Anda di halaman 1dari 31

Sistem Pendidikan Semasa

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
 “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
ke arah memperkembang lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”
Misi KPM

 Membangunkan sistem pendidikan yang


berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.
Matlamat

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan

bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,

berilmu, berketerampilan dan sejahtera.


Menyediakan sumber tenaga manusia untuk

keperluan kemajuan negara.


Memberi peluang pendidikan kepada semua

warganegara Malaysia
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)

 Teras 1 : Membina Negara Bangsa


 Teras 2 : Membangunkan Modal Insan
 Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
 Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
 Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan
 Teras 6 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan
•Penyata
Razak 1956 Dan Ordinan Pelajaran 1957 – Zam
an Pengukuhan
•Laporan
Rahman Talib Dan Akta Pelajaran 1961 - Zama
n Kemaskini
•Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
•Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Penyata Razak 1956 Dan Ordinan
Pelajaran 1957 – Zaman Pengukuhan

 Pembentukan Satu Sistem Pendidikan Kebangsaan


 Pengakuan Matlamat Akhir Bahasa Malaysia Menjadi
Bahasa Pengantar Utama
 Permulaan Kurikulum Yang Berorientasikan Alam
Sekeliling Malaysia
 Mewujudkan Sistem Peperiksaan Yang Sama Bagi
Semua
Laporan Rahman Talib Dan Akta
Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
 Penegasan Kepada Pendidikan Asas 3M Membaca, Menulis Dan
Mengira
 Penegasan Kepada Pendidikan Kerohanian Yang Kukuh Dan Unsur-
unsur Disiplin Yang Diingini
 Penegasan Kepada Kurikulum Ala Malaysia
 Pendidikan Menengah Atas Melalui Dua Jurusan, Akademik Dan
Vokasional
 Peluang Melanjutkan Persekolahan Dari 9 Tahun Ke 11 Tahun
 Melicinkan Tatacara Pengurusan Pelajaran Meningkatkan Mutu Pelajaran
Keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
 Penegasan Kepada Pendidikan Asas 3M Membaca, Menulis Dan
Mengira
 Penegasan Kepada Pendidikan Kerohanian Yang Kukuh Dan Unsur-
unsur Disiplin Yang Diingini
 Penegasan Kepada Kurikulum Ala Malaysia
 Pendidikan Menengah Atas Melalui Dua Jurusan, Akademik Dan
Vokasional
 Peluang Melanjutkan Persekolahan Dari 9 Tahun Ke 11 Tahun
 Melicinkan Tatacara Pengurusan Pelajaran Meningkatkan Mutu
Pelajaran Keseluruhan
Rang Undang Undang
Pendidikan 1995
 Sistem Pendidikan Kebangsaan Dicorakkan Untuk Menghasilkan
Pendidikan Bertaraf Dunia Dari Segi Kualiti Untuk Mencapai Aspirasi
Negara
 Falsafah Pendidikan Negara Dijadikan Landasan Kepada Dasar
Pendidikan Kebangsaan
 Tempoh Pendidikan Rendah Adalah Antara 5-7 Tahun
 Pendidikan Prasekolah Sebagai Sebahagian Daripada Sistem
Pendidikan Kebangsaan
 Pendidikan Teknik & Politeknik Dipertingkatkan
 Peruntukan Diadakan Bagi Mengawal Selia Pendidikan Swasta
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan
member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan.

 Sub-NKRA Prasekolah
 Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
 Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
 Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Sub-NKRA Prasekolah

 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
 Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
 Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
 Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
 Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
pedalaman
 Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
 Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA Literasi dan
Numerasi
 NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi
selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid
bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan,
masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan,
dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi
dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sub-NKRA Sekolah Berprestasi
Tinggi
3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap


autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang
menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan


tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah
tersebut.
Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi
pemimpin sekolah di Malaysia
Sistem Pendidikan
 Prasekolah
 Sekolah Rendah
 Sekolah Menengah
 Harian
 Sekolah Kluster
 Asrama Penuh
 Teknik &Vokasional
 SMKA
 Seni & sukan
 Sekolah Pendidikan Khas
 Sekolah Amanah
 Sekolah Bestari
 Sekolah Wawasan
 Maktab Rendah Sains Mara(MRSM)
Prasekolah
 Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas
sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal.
 Fokus pendidikan prasekolah adalah meliputi proses sosialisasi, perkembangan
sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah. Melalui kurikulum Prasekolah
Kebangsaan, perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen
pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu.
 Komponen tersebut adalah seperti berikut :-

 Bahasa dan Komunikasi


 Perkembangan Kognitif
 Kerohanian dan Moral
 Perkembangan sosioemosi
 Perkembangan Fizikal
 Kreativiti dan Estetika
Sekolah Rendah
 Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan

pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan

kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. 

 Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-

subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

 Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR). 

 Kategori Sekolah Kebangsaan

I. Sekolah Kebangsaan (SK)


II. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
III. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)  
Sekolah Kluster
 Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah
yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek
pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan
sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah
dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah
yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan
sekolah lain di luar klusternya.
 Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan
sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia
Sekolah Menengah Asrama Penuh
 Mewujudkan peluang pendidikan dengan kemudahan yang lengkap dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif

untuk murid yang berpotensi khususnya dari kawasan luar bandar.

 Meningkatkan bilangan murid bumiputera untuk mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan

tinggi bagi memenuhi keperluan negara.

 Melahirkan murid Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster yang memiliki keperibadian unggul iaitu mempunyai

jati diri, berilmu, berkemahiran dan beretika mulia.

 Melahirkan murid Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster yang komited dengan mengamalkan pengurusan dan

kepimpinan berkualiti.

 Melahirkan pemimpin berkualiti dan berintegriti dalam kalangan murid Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.

 Membina etos Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bercirikan kecemerlangan yang dapat menjadi penanda

aras.

 Melonjakkan kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bertaraf dunia sistem pendidikan Malaysia.

 Menjadikan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster sebagai showcase dalam dan luar negara.
Sekolah Teknik & Vokasional

 Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang
mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi
tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV
menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa
profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
 Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:
 Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan
fasiliti.
 Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid.
 Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang
berkesan.
 Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.
SEKOLAH AGAMA BANTUAN
KERAJAAN
(SMKA)
 Falsafah

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya
Islam dan suasan pembelajaran yang seimbang ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam
serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."
 Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
 Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
 Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
 Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara
 Mencapai kecemerlangan kurikulum dank o-kurikulum
 Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
 Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
 Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan
nilai-nilai Islam
 Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan
ummah
Pendidikan Khas
 Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wan ita, Keluarga dan Masyarakat dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan
pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:
 cacat fizikal teruk,
 rencatan akal sederhana dan teruk,
 pelbagai kecacatan dan
 kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid
berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran,
dan murid pemulihan khas.  
Pendidikan Khas
 KATEGORI :-
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:
 Sindrom Down

 Autisme ringan

 Attention Deficit Hyperactivity Disorder

 Terencat akal minimum, dan

 Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia).

• Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi,


rohani dan inteles supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat
yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup
berdikari. 
Sekolah Amanah
 SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung
mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah
inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.
 Hal ini akan menjadikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, menengah atau rendah, setanding dengan
sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, atau sekolah swasta dari segi status elitis dan pembiayaan kewangannya,
sekali gus mengubah topografi pendidikan dan tanggapan terhadap sekolah kebangsaan di negara ini.
 Perbezaan besar ialah Sekolah Amanah merupakan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang bakal mendapat
penajaan syarikat, sementara sekolah swasta ialah sekolah yang dimiliki secara berdaftar oleh sebuah pegangan
swasta sepenuhnya.
 Sekolah Amanah atau Trust Schools akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam
pengurusan sekolah kerajaan yang terpilih.
 Sekolah terbabit akan diberi autonomi oleh kerajaan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan
prestasi pelajar.
 Autonomi yang akan diberikan termasuk keanjalan untuk mengubah suai kurikulum pembelajaran, menggunakan
peruntukan mengikut keperluan, memberi insentif kepada guru mengikut tahap prestasi serta memilih guru dan staf
sokongan.
Sekolah Bestari
 Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah
Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif.
Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah
Bestari apabila Projek Sekolah  Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi
Perdana Koridor Raya Multimedia.
 Obkektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan terdiri daripada yang berikut:
 Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
 Mendemokrasikan pendidikan
 Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
 Memupuk perkembangan menyeluruh individu
 Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu
Sekolah Wawasan
 Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep
ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-
way).
 Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
 Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar
belakang
 Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
 Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
 Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah 
Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM)
 Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan
Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk
menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam
pembangunan ekonomi negara . Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan
untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban),
Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah
berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara.
  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
MRSM Beseri, MRSM Langkawi, MRSM Pendang, MRSM Kulim, MRSM Balik Pulau, MRSM
Transkrian, MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Taiping, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Pasir
Salak, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Jasin, MRSM Terendak, MRSM Jeli, MRSM
Kuala Krai, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pengkala Chepa, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala
Terengganu, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuala Lipis,
MRSM Mersing, MRSM Batu Pahat, MRSM Pontian, MRSM Muar, MRSM YT Besut, MRSM Kota
Kinabalu dan MRSM Kuching.
Pendidikan Zaman Dahulu
 Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah
Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat
mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina
yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula
berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan
aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok
untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan
kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan
asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa
kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah
beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini
seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Laporan Razak 1956.
Pendidikan Zaman Sekarang

 Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British,


sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-
ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan
Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama
bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari
formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan
akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan
maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik
serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan
yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kesimpulan
 Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah
zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah
dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada
bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan
berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek
etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral
dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara.

Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang


secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani
secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan
daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah
tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan
perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi
mencapai taraf individu yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai