Anda di halaman 1dari 3

Asas Perkhemahan

Di kala banyak blog orang lain sibuk berbincang memerah idea tentang politik, baiklah saya
menyimpang dari laluan mereka. Saya kira perkara yang akan saya kongsi bersama ini pun
tidak kurang pentingnya pada anak bangsa Malaysia yang gemarkan kegiatan luar atau
rekreasi. Jadi oleh kerana saya lama berkecimpung di dalam lapangan ini, saya fikir adalah
baik untuk memberi sedikit tips untuk panduan para penggemar lapangan ini.

Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk
permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman yang sedikit dan rasakan amat
cetek ini di blog ini.

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat,


selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis
tempat berlindungan itu.

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari
canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang
didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya
boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang
dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis
yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan
persekitaran yang berbeza :

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai
digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran
udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh
ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di
dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi
keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di
tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih
memanaskan.

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan
menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi
penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan
khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir
pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-
tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan
pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik
mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang
hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam
sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan
berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk
mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau
minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan
saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan
menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam
khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu
masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering
mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan
disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan
atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat
berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang
mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap
khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari
sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah
tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu
khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan
khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau
disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan
selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke
pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan
berkumpul semula
14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa
kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup
sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang
lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan
berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas
plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis
hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

Sekian, selamat berekreasi

Anda mungkin juga menyukai