Anda di halaman 1dari 7

Oleh : Abdullah Sani Hj.

Abdul Salleh

‘Pengisthiran Kesultanan Sulu ada Kewajaran dan Berfakta’ ia hendaklah dipandang terus
Relevan hingga hari ini oleh semua lapisan Rakyat‘

Sabah The Land of King Kong

Bercerita tentang fakta kesultanan Sulu di Sabah memang tidak dapat dinafikan
berdasarkan fakta Sejarah dan Perjanjian Pajak Gadai 1881 (Perjanjian Bulan dan
Bintang) diantara Sultan Sulu dan B.N.B.C (Syarikat Bristish) sehinggalah kedaulatan
itu diambil-alih
alih oleh kerajaan British
Britis pada tahun 1946.
Namun Hak Sultan Sulu tetap terjamin dan di-iktiraf
di iktiraf oleh British bila waris
terakhirnya Dayang Dayang Piandoa membawa kesnya ke Mahkamah Bristish
pada tahun 1930 yang memberikan hak kepada beliau untuk menjadi pewaris sah
Kesultanan Sulu yang berada di North Borneo pada masa itu dan berhak untuk
meneruskan tuntutannya terhadap Perjanjian Bulan dan Bintang 1881 itu dengan
memperolehi wang sewaan bernila 5,000 fens (Wang Spain), tetapi hari ini telah
digantikan dengan wang berbentuk RINGGIT MALAYSIA yang terus diterima oleh
waris waris yang berada di Sulu iaitu Sultan Ismail Kiram dan Keluarganya.
Niat baik Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia harus dipandang secara
positif dan tidak seharusnya kita berpandangan prejudis terhadap mereka
merek apabila
mereka memperjuangkan hak mereka terhadap apa yang sepatutnya mereka
perolehi mengikut perjanjian ‘Bulan dan Bintang’ 1881.
Sabah terus membayar sewa Tahunan kepada Waris Kesultanan Sulu.

Sultan Ismail Kiram Penerima Sewa RM 5,000.00

Pajakan keSultanan Sulu dari Kerajaan Malaysia

Dalam Isu perjanjian dan soal pembayaran yang telah menjadi perjajian diantara
kerajaan dan kerajaan sepatutnya tidak timbul sama sekali kerana kita memang
sudah biasa dengan perkara ini dan telah berjalan lama sebagai satu perjanjian
yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Sebenarnya Sabah amat beruntung kerana, kerana harga Pajakan diantara
kesultanan Sulu dan British hanyalah RM 5,000.00 ringgi Setahun atau RM 13.69
sen sehari benbanding harga sewa sebuah kereta kancil RM 80.00 sehari dan
perkara ini juga berlaku diantara KeSultanan Kedah dan Pulau Pinang dimana
Kerajaan negeri Pulau Pinang juga perlu membayar sewa pajak terhadap Pulau ini
sebanyak RM 10,000.00 setahun menurut Perjanjian Bulan dan Bintang 1876
diantaran Francis Ligth dan Sultan Kedah dan sewa berkenaan dibayar Kepada
Keluarga Diraja Kedah sehingga hari ini.
Pulau Pinang yang sebesar Pulau Banggi itu dapat sewaan RM 10,000.00 setahun
sementara Sultan Sullu Cuma dapat RM 5,000.00 setahun walau pun luas
Geograpi Sabah hampir 10 Negeri di Semanjung Malaysia.
Begitu juga halnya diantara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang
perlu membayar Beratus billion ringgit dan perlu membayar 1 Billion setahun
kepada Negeri Selangor kerana pajakan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya tetapi tidak pula membayar Pulau Labuan.

Kearah Keamanan dan Pembangunan Sulu dan Sabah.

Rumah Bicara atau Istana Negara Kesultanan Sulu.Jolo

Saya masih teringat satu ketika 5 tahun dahulu apabila Kesultanan Sulu Sultan
Ismail Kiram seorang sehabat saya, pernah meminta bantuan khidmat saya
supaya menyampaikan hasratnya terhadap kerajaan Malaysia mengenai
Pembangunan Filipina Selatan dan perbincangkan soal kedaulatan serta
keamanan dirantau ini.
Sebagai seorang sehabat saya diminta oleh beliau menjadi wakil khas Kesultanan
Sulu secara rasmi dengan mengeluarkan satu surat Pelantikan dari Istana Rumah
Bicara Maimbung Sulu Philippines tempoh hari , saya sendiri pernah menemui
Perdana Menteri Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi) untuk menghantar surat itu
bagi membincang soal pembangunan dan keamanan dirantau ini khasnya Filipina
Selatan dan Sabah bagi mengekalkan keamanan dan merancakan ekonomi
pembangunan Petrolium,Pelancungan, Barter Trade dan Industries Rumpair laut
kedua-dua Wilayah dengan sokongan kesultan Sulu yang berada di Philippines
Selatan itu.
Jesteru itu marilah kita sama sama memandang Isu kesultanan Sulu ini dari
sudut positif dan jangan ada diantara kita rakyat Malaysia khasnya di Sabah
yang buta sejarah dan memandang secara prejudis serta prasangka terhadap
mereka.
Laporan di Blog dan internet mengenai Kesultanan Sulu yang banyak
diperbincangan secara bersosial FB dan Twitter , secara ilmiah dan secara sindiran
serta tidak puashati rakyat terhadap isu ini boleh menjejaskan hubungan baik
antara kaum di Negeri ini yang mana mempunyai sejarah panjang dan indah
diantara kita Rakyat Malaysia dan Waris Waris kesultanan Sulu serta Mesyarakat
Bajau Suluk di Negeri ini.
Namun tidak kiralah ianya siapa, semada Bajau, Suluk, China dan lain – lain
mereka yang isthiharkan diri menjadi Sultan biarlah mereka dengan dunia mereka
sementara kita rakyat Sabah dengan dunia kita sendiri.
Isu Kemiskinan, Isu Pembangunan dan Isu kedaulatan wilayah kita masih terjamin
bebas dari ancaman walaupun pengistiharan Kesultanan Sulu itu dibuat dalam
Negera kita.
Semada ada anda Melayu, Cina, Kadazan Dusun sebenarnya kita semua adalah
rakyat Sabah dalam Malaysia yang perlu menghormati aspirasi mesyarakat lain
seperti mana yang dibuat oleh Bangsa Taosug dan bangsa Cina terhadap Negeri
ini untuk mengistiharkan diri sebagai Sultan.
Mesyarakat Kadazan Dusun mempunyai Huguan Siau (Paramount Leader), Bisaya
dengan Ganang Gayuhnya, Suluk dengan Sultannya, Bajau dengan Panglimanya.
Akjan Istiharkan diri sebagai Sultan -2011

Memang kita dikejutkan lagi dengan satu pertabalan Peribadi bersama 60 orang
pengikutnya seorang Sultan baru di Kg. Likas Kota Kinabalu pada 4hb. Feb2011.

Saudara Datu Akjan Ali Muhammad sebelum ini dikenali sebagai si Akjan yang agak
polular dengan kisah hidupnya yang menjadi bualan ramai.
celebreti ini yang telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu seperti mana
yang dilaporkan oleh laman web sabahkini.net tempoh hari dan beberapa akbar
tempatan.
Tidak dapat dinafikan fakta dan sejarah kesultanan Sulu yang wujud telah tertulis
sebagai rujukan genarasi akan datang khasnya rakyat Sabah.
Cuma rasanya adalah lebih baik kita tumpuhkan pemerintahan Negeri ini didalam
Persekutuan Malaysia dimana kita mempunyai seorang Tuan Yang Terutama Yang
Dipertuan Negara sendiri sebagai wakil Ketua Kerajaan Negeri dalam Majlis Raja
Raja Malaysia.
Akjan yang mengistharkan diri sebagai Sultan Sulu langkap dengan Perdana
menteri dan Kebinetnya kerajaan buangannya yang tidak Bernegara , Namun kita
juga amat faham bahawa ada banyak waris Sultan Sulu menjadi Sultan atas
keturunan masing-masing dimana rekod menunjukan 123 waris Sulu
mengistiharakan diri Sebagai Sultan Sulu , North Borneo dan Mindanao di seluruh
dunia mengikut risikan Agensi C.I.A Amerika.
Saya harap rakyat Sabah tidak cemas dengan tindakan beliau kerana kita berada
dalam satu Negera yang berdaulat serta Merdeka secara mutlak dibawah
Pemerintahan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan biarlah Akjan menguruskan
kerajaan
jaan Buangannya bersama waris Sultan sulu yang lain.

SULTAN TOUSUG Vs SULTAN TIONG HWA CINA

Allen Wong Mei Wah Ishiharkan diri sebagai KING OF BORNEO in Land of King Kong.

Saya juga amat tertarik denga pengistiharan seorang Sultan di Hong Kong, China
dengan dihadiri oleh Hakim besar Bangsa Bangsa Bersatu iaitu Raja
Borneo King Allen Wong Mei Wah yang telah diistiharkan sebagai King Of
Borneo,Sulu & Mindanao dan langkap dengan barisan protokolnya tempoh
hari.Untuk mengetahui secara lanjut Pengisthiharan RAJA BORNEO ini sila ke
Laman Web Kami di www.ppsemporna.blogspot.com dimana Vedio
Pengisthiharan beliau ada terdapat
terd disana.
Salam
Dari Saya sebagai Rakyat Sabah.

Abdullah Sani Hj Abdul Salleh.

Anda mungkin juga menyukai