Anda di halaman 1dari 2

Oleh : JOHANI ABDUL HALIM

Johani Abdul Halim yang lebih dikenali dalam laman facebook (FB) sebagai ‘Jojo‘ adalah salah
seorang ketua Cabang PKR Silam yang senior dan mempunyai pandangan tersendiri dalam
perjuangan menghadapi PRU13.

Pengumuman Ketua baru MPN Sabah oleh pihak pusat adalah dihormati dan akan dijadikan ikhtibar
oleh semua ketua cabang di Sabah bahawa untuk jadi ketua seseorang itu hendaklah menerima apa
pun hukuman yang telah ditetapkan.

Cuma sebagai ketua cabang yang telah lama dalam PKR Sabah pihak saya amat terkilan dengan
permainan politik 3 orang menusia di Negeri ini, akhirnya Kumpulan Majoriti yang terdiri dari Ketua
ketua cabang terpaksa menerima padah dan kotornya permainan politik pihak yang tidak bermoral
ini merampas kuasa secara kotor dan Berjaya mempengaruhi pihak pusat.

Saya amat kesal bila melihat bertapa hanya 3 orang menusia dengan mendakwa mewakili 15 orang
itu amat licik dengan perancangan mereka mengetepikan kehendak dan aspirasi kumpulan yang
sebenar dan yang mendapat sokongan majority.

Anthony Madius – Marudu (MP Kawasan Palimen Bukan Islam), Ansari Abdullah–Tuaran (MP
Kawasan Palimen Bukan Islam ), Hasanar Ibrahim–Batu Sapi (MP Kawasan Palimen Bukan Islam) ,
Johnatan Yasin – Ranau (MP Kawasan Palimen Bukan Islam) , nampaknya telah Berjaya mengaibkan
Ketua mereka sendiri Saudara Ahmad Tambrin Jaini secara fitnah dan pembohongan besar.

Sidang akbar ‘The Threes Stoges‘ ini yang hanya di wakili 3 cabang mendakwa diri mereka menjadi
15 cabang, setelah mereka Berjaya dengan misi mereka untuk meletak Proxy baru amat jelas sekali
sidang akbar Ketua MPN baru saudara Pajuddin Nordin pada 10hb.Januari 2011 hanya dihadiri oleh
ketiga-tiga orang ini sehaja tanpa 22 orang Cabang lain di Negeri ini.

Amat saya kesali juga kehadiran wakil pimpinan Pas dan Dap Sabah dalam siding Akbar itu
menunjukan bahawa konspirasi besar dikalangan kumpulan ini sehingga mengetepikan aspirasi ahli
ahli PKR Sabah sendiri dan telah Berjaya mengaibkan saudara Ahmad Tambrin Jaini seorang
pemimpin yang mempunyai sipat sederhana dan ‘Low Pfrofile ‘ itu.

Jesteru itu selaku Ketua Cabang yang telah lama berjuang dalam PKR, pihak saya melihat, mereka
yang terlibat mengaibkan dan mengotorkan perjuangan ini hendak diambil tindakan Displin oleh
pihak pusat dengan menggantung kesemua mereka dari keahlian parti jika ingin melihat PKR Sabah
kukuh dan bersatu semula.

Antaranya ketua ketua cabang seperti berikut Anthony Madius – Marudu, Ansari Abdullah – Tuaran,
Hasanar Ibrahim – Batu Sapi, Johnatan Yasin – Ranau dan Doljit Muda – Sipitang.

Pimpinan PKR Sabah dari Pantai Timur Sabah lebih lihat ‘low Profile’ tetapi mesti di ingat Sasaran
adalah kawasan Islam yang ditinggalkan oleh oleh Dr.Jefry (KDMR) dan Yong (Cina) yang tidak
berminat menyertai Pakatan itu adalah kawasan Bumiputera Islam di pantai Timur dimana 70%
Dewan Undangan Negeri Bumiputera Islam datangnya dari Kawasan itu.

Seperti yang dilaporkan 24jam lalu, 17 cabang PKR Sabah tetap tidak berganjak bahawa mereka
kesal dengan apa yang berlaku dan meminta supaya orang orang berkenaan diambil tindakan
Disiplin Parti termasuk juga dari pihak komponen seperti Pimpinan Pas dan Dap yang terlibat itu.

Sekian

Salam Perjuangan dari Saya.

Johani Abdul Halim


Ketua Cabang PKR Silam, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai