Anda di halaman 1dari 3

SYAIR MAKNA RIAK (CONCIETED BEHAVIOUR)

Konsep Riak

Dalam bahagian pengenalan prosa tradisional (muka surat 3 - 4) ada dinyatakan bahawa perasaan
riak ialah suatu sikap negatif yang perlu dijauhi. Orang yang bersikap riak hidup berpura-pura
dengan tujuan supaya dirinya dipandang tinggi oleh orang di sekelilingnya dan supaya dirinya
mendapat pengiktirafan masyarakat. Perbuatan mengaburi mata masyarakat sebegitu yang
semata-mata bertujuan mendapatkan pujian tidak patut dicontohi, terutama dalam proses mencari
ilmu.

          Kemudian dinyatakan makna riak,


           Amal ibadat kerana manusia,
           Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
           Sebab kerana syirikkan Dia.

Tanda-tanda bahawa seseorang itu dikuasai perasaan riak ialah apabila segala pekerjaan yang
dilakukan hanya bermaksud menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Dalam kata lain, amalan yang
dilakukan tiada keikhlasan. Kalau tiada orang yang melihat, pekerjaan itu tidak akan dilakukan
sama sekali.

Contohnya, ibadat solat (sembahyang). Seseorang yang riak hanya bersungguh-sungguh


melakukan ibadat solat hanya di hadapan orang lain. Sebaliknya, jika bersendirian, ibadat solat
hanya dilakukan secara sambil lewa, atau tidak dilakukan langsung.

Tuhan sangat bencikan orang yang bersikap riak kerana perbuatan itu bererti mengadakan sekutu
bagi Allah. Sepatutnya semua amal ibadat (bahkan keseluruhan kehidupan) diniatkan semata-
mata untuk mencapai keredaan Ilahi. Apabila ibadat dilakukan kerana manusia (niatnya), maka
sesorang itu telah syirik (mengadakan sekutu Tuhan) tanpa disedari.

(Nota tambahan: Perasaan riak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu
kewajipan, misalnya solat berjemaah. Si malas akan berkata, "buat apa tunggang terbalik
melakukan solat. Kalau riak masuk neraka juga." Pegangan si malas itu nyata salah).

          
Terkadang riak pula dilakukan,

           Mengiringkan beberapa puasa tak makan,


           Bertutur itu suara diperlahankan,
           Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Riak juga boleh dilakukan semasa melakukan ibadah puasa. Ada orang yang sanggup menahan
lapar dan dahaga, serta menjaga tutur kata. Tubuh dan badan tidak dihiraukan, iaitu seperti tidak
terurus semata-mata bagi menunjukkan diri sebagai benar-benar berpuasa, sedangkan niat di hati
sekadar mahu dipuji orang.

          Supaya disangka ianya wali,


          Akan dunia tidak peduli,
            Hemahnya itu sangatlah ali,
            Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Orang yang riak juga berlagak seumpama wali dengan tidak mempedulikan urusan dunia. Hemahnya
menggambarkan seorang yang begitu ahli (tentang akhirat), sedangkan hatinya tetap terpaut kepada
dunia. Pada zahirnya nampak sebagai wali yang zuhud, tetapi cumalah lakonan semata-mata.

           Terkadang riakkan ia berilmu,


           Bersurah ketika orang berjamu,
           Berkata-kata tidaklah jemu,
           Nahu dan sarap habis diramu.

Ada juga yang menunjuk-nunjuk konon dirinya seorang yang berilmu. Dalam majlis jamuan dan
keramaian, orang berkenaan bersyarah tanpa berhenti. Selain itu, perbuatan riak dihiasi dengan
susunan kata yang bertujuan memancing pujian khalayak.

           Terkadang bercakap ilmunya mantik,


           Bicara alhayat konon diselidik,
           Supaya disangka ianya cerdik,
           Sukalah orang memberinya gundik.

Orang yang riak juga bercakap dengan ilmu yang kelihatan hebat. Percakapannya tentang kehidupan
kononnya didasarkan kepada kajian yang sah. Semua yang dilakukan itu hanya supaya orang lain
memandang si riak sebagai cerdik, dan membuka peluang kepadanya beristeri banyak.

Terkadang riak dengan pakaian,


            Berserban lilit ekor berhambayan,
            Sejadah di bahu berhampaian,
            Tasbih di tangan beruitan.

Ada juga orang yang riak menunjuk-nunjuk pakaian orang alim seperti serban yang dililit melambai-
lambai, sejadah sengaja disangkut di bahu dan tasbih sengaja digerakkan di tangan. Si riak mahu orang
ramai kagum dengan penampilannya. Dia berniat mahu dipuji-puji.
Pejamkan mata duduk bersila,
              Lidah berzikir Allah Taala,
              Terkadang jazbah seperti gila,
              Kasadnya hendak jadi kepala.

Penyakit riak juga dijelmakan dalam bentuk ahli zikir. Di hadapan orang, si riak akan memejamkan mata
sambil duduk bersila. Lidahnya menyebut-nyebut nama Allah Taala. Pelakuan zahir yang seolah-olah
bergantung kepada Allah sebenarnya dengan niat supaya dapat siangkat sebagai pemimpin.

             Riak demikian menjadi balak,


             Amal itu tentu ditolak,
             Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
             Allah Taala sualak.

Riak membawa bahana dan bala. Segala amalan yang dilakukan akan ditolak. Malah, amalannya si riak
menjadi sia-sia dan mendapat kemurkaan Allah Taala.

Anda mungkin juga menyukai