Anda di halaman 1dari 22

KAJIAN SOSIAL

SEJARAH MALAYSIA
a)Sejarah dan negara
• Definisi sejarah
• Pelopor sejarah
• Sejarahwan
b) Definisi negara
Sains politik
c) Kepentingan sejarah dalam proses
pembangunan negara
PENGERTIAN SEJARAH
• Dikatakan berasal daripada perkataan bahasa
arab yang bermaksud :
• Pohon
• Salasilah
• Keturunan
• Asal usul
Istilah history pula, merupakan terjemahan
dari perkataan Yunani yakni Histories yang
membawa makna satu penyelidikan ataupun
pengkajian.
Kamus dewan
Sastera lama, asal usul, salasilah,
peristiwa yang benar-benar
berlaku pada waktu lampau, kisah
riwayat tambo, tawarikh.
 
Barat
• Perkataan sejarah di samakan dengan
perkataan history yang pada asasnya berasal
daripada perkataan yunani purba, historia
yang bererti penyelidikan.
 
Dionysius
• Halicarnassus telah mengatakan bahawa
sejarah adalah satu bentuk falsafah yang
memberikan pengajaran melalui contohnya.
 
Ibnu Khaldun
• sejarah adalah catatan dan
maklumat tentang sesuatu
organisasi manusia dan ia serupa
dengan peradaban manusia
tentang perubahan yang berlaku
pada sifat- sifat masyarkat itu.
Herodotus
• Penceritaan tentang tindakan manusia dan
sebab- sebab mereka melakukannya.

Aristotle
• Sistem yang mengira kejadian semulajadi dan
tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa
yang sama, menurut beliau juga sejarah adalah
peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai
catatan, rekod –rekod atau bulti- bukti yang
kukuh.
Collingwood
• Sejarah adalah pemikiran. 
• Sejarah mempunyai hubungan dan pengaruh secara
langsung terhadap keadaan masa kini

E.H Carr (sejarawan ternama pertengahan kurun ke-20)


• Sejarah adalah satu proses berterusan interaksi antara ahli
sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak
berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.
 
Zainal Abidin Abdul Wahid
• Sejarah membolehkan kita memeriksa, mengambil
pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan
lebih saksama dan sempurna, sejarah juga boleh jadi
petunjuk dan pemandu kita. 
Garraghan
• Sejarah mempunyai tiga konsep yang berkait
rapat tetapi sangat berbeza antara satu sama
lain iaitu pertamanya, peristiwa manusia
masa lalu, masa lalu yang sebenarnya, kedua
catatan tentang peristiwa tersebut dan ketiga
proses atau teknik membuat catatn tersebut.
 
Benedetto Croce
• Mentarifkan sejarah adalah kisah tentang
kebebasan dan semua sejarah adalah semasa.

Muhd yusuf Ibrahim


• Sejarah merupakan catatan ataupun rekod
mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku
pada suatu masa dahulu
R. Suntharalingam
• Sejarah bersifat kajian yang ditujukan kepada
tindakan sosial manusia dan hasil kajian adalah
disampaikan melalui tulisan yang berbentuk naratif.

Drs . Sidi Gazalba


• Sejarah merupakan gambaran masa lalu tentang
manusia dan sekitarnya sebagai makhlik sosial, yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi
urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan
penjelasan yang memberi pengertian dan
kefahaman tentang apa yang telah berlaku itu.
PELOPOR SEJARAH

HERODOTUS
• Sejarah merupakan penceritaan tentang
tindakan manusia dan sebab- sebab mereka
melakukannya
• Dalam buku ,The Persian War , mengabungkan
dua jenis penyeidikan iaitu butiran mengenai
peperangan parsi dan mengembara ke Asia Barat
untuk mengumpul maklumat yang berkaitan
• Digelar Father of History
Sejarawan Malaysia
Buyung Adil
 
Dato Khoo Kay Kim
 
Gullick J.M.
 
Joginder Singh Jessey
 
Mubin Sheppard
YUSUF BIN ADIL (BUYUNG ADIL)
 

Lahir pada tahun 1907 di Teluk Intan, Perak.


pendidikan awal Sekolah Melayu Teluk Anson sebelum
mendaftar masuk ke KoleJ Latihan Sultan Idris (SITC),
Tanjung Malim pada tahun 1924.
pelajar terbaik di SITC dan setelah tamat pengajian,
beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang guru
Menulis tentang Sejarah setelah gurunya Cikgu Abdul Hadi
Hassan bertukar ke Kelantan. Pada tahun 1939, beliau telah
menulis buku Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah
Melayu V. Semasa zaman penjajahan Jepun, beliau telah
terpilih untuk menjalani latihan Perguruan Jepun di Tokyo
Shihan Gakko, yang terletak di Kajang Selangor. 
  Buyung Adil meninggal dunia pada tahun 1978.
 
Selepas Penjajahan Jepun berakhir, beliau telah dilantik sebagai
guru besar di sebuah sekolah di Ipoh di mana beliau mula
melibatkan diri secara aktif di dalam Perikatan Melayu Perak. Ini
telah menimbulkan kemarahan British yang lantas melantik beliau
sebagai Ketua stesyen radio bagi semua sekolah Melayu yang
berpusat di Singapura. Setelah menamatkan perkhidmatannya
dengan kerajaan pada tahun 1962, beliau telah dipilih menjadi ahli
Perkhidmatan Awam Singapura dari tahun 1963 hingga tahun 1969.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mengumpulkan beberapa
buku seperti Sejarah Johor, Sejarah Selangor, Sejarah Perak dan
Sejarah Pahang. Beliau turut membantu Tan Sri Senu Abdul Rahman
mengumpulkan bahan untuk buku Revolusi Mental pada tahun
1970.
Pada tahun 1971, beliau mula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) sebagai Pegawai Penyelidik Sejarah. Pada ketika inilah beliau
telah mengembangkan lagi kemahiran menulisnya dengan
mengumpulkan buku-buku sejarah seperti Sejarah Sarawak, Sejarah
Perlis, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Melaka, Sejarah Kedah,
Sejarah Terengganu dan Sejarah Kelantan
 
•  

Prof Dato’ Dr. Khoo Kay Kim


Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Professor (Sejarah) di
Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak Darul Ridzuan pada 28 Mac
tahun 1937. Beliau mengahwini Datin Rathi dan dikurniakan 3 orang anak lelaki
(Eddin Khoo, Rubin Khoo dan Mavin Khoo). 
Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di
sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau
memperolehi ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya,
Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A.
Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah daripada Universiti
Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Profil kariernya bermula di Universiti
Malaya, Kuala Lumpur hingga ke hari ini. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, beliau
memulakan kariernya sebagai seorang Tutor. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga
tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan
akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968.
Beliau dilantik sebagai seorang Professor pada tahun 1974. Dari bulan Mei tahun
1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan
Sejarah dan kemudiannya sebagai
Professor Jabatan Sejarah pada bulan May tahun 1975. Beliau
telah dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota pada bulan Jun
tahun 1983 dan pada bulan April tahun 1987, beliau
dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang
membawa gelaran Dato’.
 
Diantara karya penulisannya adalah Tranformasi & Demokrasi
yang diterbitkan oleh Pelanduk Publications dalam tahun 1971
dan Biografi Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah yang
diterbitkan dalam tahun 1992. Beliau juga terlibat di dalam
organisasi sukarelawan iaitu sebagai Penasihat, Alumni
Malaysian University of Southern California (MUSCA) pada 4
September tahun 1995. Antara lain penglibatan beliau termasuk
menjadi hakim padang dan balapan di Sukan Semenanjung Asia
Tenggara (SEAP) pada tahun 1964 dan juga sebagai Pengarah,
Pusat Sukan (Universiti Malaysia) pada bulan April tahun 1995.
 

J.M Gullick mendapat pendidikan di Sekolah Taunton dan Cambridge di


mana beliau telah memperolehi tempat pertama dalam bidang klasik. Beliau
menghabiskan masa selama setahun dalam Perkhidmatan Kolonial sebelum
menganggotai angkatan tentera untuk berkhidmat sepanjang tempoh Perang
Dunia Kedua. 
Pada tahun 1946, beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaya.
Sepanjang sebelas tahun perkhidmatan, beliau pernah memegang beberapa
jawatan di dalam salah sebuah Negeri Melayu di samping melibatkan diri di
dalam kempen anti-komunis, pentadbiran perdagangan, pembangunan luar
bandar dan pentadbiran kakitangan. Beliau juga pernah bekerja dengan
Kumpulan perladangan Guthrie yang mempunyai kepentingan yang luas di
dalam ekonomi Malaya termasuk industri bijih timah. Disebabkan oleh
kepentingan perniagaan tersebut, beliau berulang alik ke Malaya dari masa ke
masa.
J.M. Gullick juga merupakan penulis buku Sistem Politik Asli Malaya Barat
(Indigenous Political Systems of Western Malaya, 1958) serta buku Malaysia dan
Jirannya (Malaysia and its Neighbours, 1967). Beliau turut menyumbangkan
pelbagai artikel di dalam Jurnal Persatuan Diraja Asiatik (cawangan Malaya) dan
akhbar Straits Times. Selain itu, beliau juga mengajar tentang subjek–subjek
yang berkaitan dengan Malaysia.
 
DEFINISI NEGARA

SEMPADAN
• Setiap negara mesti ada sempadan yang sah,
yang diiktiraf dan dipersetujui oleh negara-
negara lain.
• Kini hal sempadan diawasi oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu
• Perbuatan mencerobohi sempadan dikutuk
oleh masyarakat antarabangsa.
Ideologi
• Sesebuah negara akan membayangkan hasrat
dan kepercayaan negara itu sendiri
• Wujud berjenis- jenis ideologi seperti
demokrasi, sosialisme,komunisme dan
liberalisme.
• Di Malaysia, falsafah demokrasi diutamakan
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara.
Identiti
• Ciri-ciri yang memberi keperibadian yang
khusus kepada negara.
• Dapat membezakan satu negara dengan negara.
• Pekara yang menyumbang kepada identiti
negara:
1. Komposisi rakyat negara itu
2. Ciri-ciri kebudayaan ( bahasa dan adat resam)
• Identiti merupakan faktor utama menjamin
kewujudan,kestabilan, perpaduan , dan
keutuhan negara
Kepentingan sejarah dalam proses
pembangunan negara

Melahirkan seseorang yang
memiliki jati diri yang tinggi
serta semangat patriotisme

Menambahkan ilmu
pengetahuan

Menjadi panduan dan
contoh untuk generasi masa
kini

Melahirkan seseorang yang
bertanggungjawab

Anda mungkin juga menyukai