x 4 = 20.
 Guru mengumpul semua contoh spesifik tadi dan
menyenaraikannya:
2 x 3 sama dengan 3 x 2

3 x 4 sama dengan 4 x 3

4 x 5 sama dengan 5 x 4 Dr. Mashudi


12/08/21 03:03 7
sambung
 Di akhir pelajaran, murid-murid membuat satu
generalisasi atau kesimpulan umum 
axb = bxa.
 Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya
mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.
 Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang
bersesuaian.
 Kesimpulan: pendekatan induktif ialah satu
pendekatan di mana guru memberikan contoh-
contoh khusus dan murid-murid memerhati,
mentafsir dan mengkaji serta membuat
generalisasi.
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 8
Pendekatan Deduktif
 Pendekatan deduktif – bermula daripada sesuatu
atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas
contoh-contoh yang khusus.
 Guru akan mengajar sesuatu konsep (contoh:
konsep hujan) terlebih dahulu sebelum meminta
murid-murid mengemukakan contoh-contoh.
 Guru akan menjelaskan proses kejadian hujan.
 Guru akan meminta murid-murid menyenaraikan
unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan.
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 9
sambung

 Guru dan murid bersoal jawab tentang konsep


hujan yang dibincangkan.
 Disusuli dengan aktiviti pengukuhan – murid-
murid menjawab soalan latihan daripada buku
teks dan memberikan contoh-contoh sendiri
mengenai konsep hujan.
 Pendekatan deduktif – berasaskan kenyataan
bahawa setiap murid adalah berbeza daripada
segi intelek, minat, kecekapan dan daya cipta.

12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 10


Pendekatan Elektif
 Elektif bermakna pemilihan.
 Merupakan gabungan pendekatan induktif dan
deduktif dan digunakan seabgai strategi pengajaran
dalam sesuatu pelajaran.
 Boleh digunakan untuk mengajar rumus, prinsip,
hukum, konsep dan teorem.
 Juga sesuai sebagai strategi pengajaran dalam
aktiviti kumpulan (aktiviti pemulihan dan
pengayaan).
 Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam
strategi pemusatan bahan (sebagai satu aktiviti
pengayaan).
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 11
sambung
 Ciri-ciri pendekatan elektif:
(a) Sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan.
(b) Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran,
sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau
memberikan contoh.
(c) Guru memberikan inpu terlebih dahulu. Ini memudahkan
murid-murid untuk memberikan contoh dan membuat
rumusan.
 Guru menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat dengan
mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus.
 Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid.
 Banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik.

12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 12


STRATEGI
 Cara-cara guru mengendalikan sesuatu aktiviti
pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan
cara cuba jaya.
 Merupakan tindakan-tindakan spesifik yang
dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk
mencapai matlamat-matlamat khusus dalam
proses pembelajaran.
 Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam
menentukan strategi – objektif pengajaran, proses
pengajaran, isi kandungan, persediaan dan
kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan
persekitaran di dalam bilik darjah.
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 13
12/08/21 03:03 Dr. Mashudi 14
Strategi Pemusatan Guru
 Telah lama diamalkan di dalam bilik darjah.
 Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti
pembelajaran.
 Guru memainkan peranan yang penting manakala
murid berperanan sebagai penonton sahaja.
 Komunikasi guru dan murid adalah sehala. Guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
 Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik – guru
banyak bertindak dan memberi arahan. Murid-
murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 15
sambung
 Strategi P&P lebih mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.
 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih
diutamakan daripada penyebaran nilai-nilai
murni dan perkembangan emosi.
 Mementingkan pencapaian murid-murid
berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.
 Teknik mengajar guru tertumpu kepada
penyampaian fakta-fakta. Pembelajaran murid
– mengingat dan menghafal. Oleh itu, murid
kurang berupaya membuat interpretasi.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 16
sambung

 Interaksi dalam kalangan murid adalah pasif dan


sifat-sifat sosial positif kurang dipupuk.
 Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan
kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan
minat kurang diberi perhatian. Oleh itu, murid-
murid kurang kreatif dan kurang berinisiatif.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 17


Strategi Pemusatan Murid
 Murid memainkan peranan penting dalam P&P.
 Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam P&P – kaedah kumpulan, perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi dll.
 Peranan guru sebagai pembimbing.
 Komunikasi dan interaksi antara guru dengan
murid – dua hala.
 Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik.
 Murid-murid sentiasa digalakkan memberi
pendapat. Guru banyak menggunakan kaedah
perbincangan dalam aktiviti P&P.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 18
sambung
 Mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid.
 Perkembangan murid secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
sosial.
 Peluang interaksi antara murid adalah banyak
dan sifat sosial yang positif selalu dipupuk.
 Juga mementingkan pengolahan kaedah
kumpulan.
 Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 19
Strategi Pemusatan Bahan
 Dua kategori strategi pemusatan bahan 
bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
 Bahan-bahan yang digunakan – carta, graf, peta
spesimen, model, gambar, slaid video, perakam
pita dan projektor.
 Memupuk sifat-sifat yang positif – guru dan
murid berkongsi sumber dan bahan.
 Murid-murid mendapat pengalaman realistik –
dapat melihat situasi sebenar atau bahan
maujud dan konkrit. Oleh itu proses P&P lebih
bermakna.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 20
sambung

 Interaksi di dalam bilik darjah adalah banyak


hala  antara guru dengan bahan, bahan
dengan murid dan guru dengan murid dengan
bahan.
 Mengutamakan kecekapan dan kemahiran
murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis
bahan.
 Lebih sesuai digunakan oleh guru kerana
menekankan perkembangan jasmani, kognitif
dan rohani murid-murid.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 21
Strategi Pemusatan Tugasan
 Berasaskan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan
pengajaran yang dirancang oleh guru dalam
proses P&P.
 Tugasan yang menarik – meningkatkan
penglibatan murid-murid dan membangkitkan
naluri ingin tahu murid serta menghidupkan
suasana di dalam bilik darjah.
 Antara strategi tugasan – berlakon, menyanyi,
membuat model, perbahasan, perbincangan.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 22
Kaedah
 Kaedah mengajar - cara-cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun
 Teknik mengajar – kemahiran guru dalam
pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar
dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 23


Contoh-contoh Kaedah Mengajar
 Belajar sambil bermain
 Main peranan
 Sumbangsaran
 Bercerita
 Perbincangan
 Tunjuk cara
 Penyelesaian masalah
 dll
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 24
Belajar Sambil Bermain
 Bermain – aktiviti kegemaran murid-murid kerana dapat
mengekspresikan perasaan dan emosi gembira.
 Strategi bermain sambil belajar – aktiviti-aktiviti yang
dijalankan secara spontan yang membawa kepada
pembelajaran.
 Murid-murid diberikan peluang untuk bermain sambil
belajar.
 Jenis-jenis aktiviti permainan yang boleh dijalankan:
(a) Manipulatif – teka-teki, catur, terup, congkak
(b) Fizikal – banyak dilaksanakan dalam Pendidikan Jasmani
(c) Permainan bahasa – permainan perkataan bercampur dll.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 25


sambung
 Tujuan teknik bermain – menggalakkan kanak-kanak
menggunakan dan mengembangkan kemahiran sosial dan
kognitif.
 Mempunyai unsur keseronokan dan dapat membangkitkan
naluri ingin tahu murid-murid serta mengembangkan daya
imaginasi mereka.
 Pastikan permainan melibatkan semua murid.
 Murid-murid perlu diingatkan supaya bermain dengan adil dan
saksama dan tempoh permainan mesti ditetapkan supaya
murid-murid mempunyai masa untuk berehat dan membuat
refleksi serta perbincangan.
 Aktiviti permainan boleh dijalankan secara berpasangan atau
berkumpulan.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 26


Main Peranan
 Main peranan – aktiviti pembelajaran yang
melibatkan murid memainkan sesuatu peranan,
sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain.
 Murid berpeluang beraksi sebagaimana yang
dikehendaki oleh situasi yang ditentukan.
 Murid-murid memainkan peranan yang khusus
sebagaimana yang ditetapkan dalam objektif
pembelajaran.
 Boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan
melibatkan kesemua murid atau sebilangan murid.
 Murid yang tidak terlibat boleh menjadi pemerhati
kepada situasi yang dilakonkan.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 27
sambung
 Prinsip-prinsip main peranan:
 Jenis-jenis aktiviti main peranan:
(a) Latihan sesuatu watak
(b) cerminan – murid digalakkan untuk melihat bagaimana
tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain
(c) latihan dan demonstrasi
 Melatih murid-murid mengawal perasaan diri dane mosi dalam
pelbagai situasi.
 Membolehkan murid berinteraksi sesama mereka dan
berkomunikasi secara berkesan dalam watak-watak yang
dipegang.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 28


sambung

 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan


teknik main peranan:
(a) Guru mesti memilih tajuk yang sesuai dengan kebolehan
dan minat murid.
(b) Penerangan guru mesti jelas.
(c) Murid-murid lain diterangkan peranan sebagai pemerhati
yang aktif.
(d) Peserta memainkan peranan masing-masing. Masa yang
diberikan antara 15 – 20 minit untuk sesuatu sesi main
peranan.
(e) Selepas itu, pemerhati akan berbincang tentang lakonan
oleh para peserta.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 29


sambung
 Kelebihan main peranan – meningkatkan penguasaan bahasa
dalam kalangan murid-murid.
 Membantu murid meningkatkan kemahiran-kemahiran –
menyoal dan mendapatkan maklumat-maklumat tambahan.
 Menggalakkann daya cipta dan kreativiti murid-murid serta
memperkembang kemahiran-kemahiran sosial mereka.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 30


Sumbangsaran
 Sumbangsaran – aktiviti perbincangan yang dikendalikan
secara kumpulan.
 Topik perbincangan - harus sesuai dengan kebolehan dan
minat murid-murid.
 Tempoh masa untuk mengemukakan idea mengenai tajuk
ditentukan oleh guru (biasanya dua puluh minit).
 Semua pendapat atau idea dicatat dan pengembangan
idea orang lain adalah digalakkan oleh guru.
 Guru akan memberikan tajuk perbincangan sebelum
murid-muri dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang
tertentu.
 Murid-murid akan membincangkan tajuk berkenaan
dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat
pendirian masing-masing tentang masalah yang diberi.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 31
sambung

 Murid-murid perlu diingatkan supaya tidak mengkritik atau


menilai pandangan ahli-ahli daripada kumpulan yang lain.
 Guru juga menerima semua idea yang diterima oleh murid-
murid.
 Dalam satu sesi sumbangsaran, seorang pengerusi mesti dilantik
oleh guru dalam setiap kumpulan dan peranannya adalah untuk
menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya.
 Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea
selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan.
 Satu kaedah yang penting dalam proses P&P – salah satu cara
untuk memperoleh banyak idea dalam tempoh masa yang
singkat.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 32


Bercerita
 Guru perlu inovatif dalam mencari cerita yang sesuai
dengan objektif P&P.
 Guru perlu memastikan cerita yang dipilih sesuai dengan
umur murid-murid dan dapat menarik perhatian atau
minat mereka.
 Guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan –
boneka, tali, binatang mainan, kertas dll.
 Guru boleh mempelbagaikan suara dan nada – cerita
yang ingin disampaikan lebih menarik.
 Kebaikan teknik bercerita – melengkapi murid-murid
dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa,
khususnya kecekapan lisan.
 Menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kritis
dan kreatif, khasnya apabila guru menyoal balik tentang
moral
12/08/21 03:04 sesuatu cerita. Dr. Mashudi 33
sambung

 Kemahiran-kemahiran yang perlu digunakan dalam teknik bercerita:


(a) Kemahiran verbal – projeksi suara, penekanan frasa atau bunyi
dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.
(b) nada suara yang sesuai untuk menggambarkan situasi tertentu
dan memiliki kebolehan memanipulasi mimik muka untuk
menunjukkan emosi yang berlainan.
 Kemahiran bukan verbal yang perlu guru kuasai – gerak mata dan
mimik muka yang sangat ekspresif.
 Aktiviti penting dalam teknik bercerita – sesi perbincangan yang
menyusuli selepas guru habis bercerita.
 Dalam proses perbincangan – pastikan murid diuji kefahaman tentang
cerita yang disampaikan.
 Pelbagai aktiviti P&P boleh dijalankan selepas selesai sesuatu sesi
bercerita  latihan kefahaman, latihan tatabahasa, latihan
merumuskan isi-isi penting dalam cerita dsb.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 34
Perbincangan
 Perbincangan – aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi
sesama mereka dalam membincangkan satu isu / masalah.
 Murid berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea
tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murd akan membuat
rumusan pada akhir sesi perbincangan.
 Murid memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik / masalah
dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawalan guru.
 Boleh dilaksanakan untuk semua mata pelajaran.
 Bertujuan melatih murid-mkurid membiasakan diri bercakap dalam
situasi formal – memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan
pendapat.
 Dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri murid.
 Guru harus menggalakkan murid mengembangkan kemahiran dalam
mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 35
masalah.
sambung

 Peranan guru sebagai fasilitator dan membimbing murid-murid


sepanjang sesi perbincangan.
 Guru perlu menggalakkan murid-murid menyoal idea-idea rakan-rakan
mereka.
 Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti
perbincangan supaya murid-murid memberikan tumpuan. Guru jgua
mesti emneliti tingkah laku murid-murid agar mereka tidak
menyelewang atau bermain-main ketika sesi perbincangan dijalankan.
 Pada akhir sesi perbincangna, guru bersama murid-murid harus
merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam
perbincangan.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 36


Tunjuk Cara
 Tunjuk cara – kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan
sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu.
 Melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk
menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah
pembelajaran.
 Sesuai untuk pengajaran tarian, olahraga, permainan dan membuat
sesuatu uji kaji.
 Kebaikan tunjuk cara – memberi peluang kepada murid-murid untuk
benar-benar memahami perka yang hendak dipelajari setelah melihat
prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru.
 Semasa membuat demonstrasi – guru perlu memberikan penerangan
yang jelas supaya murid-murid dapat memerhatikan perkara yang
ditunjuk cara.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 37


sambung

 Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang perkara-perkara


yang ditunjuk cra mesti dijalankan oleh guru.
 Murid-murid perlu menulis laporan ringkas tentang tunjuk cara yang
dijalankan.
 Guru hendaklah menentukan tajuk, objektif dan menyediakan alatan
atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran.
 Kebaikan tnjuk cara – memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.
 Kelemahan tunjuk cara – memerlukan peranangan dan persediaan
yang rapi dan teliti.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 38


Penyelesaian Masalah
 Penyelesaian masalaha – satu proses mental yang memerlukan
seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea
alternatif dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
 Membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi
masalah, cara menyelesaikannya, dan mengambil keputusan yang
terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
 Membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila
menghadapi masalah.
 Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan idea
atau pendapat yang tidak terfikir oleh orang lain dalam penyelesaian
sesuatu masalah.
 Meningkatkan keyakinan murid-murid, khasnya apabila dapat
menyelesaikan sesuatu masalah.
12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 39
sambung

 Masalah yang dikemukakan oleh guru dalam kaedah penyelesaian


masalah – harus berkaitan dengan tajuk/topik dalam mata pelajaran.
 Langkah-langkah dalam teknik penyelesaian masalah.
Mengenal Memahami Menentuka Mencuba Merumus dan
pasti masalah cara-cara cara-cara menilai
penyelesaian penyelesaian penyelesaian
masalah
Yang baru

 Kelebihan proses penyelesaian masalah – penglibatan aktif murid-


murid dalam proses P&P.
 Banyak teknik lain dapat digunakan – inkuiri, sumbangsaran,
perbincangan dan simulasi.
 Kelebihan – meningkatkan kemahiran berfikir dan memupuk interaksi
sosial yang positif dalam kalangan murid.
 Kelemahan – memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan
dikendalikan oleh guru.
 Tidak sesuai untuk murid-murid yang
12/08/21 03:04
lemah.
Dr. Mashudi 40
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Jenis
Kaedah dan Teknik Pengajaran Yang Berkesan

 Objektif pengajaran dan pembelajaran


 Tempoh masa pengajaran guru
 Bilangan murid yang terlibat
 Jenis bilik yang digunakan
 Jenis mata pelajaran dan tajuk yang diajar

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 41


Perancangan Pengajaran
 Persediaan mengajar – satu perancangan harian yang
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah berdasarkan
rancangan kerja tahunan, semester dan mingguan.
 Perancangan pengajaran – membolehkan guru
menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran,
teknik-teknik mengajar, isi pelajaran dan bahan
pengajaran dengan baik – agar ada perkaitan dengan
strategi pengajaran dengan bahan-bahan aktiviti/objekf
pengajaran.
 Perancangan pengajaran – membolehkan guru mengajar
secara teratur – tidak menyeleweng daripada objektif-
objektif P&P yang telah ditetapkan.

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 42


Sekian

12/08/21 03:04 Dr. Mashudi 43

Anda mungkin juga menyukai