Anda di halaman 1dari 10

NAMA : Khairurrazaq bin Mohd Fadilah

IC NO : 880627015299
KURSUS : PISMP PJ SEM 5 PJ / PK / SK
AMBILAN : JANUARI 2009
E-MEL : mrpotato @yahoo.com
NO TEL : 0198764390

HALAMAN PENGAKUAN
“kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………………………..............

……………………………………………………..............

Nama Pelajar : KHAIRURRAZAQ BIN MOHAMAD FADHILAH

Tarikh : 08 MAC 2011

1.0 Pengenalan
Isu ketaksamaan peluang pendidikan antara masyarakat dalam dan luar bandar ini
telah menjadi isu di negara kita sejak dari zaman penjajahan British lagi. Secara
lazimnya masyarakat di bandar mempunyai peluang yang lebih besar dalam
mendapat peluang pendidikan berbanding dengan masyarakat luar bandar. Jadi isu
ini harus dibincangkan agar masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat
diatasi.

2.0 Faktor-faktor ketaksamaan peluang pendidikan

Berikut adalah faktor-faktor yang berjaya dikenaklpasti mengakibatkan ketaksamaan


peluang pendidikan antara masyarakat luar bandar dan masyarakat di bandar.

2.1 Masyarakat sekitar

Masyarakat persekitaran pelajar jelas mempengaruhi minat dan keinginan seseorang


pelajar itu dalam bidang pendidikan. Pandangan bagi masyarakat dalam dan luar
bandar tentang kepentingan ilmu ini jelas sekali berbeza. Bagi masyarakat di bandar,
ilmu adalah bekalan paling penting bagi menjamin kesenangan hidup mereka di
mana mereka berlumba-lumba dan bersaing sesama sendiri untuk menuntut ilmu
bagi mengatasi orang lain. Berbeza dengan masyarakat di luar bandar di mana
kepentingan ilmu pendidikan tidak dititikberatkan kerana mereka masih belum
menyedari betapa berharganya ilmu pendidikan. Bagi mereka pengalaman dan
kemahiran adalah lebih penting bagi menjamin kesejahteraan masa depan mereka.
Sesetengah pula hanya belajar mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka seperti nelayan
ataupun perniagaan keluarga.

2.2 Kemudahan / insfratuktur


Tidak dapat dinafikan sangat besar jurang perbezaan antara kemudahan ataupun
insfratuktur antara sekolah di luar bandar dengan sekolah di bandar. Sekolah di
bandar biasanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dari segi kelas yang
kondusif, kawasan persekitaran an juga kemudahan-kemudahan ICT. Bagi sekolah
di kawasan luar bandar pula, kebanyakan kemudahan yang disediakan telahpun
lama dan tidak diperbaharui manakal kemudahan ICT pula jarang-jarang sekali
didapati di sana. Contohnya di negeri Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib
Mahmud berkata agak rumit untuk menghubungkan sekolah-sekolah di negeri ini
menerusi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana Sarawak
adalah sebuah negeri yang luas dengan penempatan penduduk yang berselerak dan
rupa bumi yang bergunung-ganang.

2.3 Sosio-ekonomi keluarga

Faktor sosio-ekonomi dari zaman dahulu lagi menjadi satu jurang yang sangat besar
membezakan antara masyarakat di luar bandar dan di bandar. Peratusan dengan
jelas menunjukkan masyarakat yang tinggal di bandar mempunyai taraf kewangan
yang lebih berbaik berbanding masyarakat di luar bandar. Masyarakat di bandar
yang majoritinya penjawat awam mempunyai kewangan yang stabil manakala di luar
bandar pula masyarakat kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.
Menurut kajian saifudin Hj Masduki (1977) yang dipetik dari buku Budaya dan
Pembelajaran tulisan Syed Ismail Syed Mustapa, wujudnya hubungan yang
signifikasi antara pencapaian akademik dan pendapatan ibu bapa di mana
pendapatan ibu bapa yang stabil dan bagus akan menjamin prestasi akademik yang
baik dan sebaliknya.

2.4 Penempatan
Faktor penempatan turut mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan. Secara
ringkasnya diceritakan masyarakat di kawasan bandar tidak mempunyai sebarang
masalah untuk hadir ke sekolah kerana pelbagai kemudahan seperti van dan bas
sekolah disediakan selain ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Bagi yang rumahnya berdekatan dengan sekolah pula hanya perlu berjalan
kaki. Berbeza dengan masyarakat luar bandar khususnya di pedalaman yang
menghadapi kesukaran untuk hadir ke seklah dari segi pengagkuta,jarak dan
kawasan georgrafi. Terdapat sesetengah sekolah yang sangat jauh dari rumah yang
memakan masa berjam-jam lamanya untuk sampai ke sekolah dan harus melalui
bukit, sungai dan kawasan paya.

2.5 Guru mahir

Sekolah di kawasan bandar terkenal dengan guru-guru mereka yang mahir dan
berkebolehan kerana kebanyakan mereka dapat mengajar mata pelajaran yang
mereka kuasai. Di sekolah luar bandar pula guru harus mengajar mata pelajaran
yang tidak mereka kuasai dan tidak mereka pelajari ketika di maktab perguruan
membuatkan mereka tidak berapa mahir untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Ini
kerana sekolah di luar bandar selalunya kekurangan tenaga pengajar membuatkan
guru-guru mereka terpaksa mengajar mengikut kehendak guru besar. Ketua UMNO
bahagian Sandakan, James Ratib, berkata perhatian serius perlu diberikan terhadap
pembangunan dan pengembangan pendidikan di negeri ini khususnya di kawasan
luar bandar. Katannya, antara masalah yang perlu diberikan perhatian ialah
kekurangan tenaga pengajar yang mahir bagi beberapa mata pelajaran selain
kemudahan dan prasarana pendidikan.

3.0 Kesan-kesan ketaksamaan peluang pendidikan


Seterusnya dibincangkan kesan-kesan daripada faktor ketaksamaan peluang
pendidikan seperti yang di atas.

3.1 Kesan masyarakat sekitar

Kesan kepada pelajar di sekolah bandar adalah mereka menjadi lebih berdaya saing
dan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di mana sahaja mereka berada. Ini
kerana dengan ilmu pengetahuan, meeka akan disanjung oleh masyarakat sekitar.
Bagi pelajar sekolah luar bandar pula, mereka memandang rendah pada ilmu di
sekolah dan meremehkan kepentingan untuk serius dalam pelajaran. Apa yang
penting bagi mereka ialah belajar mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka ( contohnya
nelayan atau petani ) supaya mereka dapat menyara hidup mereka suatu hari nanti.

3.2 Kesan kemudahan / Insfratuktur

Bagi pelajar di sekolah bandar, kemudahan dan insfratutktur yang mencukupi


membuatkan mereka berasa lebih bersemangat dan selesa untuk belajar.
Kemudahan ICT pula membantu mereka untuk melangkah selangkah lebih maju
daripada pelajar di sekolah luar bandar yang majoritinya tidak mendapat kemudahan
ICT di sekolah mereka. Hal ini juga membuatkan pelajar di sekolah luar bandar ‘buta
IT’.kemudahan dan kawasan sekolah yang tidak kondusif di sekolah luar bandar turut
menurunkan minat pelajar untuk belajar. Selain itu, kemudahan dan prasarana yang
tidak mencukupi turut menjejaskan pelan pengajaran guru.

3.3 Kesan sosioekonomi keluarga


Bagi pelajar di sekolah bandar yang keluarganya berpendapatan stabil dan
majoritinya berada, mereka tiada masalah untuk menghantar anak mereka ke
sekolah dan kebanyakan mereka turut menghantar anak mereka ke pusat tuisyen
dan kelas tambahan. Hal ini menyebabkan prestasi akdemik pelajar di sekolah
bandar meningkat. Berbeza dengan pelajar di sekolah luar bandar yang ekonomi
keluarganya tidak menentu dan cuma mengharapkan pada bantuan kerajaan untuk
membayar yuran sekolah malah ada sebhagian keluarga yang tidak menghantar
anak mereka ke sekolah kerana tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah
itu. Oleh sebab itu, prestasi akdemik pelajar sekolah luar bandar lebih teruk
berbanding dengan pelajar di sekolah bandar.

3.4 Kesan kekurangan guru mahir.

Akibat daripada masalah kekurangan guru mahir di sekolah luar bandar, guru akan
mengajar sambil lewa dan tidak mengambil serius prestasi pembelajaran anak murid
mereka akibat daripada kurang minat terhadap mata pelajaran yang diajar. Guru juga
akan menghadapi kesukaran untuk memahami masalah yang dialami oleh pelajar
mereka dalam kelas di mana guru hanya akan mengajar berpandukan buku teks
sahaja. Pelajar di bandar yang diajar oleh guru-guru mahir pula lebih bernasib baik
kerana guru merka telah menguasai mata pelajaran yang mereka ajar dan menjadi
bersemangat untuk menaikkan prestasi akdemik pelajar mereka. Guru juga menjadi
lebih arif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka di dalam
kelas.

3.5 Kesan penempatan


Pelajar di sekolah bandar tidak mempunyai sebarang masalah untuk hadir ke
sekolah kerana sekolah yang berhampiran dengan rumah mereka. Kebanyakannya
hadir menggunakan basikal, dihantar oleh ibu bapa, ataupun berjalan kaki. Malah di
sesetengah kawasan ada perkhidmatan bas sekolah yang menjemput di hadapan
rumah disediakan. Bagi pelajar di sekolah luar bandar pula, pelbagai halangan harus
ditempuh untuk menghadirkan diri ke sekolah. Kesan daripada faktor ini, pelajar di
sekolah luar bandar malas untuk menghadirkan diri ke sekolah dan menjejaskan
prestasi akdemik mereka.

4.0 Langkah-langkah mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan

Berikut adlah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi ketaksamaan peluang
pendidikan.

4.1 Menyedarkan masyarakat

Kerajaan haru melakukuan program ceramah atau yang seumpamanya untuk


menyedarkan masyarakt dan pelajar itu sendiri tentang kepentingan ilmu pendidikan
di masa kini. Hal ini berikutan sikap sambil lewa masyarakat luar bandar yang
mengambil mudah kepentingan ilmu. Mereka harus sedar yang ilmu pengetahuan
mampu mengubah nasib sesuatu kaum itu. Kesedaran ibubapa memajukan
pelajaran anak-anak untuk menebus masalah kemiskinan dan meningkatkan taraf
hidup telah mendorong kepada kelahiran lebih ramai golongan terpelajar dari
kawasan luar bandar. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin
Kitingan berkata sebelum adanya kemudahan pendidikan yang terbuka luas
sekarang terdapat ibubapa yang sanggup menjual tanah mereka untuk membiayai
perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran. 

4.2 Penambahbaikan sekolah luar bandar


Dipetik daripda Berita Harian Omline tarukh 20/10/2010, Kementerian Pelajaran telah
menjalankan audit terhadap 55,000 bangunan di 10,000 sekolah di seluruh negara
untuk menentukan status infrastrukturnya dan akan menjalankan usaha baik pulih
berdasarkan kerosakan yang dialami, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin. Sambil memberi jaminan tidak berlaku pilih kasih dalam usaha ini,
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan menyedari tentang
keperluan untuk meningkatkan tahap infrastruktur dan prasarana pendidikan tanpa
mengira lokasi dan jenis sekolah. Dengan penambah baikan oleh pihak kerajaan ini,
pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan suasana
pembelajaran juga akan menjadi lebih kondusif.

4.3 Kelayakan guru

Ada sebuah pepatah yang bijak untuk para guru “ Jikalau anda ingin
menjadi seorang guru yang baik , lebih baik mencuba berkali-kali atau tidak sama
sekali”. Pepatah di atas memberi makna bahawa menjalani profesion guru tidaklah
mudah. Semua orang ‘boleh’ menjadi guru tetapi tidak semua orang ‘layak’ menjadi
seorang guru. Layak dalam erti memiliki kemahiran dalam mengajar, mendidik ,
membimbing, dan melatih pelajatnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul
Ghafar Mahmud berkata, Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata
pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan bagi memastikan kualiti
pembelajaran.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan daripada hujah-hujah di atas, setiap pihak harus bekerjasama


untuk mengatasi masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini agar pelajar di
sekolah bandar dan luar bandar mendapat peluang yang sama dalam menuntut ilmu.
Ia juga akan menjurus ke arah satu masyarakat yang membangun dengan pesat dan
berjaya.

Rujukan
 Syed Ismail bin Syed Mustapa (2010) , Budaya dan Pembelajaran, Siri
Pengajian Profesional, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

 Melissa Ching, Adnan Baharom (2011) , Budaya dan Pembelajaran,


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

 Rumit untuk hubungkan ICT di Sarawak, diases pada 1 Mac 2011 di


http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=170827

 Kesedaran ibu bapa majukan anak, diakses pada 1 Mac 2011 di


http://www.keruak.com/diariyb/news.php?itemid=358

 Hanya guru berkelayakan ajar BM, diakses pada 1 Mac 2011 di


http://jombacabuku-ebook.blogspot.com/2010/12/hanya-guru-berkelayakan-
ajar-bm.html

 Kekurangan guru mahir, perlu perhatian serius diakses pada 1 Mac 2011 di
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/24/kekurangan-guru-mahir-perlu-
perhatian-serius/

Anda mungkin juga menyukai