Anda di halaman 1dari 22

PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan di padang dan gelanggang

Padang dan gelanggang adalah tempat melaksanakan kebanyakan aktiviti


pendidikan jasmani dan juga tempat mengadakan tempat latihan dan acara-acara
sukan yang lain. Keselamatan di padang sering diambil mudah kerana murid hanya
ingin berseronok sahaja di padang. Guru pula mengambil sambil lewa kerana
menganggap aktiviti di padang tidak membawa sebarang kepentingan. Oleh kerana
kecuaian dan sifat ambil mudah ini, pelbagai kecelakaan boleh berlaku. Guru dan
murid sendiri mem punyai peranan untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dn
selamat.

Peranan guru
 Memastikan keselamatan anak murid
 Memastikan setiap alatan yang digunakan berada dalam keadaan baik
 Memakai pakaian yang sesuai [ pakaian sukan ]
 Memastikan anak murid memakai pakaian yang sesuai
 Memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan teratur
 Mengawasi setiap pergerakan anak murid
 Jangan sesekali meninggalkan anak murid di padang atau gelanggang
 Tahu mengenai murid yang menagalami masalah kesihatan
 Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan
murid itu sendiri
 Mengarahkan murid untuk beratur dan tidak berlari-lari

Peranan murid
 Memakai pakaian yang sesuai
 Mendengar arahan daripada guru
 Jangan bermain atau bergurau dengan alatan sukan yang merbahaya
 Jangan memasuki stor sukan tanpa pengawasan guru
 Beratur ketika keluar dan masuk daripada bilik persalinan
 Memberitahu guru jika terdapat sebarang kecederaan
 Memakai kasut sukan

1
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
 Jangan berada jauh dari pengawasan guru

2
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

3
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan di kantin sekolah

Sudah menjadi lumrah di alam persekolahan pelajar akan berebut sewaktu waktu
rehat di kantin untuk membeli makanan. Ini adalah suatu keadaan yang merbahaya
kerana pelbagai kecelakaan boleh berlaku dan mengakibatkan kecederaan. Selain
pihak guru dan murid itu sendiri, pihak kantin juga memikul tanggungjawab untuk
memastikan keselamatan-akhir . Pihak kantin akhir ini gemar menjual makanan-
makanan ringan yang boleh membahayakan kesihatan pelajar.

Peranan guru
 Melantik pengawas bertugas untuk menjaga keselesaan semasa waktu rehat
 Menasihati murid tentang bahaya jika mereka bermain di kantin
 Mengawasi murid di kantin

Peranan murid
 Beratur ketika hendak membeli makanan
 Jangan bergurau atau bermain semasa membeli makanan dan semasa
makan
 Membeli makanan yang berkhasiat dan tidak merbahaya
 Jangan bermain di kawasan kantin
 Meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di tempat yang
sepatutnya
 Jangan buang sampah bersepah-sepah
 Menjaga kebersihan kawasan kantin

Peranan pihak kantin


 Menyediakan makanan yang secukupnya
 Menyediakan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran murid
 Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan
 Memastikan kebersihan kawasan kantin
 Elakkan daripada menjual makanan yang membahayakan kesihatan murid

4
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

5
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan di makmal sekolah

Makmal adalah salah satu tempat di mana situasi pembelajaran dan pengajaran
sering berlaku. Makmal juga boleh menjadi satu tempat yang merbahaya kerana
tempat tersebut penuh dengan bahan-bahan yang merbahya. Kelekaan dan
kecuaian boleh mengakibatkan kecelakaan berlaku pada bila-bila masa.

Peranan guru
 Memastikan murid dalam keadaan terkawal
 Jangan sesekali meniggalkan murid tanpa pengawasan
 Memberi arahan dengan jelas supaya pelajar benar-benar faham
 Elakkan pelajar daripada mendekati atau bermain berhampiran kawasan-
kawasan yang merbahaya.
 Jangan benarkan pelajar mengendalikan peralatan yang merbahaya sendirian

Peranan murid
 Jangan memasuki makmal tanpa pengawasan guru
 Jangan bergurau dan bermain di dalam kawasan makmal
 Jangan membawa pulang apa-apa peralatan makmal
 Melaporkan pada guru jika berlaku apa-apa masalah
 Mengikut setiap arahan yang diberikan daripada guru

Peranan pembantu makmal


 Meletakkan tanda-tanda amaran pada tempat yang sepatutnya
 Memastikan semua peralatan makmal berada dalam keadaan baik
 Menyelenggara peralatan makmal yang memerlukan penyelenggaraan
 Memaklumkan pada guru jika ada sebarang masalah supaya guru sedia
maklum
 Menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan makmal

6
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

7
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan di bilik darjah

Keselamatan perkhidmatan yang disediakan didalam bilik darjah oleh pihak sekolah
perlulah dititikberatkan kerana bilik darjah merupakan tempat dimana aktiviti
pembelajaran berlaku. Jika pihak sekolah tidak peka terhadap tahap keselamatan
perkhidmatan yang diberikan, mungkin suasana pembelajaran menjadi tidak kondusif
serta proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Oleh itu, semua pihak
haruslah sentiasa mengambil perhatian diatas semua perkhidmatan yang tersedia.

Peranan Guru

Memang tidak dinafikan peranan guru dalam menjaga keselamatan murid amatlah
besar. Ini kerana keselamatan kesemua murid didalam kelas adalah dibawah
tanggungjawab guru itu sendiri. Malah guru juga boleh didakwa diatas kecuaiannya
jika berlaku sesuatu kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada murid
dibawah tanggungjawabnya. Guru tersebut juga adalah satu perkhidmatan yang
diberi oleh pihak sekolah untuk membimbing dan mengawal aktiviti murid semasa

8
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
berada didalam kelas. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru dalam
memastikan keselamatan perkhidmatan didalam kelas terjamin ialah :

1. Memastikan bilangan murid mencukupi semasa memulakan aktiviti kelas dan


mengetahui bilangan dan sebab murid yang tidak hadir untuk mengelakkan
sebarang kemungkinan.
2. Guru mestilah mengawal keadaan murid didalam kelas supaya tidak ada
murid yang menggangu murid lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
3. Pastikan keadaan kelas selamat contohnya kerusi, meja serta alatan lain elok
untuk digunakan oleh murid dan tidak mendatangkan bahaya kepada mereka.
4. Peka dengan alatan yang dibawa oleh murid seperti pisau dan gunting dan
sentiasa mengingatkan mereka agar tidak bergurau menggunakan alatan
tajam.
5. Pastikan murid beratur dan tidak berlari untuk keluar kelas serta amalkan
membaca doa sebelum dan selepas memulakan sesi pembelajaran.
Peranan Murid

Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru sahaja. Ini kerana, semasa ketiadaan
guru didalam bilik darjah keselamatan murid adalah terletak dibahu mereka sendiri.
Antara peranan mereka ialah :

1. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang alatan kelas yang rosak untuk
guru ajukan kepada pihak pentadbiran.
2. Menjaga kebersihan kelas untuk mewujudkan keadaaan kelas yang kondusif
dan mengelakkan sebarang penyakit.
3. Tidak bergurau menggunakan alatan tajam seperti gunting dan pisau samada
yang dibawa ataupun yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk
mengelakkan kecederaan.
4. Menjaga serta menggunakan alatan dan kemudahan dengan baik supaya
tidak rosak.

9
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
Peranan Pihak Pentadbir

Pihak pentadbir adalah pihak yang berkuasa mengurus semua kemudahan dan
memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Pihak pentadbir juga haruslah
segera menggantikan kemudahan atau alatan yang rosak dan difikirkan akan
mendatangkan bahaya kepada murid yang menggunakannya.

10
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan di kawasan pembinaan

Jika sesebuah sekolah sedang membuat penambahan bangunan baru, maka semua
pihak terutamanya guru haruslah bijak mengawal murid agar tidak mendekati
kawasan pembinaan kerana ianya amatlah berbahaya. Pihak pemaju juga haruslah
mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi menangani dan mengelakkan segala
kemungkinan kemalangan yang bakal berlaku dalam menjamin keselamatan
perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

Peranan Pihak Pemaju

Pihak pemaju yang diamanahkan untuk menyiapkan bangunan sekolah haruslah


peka dengan keadaan sekeliling kawasan pembinaan. Ini kerana, kawasan sekolah
adalah dipenuhi oleh kanak-kanak yang masih tidak boleh membezakan keadaan
bahaya mahupun tidak, malahan sifat ingin tahu mereka akan mendorong mereka
mendekati kawasan pembinaan yang memungkinkan mereka terdedah kepada
bahaya. Antara peranan pihak pemaju ialah :

11
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

1. Membuat pagar adang setinggi 1800mm tinggi dan mengelilingi kawasan


pembinaan seperti yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.
2. Letakkan tanda amaran ditempat yang sesuai beserta simbol yang mudah
difahami supaya menjauhi kawasan pembinaan jika tiada urusan.
3. Pintu keluar masuk jentera haruslah ditempatkan dimana kedudukannya
dapat mencegah bahaya dan kesulitan lalulintas kepada pelajar dan orang
awam.
4. Semua alat dan barang binaan hendaklah disimpan didalam kawasan
pembinaan untuk mengelakkan murid cuba menggunakannya.
5. Seboleh-bolehnya, pihak sekolah haruslah cuba untuk mencari masa yang
sesuai untuk memulakan pembinaan sekolah misalnya waktu cuti dan
sebagainya.

Peranan Guru dan Pentadbir

Pihak guru dan pentadbir sememangnya tidak boleh lepas daripada mengawal
murid-murid agar tidak mendekati kawasan pembinaan. Ini kerana, mrid-murid
adalah sentiasa dekat dengan guru mereka. Jadi peranan gurulah paling besar bagi
berpesan kepada murid mereka agar menjauhi kawasan pembinaan tesebut. Antara
peranan guru dan pihak pentadbir ialah :

1. Sentiasa berpesan kepada murid-murid mereka semasa perhimpunan


mahupun waktu kelas supaya menjauhi kawasan pembinaan tersebut.
2. Denda murid yang mendekati kawasan tersebut bagi memberi peringatan
kepada murid tersebut serta murid yang lain agar menjauhi kawasan tersebut.
3. Sentiasa memantau kawasan pembinaan tersebut dari masa ke semasa dan
meletakkan seorang pengawal bagi memastikan tiada murid berkeliaran
dikawasan tersebut.

12
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
Peranan Murid

Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru dan pihak pentadbir sahaja. Ini kerana,
semasa ketiadaan guru pada waktu petang, keselamatan murid adalah terletak
dibahu mereka sendiri. Antara peranan mereka ialah :

1. Sentiasa mengingati pesanan guru dan pihak pentadbir supaya menjauhi


kawasan tersebut.
2. Melarang rakan yang cuba memasuki kawasan tersebut dan melaporkan
kepada guru jika rakannya tidak mengendahkan larangannya.

13
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan di tempat letak kenderaan

Tempat letak kenderaan juga adalah satu perkhidmatan yang telah diberikan oleh
pihak sekolah kepada murid-murid serta guru-guru untuk memudahkannya
meletakkan kenderaan. Namun, bagaimana untuk memastikan perkhidmatan yang
diberikan adalah selamat untuk digunakan oleh semua. Semua pihak berperanan
dalam menjaga dan memastikan keselamatan perkhidmatan tempat meletak
kenderaan.

Peranan Guru dan Pihak Pentadbir

Pihak pentadbir adalah bertanggungjawab menguruskan segala hal berkaitan


sekolah dan mereka haruslah pandai meletakkan tempat letak kenderaan pada
tempat yang sesuai dan tidak menyusahkan pengguna. Antara peranan mereka ialah
:
1. Melarang murid menunggang basikal menuju ke tempat letak basikal untuk
mengelakkan berlaku kemalangan.
2. Tempat letak basikal dan kereta guru haruslah berjauhan bagi mengelakkan
kesesakan.
3. Pastikan tempat letak kenderaan tidak berbahaya dan tidak menghalang
lalulintas.
4. Tempat letak kenderaan haruslah dibina di tempat yang sesuai dan tidak
tersorok bagi mengelakkan kecurian.
5. Pastikan tempat letak kenderaan mencukupi dan tersusun.
6. Arahkan pihak pengawal keselamatan membuat pemantauan terhadap
kenderaan-kenderaan didalam sekolah.

14
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

15
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan Perkhidmatan.

Mesin/Alat Selenggaraan.

Keselamatan di sekolah amat penting bagi semua kakitangan sekolah, guru-guru, dan murid.
Perkhidmatan dalam sekolah kebanyakannya menggunakan mesin dan alat selenggaraan.
Kakitangan sekolah, guru dan murid sekolah sendiri perlu memainkan peranan dalam
menjaga keselamatan diri di dalam sekolah.

Peranan Guru.

Guru amat penting dalam menjaga keselamatan murid di sekolah. Malah diri guru itu sendiri
perlu peka dalam mengendalikan mesin dan alat selenggaraan ini. Ini termasuk dalam
penggunaan bahan di makmal sains dan bengkel Kemahiran Hidup. Antaranya adalah
seperti :

 Memastikan alat dan mesin jauh daripada bilik darjah.


 Pastikan murid tidak bermain dengan alatan yang berbahaya.
 Simpan alat atau mesin di tempat tertutup.
 Tutup makmal sains, makmal komputer, setor, dan bengkel selepas
menggunakannya.
 Elakkan diri daripada mengguna mesin di hadapan peelajar.
 Pastikan suis terpadam semasa menggunakan alatan atau mesin.
 Awasi murid semasa mereka menggunakan sebarang mesin.

16
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
 Kemaskan dan simpan mesin ke tempat asal sselepas menggunanya.

Peranan Murid.

Murid juga perlu tahu dan mendapat pendedahan awal daripada guru ataupun ibu bapa
dalam mengendalikan mesin atau alatan di sekolah. Kebanyakan kes atau kemalangan
berlaku adalah daripada kecuaian murid itu sendiri. Antara peranan murid adalah:

 Murid perlu jauhkan diri daripada mesin semasa kakitangan ataupun guru
sedang mengguna mesin tersebut.
 Murid dilarang bermain di kawasan bengkel, makmal, dan setor.
 Murid tidak dibenarkan mengguna alatan tanpa pengawasan guru.
 Murid perlu meminta kebenaran daripada guru sebelum mengguna sesuatu
alatan.
 Murid dilarang memasuki setor, bengkel, dan makmal semasa ketiadaan guru
dan kakitangan sekolah.

Kakitangan Sekolah.

Selain daripada itu, kakitangan sekolah juga perlu mengambil kira keselamatan di sekolah
semasa mengendalikan mesin. Ini kerana kebanyakan kakitangan tidak menghiraukan aspek
keselamatan samaada bagi dirinya, murid, dan juga guru sekolah itu sendiri.

 Pekebun perlu menggunakan mesin seperti mesin rumput semasa ketiadaan


murid.
 Simpan mesin ke tempat asal selepas menggunakannya.

17
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
 Pastikan kawasan sekeliling selamat sebelum mengendalikan mesin.

18
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Keselamatan Aktiviti Luar.

Aktiviti luar sekolah amat penting dikira keselamatannya. Pihak sekolah bertanggungjawab
sepenuhnya sekira aspek keselamatan tidak digunakan semasa melakukan pendidikan luar
sekolah. Kebanyakkan kes telah berlaku melibatkan pelajar sekolah kerana guru tidak
menjaga aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti di luar sekolah. Ini banyak terjadi
semasa sekolah melakukan aktiviti perkemahan, lawatan sambil belajar, dan sebagainya.

Peranan Guru.

Guru amat berperanan penting semasa aktiviti luar sekolah dijalankan. Ini kerana pihak
sekolah dan ibu bapa memberi tanggungjawab dan kepercayaan dalam mengawasi
pergerakan murid.

 Guru perlu mengawasi murid dengan sepenuhnya semasa melakukan aktiviti.


 Pastikan alat keselamatan lengkap semasa melakukan perkemahan.
 Pastikan kawasan atau tempat aktiviti selamat daripada sebarang bahaya.
 Jauhi dan elakkan daripada murid menggunakan alatan tajam seperti pisau
kecil, parang, gunting, dan pelbagai alatan yang tajam.
 Pastikan murid berjalan dengan kumpulan masing-masing.
 Pastikan pakaian murid sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.

19
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010
 Kira murid dan anggota yang terlibat dalam aktiviti atau sebarang program
yang dilakukan.

Peranan Murid.

Murid juga perlu menjaga keselamatan diri semasa berada di luar sekolah dan melakukan
aktiviti. Ini kerana kebanyakan murid suka untuk bertindak sendiri dan menyebabkan
kemalangan berlaku. Murid perlu mendapat nasihat tentang keselamatan daripada guru
sebelum melakukan aktiviti di luar sekolah.

 Murid perlu berjalan dan melakukan aktiviti mengikut kumpulan.


 Lantik seseorang daripada kumpulan untuk menjadi ketua yang boleh
dipercayai.
 Jauhkan diri daripada tempat dan kawasan berbahaya.
 Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dilakukan.

20
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

21
PENDIDIKAN KESELAMATAN 2010

Rujukan.

http://www.scribd.com/arahan-keselamatan/d/4978407

http://www.sabah.edu.my/skanib2/v4/kemudahan.html

http://azmanlin.blogspot.com/2010/01/90-alat-pemadam-api-mudah-alih-tidak.html

http://umportal.um.edu.my/doc/ptm/Polisi_PnP_ICT/Prosedur_dan_Peraturan_ICT_UM_ver1.pdf

http://www.semetrik.com/panduanam.shtml

http://www.oshinschool.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=11&Itemid=78

http://azmanlin.blogspot.com/2010/01/kementerian-pelajaran-arah-sekolah.html

http://www.pkggombak.com/main/2010/01/sekolah-diarah-tingkat-keselamatan-aktiviti-luar/

http://apps.emoe.gov.my/bs/sek_selamat.htm

http://www.skwangsajaya.edu.my/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=338:kementerian-pelajaran-arah-sekolah-tingkat-
keselamatan-aktiviti-luar&catid=40:aktiviti-ko-kurikulum&Itemid=86

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

22

Anda mungkin juga menyukai