Anda di halaman 1dari 10

Monday, September 1, 2008

Menggunakan papan tulis secara optima


Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam
pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif
untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar
murid.
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan
penggunaan warna, grafik, jadual).
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat
dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.
Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di
sebelah kanan.
Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai
tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum
pelajaran diakhiri.

Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan
juga digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan
latihan.
Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran
berlangsung.

Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan


hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan
dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar.

Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di
papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat
mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

Penggunaan lain papan tulis


 Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau
menayangkan maklumat.
 Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad
manila dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis.
 Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga
dapat dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau
slide dari LCD Projektor.

Perbincangan
Nyatakan setiap kelebihan dan kekurangan papan pengajaran.
Apakah papan pengajaran yang terbaik pada zaman ICT ini? berikan alasan
anda.

Posted by razaliayob at 7:39 AM 1 comments

Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran


Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru
untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat
dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik
darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau
serta digunakan sejak lama dahulu.
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya
tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh
dilakukan dengan cepat dan mudah.• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk
pelbagai tujuan sampingan

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping
papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis
dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
• Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci
dengan menggunakan pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri
Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di
atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan
tersebut.
Kelebihan :
• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan
tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh
yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan
masa.• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan
dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan
tindihkan visual-visual itu.

Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya
perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip
boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
Kelebihan.
• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini
berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat
menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan


Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan
lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk
mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan
kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara
mudah alih serta berkaki.
Kelebihan
• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang ditampal maklumat• Tidak
memakan ruang• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di
kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu
permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu
kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain
flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk
papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan
bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi.
Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel
dengan mudah.

Kelebihan :
• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai-
bagai jenis tajuk dan subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh
digunakan• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta
melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.•
Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti
aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.• Senang
disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan
dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan
gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas
supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh
disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya
mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama
kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip
tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;
• Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran
yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk
semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf
boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih
atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan
flannel.
Kelebihan :
• Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik
darjah• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid
dalam kelas.
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff
Posted by razaliayob at 7:31 AM 1 comments

Thursday, July 24, 2008

Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


oleh
Razali Ayob

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama
ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka
mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak
mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya
tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah
adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas?

Bertanya atau Menyoal?

Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan
sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif
dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan
menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza.

Lihat contoh berikut;

1 a) Harga kereta baru kamu berapa?


b) Berapakah harga kereta baru kamu?

2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat?


b) Kenapa cikgu nak tahu?

Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa
kata tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan
maklumat.

Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat
tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa
perasaan anda?

Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin
kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau
suasana yang selesa dan menyenangkan.

Lihat contoh berikut:

3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat?


b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan?
c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk?

Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan
kata tanya. Jika anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan
anda. Tentu sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan”
atau “menuduh” anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-
ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan
makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri.
Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka.
Pertanyaan terbuka tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh
4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti
pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua?
b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini?
Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak”
Contoh
5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?”
b) Apa yang membuat kamu nampak risau?”
c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah?
d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas?

Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula


untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba
mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan
pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan
seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata
tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang.
Posted by razaliayob at 12:21 AM 2 comments

Thursday, July 17, 2008

Menghasilkan cerita pendek


Kepada semua pelajar, hasilkan satu cerita pendek berbentuk inovasi dan kreatif yang
sesuai untuk pelajar menengah rendah. Tema cerita bebas.
Posted by razaliayob at 1:30 AM 3 comments

Penilaian bercerita
KRITERIA

1. ISI PERSEMBAHAN
Isi cerita menarik, tema sesuai, meyakinkan, seronok

2. BAHASA DAN PERTUTURAN.


Bahasa menarik, berintonansi, kurang kesilapan tatabahasa, sebutan betul, jelas dan
bahasa baku.

3. PENGHAYATAN
Lancar, tidak menghafal, tidak lupa

4. GAYA PERSEMBAHAN/TEKNIK.
Menarik, tenang, meyakinkan, bersahaja, tidak stereotaip.

5. KONTAK MATA/BAHASA TUBUH


Sejauh mana ia berperanan dan menarik perhatian serta meninggalkan kesan kepada
pendengar.

6. TEMPO DAN MASA, KAWALAN SUARA


Dapat menyampaikan mengikut tempo dan masa yang sesuai. Nada suara bersesuaian
dengan cerita/ulasan.
Posted by razaliayob at 1:23 AM 0 comments

Seni Bercerita
1. Ekspresi
 mengetahui apa yang mahu anda katakan
 lahirkan apa yang anda rasakan

 fikirkan apa yang anda maksudkan


 melahirkan ekspresi muka yang betul
 bersahaja

2. Suara

 bercakap dgn mudah, perlahan dan tepat


 suara secukup didengar dengan mudah
 berhati-hati dengan sebutan
 gunakan nada yang rendah tetapi sedap didengar

3. Pengaturan masa

 berhenti seketika (PAUSE) menukar kelajuan


 tukar nada (RENDAH/TINGGI)
 pelbagaikan tekanan suara
 perlahan-lahan bina kemuncak

4. Pergerakan tangan dan kepala (GESTURE)

 pergerakan bercerita menjadi lebih menarik

5. Bercerita dengan kuat

 Menggunakan bahasa dengan baik: membuat intonasi yang sesuai, gaya dan
mimik muka yang betul.
 Menggunakan ilustrasi atau gambar yang sesuai untuk menarik perhatian.

Posted by razaliayob at 1:07 AM 0 comments


Kemahiran bercerita
1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
 memilih cerita yang sesuai
 menghafal isi-isi penting

 sediakan alat bantu mengajar


 kesediaan pelajar
 murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
 mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
 pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
 pastikan suara jelas dan lantang
 kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid
memahami isi cerita dengan lebih jelas
 mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
 ayat dan perkataan mudah difahami murid
 disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
 aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

 Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai


 Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
 Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai
dengan pengalaman murid
 Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang
diperuntukkan
 Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya
sekali
 Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau
topeng-topeng
 Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
 Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru
 Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-
gambar yang sesuai dengan isi cerita
3. Sesi Bercerita

 Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik


 Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita
 Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
 Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup

 Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi


cerita itu

5. Aktiviti penutup

 Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.


 Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan
sendiri.
 Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam
isi cerita.
 Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
 Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan
didengar

Posted by razaliayob at 12:42 AM 0 comments


Older Posts Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive
 ▼  2008 (8)
o ▼  September (2)

 Menggunakan papan tulis secara optima


 Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran
o ►  July (6)

 Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajara...


 Menghasilkan cerita pendek
 Penilaian bercerita
 Seni Bercerita
 Kemahiran bercerita
 Maklumat Pengajaran Mikro

Anda mungkin juga menyukai