Anda di halaman 1dari 3

U.S.N.

Datu Badaruddin Tun Mustapha akan telah mengkuti jejak langka Ayahnya untuk
memperjuangkan rakyat Sabah bersama landasan Parti Politik U.S.N.O.

Oleh : Ajk Penaja Parti politik USNO.

USNO adalah Parti Kemerdekaan Sabah, USNO adalah Parti Perjuangan Bumiputera Sabah, USNO
adalah Parti penyatuan rakyat Negeri , Kemerdekaan rakyat Sabah tanpa USNO belum tentu Sabah
menyertai Malaysia tanpanya juga belum tentu UMNO boleh bertapak di Bumi Sabah hari ini.

Usno yang memberikan laluan mudah kepada UMNO pada tahun 1991 itu nampaknya masih relevan
di negeri Sabah apabila mantan USNO berjuang semula untuk mendapatkan haknya berpolitk di
Negara ini melalui kumpulan yang pernah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri
Malaysia Tun Ahmad Abdullah Badawi pada 4hb.June 2007 untuk meminta supaya USNO dihidupkan
semula sebagai landasan perjuangan bagi rakyat Bumiputera Negeri Sabah.
Rombongan 17 orang yang diketuai oleh Datu Abdul Salam bin Datu Harun adik kepada pada bapa
kemerdekaan Sabah dan pengasas USNO sendiri Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu
Harun bersama Setiausaha Agung penajanya Abdullah Sani Hj Abdul Salleh telah pergi ke Putrajaya
untuk menyatakan hasrat mereka menghidupkan USNO semula secara rasmi.

Pendirian mereka jelas tanpa berselindung apabila wakil jurucakap mereka Abdullah Sani Hj. Abdul
Salleh menyatakan hasrat mereka untuk meminta supaya USNO dikembalikan kepada rakyat Sabah
dalam satu perjumpaan hamper 3 jam di tingkat 3 Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang
dihadiri oleh wakil kerajaan dari Biro Tata Negara (BSN).

Cikgu Sabli Muhiddin mantan pengasas Parti USNO 1961 sebagai Setiausaha Agung USNO Pertama
juga turut bersama rombongan ini dengan disertai oleh beberapa mantan Adun USNO dari Negeri
Sabah antaranya Pengeran Ibrahim Dewa dati Papar, Haji Said Senang dari Tawau, Haji Salleh Janan
dari Sandakan, Johari Mohammad Dun dari Sipitang dan beberapa AMT / Exco Pemuda / Exco
Wanita USNO Sabah diantaranya Saudara Ridi Alawangsa, Puan Leong Chau Chu, Othman Yaqub,
Ahmad Awang, Azlan Tsen, Ustaz Kosogan, Noraidah Hj Abdul Salleh,Puan Norma serta mantan
ketua risikan USNO Haji Musa Milip jelas membuktikan bahawa ahli USNO secara serius hendak
menghidupkan parti itu semula.

Selepas perjumpaan di Putrajaya Ahli-Ahli Rombongan USNO Sabah telah mengadakan Perjumpaan
dengan Setiausaha Megeran Dato Hatta bersama rombongnnya di Hotel Seri Pan Pasific Kuala
Lumpur dan seterusnya menemui Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia Dato Ishak di
Pejabatnya di Putrajaya sebelum balik ke Sabah.

Di Sabah Barisan mantan USNO ini telah mengadakan rapat umum diseluruh sabah dari Pantai
Timur, Sandakan, Padalaman dan Pantai Barat Sabah bagi menyatakan hasrat itu bahawa USNO
masih relevan diseluruh Sabah yang dianjurkan oleh pimpinan Datu Badaruddin Tun Datu Haji
Mustapha dan seterusnya menubuhkan semula wakilnya disemua peringkat Dewan Undangan
Negeri dan Palimen di Negeri Sabah.

Bagi maksud menghidupkan semua perjuangan USNO satu jawatankuasa telah dibentuk dan
didaftarkan di Pejabat pendaftar Pertubuhan Malaysia Kota Kinabalu melalui satu badan bukan
kerajaan atau NGO yang diberi nama KELAB USNO SABAH seterusnya dikenali sebagai Pertubuhan
Bekas Ahli USNO Sabah atau EX-USNO.

Setelah sekian lama menunggu kelulusan dari Pendaftaran, NGO USNO telah ditolak pendaftarannya
sebagai NGO USNO oleh Ros akhirnya penaja kelab USNO Sabah telah mengambil keputusan untuk
membubarkan NGO USNO dengan rasminya pada 24hb. Okt.2010.

Tanpa berfikir panjang ahli ahli USNO yang pernah menubuhkan NGO USNO pada 2007 itu telah
mengadakan satu Mesyurat khas untuk menubuhkan semula Parti Politik USNO yang ingin berjuang
melalui landasan politik di Negeri ini pada 19hb. Jun 2010 serta mendaftarkannya dengan rasmi
pada 26hb.Oktober 2010, Presiden Penajanya Datu Badaruddin bin Tun Datu Haji Mustapha ingin
melihat USNO menyertai semula Pilihanraya khasnya PRU13 jika mendapat kelulusan awal dari pihak
Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Semangat Juang Ahli USNO

Seperti yang kita sedia maklum perjalanan panjang ahli ahli USNO untuk mendaftakan platform
politik USNO Semula menghadapi jalan sukar dari pihak kerajaan yang ada apabila menolak semua
pendaftaran yang mempunyai kaitan dengan Nama USNO , antaranya Perubahan Nama Parti
Bersekutu kepada USNO 2002 ditolak walaubagaimanapun perubhanan Parti Bersekutu kepada
nama baru iaitu United Sabah Front atau USF yang dipimpin oleh Saudara Barman Angkap telah
diluuskan pada 2010.

USNO 2006 yang didaftarkan oleh saudara Perais Sarif Baba juga telah ditolak oleh ROS, Kelab USNO
Sabah pimpinan Saudara Ridi Alawangsa , Pertubuhan Bekas Ahli USNO, Datu Badaruddin Tun
Mustapha, USNO 2008 pimpinan Haji Musa Milip kesemuanya telah ditolak oleh ROS (Pendaftar
Pertubuhan Malaysia) tanpa mengemukakan alasan rasmi, kecuali alasan lisan bahawa UMNO telah
ada di Bumi Sabah.

Hari ini USNO yang telah didaftarkan sebagai parti Politik yang ingin menyertai Pilihanraya pada
PRU13 adalah satu satu harapan bagi warga USNO Sabah untuk meneruskan perjuangannya dalam
arena politik Negera ini khas politik Negeri Sabah jika mendapat kelulusan dari Pendaftar
pertubuhan.

Semangat juang ahli ahli USNO tidak pernah luntur dan akan tetap diteruskan oleh anak anak Sabah
bagi memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan kebebasan berpolitik di Negara ini,
semoga pendaftaran U.S.N.O yang baru ini mendapat kelulusan yang wajar dan adil dari pihak
berkuasa kerajaan.

Mengekang hasrat rakyat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik dan mendapatkan hak sebagai
warganegara dalam Negara yang mengamalkan Demokrasi adalah tidak adil sama sekali dan
bertentangan dengan prinsip Demokrasi Berpalimen di Negara ini.

Sebagai penaja USNO yang telah didaftarkan ini kami mengharapkan Perdana menteri Sekarang
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dapat memberikan kelulusan terhadap hasrat rakyat Sabah ini,
Begitu juga harapan rakyat Sabah terhadap Datuk Hishammudin Tun Hussien sebagai Menteri Dalam
Negeri supaya dapat mengambil perhatian terhadap pendaftaran USNO semua yang didaftarkan
sendiri oleh anak mantan pengasas Parti itu Datuk Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha.

Sekian

Salam Perjuangan Dari kami

Penaja Parti USNO Sabah.

Anda mungkin juga menyukai