Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN

JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA DASAR

KHEMAH IBADAH
2005

UNIT KEROHANIAN ASRAMA


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU
TAHUN 2005
KERTAS KERJA DASAR
PROGRAM KHEMAH IBADAH

1.0 MUQADIMAH

Islam bukanlah hanya sebagai satu agama bahkan merupakan satu cara atau sistem
kehidupan. Ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia sehari-hari. Segala yang dilakukan
akan menjadi ibadah dengan syarat ia menepati syariat dan dilakukan kerana Allah S.W.T.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Program Khemah Ibadah ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang
mampu melaksanakan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah secara praktikal agar dapat diamalkan
dalam kehidupan mereka seharian.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Khemah Ibadah ialah :

1. melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan ibadah harian khususnya solat dengan
betul dan mengetahui peranan dan tanggungjawab imam solat
2. memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengurusan jenazah agar mereka
dapat memahami secara teori dan praktikal
3. mendedahkan teknik sembelihan yang betul dengan mengaplikasikan teori yang
dipelajari dalam kelas dengan praktikal sebenar
4. memupuk rasa kehambaan diri kepada Allah melalui program kerohanian dan suntikan
semangat motivasi untuk menjadi mukmin sejati
5. melahirkan pelajar yang boleh menjadi imam dalam keluarga dan masyarakat

4.0 NAMA PROGRAM


Khemah Ibadah 2005

5.0 ANJURAN
Unit Kerohanian Asrama

6.0 SASARAN
Semua pelajar asrama tingkatan 4 dan 5 tahun 2005

7.0 TARIKH
8 hingga 9 Jun 2005 ( Jumaat dan Sabtu )

8.0 TEMPAT
Dewan Dagang
Surau Asrama
Dataran Asrama
9.0 PENGISIAN

1. Pelancaran Program J-QAF 2005

2. Pelancaran Buku Bimbingan Anak Soleh

3. Kursus Pemantapan Imam Dan Solat

4. Praktikal Sembelihan

5. Pengurusan Jenazah

6. Qiamullail Perdana

7. Kuliah Motivasi

8. Solat Fardhu Berjemaah

9. Program Tadarus Al-Quran

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT
HJH. ZALIHAR BT ABDUL GHANI

PENGARAH
USTAZ KHAIRUL ANUAR HJ RAMLAN

TIMBALAN PENGARAH
CIK ROSLINA BT ABD RAHMAN

AJK PENYEDIAAN TEMPAT AJK KAWALAN PELAJAR

CIK ARNIE SYAZNITA MOHD TAHIR EN. SAIFUL AZRI


CIK SALINA BT MUSA CIK NURZAIMAH AHMAD FUAD

AJK JAMUAN VIP/PENCERAMAH AJK CERAMAH

PN. AZDALILA BT ABD. RAHMAN USTAZ FIRDAUS


PN SITI SALMAH BT SARINGAT EN. AMIR BIN HUSSIN
11.0 ATUR CARA

8 JULAI 2005 ( JUMAAT )

MAJLIS PERASMIAN & PELANCARAN J-QAF


( DEWAN DAGANG )

2.50 petang - Pelajar mengambil tempat

3.00 petang - Ketibaan Para Jemputan

3.15 petang - Ketibaan Perasmi


- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Bacaan Ayat Suci al-Quran
- Tayangan Multimedia Aktiviti Kerohanian Asrama
- Ucapan Pengetua :
Puan Hjh. Zalihar bt. Abdul Ghani
- Ucapan Perasmian oleh :
Tuan Hj. Mohd. Basari bin Hj. Abdul Manan
Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral
Jabatan Pelajaran Johor
- Upacara Penyerahan Buku J-QAF Kepada Ketua Usrah
- Penyampaian Cenderahati

4.30 petang - Jamuan Ringan dan bersurai

5.00 petang - Slot Praktikal Sembelihan


( Unit Penyelidikan , Jabatan Agama Islam Johor )

7.00 malam - Solat Maghrib Berjemaah


8.00 malam - Makan Malam
- Solat Isyak

9.00 – 10.30 malam - Kursus Pemantapan Imam Dan Solat


( Imam Masjid Bandar Baru Uda )

9 JULAI 2005 ( SABTU )

4.30 - 7.00 pagi - Qiamullail Perdana & Solat Subuh & Tazkirah

9.00 – 11.30 pagi - Slot Praktikal Pengurusan Jenazah


( Unit Dakwah , Jabatan Agama Islam Johor )

- Makan Tengahari

- Solat Zuhur Berjemaah dan Bersurai


12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

12.1 PERBELANJAAN

1. Pamplet Program

1 Rim kertas A4 X RM 7.00 RM 7.00

2. Bahan Edaran Kursus Solat

3 Rim Kertas A4 X RM 7.00 RM 21.00

3. Jamuan VIP 4 Sesi X RM 20 RM 80.00

4. Bayaran Saguhati Penceramah

i. Kursus Imam Dan Solat RM 150


ii. Pengurusan Jenazah RM 100
iii. Praktikal Sembelihan RM 100
iv. Kuliah Motivasi RM 100
RM 450.00

5. Ayam Hidup

RM 8 X 6 ekor RM 48.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 606.00

12.2 SUMBER PENDAPATAN

1. Wang Peruntukan Ceramah RM 450.00

2. Wang Peruntukan Aktiviti Asrama RM 156.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 606.00


13.0 PENUTUP

Akhir kata , adalah diharapkan agar program Khemah Ibadah ini berupaya mencapai objektif yang
telah digariskan demi melahirkan pelajar yang beriman , berilmu , beramal dan bertaqwa. Semoga
usaha ini diberkati oleh Allah . Insya Allah.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh ,

( KHAIRUL ANUAR HJ. RAMLAN )


Warden Unit Kerohanian Asrama
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan
Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai