Anda di halaman 1dari 3

TAMAN SABAH MAKAN RASUAH?

Laporan : Lcf-TSMP

Mohammad Noor Imam Jiarah Tim.Pengerusi Lcf-TSMP Merampas Buku Pendaftaran Pelawat ke Pulau Sibuan.

Lawatan mengejut Lcf-TSMP yang diadakan oleh waris Pulau Sibuan pada 9hb. Okt 2011 diketuai oleh Timbalan Pengerusi Lcf-TSMP En. Mohd Noor Imam Jiarah bersama beberapa waris Pulau Sibuan dalam kawasan Tun Sakaran Marine Park mendapati terdapat kegiatan pelancongan secara haram yang dibuat oleh pihak Taman Sabah ke pulau berkenaan, beliau mendapati terdapat lebih dari 10 buah bot Pelancongan yang mendarat dipulau berkenaan dengan muatan setiap bot antara 10 15 orang setiap bot.

Aktiviti Haram Pelanlongan di Taman Marine Tun Sakaran

Dengan kemasukan pelancong lebih dari 100 orang ke Pulau Sibuan setiap hari tidak termasuk 7 pulau yang lain ( Bohey Dulang, Maiga, Sebangkat, Tatagan, Mantabuan, Pulau Gaya dan Selakan ) Penyediaan Pos Pendaftaran Pelancong di Pulau itu oleh Taman Sabah nampaknya memang SAH bahawa kutipan wang dari para pelancong mendapat restu dari pihak pengurusan Taman Sabah sejak beberapa tahun lalu. Pihak Lcf-TSMP yang mendapati Pulau Sibuan diletakkan dalam Zon Merah No Entry sebelum ini, Nampaknya pengurusan Taman Sabah melanggar sendiri PELAN PEMILIHARAN yang telah mereka gariskan dengan menguat kuasakan kemasukan Peraturan ke Pulau itu kepada Waris dan memberi ruang selesa kepada Pelancong.

Zonning Plan Taman Sabah 2009, Kawasan bertanda merah No Entry kecuali dengan permit atau kajian dilanggar sendiri oleh Taman Sabah dan Pengurusannya untuk mendapat untung dari HAK WARIS yang berkentingan di Pulau itu.

Lcf-TSMP menganggarkan pungutan setiap seorang pelancong RM 50.00 dari pengusaha pelancongan atau dalam kes Pulau Sibuan RM 50.00 x 100 Pelancong x 30 hari = RM 15,000 sebulan dipungut untuk 1 pulau, namun aktiviti yang melanggar peraturan sendiri ini dibenarkan oleh Taman Sabah dengan meletakan Pos pendaftaran disana. Dalam Lawatan Lcf-TSMP, Timbalan pengerusinya telah memberi amaran kepada Pegawai Pos Taman Sabah di Pulau itu supaya menghentikan kegiatan mereka mendaftar pelancong dan menghalalkan peraturan yang haram untuk menipu para waris dengan memungut keuntungan dari Hak waris .Jesteru itu Buku Pendaftaran Pelancong di Pulau itu telah dirampas oleh waris dan diharap Pihak Taman Marin Tun Sakaran dapat menghentikan kegiatan keji dan menipu waris ini berterusan. Pihak waris juga telah menulis SURAT KETETAPAN ( Seperti mana yang dilaporkan dan sabahkini.net ) yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Taman Sabah minggu lalu dan menghantar salinan rasmi kepada Pejabat Daerah Semporna, Pejabat Tanah, Taman Sabah Semporna dan Ibu Pejabat Polis Semporna 2 hari lalu, serta mengemailkan salinan kepada TYT Negeri Sabah, Menteri Pelancongan, Pembantu Mneteri Pelancongan , Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sabah dan juga Ketua Menteri Sabah minggu lalu.

Anda mungkin juga menyukai