Anda di halaman 1dari 87

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 13)

RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Hiburan
(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2003 (Halaman 14)

Rang Undang-undang Hotel


(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003 (Halaman 28)

USUL:

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah


Peraturan Mesyuarat 16(3) (Halaman 72)

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN:

Pelaksanaan Sistem Meritokrasi Yang Adil Di Universiti Awam


- Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) (Halaman 73)

Kes Kematian Pelajar Perempuan - Geetha A/P Rajendran


- Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) (Halaman 76)

Diterbit Oleh:
CAWANGAN DOKUMENTASI
PARLIMEN MALAYSIA
2003
DR.17.06.2003 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT


Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji
Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir
bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K.,
S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N.,
S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang
Pasu)
“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N.,
D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P.,
D.G.S.M., D.P.M.P., D.P.M.S. (Labis)
“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P.,
D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)
“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik,
S.P.M.P., D.G.P.N., D.P.C.M. (Beruas)
“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo
Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)
“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri
Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala
Kangsar)
“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S.,
D.U.B.C.(T). (Pekan)
“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng
Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)
“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar
Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)
“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I.,
S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)
“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P.,
S.M.J., P.I.S. (Bakri)
" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’
Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya
Besar)
" Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob,
P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)
“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka
Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K.
(Kulim-Bandar Baharu)
“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M.
(Selandar)
“ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka
Ting, D.P.M.P. (Pontian)
“ Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin
Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)
ii DR.17.06.2003

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid,
D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)
“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein,
D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)
“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk
Dompok (Kinabalu)
“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais
bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)
“ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, S.I.M.P.,
P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang)
“ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah
Shahrizat binti Abdul Jalil, D.G.P.N., D.I.M.P. (Lembah Pantai)
“ Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’
Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin)
“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Muhamad bin Abdullah,
P.J.N., D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)
“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)
“ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Haji Mohd.
Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)
“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad,
P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)
“ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed
D.P.M.S., S.S.S.A. (Titiwangsa)
“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk
Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)
“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’
Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N. (Taiping)
“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P.,
D.P.M.S. (Selayang)
" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J.
(Segamat)
" Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal,
P.G.D.K. (Semporna)
“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Douglas
Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)
“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd.
Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)
“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung,
D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)
“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan
Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)
“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel,
D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)
“ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N.,
S.M.S. (Ampang Jaya)
“ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli
bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)
DR.17.06.2003 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji
Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)
“ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal
bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)
“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin,
D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)
“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’
Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)
“ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji
Nordin, D.S.P.N., P.I.S. (Johor Bahru)
“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman
(Beaufort)
“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee
Kwong (Segambut)
“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)
" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’
Dr. Ng Yen Yen (Raub)
“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad
(Mersing)
" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S.
(Seremban)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin
Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu
Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)
“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah
Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)
“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh
bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P.
(Tanjong Karang)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Dato’ Ir. Donald
Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon
Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin
Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan
Baru)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G.
Sothinathan (Telok Kemang)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P,
A.M.N. (Tapah)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman
bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)
“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B.,
(Santubong)
iv DR.17.06.2003

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin


Mohd. Khir (Sungai Petani)
" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)
" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)
“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)
" Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)
“ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)
“ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N. (Sungai Benut)
“ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P.
(Kangar)
“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I.,
A.M.N. (Pulai)
“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)
“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T.,
S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C.,
D.P. (Kota Samarahan)
“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit
Gantang)
“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M.,
K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)
“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P.
(Tambun)
“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan
Datok)
“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)
“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)
“ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)
“ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)
“ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)
“ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu
Langat)
“ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)
“ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K.
(Kinabatangan)
“ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)
“ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)
“ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)
“ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)
“ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)
“ Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S.,
S.S.A.P. (Merbok)
“ Fong Kui Lun (Bukit Bintang)
" Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)
" Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)
" Dato Goh Siow Huat (Rasah)
“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit
Buntar)
DR.17.06.2003 v

Yang Berhormat Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)


“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)
“ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar)
“ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)
“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)
“ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)
“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)
“ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)
“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)
“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)
“ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)
“ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)
“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S.,
S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)
“ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)
“ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)
“ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M., D.S.N.S. (Tumpat)
“ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)
“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)
“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)
“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)
“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)
“ Tuan Liew Teck Chan (Gaya)
“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)
" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)
" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)
" Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)
" Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)
" Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)
“ Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)
“ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)
“ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)
“ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S.,
B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)
" Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)
“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)
“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala
Selangor)
“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N.,
P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)
“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)
“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)
“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K.
(Kota Belud)
vi DR.17.06.2003

Yang Berhormat Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)


“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)
“ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K., P.J.M. (Balik
Pulau)
“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)
“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)
“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)
“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)
“ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)
“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)
“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)
“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)
“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)
“ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang)
" Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N.,
P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)
“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)
" Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)
" Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)
" Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)
“ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K.,
S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)
“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)
“ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu)
“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)
“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)
“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)
“ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A
(Sepang)
“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)
“ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)
“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)
" Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)
“ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)
“ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)
“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)
“ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P.,
D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)
“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)
“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)
“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)
“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)
“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)
“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)
DR.17.06.2003 vii

Yang Berhormat Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)


“ Tan Sri Dato’ Dr. Ting Chew Peh, P.S.M., D.P.M.S., D.P.M.P.
(Gopeng)
“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)
" Dato’ Tiong Thai King (Lanang)
“ Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)
“ Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., J.B.S., P.B.S.
(Batang Lupar)
" Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)
" Tuan Wilfred Madius Tangau, J.S.M., J.P., A.D.K. (Tuaran)
" Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)
“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)
“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)
“ Tan Sri Hajah Zaleha binti Ismail, P.S.M., S.S.S.A., D.P.M.S.,
S.M.S., K.M.N. (Gombak)
“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)
“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul


Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M.,
P.J.N.
“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah
Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.
“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji
Mulia
“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad,
P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.
“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin
Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.
“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin,
D.M.S.M., D.P.M.S.
" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M
Kayveas, P.J.N.
" Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N.,
J.M.N., S.M.S., A.M.K.
viii DR.17.06.2003

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat


Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha


Roosme binti Hamzah
Zamani bin Haji Sulaiman

Penolong Setiausaha
Ruhana binti Abdullah
Riduan bin Rahmat
Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN JURUBAHASA SERENTAK


DOKUMENTASI Hajah Paizah binti Haji Salehuddin
Azhari bin Hamzah Mazidah binti Mohamed
Monarita binti Mohd. Hassan Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman
Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop
Hajah Supiah binti Dewak
Mohamed bin Osman BENTARA MESYUARAT
Hajah Norishah binti Mohd. Thani Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus
Zaiton binti Yaacob Mejar (B) Zakaria bin Salleh
Abd. Talip bin Hasim Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah
Jamilah Intan binti Haji Bohari
Syed Azuddin bin Syed Othman PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN
Nurziana binti Ismail KOMPUTER
Taharah binti Mohamed Mohd Shah bin Rahman
Nik Elyana binti Ahyat Sulaiman bin Sirad
Marzila binti Muslim Azzahar bin Hashim
Habibunisah Mohd. Azir
Sherliza Maya binti Talkah PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN
Mohd. Izhar bin Hashim PERUNDANGAN
Chong Lai Peng Mohd. Shariff bin Hussein
Azmi bin Othman
Zafniza binti Zakaria
PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Mohd. Sidek bin Mohd. Sani
MESIN CETAK Mazlina binti Ali
Kamaroddin bin Mohd. Yusof Norlaila binti Abdullah Sidi
Mohamed Shahrizan bin Sarif Ropiah binti Tambi
Alias bin Mohd. Nor Suhairi bin Othman
DR.17.06.2003 1

MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 17 Jun 2003
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta Menteri Pendidikan


menyatakan apakah usaha Kerajaan di dalam mempertingkatkan nisbah bilangan guru
kepada bilik darjah ke tahap yang dimiliki oleh negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, Britain dan Jepun dan supaya ianya bertepatan dengan inti pati Falsafah
Pendidikan Negara yang berwawasan untuk membangunkan masyarakat berpengetahuan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato’ Mahadzir bin Mohd
Khir]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan sedar betapa
pentingnya kualiti pendidikan dipertingkatkan agar negara dapat maju setanding dengan
negara maju lain di dunia. Salah satu daripada langkahnya ialah meningkatkan nisbah guru
kepada kelas. Pada masa ini nisbah guru dengan kelas ialah 1:1.5 manakala saiz kelas
yang disasarkan ialah 30 pelajar bagi setiap kelas. Sehubungan dengan itu Kementerian
Pendidikan sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan guru melalui program latihan
perguruan di maktab-maktab perguruan dan IPTA. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan
pembinaan sekolah-sekolah baru dan bilik darjah telah dapat menampung pertambahan
pelajar serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang conducive. Dengan
pertambahan bilik darjah ini maka dapatlah meningkatkan nisbah bilangan guru kepada bilik
darjah. Usaha ini juga adalah sebagai memenuhi hasrat kementerian ini untuk mewujudkan
lebih banyak sekolah satu sesi yang lebih memberi keselesaan kepada pelajar dan guru
sama ada dalam aspek kurikulum atau ko-kurikulum.
Bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia atau world class, kementerian ini
menyediakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran termasuklah pembinaan
makmal-makmal komputer. Ini bersesuaian dengan era ICT yang menggunakan komputer
dalam kaedah P dan P. Dari segi kemudahan, sekolah-sekolah kita sebenarnya lebih baik
daripada setengah-setengah sekolah di negara Eropah. Kementerian ini juga menekankan
kepada pendekatan secara saintifik untuk melahirkan golongan pelajar yang mampu
berfikiran secara dengan izin, reasoning dan bukan pendekatan secara penghafalan dalam
kaedah pengajaran. Bagi tujuan tersebut, dari semasa ke semasa, penekanan kepada
latihan perguruan termasuk latihan dan perkhidmatan juga diberi agar sentiasa relevan
dengan perkembangan pendidikan semasa. Terima kasih.
Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan
terima kasih kepada Setiausaha Parlimen di atas penjelasan tadi. Profesion perguruan di
Malaysia semakin mencabar, dianggapkan sebagai satu elemen penting di dalam
pembentukan masyarakat berpengetahuan. Bolehkan Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen beritahu Dewan yang mulia ini, setakat ini apakah program-program yang telah
dilaksanakan oleh kementerian untuk menarik minat golongan profesional terutamanya
graduan IPT untuk menceburi bidang perguruan, meningkatkan kualiti pendidikan
seterusnya membantu kerajaan merealisasikan aspirasi peningkatan nisbah bilangan guru
kepada bilik darjah. Terima kasih.
Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya
karier perguruan ini senantiasa diminati oleh ramai daripada lepasan universiti dan juga
sekolah menengah. Dari semasa ke semasa kalau kita lihat dari segi untuk menjadi guru ini
2 DR.17.06.2003

kita dapati begitu ramai sekali. Di samping itu dari semasa ke semasa bukan sahaja kita
ada skim latihan yang begitu rapi dan baik, kita juga mengadakan skim perkhidmatan yang
baik. Sebab itu dari segi perkhidmatan, kita sentiasa memantau keadaan di mana
sekiranya mereka memerlukan pelbagai kemudahan kita tingkatkan dan ini bagi saya
adalah salah satu daripada cara untuk menggalakkan orang menyertai dalam perkhidmatan
perguruan. Adalah tidak benar kalau kita mengatakan bahawa profesion perguruan ini
adalah satu profesion yang terakhir menjadi pilihan lepasan maktab ataupun lepasan
universiti kita. kalau kita tengok perangkaan sahaja, kita terpaksa menolak cukup ramai
daripada mereka untuk menyertai guru. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memang hasrat kita
untuk menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia itu baik dan juga peruntukan begitu
banyak hampir 25% daripada belanjawan kita kepada pendidikan itu satu cara yang betul.
Walau bagaimanapun apakah masalah sekarang sehingga nisbah guru dengan kelas itu
begitu teruk lagi dan juga Tuan Yang di-Pertua walaupun yang disebutkan oleh Yang
Berhormat tadi satu kelas hanya 30 pelajar tetapi ada sekolah-sekolah terutama di dalam
bandar kadang kala lebih daripada 50 pelajar satu kelas. Keadaan sedemikian memang
tidak bertaraf dunia.
Apakah daripada sebutan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi sentiasa kata kita
akan menyelesaikan masalah tetapi masalah sekian hari sekian buruk. Apakah kaedah
yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah nisbah guru dengan kelas, bilangan pelajar
di dalam kelas dan juga ICT di dalam sistem pendidikan Malaysia ini yang masih tidak
begitu sempurna kalau berbanding dengan negara-negara yang lain.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Di sini tidaklah
saya mengatakan bahawa kita tidak langsung mempunyai masalah. Masalah tetap ada,
tetapi soalnya sekarang apabila kita telah mengatasi beberapa masalah, masalah lain yang
timbul juga. Harus kita lihat di sini pertama sekali dasar kita ialah pendemokrasian
pendidikan di mana memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menghantar
anak mereka ke sekolah tanpa mengira sama ada dia miskin ataupun kaya. Malah pihak
kerajaan telah menyediakan beberapa perkara asas dalam pendidikan tetapi pertambahan
penduduk di satu-satu kawasan kadangkala kita tidak dapat menampung permintaan ini.
Sebab itu bagi saya dan ini dari masa ke semasa dapat kita atasi. Walau
bagaimanapun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat tadi untuk mengatakan kadangkala
kelas-kelas masih murid-muridnya 40 ke atas pun ada, dan saya tidak mahu mengatakan
bahawa kita tidak mengambil langkah-langkah tertentu. Sebab itu tadi saya telah buat
penjelasan mengatakan pihak kita dari masa ke semasa telah menambah bilik-bilik darjah,
menambah lagi pengambilan guru dan ini harapan kita, kita akan mencapai dalam masa
yang singkat ini, khususnya kalau tidak silap saya dalam perancangan kita tahun 2005 dan
juga 2010. Itu target kita untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah dan juga
kekurangan guru. Terima kasih.

2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Perdana Menteri menyatakan asas-asas
yang diperlukan negara sebelum beliau meletakkan jawatan. Apakah yang dianggap
terpenting sekali sebagai seorang negarawan.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji
Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, asas-asas utama yang
diperlukan oleh negara kita telah pun dibentuk sejak Perdana Menteri yang pertama lagi
iaitu memastikan perpaduan rakyat sentiasa kukuh, keamanan negara sentiasa dipelihara,
perkembangan ekonomi dan industri yang berdaya maju, keselamatan, kesejahteraan dan
kebajikan rakyat sentiasa dijaga dan dipertahankan. Asas-asas inilah telah berjaya
dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan terus menjadi keutamaan setiap Perdana
Menteri sehingga hari ini.
Faktor terpenting bagi seorang negarawan ialah memastikan kepentingan negara
dan kesejahteraan rakyat sentiasa dijaga dan dipelihara pada setiap masa di samping
kebebasan menyuarakan pandangan di peringkat antarabangsa. Ini telah berjaya
DR.17.06.2003 3

dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akan dipastikan dilaksanakan


seterusnya. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya berterima
kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Sepatutnya saya berharap Yang Amat
Berhormat yang datang untuk menjawab soalan ini, tetapi nampaknya beliau sibuk dengan
Persidangan UMNO… [Ketawa]
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Menyediakan ucapan dasar.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, ada orang yang kata menyediakan ucapan dasar yang
terakhirlah kali ini. [Ketawa] Memang saya berhasrat untuk mendengar kerana kita boleh
nampak terutamanya daripada segi fizikal, kalau kita banding dengan tahun 1981 apabila
Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri kita tidak ada Petronas Twin Tower,
bangunan yang tertinggi, sekarang yang kedua ada..., tak apalah kita tidak nampak
sebelumnya. Kita tidak ada Putrajaya, kita tidak ada KLIA dan sememangnya kita tidak ada,
saya setuju.
Walau bagaimanapun, daripada yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat,
perpaduan, keamanan dan kestabilan ekonomi, kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan
rakyat memang semua ini kita mestilah mempertahankan dalam negara ini oleh semua parti
dan semua rakyat, mesti kita pertahankan. Walau bagaimanapun, apakah pendapat Yang
Berhormat. Ini tidak adil jugalah bagi dia macam mana dia tahu fikiran dan falsafah Yang
Amat Berhormat… [Disampuk] Banyak soalan! Memang banyak soalan, ini yang terpenting
asas negara kita, kita tidak mahu terrorism, kita tidak mahu segala bentuk pelampau sama
ada agama ataupun kaum ataupun bentuk yang lain.
Beberapa Ahli: Soalan!
Dr. Tan Seng Giaw: Soalan memang banyak. Apakah Yang Berhormat sedar.
Saya hendak tolong dia sahaja… [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila, sila, sila. Sila teruskan pertanyaan ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, sebab Yang Berhormat pun belum lagi menjadi
negarawan… [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.
Dr. Tan Seng Giaw: Belum lagi.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kepong, sila teruskan.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak tanya, Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang
Berhormat sedar bahawa daripada segi perpaduan sahaja kita nampak di universiti kita,
bahkan di sekolah kita polarisasi kaum yang begitu ketara. Kalau Yang Berhormat dijemput
untuk pergi ke Universiti Malaya misalnya, Yang Berhormat akan menyaksikan dengan
sendiri apakah yang dikatakan sebagai polarisasi.
Tuan Yang di-Pertua: Kepada soalan itu ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya ada banyak lagi soalan… [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh beri ...
Dr. Tan Seng Giaw: Apakah selain daripada yang disebutkan tadi iaitu usaha
untuk memupuk dan mewujudkan toleransi yang sebenarnya yang perlu, kalau tidak kita
menjadi Iraq, jadi Palestin, memang mungkin kita akan dilanda bencana seperti itu.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, soalan Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Walaupun kita ada pengubahsuaian di Dewan Rakyat yang
cantik, saya setuju.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila. Habiskah soalan itu?
Dr. Tan Seng Giaw: Habis tetapi saya ada banyak soalan.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, jawablah.
4 DR.17.06.2003

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya pun tak tahu apa saya
hendak jawab… [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tak apa, saya akan jawablah.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasihlah, yang pertama sekali saya
ucapkan terima kasih kerana daripada apa Yang Berhormat cakap tadi nampaknya Yang
Berhormat mungkin juga barangkali DAP sudah bersetuju dengan apa yang dibuat
pembangunan, kemajuan yang dicapai oleh negara kita di bawah pimpinan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Jadi, terima kasih banyaklah. Jadi, tolong kempen ahli-ahli
DAP bahawa Perdana Menteri telah membuat yang banyak untuk membangunkan
Malaysia.
Yang kedua, kalau Yang Berhormat hendak tengok, kita kena terima bahawa
pembaharuan, pemikiran Perdana Menteri kita berbeza. Contoh macam masalah krisis
ekonomi. Di mana IMF, cara kita mengatasi masalah ekonomi pada mulanya memang
ditentang, IMF pun tidak setuju dengan cara kita, tambahlah pembangkang lagi tidak
bersetuju kerana kita buat cara yang baik tetapi hari ini alhamdulillah, bahawa cara yang
dibuat oleh pimpinan kita telah menjadi contoh dan mendapat perhatian dunia.
Begitu juga cara kita menyelesaikan masalah-masalah isu semasa. Baru-baru ini
SARS sebagai contoh, kita lihat hari ini perasmian sedang berjalan di mana WHO telah
memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan SARS pertama di dunia kerana apa,
kerana mereka kagum bagaimana Malaysia boleh mengatasi isu SARS ini dengan begitu
baik.
Begitu juga Yang Berhormat bimbang pasal toleransi kaum, pergaduhan dan
sebagainya, sebab itu kita ada ISA, tetapi bila kita kenakan ISA ini pembangkang yang tidak
bersetuju. Salah satu kita kenakan ISA, kita tangkap KMM yang ramai ahli yang terlibat
daripada parti pembangkang tetapi parti pembangkang tidak bersetuju. Soalnya Yang
Berhormat, kalau semua kaum pegang kepada prinsip sosial kontrak dan sensitiviti di
antara kaum dan juga agama, ini isunya, semua boleh menghormati, ini kita akan aman.
Kalau ada mana-mana pihak cuba menghina dan memperkecilkan agama yang
lain dan juga kaum yang lain, sebagai contoh kartun dalam Harakah itu, bila dikaitkan orang
Islam dia mesti kaitkan dengan khinzir, memang betul orang Islam ini memang dia
diharamkan khinzir ini, tetapi kalau isu ini dimainkan, ianya boleh menyebabkan masalah
sensitiviti yang tidak tenteram di kalangan orang Islam. Jadi, eloklah Yang Berhormat DAP
keluar daripada Barisan Alternatif ini kerana PAS pun sudah mengarut dengan apa yang
diperjuangkan. [Ketawa] Terima kasih.
Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh and good morning everybody… [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kemukakan soalan tambahan. Ini mengenai jasa
Perdana Menteri, tidak ada sesiapa pun boleh menafikan, termasuk pihak pembangkang,
pembangkang memang, kalau dia memerintah memang kacau bilau, tidak ada kerja lain,
asyik hendak bergaduh sahaja.
Saya hendak bertanya kepada kerajaan, mengenangkan jasa yang begitu besar
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada negara Malaysia dan juga kepada dunia
antarabangsa yang begitu banyak sekali sumbangannya, maka adakah kerajaan bercadang
untuk memberikan anugerah yang tertentu, untuk memberi satu anugerah yang tertinggi
kepada Perdana Menteri, dan mungkin juga jawatan yang tertentu yang boleh membantu
beliau memberikan sumbangan terus kepada negara selepas beliau bersara. Ini mungkin
kerajaan boleh pertimbangkan macam mana.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Hari ini kita lihat
dalam mana-mana sejarah negarawan, sejarah pemimpin, waktu pemimpin itu ada
memerintah ramai orang yang tidak nampak jasanya tetapi hari ini, alhamdulillah, walaupun
DR.17.06.2003 5

Perdana Menteri kita pada mulanya mendapat tohmahan tetapi sejak akhir-akhir ini, bila
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak meletakkan jawatan, nampaknya ramai
rakyat begitu merasa sayu dan bersimpati.
Ini jelas menunjukkan bahawa pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
kita mendapat sanjungan daripada rakyat dan kita sedia maklum bahawa sebagai insan
biasa, seorang insan yang selalu merendahkan diri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sentiasa mengingatkan bahawa beliau tidak memerlukan sanjungan dan pujian. Apa yang
beliau harap ialah apa yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah
mendapat perhatian dan juga mendapat penghargaan daripada rakyat – sumbangan yang
dibuat, bukannya sebagai individu.
Kita lihat peletakan jawatan yang akan berlaku, mungkin pada bulan Oktober, tidak
seperti biasa walaupun Persidangan Agong UMNO sedang berjalan seperti yang
dinyatakan tetapi Perhimpunan ini akan berjalan seperti biasa dan proses pengambilan
kuasa juga berjalan dengan baik. Hanya lagi yang kita merasa sedih ialah kerana ada di
kalangan orang Islam sendiri, Perdana Menteri kita seorang pemimpin Islam yang diiktiraf
oleh antarabangsa, bukan sahaja oleh orang Islam tetapi oleh orang bukan Islam, memberi
pengiktirafan dan banyak negara Islam datang hendak belajar dengan kita bagaimana cara
kita membangunkan Islam.
Masalah yang kita merasa sedih ialah umat Islam berbangsa Melayu sendiri yang
begitu tidak boleh menghormati, tidak boleh melihat apa kejayaan pimpinan kita. Jadi,
inikah sikap kita sebagai orang Islam? Sepatutnya bila negara lain, pemimpin lain memberi
penghormatan kepada satu-satunya anak Melayu yang beragama Islam sebagai pemimpin
di dunia ini, kita sepatutnya sama-sama menyanjung tetapi nampaknya oleh kerana
kepentingan politik, kepentingan untuk menanamkan perasaan benci kepada pemimpin
yang mendapat sanjungan rakyat ini mereka akan membuat berbagai-bagai cara dan
mereka sentiasa menghina hinggalah ke saat akhir ini.
Dan sampai kita melihat nama Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad ini dia kata
‘mahakhinzir’ – mahazir. Jadi, ini semua sebenarnya bertujuan untuk menanam perasaan
benci supaya rakyat tidak dapat mengenang jasa Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dan
akhirnya kalau mereka berjaya menanam perasaan benci kepada rakyat dengan harapan
yang mereka akan menang pilihan raya. Tetapi kita yakin, dengan banyak lagi cara taktik
kotor yang tidak berhemah oleh parti pembangkang ini, semakin ramailah rakyat yang akan
sayang kepada pemimpin kita. Terima kasih…. [Tepuk]

3. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Kesihatan
menyatakan sejauh mana kajian di bidang perubatan telah berjaya menghasilkan ubat dan
vaksin penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan
Yang di-Pertua, penyelidik, termasuklah pakar klinikal di Kementerian Kesihatan, telah
terlibat dalam banyak kajian klinikal yang melibatkan multi-center di dunia bagi
menghasilkan pelbagai ubat bagi penyakit-penyakit seperti malaria, filaria, penyakit heper,
penyakit cardiovascular, penyakit neurologi dan juga kanser. Sumbangan penyelidik di
kementerian adalah sebagai penambah maklumat dari rantau ini ke atas penemuan baru
ubat berkenaan di segi khasiat dan data keselamatan penggunaan, dan kebanyakan kajian
ini ditaja oleh syarikat farmaseutikal yang terkenal dari luar negara yang terlibat secara
langsung dalam pengkomersialan ubat berkenaan.
Penyelidikan yang melibatkan penghasilan ubat dari Malaysia sendiri adalah amat
baru dan buat masa ini beberapa penyelidikan ke arah menghasilkan ubat dalam bentuk
herba bagi penyakit seperti diabetes, batu karang dan hepatitis sedang dijalankan oleh
penyelidik di kementerian ini dengan kerjasama penyelidik lain, sama ada dalam mahupun
di luar negara.
Seyogia dimaklumkan di sini, kajian bagi menghasilkan ubat-ubatan mengambil
masa yang lama, sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh tahun. Para penyelidik negara
sedang mengorak langkah menuju penghasilan produk bersumber kekayaan biodiversity
flora dan fauna hutan tropika bagi menghasilkan pelbagai ubatan. Bagi mengkoordinasi
6 DR.17.06.2003

aktiviti penyelidikan ke arah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan


Penyelidikan Perubatan Herba, yang antara lain, fungsinya ialah mengkoordinasi,
merancang arah tujuan kajian berkenaan dan juga menerbitkan pelbagai garis panduan
bagi penyelidik.
Sementara itu, bagi penyelidikan menghasilkan vaksin, Kementerian Kesihatan
sedang dalam proses untuk memulakan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkenaan, dan projek
ini akan dimulakan dalam tempoh yang terdekat ini. Penubuhan Institut Produk Natural dan
Vaksinologi, Kementerian Kesihatan adalah merupakan institusi di masa akan datang yang
akan banyak menjalankan penyelidikan berkenaan.
Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Kita merasa bangga
dan mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada Kementerian Kesihatan. Boleh
dikatakan negara kita antara negara yang mempunyai perkhidmatan kesihatan yang terbaik
di dunia, antara yang terbaik di dunia, dan tahniah kerana baru-baru ini kita dapat
mengawal dengan berkesan penyakit SARS daripada merebak. Itu satu kejayaan yang
patut kita berikan penghargaan kepada semua pihak di Kementerian Kesihatan.
Cuma saya ingin bertanya, Tuan Yang di-Pertua, dan ingin hendak
mencadangkan, oleh sebab dunia ini berubah dengan begitu pesat sangat dan penyakit-
penyakit yang baru yang di luar jangkaan pun datang secara tiba-tiba, yang kadangkala
tidak ada ubat penawar yang dapat disediakan dengan segera, bolehkah atau adakah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan satu dana khas bagi menangani
kalau-kalau ada penyakit-penyakit yang seperti ini, yang memerlukan perbelanjaan yang
besar.
Jadi, adakah kita patut menyediakan dana khas luar jangka di Kementerian
Kesihatan untuk menangani kalau …, kerana banyak berlaku perkara semacam ini. Saya
dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun pernah bercakap tentang
kemungkinan-kemungkinan penyakit yang di luar jangka ini, dan memerlukan perbelanjaan.
Jadi, adakah pendapat ataupun pandangan untuk kita menyediakan peruntukan wajar. Itu
satu. Yang kedua ….
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah itu Yang Berhormat, sudah panjang itu. Panjang
itu.
Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Sedikit sahaja.
Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Saya tidak sebut perkataan “kedua”. Ha,
“dan, dan”…. [Ketawa] Kemusykilan rakyat umum, dalam kes-kes yang tertentu, kes-kes
yang terpencil tetapi menarik perhatian umum. Lazimnya kita pergi ke hospital untuk
mendapat rawatan, itu lazimnya tetapi dalam kes-kes yang tertentu ada mereka yang
mendapat rawatan di hospital tetapi mendapat musibah, Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen faham musibah? Kesan buruklah, ya. Macam kes anak kita di manakah …..
Pulau Pinangkah atau Kedahkah … yang pergi ke hospital, tiba-tiba tangannya jadi hitam
dan akan dipotong. Kenapa kes-kes semacam itu boleh berlaku? Banyaklah berlaku kes di
mana orang yang dibedah tertinggal benang, tertinggal kapas, tertinggal kain selepas
pembedahan dilakukan. Itu perkara biasa yang kita dengar. Bagaimana agaknya …..
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah itu. Sudah cukup elok itu, jangan
melebih-lebih sangat. Ya, sila, sila Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.
Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz: Saya patuh Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, penyakit-penyakit baru ataupun
kemunculan virus-virus baru sebenarnya menjadi cabaran utama kepada semua institusi
kesihatan di seluruh dunia.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
DR.17.06.2003 7

Tuan S. G. Sothinathan: Baik, sama ada ia adalah sebuah negara yang telah
membangun ataupun yang sedang membangun. Itulah sebenarnya yang kita hadapi dan
yang baru-baru ini adalah SARS. Tetapi cara yang terbaik kita menangani masalah ini
adalah dengan menjalinkan kerjasama yang baik dengan semua negara jiran dan juga
negara-negara yang terkenal dalam bidang perubatan di dalam kes SARS ini dengan
segera. Kita dapat mengadakan perhubungan yang baik dengan semua negara yang
terlibat dan juga negara-negara lain di Eropah dan juga di Amerika, yang turut membantu
dalam menangani masalah ini.
Kita dapat membendung masalah ini dengan secepat mungkin. Begitu juga
dengan dana khas yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, sebenarnya kita tidak
menghadapi sebarang masalah, pada bila-bila masa sahaja apabila wujud kecemasan
ataupun keperluan yang segera, kerajaan kita begitu prihatin dan memberi peruntukan
segera untuk menangani sebarang masalah yang kita hadapi.
Dari aspek kesihatan, kita tidak pernah menghadapi masalah seumpama yang
dikhuatiri oleh Yang Berhormat. Kes kecuaian itu adalah aspek kedua yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat. Kes kecuaian itu dari segi peratusan adalah terlalu kecil dan boleh
dikatakan nominal sahaja dan itulah yang sebenarnya yang kita hendak tahu bagaimana
ianya boleh terjadi tetapi masih terjadi juga. Ia mungkin akibat kecuaian dan cara yang
terbaik kita boleh menanganinya ialah dengan memberikan kursus-kursus ulangan kepada
kakitangan kita dan juga mengambil tindakan tatatertib, jika sekiranya ianya diulangi.
Sekian, terima kasih.

4. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kewangan
menyatakan berapakah pegangan ekuiti Menteri Kewangan Diperbadankan (MOC) di
dalam syarikat Airod Sdn. Bhd dan SME AEROSPACE Sdn. Bhd.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]:
Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) tidak memegang sebarang
ekuiti secara langsung dalam syarikat Airod Sdn. Bhd. dan SME Aerospace Sdn. Bhd.
Pegangan ekuiti MKD adalah secara tidak langsung melalui Aerospace Industries Sdn. Bhd.
(AIM) yang dimiliki oleh PJS Industries Sdn. Bhd. (PJSI) dengan pegangan ekuiti sebanyak
90% dan MKD hanya 10% sahaja. AIM memegang 100% ekuiti SMEA dan 19% ekuiti
Airod, dan ini bermakna pegangan ekuiti MKD di Airod adalah sebanyak 1.9% sahaja.
Terima kasih.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih terhadap penjelasan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri tadi. Tuan Yang di-
Pertua, kedua-dua industri ini atau syarikat ini ialah menyentuh soal industri berkaitan
dengan soal pertahanan. Kalau SME Aerospace itu ada dua division iaitu Defence Division
dan juga Aerospace Division. Airod juga terlibat dari segi core-business nya dalam
pembaikan pulih dan servis terhadap kapal terbang perang yang dimiliki oleh TUDM.
SME Aerospace di bahagian Defence Division ini ialah pembuatan senjata Steyr
yang sekarang ini sedang dibekalkan kepada Kementerian Pertahanan. Persoalannya Tuan
Yang di-Pertua, ialah kenapa industri yang begini strategi ini, yang dahulunya bagi saya
SME Aerospace ini dikenali sebagai SME Teknologi. Dia, pemilikan penuhnya dipegang
oleh pihak kerajaan dan hari ini telah pun menjadi sebaliknya seperti mana yang telah
disebutkan tadi.
Begitu juga dengan industri Airod itu sendiri sudah pun dimiliki oleh seorang
individu yang memiliki PJS (PJSI) iaitu Kapten (B) Tan Sri Ahmad Johan daripada Kor
Ranger yang menjadi pemilik penuh seorang anak Sarawak. Persoalannya ialah industri
ini ialah industri yang sangat strategi, yang menyentuh soal kepentingan keselamatan
dalam negara kita. Sudah tentu apabila seseorang individu yang hanya memiliki
kepunyaan dalam industri yang sebegini, dia akan lebih mementingkan keuntungan
daripada memikirkan soal kepentingan keselamatan.
Bagaimana kalau kapal terbang perang TUDM ini tidak dibaikpulih dan
sebagainya, bagaimana kita hendak mempertahankan. Hari ini pun kita lihat ada berlaku
penyelewengan yang sangat besar dalam Airod apabila charge yang dikenakan terhadap
8 DR.17.06.2003

TUDM dalam service baik pulih kapal terbang TUDM ini terlalu tinggi, apabila PJSI ini atau
Tan Sri Ahmad Johan sendiri atas nama individu menubuhkan anak-anak syarikat yang
lain, untuk menjadi pembekal kepada PJSI untuk memberikan spare parts itu kepada Airod
untuk membaik pulih kapal terbang TUDM.
Ini sudah tentu akan membabitkan soal kos yang sangat tinggi. Saya hendak
mempersoalkan Tuan Yang di-Pertua, ialah bagaimana industri yang sangat strategi ini bila
dimiliki oleh seseorang, dia juga melibatkan rakyat asing apabila seorang di dalam SME
Aerospace ,yang juga melibatkan seorang rakyat Jepun ‘Datuk Yu Eika Watta’. Ini bagi
saya tidak sewajarnya. Begitu juga dalam Airod apabila mengambil pekerja-pekerja dari
India yang terlibat dengan IT iaitu Teknologi Maklumat untuk berada dalam Airod,
sedangkan industri ini sangat strategi yang menyentuh pertahanan dan keselamatan
negara...
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya minta penjelasan daripada pihak
kerajaan.
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kadang-kadang kita melihat apabila kerajaan cuba memonopoli satu-satu industri, pihak
pembangkang mengatakan kerajaan tidak boleh masuk campur. Ini business pihak swasta
dan kalau misalnya kita masuk campur, timbul pula mana datang duit, investment dan
sebagainya, daripada EPFlah, daripada Tabung Haji dan ini selalu dibangkitkan.
Dalam keadaan ini, seperti yang saya katakan tadi, kita hanya mempunyai 1.9%
tetapi kita ada satu saham atau Golden Share iaitu untuk menentukan dasar-dasar supaya
kepentingan negara dapat dilihat sepenuhnya dan mengikut apa kita kehendaki. Oleh
kerana misalnya Airod ini dipunyai oleh bumiputera dan kalau kita tengok ATSC juga salah
satu tugasnya membaiki kapal terbang tetapi ATSC ini, Aerospace Technology Corporation
dia hanya menumpukan kepada MiG-29.
Satu lagi yang ada ialah Zetro tetapi kita hanya menumpukan kepada ground
equipment, radar dan sebagainya dan satu lagi yang didapati dalam aerospace industry ini
ialah Satang Jaya dan ia hanya menumpukan keadaan safety equipments dan sebagainya.
Jadi kita lihat, Airod ini telah banyak memberikan kerja-kerja kepada bekas-bekas anggota
TUDM kita.
Bekas anggota TUDM kita ini oleh kerana mereka berpengalaman teknikal dan
sebagainya, mereka ada kursus-kursus dalaman, yang tidak dianugerahkan ijazah ataupun
diploma. Kalau mereka keluar dengan tidak ada ijazah dan diploma, pada masa sekarang
ini, marketability dia agak kurang tetapi kita ambil mereka dan Airod telah pun mengambil
mereka, mereka ini memang pakar dalam bidang-bidang ini, saya rasakan kita lebih lagi
berkeyakinan bahawa TUDM dalam keadaan yang siap sedia dan sentiasa bersedia.
Tentang masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa satu
laporan telah pun dibuat dan saya tahu laporan itu dibuat oleh Parti KeADILan dan juga
sekarang ini sudah campur dengan pihak PRSM, polis sedang menyiasat perkara ini.
Terima kasih.
Dato' Zulhasnan bin Rafique: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas penjelasan tadi. Selepas
keputusan kerajaan untuk mengkorporatkan dan menswastakan Airod dalam tahun 90-an,
saya yakin harus ada kebaikannya daripada peningkatan teknologi dan juga lain-lain iaitu
termasuklah pembangunan usahawan kepada negara Malaysia.
Sekarang Kementerian Pertahanan atau Ministry of Defence telah menghantar
beberapa kapal terbang termasuklah kapal terbang Tentera Udara seperti helikopter,
pesawat pejuang, dan pesawat latihan kepada Airod dan SMEA Aerospace untuk
penjagaan dan ubahsuai.
Begitu juga, Airod mendapat kontrak daripada lain-lain negara di atas ubahsuai
dan penyelenggaraan yang akan menjadikan Airod sebagai satu pusat maintenance,
DR.17.06.2003 9

dengan izin. Apakah keuntungannya kepada negara atas tindakan penswastaan Airod dan
SMEA Aerospace oleh kerajaan? Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih. Ini soalan daripada
bekas pejuang kapal terbang. Kalau kita lihat bahawa industri ini di dalam negeri.
Bukannya di luar negara kita. Jadi dari segi prestij, kita sudah untung di situ dan yang
keduanya saya rasakan bahawa kita juga menjalankan dasar-dasar supaya orang-orang
Melayu khususnya bumiputera berkecimpung dalam perniagaan. Ini adalah satu dasar
yang boleh kita lihat daripada segi itu.
Yang ketiganya, bahawa capability ataupun kebolehan AIROD ini menyebabkan
international customers seperti Indonesian Air Force menghantar kapal terbang mereka ke
mari, United States Air Force pun menghantar kapal terbang mereka ke mari, Philippine Air
Force, Royal Thai Air Force, Yemen Air Force, Sri Lanka Air Force, Royal Brunei dan Royal
Air Force of Oman. Semua menghantar kapal terbang mereka ke mari.
Jadi, dengan cara itu dapat kita memperbaiki lagi kebolehan, kemahiran bekas-
bekas TUDM kita dalam industri ini dan selain daripada itu, saya rasakan dapat kita
mengurangkan foreign exchange kalau kita menghantar kapal terbang-kapal terbang kita ke
luar negara untuk diperbaiki. Terima kasih.

5. Puan P. Komala Devi [Kapar] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar


menyatakan jumlah bilangan wanita dan pecahan untuk wanita kaum India, yang telah
menerima bantuan pinjaman untuk perniagaan kecil daripada Skim Amanah Ikhtiar
Malaysia, (AIM) setakat ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' G. Palanivel]: Tuan Yang
di-Pertua, di bawah Skim Amanah Ikhtiar Malaysia, seramai 89,497 sahabat adalah wanita.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 729 sahabat adalah daripada kalangan India. Sekian,
terima kasih.
Puan P. Komala Devi: Terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah
memperkenalkan satu skim bantuan yang telah banyak memberi bantuan kepada wanita
tanpa mengira kaum, khususnya yang daripada golongan berpendapatan rendah. Saya
hairan kenapa penyertaan wanita daripada kaum India begitu kecil, memandangkan
bahawa saya sendiri telah memohon dan saya ada 75 orang wanita kaum India di kawasan
saya yang masih tunggu untuk bantuan pinjaman small business di bawah skim ini. Satu
lagi, kami baru-baru ini mendengar khabar angin bahawa dengan memperkenalkan Skim
Mikro Kredit oleh bank-bank tempatan, ada kemungkinan bahawa skim ini akan
dimansuhkan. Jadi, adakah ini benar ataupun adakah kerajaan masih akan melanjutkan
skim bantuan ini? Terima kasih.
Dato' G. Palanivel: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju bahawa
penglibatan masyarakat India khasnya, wanita masyarakat India dalam Skim Amanah
Ikhtiar Malaysia ialah bukan banyak, hanya 729 sahabat daripada masyarakat India jika
dibandingkan dengan 89,000 daripada masyarakat bumiputera. Saya tidak pernah
melakukan satu kajian untuk menentukan sebab-sebab yang tidak menggalakkan
masyarakat India terlibat dalam Skim Amanah Ikhtiar Malaysia yang diwujudkan dalam
tahun 1987. Dari tahun 1987 sehingga tahun 1999, penglibatan masyarakat India dalam
skim ini ialah sangat kecil, kurang daripada 20 orang, tetapi selepas tahun 2000,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukkan satu peruntukan untuk
meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat India untuk merebut peluang ini, untuk
melibatkan diri mereka dalam Skim Mikro Kredit.
Selepas ini, kita dapat menggalakkan penglibatan masyarakat India. Dalam
tempoh dua tahun ini, kita sudah berjaya untuk melibatkan lebih 7,000 orang masyarakat
India termasuk kawasan Yang Berhormat di dalam seminar-seminar pinjaman kesedaran
sudah diberikan kepada lebih daripada 525 orang. Mereka yang masih menunggu akan
mendapat pinjaman mengikut keutamaan secara peringkat-peringkat dan mengenai khabar-
khabar angin yang dikeluarkan di berapa peringkat, saya tidak suka menjawab mengenai
khabar-khabar angin itu…. [Ketawa]
10 DR.17.06.2003

Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti
mana kita sedia maklum, Skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, satu skim yang telah pun
teruji daripada segi prestasinya membantu usahawan-usahawan kecil, daripada segi
mendapatkan dana. Dengan keadaan pertumbuhan ekonomi yang begitu sederhana dan
khususnya masalah tempoh hari akibat daripada masalah SARS ini. Adakah pihak
kementerian telah mengambil tindakan untuk meninjau dan memerhatikan keadaan semasa
sektor usahawan kecil ini khususnya para peminjam-peminjam dana AIM, adakah mereka
masih dalam keadaan yang baik ataupun kalau semuanya kita lihat daripada segi
perkembangan sektor perkhidmatan khasnya pelancongan, maka mereka ini, usahawan
kecil pembekal barang-barang pertanian dan seterusnya berada dalam keadaan sukar dan
susah dan barangkali akibatnya ialah penurunan kadar pembayaran balik kepada dana-
dana ini. Adakah pihak kementerian telah meninjau ini dan apakah tindakan yang dijangka
akan diambil, sebab laporan kita ialah mereka ini dalam keadaan susah. Terima kasih.
Dato' G. Palanivel: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian
Pembangunan Luar Bandar sedar dengan keadaan ekonomi semasa, berikutan dengan
beberapa kejadian baru seperti SARS dan lain-lain, mengikut perang di Iraq dan akan
membincangkan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia dan mereka yang melaksanakan skim-
skim lain untuk buat satu kajian mengikut cadangan Yang Berhormat bagi Bandau. Terima
kasih.

6. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta Menteri Pendidikan
menyatakan siapakah yang memantau kualiti program pengajian yang dijalankan oleh
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga menentukan program pengajian yang
dilaksanakan oleh IPTA adalah sebenarnya diperlukan oleh negara.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato’ Mahadzir bin Mohd
Khir]: Tuan Yang di-Pertua, dalam menentukan kualiti program yang ditawarkan, terdapat
akta dan statut yang memperuntukkan tanggungjawab penjaminan kualiti dan piawai
kepada semua program akademik yang dianugerahkan. Ini dilakukan melalui mechanism
seperti mesyuarat fakulti, Senat, jawatankuasa pengajian universiti dan Lembaga Pengarah
Universiti. Cadangan program yang akan ditawarkan itu seterusnya akan dibincangkan di
Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan yang turut
dianggotai oleh wakil-wakil dari Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri,
Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar serta Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan di Kementerian Pendidikan. Malah, pakar-pakar dalam
bidang-bidang berkaitan juga dijemput dari masa ke semasa untuk menganggotai
jawatankuasa ini untuk meneliti program yang ditawarkan agar selaras dengan keperluan
guna tenaga negara sebelum boleh dilaksanakan di IPTA.
Selain itu, Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan Bahagian Jaminan
Kualiti (BJK) di Jabatan Pendidikan Tinggi bagi menentukan standard pengajian dan
prosedur yang menjamin kualiti program pengajian IPTA. BJK telah menggubal satu garis
panduan kriteria dan standard program pengajian dan menubuhkan panel-panel pakar
dalam disiplin tertentu untuk memperincikan lagi standard bagi bidang-bidang tertentu yang
mana panel-panel ini merupakan wakil-wakil dari IPTA, IPTS, kerajaan, badan-badan
profesional dan juga industri. Dalam hal ini, setiap program yang ditawarkan perlu
mengikuti kriteria dan standard yang telah ditetapkan oleh BJK.
Dato' Wira Abu Seman bin Haji Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Daripada asas-asas untuk memantau kualiti yang digariskan oleh Yang Berhormat tadi,
nampak begitu kemas dan baik. Tetapi, pada hari ini kita lihat ramai di antara graduan-
graduan dalam bidang akademik yang menganggur dan ada dakwaan yang mengatakan
bahawa kualiti graduan-graduan yang menganggur ini, kualitinya tidak begitu terserlah dan
juga daripada program yang graduan ini mengambil, tidak ada relevan dengan pasaran
pekerjaan pada hari ini. Sejauh mana dakwaan ini benar dan jika benar, apakah tindakan
Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Di sini harus
kita lihat ada dua perkara. Pertama ialah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
DR.17.06.2003 11

tadi mengenai dengan standard atau kualiti yang kita perlukan daripada IPTA kita. Itu kita
mantapkan dengan program-program.
Yang satu lagi ialah mengenai dengan market-driven, dengan izin, mengenai
dengan kursus yang diambil oleh para graduan tadi. Memang kita dapati ataupun banyak
pihak telah melempar tuduhan terhadap kita bahawa IPTA menghasilkan graduan yang
tidak setimpal dengan dunia pekerjaan. Di sini harus saya bangkitkan juga iaitu Tuan Yang
di-Pertua bahawa apakah asas kita menubuhkan IPTA kita? Memang kalau boleh kita
hendak imbangkan antara dunia pekerjaan dan ijazah yang mereka perolehi. Walau
bagaimanapun, kita harus lihat daripada segi pendemokrasian pendidikan kita hari ini di
mana boleh dikatakan ramai pihak anak-anak muda kita dapat akses kepada pengajian
tinggi. Yang ini kita patut bersyukur.
Soal kedua ialah peluang pekerjaan itu sendiri. Seperti mana yang telah saya
katakan tadi, pertama sekali harus ditentukan oleh anak-anak muda yang hendak mengikuti
kursus-kursus tertentu supaya kalau mereka memikirkan tentang soal future ataupun masa
depan mereka, haruslah dipertimbangkan apakah kursus-kursus yang hendak diambil. Dan
dalam hal ini, kita lihat tidak ramai mereka yang mengambil kursus-kursus yang bersifat
profesionalisme tidak mendapat kerja. Itu kita dapat lihat dengan jelas.
Hanya mereka yang mengambil beberapa kursus yang pada pandangan
setengah-setengah pihak mungkin tidak diterima dan inilah sedang kita fikirkan
bagaimanakah hendak menyuntik soal profesionalisme di dalam beberapa kursus. Yang ini
saya percaya pihak-pihak IPTA telah pun membuat seberapa banyak perbincangan
bagaimanakah hendak mendorong anak-anak muda ini dalam pemilihan kursus-kursus
yang akan mereka ikuti.
Untuk mengatakan bahawa kita sub-standard, itu saya tidak bersetuju sama sekali
di mana kalau kita lihat graduan-graduan yang kita hasilkan itu sekiranya mereka ke luar
negara untuk mengikuti kursus lepasan ijazah, kita diterima dengan baik. Ini pasti. Saya
beri jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kualiti, standard IPTA kita tetap terpelihara
serta terjamin dan tidak ada cacat-cela yang kita kata kita hasilkan mereka yang sub-
standard ataupun mediocre. Terima kasih.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen tentang betapa bilangan pengangguran di kalangan graduan-graduan khususnya
graduan IPTA yang sekarang ini dianggarkan lebih daripada 50,000 orang. Ini
menggambarkan tentang kelemahan perancangan program-program yang dijalankan di
IPTA-IPTA di negara kita. Apa yang menjadi kebimbangan saya Tuan Yang di-Pertua
tentang berlakunya terlalu banyak yang pertamanya politicking, yang keduanya favoritism
dan yang ketiganya unsur-unsur ‘UMNOism’ di IPTA-IPTA di negara kita.
Saya ingin memberi contoh yang spesifik. Di UUM, Naib Canselor UUM
merupakan seorang yang terlalu banyak politicking dan merupakan seorang aktivis UMNO
yang mana menimbulkan terlalu banyak masalah di UUM itu sendiri daripada segi program-
program yang dijalankan dan juga daripada segi pembinaan pensyarah-pensyarah yang
ada di UUM. Itu yang pertama. Dan ini juga menjejaskan hubungan beliau dengan ahli-ahli
akademik yang ada di UUM itu sendiri.
Yang keduanya tentang pengangguran di kalangan lulusan IPTA ini sendiri.
Apakah langkah-langkah yang sedang dan telah diambil oleh kerajaan sendiri untuk kita
mengurangkan ataupun kita mengatasi masalah pengangguran ini yang majoritinya adalah
terdiri daripada anak-anak Melayu, bumiputera Melayu yang tidak mendapat pekerjaan
apabila mereka keluar daripada IPTA-IPTA ini sendiri. Minta penjelasan.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala
Terengganu yang juga pernah menjadi pensyarah di universiti. Saya rasa Yang Berhormat
ini banyak perkara yang hendak dibangkitkan tetapi kadangkala Yang Berhormat suka
mempolitikkan. Yang Berhormat kata Naib Canselor UUM telah mempolitikkan keadaan,
sebab itu jadi begini. Jadi saya tidak tahu apakah yang hendak dibangkitkan oleh Yang
Berhormat. Dalam soal ini juga macam saya katakan tadi, kita lihat bahawa kampus-
12 DR.17.06.2003

kampus yang dipolitikkan itu bukanlah dilakukan oleh pihak kerajaan tetapi sebenarnya oleh
pihak parti Yang Berhormat sendiri.
Sebab itu kita timbulkan banyak masalah di kampus ini daripada segi mahasiswa,
mahasiswinya ialah dilakukan oleh pihak Yang Berhormat. Saya berharap pihak Yang
Berhormat boleh menasihati parti Yang Berhormat supaya jangan mempolitikkan kampus
kita.
Beberapa Ahli: Ya.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Biarlah mereka dengan studies mereka dan
janganlah membuat tuduhan bahawa pihak kita hendak mengUMNOkan kampus itu. Tidak
ada apa, kalau tidak, kita terus siapa mahu masuk universiti, kita suruh isi borang UMNO
baru boleh masuk universiti. Kita tidak pernah lakukan itu. Yang Berhormat janganlah buat
salah sangkaan terhadap kita. Ini amat buruk sekali akibatnya. Yang Berhormat, saya
pohon kepada Yang Berhormat, tolonglah jangan bangkit-bangkitkan perkara ini dan
membuat tuduhan melulu terhadap pihak kita khususnya UMNO yang hendak
mengUMNOkan siswa-siswi kita. Janganlah!
Jadi berbangkit kepada persoalan tadi, saya ingin juga menjawab soalan Yang
Berhormat mengenai pengangguran. Memang Yang Berhormat telah begitu peka mengenai
dengan pengangguran. Terima kasih. Soalan macam inilah kita terima tetapi saya tidak
tahu daripada mana angka Yang Berhormat boleh perolehi itu bahawa terdapat seramai
50,000. Buat setakat ini ada yang sudah pun mendapat pekerjaan yang mana kita tidak
mendapat maklum balas daripada mereka. Yang telah mendapat kerja, mereka diam,
mereka tidak membuat laporan kepada kita.
Jadi saya rasa daripada segi angka itu tidak dapat saya pertikaikan. Mungkin
Yang Berhormat betul, mungkin saya betul. Akan tetapi dalam hal ini, dalam soal
pengangguran, pihak kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah untuk
mengatasinya. Antara lain ialah mengadakan pegawai sangkut percubaan dan sebagainya.
Ini untuk menggalakkan mereka bekerja. Tadi sudah saya katakan, apabila kita kata kita
hendak mengurangkan setengah-setengah siswa-siswi daripada beberapa kursus yang kita
anggap terlalu ramai tetapi nanti orang membuat tuduhan terhadap kita untuk menyekat
orang mempelajari agama misalnya.
Terlalu ramai dalam bidang Usuluddin, terlalu ramai dalam bidang Syariah
misalnya. Ini bukan kita hendak menyekat. Mereka bebas untuk memilih tetapi kita beri
nasihat supaya memilih bidang-bidang yang lain yang mana kita fikir ini akan menjamin
dunia pekerjaan mereka. Sekali lagi saya pohon kepada Yang Berhormat Kuala
Terengganu, saya mintalah hentikan tuduhan melulu terhadap kami. Sekian, terima kasih.

7. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta Menteri Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat menyatakan berapa buahkah jumlah Taman Sinar Harapan di
seluruh negara sejak mula penubuhannya.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat [Dato’ S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang
Berhormat, sehingga kini terdapat 6 buah Taman Sinar Harapan yang telah didirikan di
seluruh negara yang boleh menampung seramai 940 orang penghuni. Terima kasih.,
Tuan Goh Kheng Huat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Setiausaha Parlimen yang telah memberi jawapan yang terlalu ringkas…. [Ketawa] Tuan
Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah kementerian sedar terdapat kes-kes di mana
ada ibu bapa yang memohon untuk menempatkan anak-anak mereka terpaksa menunggu
sehingga dua puluh tahun tetapi masih belum dapat ke Taman Sinar Harapan? Adakah
kementerian akan menambah pembinaan ini di setiap negeri?
Dato’ S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, jika ada permohonan dan jika ambil
masa yang terlalu lama Yang Berhormat boleh berhubung dengan kementerian ataupun
kepada Ketua Pengarah untuk tindakan lanjutnya. Sebenarnya seperti di Kuala Kubu Baru
DR.17.06.2003 13

di mana kita ambil penghuni-penghuni di bawah umur 35 tahun sahaja ada 200 tempat,
yang ada di situ sekarang ini adalah 194 orang kurang upaya.
Di Tampoi, Johor Bahru tempat adalah untuk 240 orang, yang ada di situ adalah
sebanyak 90 orang. Di TSH Jubli, Johor Bahru terdapat 180 tempat, yang ada di situ
adalah 159 orang. Di Tuanku Ampuan, Seremban, ada 100 tempat tetapi ada 110 orang.
Ini satu tempat sahaja ada penghuni yang lebih ramai. Di THS Bukit Besar, Kuala
Terengganu, ada 100 tempat, hanya ada 59 orang. Jika ada permohonan dan jika ianya
belum diberi tempat saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat ataupun yang berkenaan
untuk berhubung dengan Ketua Pengarah negeri yang tersebut. Terima kasih.
Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, daripada sejak penubuhan Taman Sinar Harapan ini
apakah kementerian ada membuat bancian ataupun data selepas mereka ini berada di
Taman Sinar Harapan sehingga tempoh tertentu, setakat mana benar-benar bersinar
mereka ini bila keluar daripada Sinar Harapan, makna dari sudut kejayaan mereka sama
ada membuka perniagaan, bekerja, ada data atau tidak, kalau ada data itu berapa peratus
yang benar-benar mendapat pekerjaan ataupun yang benar-benar membuat bisnes sendiri.
Minta penjelasan.
Dato’ S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, memang apabila penghuni-
penghuni ada di rumah-rumah Taman Sinar Harapan, mereka diberi latihan supaya mereka
boleh berdikari dan kita juga ada program di Bangi di mana mereka juga diberi latihan
akademik. Di Bangi kurang-kurang mereka mesti ada kelulusan PMR atau setaraf supaya
mereka boleh mengikut program-program komputer dan lain-lain.
Jadi apabila mereka sudah tamat latihan ini seboleh-bolehnya mereka ditempatkan
di beberapa tempat di mana swasta telah memberi banyak tempat kepada orang-orang
yang menerima latihan daripada tempat-tempat ini. Kita telah minta supaya kerajaan dan
juga pihak swasta merizabkan sebanyak 1% semua pekerjaan bagi orang-orang kurang
upaya
Pihak swasta telah memberi banyak peluang kepada orang-orang yang kurang
upaya untuk mendapat kerja ini dan kita juga telah minta supaya kerajaan juga merizabkan
1% ini. Jabatan saya sendiri juga ada bengkel-bengkel di mana kita memberi peluang
pekerjaan kepada penghuni-penghuni yang tinggal di situ macam memberi, membekalkan
envelop ke kementerian, envolep ke pihak swasta dan lain-lain. Ramai juga ditempatkan
lebih kurang tiga ribu orang ditempatkan di jabatan-jabatan ataupun di kilang-kilang yang
dikendalikan oleh pihak swasta.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana begitu prihatin
dan kita harap sama-sama semua pihak swasta dan kerajaan juga akan memberi lebih
peluang pekerjaan kepada orang-orang kurang upaya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Masa bagi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan selesai.
[Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA


Bacaan Kali Yang Pertama
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan
Pengguna tahun 1999; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]; dibaca
kali pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat kali ini.
14 DR.17.06.2003

RANG UDANG-UNDANG LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2003


Bacaan Kali Yang Pertama
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran dan kehadiran orang bagi Latihan Khidmat Negara di Malaysia berdasarkan
falsafah Rukun Negara untuk menubuhkan Majlis Latihan Khidmat Negara bagi maksud
latihan khidmat negara dan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya;
dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin
Haji Apdal]; dibaca kali pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UDANG-UNDANG HIBURAN (WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR) (PINDAAN) 2003

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang


ditangguhkan atas masalah, ”Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang.” [16 Jun 2003]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Peringat, sila sambung ucapan. Banyak
lagikah?
Tuan Muhamad bin Mustapa: Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Baik.
Tuan Muhamad bin Mustapa: Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum
warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya
menyambung sedikit lagi ucapan dalam membahaskan Rang undang-undang yang
bernama satu akta untuk meminda Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
1992.
Saya bersetuju dengan pindaan Seksyen 4 akta 493 yang bertujuan untuk
menaikkan denda bagi kesalahan di bawah seksyen ini dan bagi memperuntukkan bahawa
undang-undang itu tertentu disifatkan menyediakan hiburan di sesuatu tempat hiburan jika
hiburan disediakan di tempat itu yang bertujuan untuk memudahkan proses
penguatkuasaan dan pendakwaan.
Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, tindakan menaikkan denda itu tidak
menakutkan pemilik atau usahawan industri hiburan dan para pelaburnya yang memburu
keuntungan besar melalui perniagaan haram di sebalik industri hiburan itu. Seperti
perniagaan judi, maksiat, dadah, arak dan lain-lain kerana keuntungan yang mereka
peroleh boleh membayar denda tersebut dengan mudahnya walaupun beberapa kali
mereka didenda. Malah mereka telah menyediakan peruntukan-peruntukan yang tertentu
untuk membayar denda tersebut. Lebih dari itu mereka sanggup bayar rasuah-rasuah yang
tertentu secara tetap baik secara bulanan atau tahunan kepada pihak-pihak yang tertentu
untuk mendapat perlindungan dan mengelak diri dari dihukum atau didenda.
Mereka sanggup dan boleh menipu kerajaan dan pihak penguat kuasa untuk
mengelak diri dari dihukum atau didenda. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada pihak
kerajaan agar memikirkan hukuman-hukuman lain yang setimpal bagi kesalahan-kesalahan
dan jenayah mereka selain dari denda semata-mata, seperti hukuman penjara, menarik
balik lesen, disenaraihitamkan nama-nama pemilik industri yang didapati bersalah
melanggar peraturan yang telah ditetapkan atau apa sahaja hukuman yang difikirkan sesuai
dan munasabah agar undang-undang ini dihormati dan ditakuti oleh para pengusaha
industri hiburan yang terlibat.
Saya juga ingin tahu dari pihak kerajaan berapakah jumlah pusat hiburan yang
telah diberi lesen setakat ini di Wilayah Persekutuan dan berapakah jumlah dari pusat-pusat
tersebut didapati menyalahgunakan lesen-lesen tersebut dan terlibat dengan kegiatan
DR.17.06.2003 15

maksiat dan kegiatan yang tidak sihat berselindung di sebalik hiburan dan berapa jumlah
pusat hiburan yang dihukum dan diambil tindakan tegas di bawah akta lama. Saya juga
ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan untuk menyiasat amalan-amalan rasuah di sebalik
industri hiburan yang menyalahgunakan lesen atau kebenaran kerajaan?
Jika kerajaan ingin melihat rakyat Malaysia selamat daripada angkara jahat orang-
orang yang tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik industri hiburan ini,
kerajaan perlu tegas dan sekali gus perlu mempunyai satu program pendidikan sosial,
pendidikan moral, supaya mereka mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap
keselamatan rakyat di negara ini dan juga keselamatan negara kita, bukan hanya
memikirkan keuntungan semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat kepada apa yang berlaku dalam sektor
penguatkuasaan, sebagaimana yang disiarkan beritanya dalam akhbar-akhbar tempatan, di
mana banyak krisis berlaku, timbul soalan di kepala saya kenapa perkara-perkara yang
negatif ini berlaku di kalangan penguatkuasaan atau pihak penguat kuasa yang diberi
amanah oleh kerajaan untuk menjalankan tugas dengan jujur dan amanah.
Sejauh mana kejayaan dasar bersih, cekap dan amanah yang diperkenalkan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selama ini? Dan, sejauh mana dasar ini diteruskan
untuk membangun sifat amanah dan kejujuran di kalangan penguat kuasa yang diberi
amanah itu?
Kita juga diperkenalkan dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam
pentadbiran kerajaan. Hari ini kita tidak begitu kedengaran sejauh mana usaha-usaha ini
telah dilakukan untuk mendidik pegawai-pegawai kerajaan khususnya pihak penguat kuasa
supaya mereka menjalankan tugas dengan jujur, cekap, bersih dan amanah, dan berdasar
kepada ajaran agama.
Undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk mengawal tindakan manusia.
Manusia adalah bertindak mengikut apa yang dipercayainya. Di sinilah terletak peranan
pendidikan agama, sama ada agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini dan juga
agama-agama yang dibenarkan oleh Perlembagaan untuk menghayatinya.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya
memperkasa pendidikan agama kepada pegawai-pegawai kerajaan dan juga kepada
generasi muda kita supaya mereka tidak hanyut dan supaya mereka itu mempunyai jati diri
dan mempunyai wawasan, masa depan yang baik supaya mereka tidak menjadi penagih
hiburan yang negatif, dan mereka dapat menilai hiburan-hiburan yang baik dan positif dan
juga dapat mengelak daripada hiburan-hiburan yang negatif yang boleh merosakkan
mereka.
Itulah sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
11.14 pagi
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Douglas Uggah Embas]:
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada 9 orang Yang Berhormat yang telah memberi pandangan mengenai pindaan
Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan
Jawatankuasa]
Yang Berhormat-Yang Berhormat telah mengemukakan pelbagai pandangan
tetapi beberapa pandangan itu telah terkeluar dari akta ini maka saya tidak akan menjawab
perkara-perkara yang terkeluar dari akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua bersetuju bahawa pusat hiburan mempunyai
peranan penting dalam membawa kebaikan kepada negara. Masalah yang kita hadapi
adalah bermacam-macam jenis hiburan, ada yang baik, ada yang tidak baik, ada berlesen,
ada tidak berlesen. Dan jenis hiburan ini juga wujud untuk memenuhi cita rasa rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama dan keperluan kita menarik pelancongan.
16 DR.17.06.2003

Dengan wujudnya keadaan sedemikian, maka adalah perlu untuk kawalan yang
lebih ketat untuk menentukan pusat-pusat hiburan di kawasan Wilayah Persekutuan tidak
menimbulkan masalah sehingga ianya menjadi pusat-pusat hiburan haram, pusat perjudian,
pelacuran dan menggugat ketenteraman awam. DBKL, Tuan Yang di-Pertua, sering
menjalankan tindakan menguatkuasakan ke atas aktiviti-aktiviti hiburan yang telah
dilesenkan iaitu sebanyak 247 premis. Pemantauan juga dibuat ke atas premis-premis
hiburan yang tidak berlesen.
Untuk makluman Dewan, bagi tahun 2002, DBKL telah mengeluarkan 104 notis
bagi kompaun Akta Hiburan, 1,081 notis untuk tindakan kompaun dan denda iklan dan 492
notis untuk kompaun kesalahan lesen tahunan. Tuan Yang di-Pertua, inilah semua bukti
kesungguhan dan komitmen DBKL mengawal pusat-pusat hiburan di Wilayah Persekutuan
di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, semasa menjalankan penguatkuasaan, DBKL menghadapi
pelbagai rintangan dan halangan …..
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri, Yang Berhormat. Hendak beri jalan? Ya, sila.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan
bahawa terdapat 247 premis hiburan di DBKL, kalau tidak silap pendengaran saya. Apakah
dalam 247 premis itu termasuk premis-premis hiburan yang sudah ada bersama-sama
dalam hotel ataupun secara berasingan? Minta penjelasan.
Datuk Douglas Uggah Embas: Ini semua adalah pusat hiburan yang didaftar,
pelbagai jenisnya.
Walau bagaimanapun, semasa menjalankan penguatkuasaan, DBKL menghadapi
pelbagai rintangan dan halangan. Untuk meningkatkan keberkesanan DBKL mengawal
pusat-pusat hiburan ini, maka kerajaan telah membentangkan pindaan kepada Akta
Hiburan. Dengan kuasa diberi dalam pindaan ini dan hukuman yang lebih berat, kita
percaya usaha kita mengawal pusat-pusat hiburan akan lebih berkesan.
Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada Yang Berhormat dan masyarakat
umum untuk membantu DBKL dan kerajaan bahawa kalau mereka mengetahui ada
pegawai-pegawai kuat kuasa mengamalkan kesalahan-kesalahan termasuk rasuah dan
sebagainya, untuk melaporkan kepada pihak berkenaan. Adalah tidak cukup dan tidak
wajar hanya kita membuat tuduhan melulu dalam Dewan ini ataupun di luar tetapi tanpa
bukti yang nyata. Jikalau ada bukti yang nyata, sejarah telah membuktikan Kerajaan
Barisan Nasional akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menentukan perkara-
perkara yang tidak betul itu tidak terus berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Sepang dan Yang Berhormat bagi Sri
Gading telah menyeru agar DBKL menentukan bahawa pusat hiburan tidak ditempatkan
terlalu dekat dengan tempat ibadat. Tuan Yang di-Pertua, DBKL memang mengambil
perhatian mengenai cadangan ini. Memang sebelum sesuatu lesen dikeluarkan DBKL
menentukan bahawa ianya tidak ditempatkan terlalu dekat dengan rumah ibadat.
Itulah sebab sebelum sesuatu lesen dikeluarkan, DBKL ……
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Datuk Douglas Uggah Embas: Tunggu ya? DBKL akan meminta ulasan-ulasan
daripada pelbagai jabatan tertentu untuk memberi maklumat supaya tempat-tempat hiburan
ini tidak ditempatkan terlalu dekat dengan tempat ibadat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang
Berhormat bagi Jeli.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, satu jawapan yang berani
daripada Timbalan Menteri dan saya minta sentiasa berani dengan jawapan ini. Okey,
bagaimana dengan keadaan pusat-pusat hiburan yang bersepah-sepah, yang berselerak di
DR.17.06.2003 17

Bangsar, bersebelahan dengan masjid sumbangan orang ramai tersebut. Masjidnya cukup
besar, Masjid Sayidina Abu Bakar As-Sidiq. Pusat hiburan cukup berselerak dan saya
boleh jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri malam ini juga kita pergi tengok. Saya
minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berani sekarang dan berani sampai bila-bila untuk
mengekalkan jawapan itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah
cabar begitu, Yang Berhormat. Jelaskan sahajalah.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Minta tolong. Pasal jawapan kita kena
kekal. Jangan jawapan hari ini macam ini, besok dah lain. Minta pendirian yang tegas
daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat selalu pergikah?
Datuk Douglas Unggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun biasa
dengan tempat di Bangsar, saya duduk tidak jauh dari Bangsar. Masalahnya, Tuan Yang di-
Pertua, adalah tafsiran apa dia ‘dekat’, apa dia ‘jauh’. Betulkan? Jadi bagi DBKL kita
memang menentukan bahawa ianya tidak terlalu dekat. Kita tahu…..
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Datuk Douglas Unggah Embas: Ha, yang ini nanti kita bincang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Datuk Douglas Unggah Embas: Okey. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah
menyentuh mengenai seksyen 14 yang baru telah memberi pandangan dan nampaknya
mungkin hendak menggunakan seksyen ini sebagai modal politik atau memang tidak
faham mengenai undang-undang negara tetapi saya ingin menjelaskan di sini bahawa
undang-undang yang dibentangkan ini khasnya seksyen 14A adalah terpakai kepada
orang yang bukan Islam. Manakala bagi orang Islam undang-undang terpakai adalah
seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang
menurut peraturan ini orang Islam dalam kawasan Kuala Lumpur dilarang meminum apa-
apa minuman yang memabukkan di mana-mana tempat. Jadi itulah sebabnya tidak perlu
bagi seksyen 14A diperjelaskan dengan lebih luas. Ini adalah kerana bagi orang Islam
memang sudah ada akta tertentu untuk menentukan apabila ada membuat kesalahan atau
undang-undang.
Yang Berhormat bagi Sipitang menyarankan bahawa DBKL mesti mempunyai
kakitangan yang cukup untuk menguatkuasakan pindaan ini supaya pelaksanaannya tidak
dibuat dengan berpilih-pilih. Memang DBKL sedar keperluan untuk meningkatkan jumlah
kakitangan untuk menguatkuasakan apa-apa undang-undang yang melibatkan DBKL .
Sekarang kita ada 38 orang dan mereka ini membuat tumpuan-tumpuan tertentu kepada
beberapa kawasan supaya menjalankan tugas. Walau bagaimanapun, dari masa ke
semasa DBKL memang selalu membuat cadangan untuk menambahkan bilangan
pegawai-pegawai penguat kuasa supaya tindakan penguatkuasaan boleh berjalan dengan
lebih lancar.
Yang Berhormat bagi Bukit Bintang menyeru agar masa operasi tidak melebihi
daripada pukul 1.00 pagi. Tuan Yang di-Pertua, sebelum DBKL membuat sesuatu
keputusan memang beberapa perkara dipertimbangkan kerana seperti yang saya sebut
dari awal tadi kita berhadapan dengan pelbagai keadaan. Maka sekarang kawasan-
kawasan operasi yang dibenarkan untuk pusat hiburan di Wilayah Persekutuan telah pun
dibahagikan kepada beberapa zon dan dengan secara ringkasnya yang pertama zon pusat
bandar, pusat hiburan ini boleh terus sampai pukul 3.00 pagi. Zon tumpuan pelancong dan
reputasi kunjungan pelancong boleh beroperasi sampai pukul 3.00 pagi. Zon luar pusat
bandar dan kawasan perumahan sehingga pukul 1.00 pagi dan kalau Yang Berhormat
memerlukan maklumat yang lebih detail boleh menyampaikan surat kepada DBKL untuk
memberitahu dengan terperinci pembahagian tempat-tempat operasi ini.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun]
18 DR.17.06.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang
Berhormat Kuala Terengganu.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya cuma ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri
tentang zon ini, kes yang khususnya di Bangsar, adakah sampai pukul 1.00 pagi sahaja
ataupun sampai pagi? Kerana kalau kita pergi ke Bangsar dengan jelas pukul 3.00 pagi
hingga 4.00 pagi masih aktif dengan aktiviti-aktiviti sedangkan itu adalah kawasan ibadat
dan juga kawasan perumahan. Pusat-pusat hiburan di Bangsar dikelilingi oleh kawasan-
kawasan perumahan dan juga rumah ibadat. Minta penjelasan.
Datuk Douglas Unggah Embas: Yang Berhormat, itu adalah soalan terperinci,
jadi saya perlu notis dan saya akan memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat bagi Bukit Bintang juga menyoalkan mengapa DBKL tidak
bertindak menguatkuasakan akta di Wilayah Persekutuan. Saya terkejut mendengar
pandangan dari Yang Berhormat. Saya pasti Yang Berhormat sedar bahawa DBKL..
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Datuk Douglas Unggah Embas: .. tunggu saya akan habiskan. Bahawa DBKL
memang sentiasa mengambil tindakan untuk menguatkuasakan akta ini dan untuk
makluman Yang Berhormat DBKL sedang menjalankan tindakan penguatkuasaan di
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kekerapannya ialah sekurang-kurangnya dua
outlets setiap minggu. Tindakan-tindakan diambil termasuk tindakan kompaun seperti yang
telah saya sebutkan tadi. Kalau Yang Berhormat mendapati ada tempat-tempat yang tidak
dilawati ataupun tidak ada penguatkuasaan, saya minta Yang Berhormat memberitahu
kepada pihak DBKL.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dari jawapan yang diberikan oleh
Yang Berhormat saya dapati banyak tawaran supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat
kita ini memberi laporan seolah-olah pegawai-pegawai yang ada di DBKL ataupun
penguatkuasaan pihak kerajaan semacam tidak berfungsi.
Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada tangkapan-tangkapan-
tangkapan yang dibuat berhubung dengan pusat-pusat hiburan ini kita lihat kadang-kadang
gadis-gadis itu didatangkan khas dari luar negara dan ramai daripada pengunjung-
pengunjung pusat hiburan yang dimaklumkan kepada kita bahawa pusat-pusat hiburan ini
mempunyai hubungan langsung dengan aktiviti-aktiviti pelacuran umpamanya, aktiviti
alkohol ataupun minuman arak dan pil-pil ecstasy, dadah dan seumpamanya.
Adakah pihak kementerian Yang Berhormat hendak menunggu sehingga arahan
Perdana Menteri bagi tempoh dua minggu umpamanya semacam kes VCD barulah operasi
secara besar-besaran dan ada semacam titik akhir akan dilakukan. Kalau macam jawapan
yang saya dengar tadi seolah-olah macam tidak ada satu penegasan dari sudut
bagaimana negara kita hendak kita pastikan supaya aktiviti hiburan ini bersih daripada
unsur-unsur yang kurang sihat yang disebutkan sebentar tadi. Terima kasih.
Datuk Douglas Unggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, kita meminta pandangan
ataupun laporan daripada Yang Berhormat, kadang-kadang seperti yang kita saksikan
dalam Dewan ini pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada pihak berkenaan. Jadi bagi
kita pegawai-pegawai kita memang menjalankan tugas dengan sedaya upaya mereka
tetapi apabila kita mendengar beberapa ucapan yang memberitahu bahawa ada perkara-
perkara yang berlaku yang mungkin tidak dalam pengetahuan DBKL, itulah kita meminta
laporan kalau pandangan-pandangan itu adalah pandangan ikhlas untuk membantu
kerajaan membanteras masalah gejala sosial ini.
Kita memang berusaha untuk menentukan segala tindakan diambil kepada semua
pusat hiburan ini supaya segala gejala sosial ini dapat kita atasi dengan seberapa yang
boleh. Andaian-andaian yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi tidak tepat kerana kita
memang menjalankan pemeriksaan dengan cara teratur.
DR.17.06.2003 19

Yang Berhormat bagi Pokok Sena menuduh bahawa pusat hiburan bebas
membuat apa sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah tidak benar kerana
sebarang kelulusan lesen pusat-pusat hiburan akan disertakan dengan syarat-syarat yang
boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pusat-pusat hiburan. Syarat-syaratnya termasuklah
masa beroperasi, penggunaan bahan-bahan terlarang seperti dadah ecstasy, wujudnya
pengambilan pekerja GRO juga perlu dimaklumkan kepada DBKL bagi memantau dari
segi asal, bangsa dan juga negerinya. Tindakan boleh diambil jika syarat-syarat dan
peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi.
Yang Berhormat bagi Sri Gading meminta istilah ‘minuman keras yang
memabukkan’ seksyen 14A ini diperjelaskan. Untuk makluman Yang Berhormat
perkataan ‘minuman keras yang memabukkan’ adalah istilah yang terkandung dalam Akta
Eksais 1976. Perkataan ini merujuk kepada mana-mana minuman yang mengandungi
kandungan alkohol.
Yang Berhormat dari Gelang Patah mencadangkan bahawa kemasukan
peruntukan baru mengenai pemeriksaan darah terhadap pengunjung bawah umur 21 tahun.
Untuk makluman Yang Berhormat DBKL boleh mengenakan syarat dalam lesen bahawa
pengusaha mengadakan kemudahan untuk pemeriksaan darah terhadap pengunjung di
bawah umur 21 tahun. Pengusaha juga dikehendaki memaklumkan pengunjung-
pengunjung bahawa pemeriksaan darah akan diadakan bila-bila masa.
Yang Berhormat dari Batang Lupar menyeru agar kuasa mengeluarkan lesen tidak
diberi semata-mata kepada Dato Bandar sahaja ianya harus ada jawatankuasa. untuk
makluman Yang Berhormat, lesen diluluskan oleh Jabatan Pelesenan yang diwakilkan
kuasa oleh Dato Bandar. Lesen diluluskan setelah mendapat kelulusan, alasan dan
sokongan dari segi kesesuaian tempat, rekod jenayah pemohon oleh polis dan juga dari
jabatan kastam mengenai penjualan minuman arak. Lesen hiburan hanya akan dikeluarkan
setelah lesen premis perniagaan diluluskan oleh jawatankuasa kelulusan lesen premis.
Tanpa lesen premis yang mengambil kira ulasan perancangan dan bangunan-bangunan
lesen hiburan tidak akan dikeluarkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua di sinilah check and
balance yang akan dibuat kepada Dato Bandar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Batang
Lupar.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua
dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya faham tetapi jawatankuasa ini semuanya dia ada
preview bidang kuasa Dato Bandar itu sendiri maknanya kalau Dato Bandar sudah
membuat satu keputusan, mana-mana jawatankuasa pun saya percaya tidak membuat
keputusan yang berlainan. Jadi apa yang saya cadangkan ialah supaya jawatankuasa ini
memang independent daripada Dato Bandar itu sendiri yang mana diwakili oleh
sebagaimana yang disebutkan kumpulan-kumpulan Kementerian Wanita, Kementerian
Pembangunan Masyarakat bahkan kita boleh bawa orang-orang agama masuk duduk
masuk bersama kerana kita bimbang saya juga bersetuju kalau tempat-tempat hiburan ini
diadakan dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa tempat hiburan kita nanti berdekatan
dengan surau ataupun masjid ataupun mungkin dekat gereja ataupun temple yang mungkin
orang menganut agama itu tidak menyukai.
Jadi saya berpendapat kalau diadakan jawatankuasa ini, give an open mind.
Dengan sendirinya perkara ini tidak akan berlaku kerana banyak orang sudah
bertanggungjawab dan melihat semuanya, jadi bukan Dato Bandar seorang sahaja dan
bukan Dato Bandar ‘incorporate’ itu sahaja yang bertanggungjawab untuk menentukan
sama ada lulus ataupun tidak lulus. Pada masa sekarang ini jawatankuasa ini memang ada
saya tidak tahu tiap-tiap satu bandar itu dan mempunyai satu badan. Badan itu dipecahkan
lagi ahli dia ada satu jawatankuasa trafik ada jawatankuasa melihat kelulusan premis ada
jawatankuasa kesihatan, ada jawatankuasa ini tetapi semua di bawah tertakluk dan
percakapan Dato Bandar dan tidak ada sesiapa pun berani kalau saya commissioner of
police mana satu jawatankuasa di bawah saya yang berani hendak membantah. Jadi ini
yang saya cadangkan supaya ia independent daripada Dato Bandar ini, terima kasih.
Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat Datuk baru,
tahniah. Setakat ini kita berpuas hati dengan sistem yang kita ada, memang dalam DBKL
20 DR.17.06.2003

ada sistem check and balance di semua peringkat dan pandangan-pandangan dari semua
jabatan-jabatan telah diambil kira. Dato Bandar tidak akan membuat keputusan
mengetepikan cadangan-cadangan ataupun komen-komen daripada jabatan-jabatan
tersebut. Walau bagaimanapun, kita ambil perhatian pandangan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua itulah perkara-perkara yang telah saya ingin jawab. Perkara-
perkara lain akan diambil perhatian oleh kementerian dan saya sekali lagi berterima kasih
kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan memberi cadangan
supaya pusat-pusat hiburan kita di DBKL oleh persekutuan ini akan jadi pusat hiburan yang
dapat dibanggakan pada masa-masa akan datang, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang,
hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan
sebagai Jawatankuasa.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan
Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 13 -
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kubang Kerian.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Pengerusi saya ingin mengambil
sedikit bahagian dalam peringkat jawatankuasa terutama merujuk kepada seksyen baru
14A iaitu mengenai kesalahan bagi para pengunjung di bawah umur 21 tahun untuk
meminum minuman keras dan mana-mana pengusaha premis hiburan yang menjual
ataupun membiarkan para pengunjung untuk meminum minuman keras dalam premis
mereka dianggap melakukan satu kesalahan. Tujuan sesuatu undang-undang ialah untuk
memberikan kesan supaya undang-undang ini tidak dilanggar tetapi jika kita merujuk
kepada tambahan seksyen ini saya tidak yakin undang-undang ini akan berkesan. Oleh
sebab itu saya mencadangkan supaya 14A (2) di tambah iaitu mana-mana orang yang
melanggar subseksyen satu di mana kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah hanyalah
denda sebanyak RM5,000 dan dua tahun penjara yang pada pendapat saya tidak memadai
untuk menyekat para pengusaha premis ini daripada melanggar kesalahan ini yang
menjadikan akhirnya undang-undang ini tidak akan berkesan sama sekali walaupun niat
kerajaan ialah begitu baik. Apabila kita menganggap ini sebagai satu kesalahan kita
sekarang ini harus memastikan bahawa undang-undang ini adalah berkesan. Tambahan
yang saya cadangkan ialah supaya mana-mana pengusaha premis yang melakukan
kesalahan ini sebanyak 2 kali berturut-turut mereka hendaklah dibatalkan lesen perniagaan
mereka dan tidak diberikan lesen pada masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw: Pindaan Seksyen 16, ia mengenai kuasa Dato Bandar mana-
mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor itu biasalah atau
mana-mana orang diberi kuasa boleh tanpa waran atau notis memasuki mana-mana tempat
hiburan di mana apa-apa hiburan sedang diadakan atau dicadangkan hendak diadakan
apabila terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa syarat-syarat atau
sekatan-sekatan apa-apa lesen yang diberikan di bawah akta ini atau peruntukan-
peruntukan akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidak dipatuhi dan
boleh membuat apa-apa membuat penyiasatan dan pemeriksaan tempat hiburan itu dan
meminta mana-mana orang mengemukakan barang-barang, buku-buku, akaun-akaun,
tiket-tiket atau dokumen-dokumen atau benda lain yang memberikan apa-apa maklumat
yang difikirkan perlu oleh pegawai atau orang itu bagi maksud itu.
Dan kemudiannya ialah (c) dengan selepas subseksyen-subseksyen (1)
subseksyen yang berikut dengan ini Dato Bandar mana-mana pegawai serupa juga
DR.17.06.2003 21

pegawai polis yang berpangkat dan tidak rendah daripada inspektor atau mana-mana
orang diberi kuasa boleh supaya dapat masuk ke dalam mana-mana tempat hiburan
memecah masuk pintu dan tingkap luar atau dalam tempat dalam hiburan dan sebagainya.
Tuan Pengerusi memang saya setuju kita mesti mengambil tindakan yang ketat
dan langkah yang lebih positif untuk membanteraskan semua kegiatan yang tidak diingini
oleh undang-undang. Tapi kebimbangan saya dengan itulah dan tanpa waran atau notis
kita pergi menyerbu kawasan-kawasan ini.
Memang pada prinsipnya kita nampak ada tindakan. Tetapi adakah Yang
Berhormat sedar bahawa dengan masalah pusat-pusat hiburan dan banyak kegiatan yang
lain, sebelum pihak polis ataupun pihak Dewan Bandaraya pergi, mereka sudah tahu ada
serbuan dan mereka bersiap sedia.
Inilah di dalam rang undang-undang tidak ada peruntukan untuk mencegah,
seolah-olah ada saluran di antara pihak berkuasa dengan pihak operasinya di dalam
industri ini dan juga industri yang lain, yang tidak diizinkan oleh undang-undang. Jadi,
mereka sudah tahu apa yang akan berlaku dan ini bermakna rang undang-undang ini
apabila diwartakan kelak tidak akan berkesan.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang itu, Yang
Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Panjang, ya, ya.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus soalan.
Dr. Tan Seng Giaw: Apakah kaedah yang akan digunakan untuk mencegah
saluran di antara pihak berkuasa dengan pihak majikan premis hiburan? Dia sudah tahu,
ini masalah. Di semua negara dan termasuk Malaysia, kegiatan haram ini berlaku kerana
ada hubungan saluran di antara pihak berkuasa dengan pihak operasi.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, kita sama-sama hendak membersihkan
keadaan yang tidak bersih dan macam mana kita boleh melaksanakan. Saya setuju kita
mesti ada tindakan, tetapi macam mana pihak berkuasa mengkaji, apakah sebab musabab
wujudnya pusat-pusat seumpama ini?
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup.
Dr. Tan Seng Giaw: Apakah sebab musababnya? Itu lebih penting. Kemudian
kita ambil tindakan yang tepat, persis dan jitu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Batang
Lupar.
11.42 pagi.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan
Pengerusi. Saya akan sentuh Seksyen 4 dan Seksyen 14 yang baru.
Seksyen 4(3) yang baru mengenakan tanggungjawab kepada tuan punya tanah,
rumah dan premis. Ini adalah dalam bidang kuasa Datuk Bandar untuk memberi lesen.
Jadi, apabila sesuatu kedai ataupun rumah, premis dan sebagainya digunakan sebagai
satu pusat hiburan dan telah melakukan kesalahan, tuan punya rumah juga akan dikenakan
satu hukuman di bawah undang-undang ini. Apakah pemantauan, pemberian maklumat
awal ini boleh diberitahu kepada mereka ini supaya tidak terjebak oleh kerana tindakan
penyewa mereka, yang pertama.
Yang keduanya, Seksyen 14 ini juga, banyak perkara baru yang kita perkenalkan
bahawa saya memang menyokong dan memuji pihak kementerian kerana telah membuat
semua syarat macam Seksyen 14 dan Seksyen 4(3) ini tetapi persoalannya, adakah Yang
Berhormat bersetuju dengan saya, soalannya, kalau orang hendak jadi kontraktor bahkan
kelas F pun, Yang Berhormat, kena dapat latihan CIDB dan latihan PKK. Kalau orang
hendak jadi kontraktor kelas A dan kelas B, mesti ada jurutera, expert dia. Kalau orang
22 DR.17.06.2003

hendak jalankan apa-apa perniagaan pun, dia mesti ada latar belakang dan pengetahuan di
sebalik perniagaan itu.
Tetapi kalau dilihat dalam rang undang-undang ini, saya hari ini, Ahli Parlimen dan
seorang peguam boleh ambil lesen, minta dengan Datuk Bandar, tidak tahu apa benda pun,
jual arak, jual apa, macam mana, jual satu arak pun, saya boleh dapat lesen kalau syarat-
syarat kewangan dan syarat-syarat yang lain sudah siap. Jadi, persoalan saya, setuju atau
tidak Yang Berhormat bahawa sebelum lesen diberi, kita kursuskan orang-orang yang minta
lesen ini supaya dia mahir, tahu undang-undang, tahu tanggungjawab, tahu tugas dia,
termasuk orang yang telah diluluskan premis dia untuk dijadikan pusat hiburan. Terima
kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Parit Buntar.
11.45 pagi.
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih Tuan
Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap secara khusus
sedikitlah, Yang Berhormat ya.
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Saya pun hendak menyentuh soal
meminda Seksyen 16, Akta Ibu 493 ini yang kebanyakannya berlegar di sekitar
penguatkuasaan. Bahkan dalam hal premis yang menyediakan hiburan, minuman keras
dan lain-lain bentuk hiburan, biasanya masalah yang dihadapi ialah masalah
penguatkuasaan, sebab dikatakan hal tentang premis-premis yang sedemikian ini, ia ada
sindiket yang sangat sofistikated dan menggunakan kemudahan-kemudahan dan alat-alat
terkini sebenarnya, yang alat-alat itu sendiri dan kadang-kadang tidak dipunyai oleh orang-
orang yang akan menjalankan penguatkuasaan termasuklah polis, pegawai penguat kuasa
dan sebagainya.
Hal ini timbul. Kita tengok baru-baru ini dalam akhbar dinyatakan ada seorang
Ketua Pegawai Penguat Kuasa di MPAJ, jika tidak salahnya, menerima RM70 ribu
sebulan. Bila sudah terima RM70 ribu sebulan, kalau itu adalah betul, saya rasa hendak
menguatkuasakan apa dengan menerima RM70 ribu sebulan dan ada lagi tawaran-
tawaran yang disebutkan ratusan ribu. Ini sebagai contoh.
Saya ambil contoh yang kedua. Saya teringat dahulu masa Majlis Perbadanan
Petaling Jaya, misalnya, hendak menguatkuasakan, telah pun dibuat serbuan dan dapat
diambil bukti-bukti dan memang dapat ditangkap beberapa orang yang terlibat di The Ship,
Damansara Utama.
Namun saya lihat pula di sini, Tuan Pengerusi, adalah penglibatan daripada orang-
orang politik, pimpinan dalam kerajaan yang melarutkan atau yang mencairkan tindakan-
tindakan yang akan diambil ketika itu, sehinggakan ketika ini pun, kita tidak mendapati apa-
apa tindakan yang dibuat. Bahkan penubuhan badan-badan seperti BADAR misalnya,
yang berbentuk NGO yang sanggup bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkuasa untuk
betul-betul ikhlas dan jujur, untuk mengelakkan ataupun mengetepikan dan mengurangkan
permasalahan-permasalahan yang timbul daripada pusat-pusat hiburan ini, tetapi kerja-
kerja mereka diganggu, kerja-kerja mereka tidak dapat dijalankan dan mereka pun
demoralized. Akhirnya, BADAR sekarang ini, saya rasa tidak tahu sama ada berfungsi atau
tidak berfungsi lagi.
Satu kes lagi agaknya yang berkaitan, yang dapat dijadikan…
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, sudah panjang
Yang Berhormat, soalannya.
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Satu sahaja. Soalannya ialah
bagaimana caranya kita hendak meningkatkan penguatkuasaan itu. Yang keduanya, saya
hendak tahu bentuk-bentuk kursus, ini penting. Latihan-latihan apa yang diberi kepada
pegawai-pegawai penguat kuasa supaya timbul kekuatan dalam diri, supaya timbul
keikhlasan yang mendalam, supaya timbul ketelusan untuk menjalankan tugas ini bagi
DR.17.06.2003 23

menjadikan mereka orang yang benar-benar boleh diharapkan oleh masyarakat, mewakili
masyarakat untuk membanteras gejala-gejala yang sedemikian.
Kemudian itu, Tuan Pengerusi, tentang Fasal 10 ini, hendak meminda Seksyen 27
Akta Ibu 493 ini juga mengenai pendakwaan, saya fikir. Kita dapati dalam tangkapan-
tangkapan dan serbuan-serbuan yang dibuat, terlalu sukar hendak mencari saksi-saksi
kerana saksinya takut, kerana saksinya lari, kerana saksinya tidak sanggup menjadi saksi di
depan pengadilan.
Sebab itu, kadang-kadang tumpul dan ini sebenarnya kepada mereka yang jujur
dan ikhlas untuk mendakwa sesuatu kes yang terlibat hasil daripada salah laku, daripada
perjalanan premis-premis hiburan ini, akhirnya macam saya sebutkan tadi pun, rasanya
demoralized, tumpul dan akhirnya tidak bermaya kaku, beku dan akhirnya
bermaharajalelalah perkara-perkara yang kita tidak mahu lihat, sebagaimana yang hendak
dinyatakan dalam rang undang-undang ini untuk menghakis apa yang berlaku itu dapat
diketepikan, dan kita memperkasa tentang penguatkuasaan dan pendakwaan supaya apa
yang kita rancang itu betul-betul terjadi. Insya-Allah, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Jeli.
11.49 pagi.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tujuan, saya fikir dikemukakan pindaan akta ini ialah
untuk menguatkuasakan dan juga untuk memastikan bahawa terutama kegiatan…
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus kepada perkara-
perkara Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ya, saya hendak pergi ke situ.
Tujuannya adalah untuk memastikan supaya hiburan-hiburan dapat dikawal dan dapat
dipimpin. Tetapi apa yang menjadi agak mendukacitakan dalam pindaan-pindaan ini, ada
beberapa perkara yang saya rasa agak tidak kemas dari sudut untuk memperkuat,
memperkukuh dan memperkasa lagi akta ini.
Umpamanya kalau kita lihat, di dalam banyak hal, seperti dalam pindaan Seksyen
29, misalnya. Dalam pindaan Seksyen 29, Akta Ibu dipinda dengan mengatakan bahawa
tidak melebihi RM2,000. Itu berdasarkan kepada hukuman akta yang lama, tidak melebihi
RM2,000. Tetapi sekarang ini tidak kurang daripada RM2,000. Tidak kurang daripada
RM2,000, walaupun ia boleh sampai kepada RM20,000 tetapi ia memberi budi bicara
kepada Majistret untuk hanya sekadar menggunakan RM2,000. Kalau dulu, mungkin juga,
keputusan dia RM1,950. Boleh jadi difference itu hanya RM50.
Jadi, kalau macam dalam keadaan ekonomi sedang berkembang, pendapatan
peniaga sudah makin berkembang, pendapatan rakyat sudah makin berkembang, tiba-tiba
yang hanya membezakan dahulu dan sekarang, memberikan ruang kepada Hakim
Mahkamah Majistret, hanya memberi difference mungkin hanya RM2.
Dia boleh makna dibenarkan, diberikan keizinan kepada Hakim Majistret untuk
mengenakan hanya a difference of RM2, dengan izin, kenaikan hanya RM2.
Dahulu tidak lebih daripada RM2,000 sekarang tidak kurang daripada RM2,000.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, persoalannya Yang
Berhormat.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Persoalannya, saya fikir adalah lebih
wajar kita taruh, okey, kalau dahulu tidak kurang RM2,000 sekarang ini kita naik tidak
kurang RM20,000 senang.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Dia straight away, makna masalah
sekarang ini semua orang sudah tahu [Ketawa] Di mana-mana institusi ramai rakyat tahu
boleh beli, itu noted transparency index negara kita sudah jatuh, orang sudah tahu, sebab
24 DR.17.06.2003

itu saya tidak mahu memberi ruang kepada mana-mana pihak mengambil kesempatan
untuk mengenakan caj yang paling rendah dan sebagainya.
Sebab itu saya lihat dan di dalam banyak hal, kita boleh melihat daripada pindaan
Seksyen 4(b) dahulu dia kata tidak melebihi RM20,000, sekarang ini dia kata tidak kurang
daripada RM10,000 walaupun tidak lebih daripada RM50,000.
Jadi, ada possibility makna hukuman itu boleh jadi rendah daripada dahulu lagi,
sebab itu saya hendak kalau boleh bermula daripada segala denda-denda ini kita clear-cut,
kita buat clear-cut case, makna kalau dahulu tidak melebihi RM20,000 sekarang ini kita kata
okey, tidak kurang daripada RM50,000 seterusnya, tidak payah daripada RM10,000 hingga
RM50,000. Jadi, seolah-olah RM10,000 dengan RM50,000 itu, RM20,000 dahulu.
Jadi, saya ingat ini tidak akan bitter kepada pesalah-pesalah hiburan itu untuk
melakukan terus kegiatan-kegiatan, sebab itu saya minta di antara seksyen-seksyen yang
kalau boleh dipinda ialah, pertama sekali pindaan Seksyen 4(2)(b) daripada tidak melebihi
RM20,000 dengan perkataan tidak kurang daripada RM10,000 kita tukar daripada tidak
kurang RM50,000, senang satu wording macam itu, itu pertama.
Yang kedua, begitu juga dengan Seksyen 13, subseksyen 13(2), digantikan
dengan perkataan tidak melebihi 10 dengan perkataan tidak kurang daripada RM5,000 dan
tidak lebih daripada, kita buat tidak kurang daripada RM50,000 terus.
Kemudian, pada Seksyen subseksyen 14(2) akta ibu dipinda juga dengan
perkataan yang sama, kita kira umpamanya dalam Seksyen 5, dalam pindaan Seksyen
14(2) dengan menggantikan perkataan tidak melebihi, dengan perkataan tidak kurang
daripada RM1,000 tetapi tidak lebih daripada satu angka tertentu. Saya fikir kalau boleh
pihak kementerian melihat kepada tidak kurang itu, biarlah beza jauh sedikit, manakala
dahulu tidak melebihi RM2,000, sekarang ini kita kira, kalau dahulu tidak kurang itu biar
beza jauhlah, sekali ganda, dua kali ganda, jangan beri ruang kepada Majistret beri dia
room to maneuver, dengan izin, untuk mengenakan caj yang rendah.
Kalau cajnya rendah, maknanya kita akan melihat bahawa kesalahan-kesalahan
ini terus berlaku. Jadi sebab itulah saya minta kerajaan melihat balik kepada seksyen-
seksyen, umpamanya Seksyen 4B kepada Seksyen 13(2)(b) kepada Seksyen 14(2)(b)
kemudian dalam Seksyen 25 akta ibu, yang (d) tidak melebihi dengan menggantikan
perkataan tidak melebihi dengan perkataan tidak kurang daripada RM2,000 tetapi tidak
lebih daripada, itu pun minta pihak kementerian semak balik.
Kemudian kepada Seksyen 29 akta ibu dipinda (a) dan juga (b), kedua-dua itu
minta diperjelaskan lagi dan juga daripada satu tahun ke tiga tahun itu saya ingat boleh
terimalah, (b) itu boleh detail kalau boleh diambil perhatian. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kuala Terengganu.
11.55 pagi
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu]: Tuan
Pengerusi, terima kasih. Saya ingin terus pergi kepada yang pertamanya, di bawah Fasal 6
tentang cadangan awal yang saya berikan di dalam ucapan semalam mengenai larangan
penjualan minuman keras kepada orang yang berumur di bawah 21 tahun untuk
dimasukkan terhadap orang-orang Islam dan cadangan saya begitu juga adalah menjadi
kesalahan kepada setiap warga yang beragama Islam terlibat di dalam apa jua aktiviti yang
membawa kepada minuman keras dan hukuman itu diletakkan di bawah kesalahan
Enakmen Syariah Wilayah Persekutuan.
Kalau tidak diletakkan sedemikian, maka kita tidak dapat menyelesaikan masalah
penglibatan orang-orang Islam sama ada menjual, meminum ataupun terlibat dalam apa-
apa jua aktiviti arak ini yang ternyata haram di sisi agama Islam itu sendiri. Jadi, perlu
diletakkan di dalam pindaan-pindaan yang ada ini.
Yang keduanya, saya ingin juga mendapat penjelasan Yang Berhormat Timbalan
Menteri tentang cadangan yang saya sendiri kemukakan dan juga cadangan daripada Yang
Berhormat bagi Batang Lupar, di mana kuasa yang ada kepada Datuk Bandar telah terlalu
luas, terlalu besar dari segi meluluskan dan juga memberikan kepada meluluskan pindaan-
DR.17.06.2003 25

pindaan dan juga memberikan lesen-lesen pusat-pusat hiburan ini sendiri dan saya ingin
mencadangkan supaya di bawah salah satu daripada pindaan-pindaan yang ada ini, kita
letakkan iaitu satu badan khas yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat
Menteri serta sebagai cadangannya enam ahli yang lain, terdiri daripada wakil-wakil rakyat,
pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga NGO yang diberikan kuasa bagi memantau
setiap kelulusan dan juga perjalanan pusat-pusat hiburan yang ada di Wilayah
Persekutuan.
Jadi, kalaulah ada pindaan ini diletakkan di bawah mana-mana seksyen ini boleh
kita memantau perjalanan yang ada, oleh kerana sekarang ini timbul banyak…, Ahli Yang
Berhormat menyebut tentang isu salah guna kuasa, isu rasuah, kebocoran rahsia dan
sebagainya.
Jadi, ini penting dan perlu kita menyahut saranan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri sendiri untuk kita membanteras gejala-gejala negatif yang berlaku di negara kita
dan kalau diadakan badan khas ini, saya yakin dapat dilakukan pemantauan yang lebih
baik, yang lebih efektif, yang melibatkan bukan sahaja ahli-ahli politik tetapi juga pemimpin-
pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin NGO yang mengetahui ataupun membuat
kajian yang lebih mendalam kepada kesan positif, negatif pusat-pusat hiburan, katakanlah
kawasan ‘A’ hendak dibuka satu kawasan hiburan, kalau ada pandangan-pandangan kedua
daripada pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin agama, wakil-wakil rakyat
sendiri, kemungkinan-kemungkinan negatif itu lebih banyak daripada positif, maka tidak
boleh ataupun tidak perlu untuk kita wujudkan atau buka pusat-pusat hiburan yang
sedemikian ini sebagai contoh, yang mana kalau mekanisme ini boleh digunapakai oleh
kerajaan, saya yakin sedikit sebanyak akan membantu kerajaan untuk membanteras
dengan sepenuhnya gejala-gejala negatif yang berlaku di negara kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak bercakap
juga ya, sila Bagan. Selepas ini Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab ya.
11.59 pagi
Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Pengerusi, Seksyen 4 - tiada seorang pun
yang boleh mengadakan hiburan bermakna sekiranya dalam satu majlis perkahwinan,
maka sekiranya tuan punya rumah atau pengantin baru tidak memohon lesen, maka ia tidak
boleh mengadakan sebarang hiburan seperti bintang untuk menyanyi kah, untuk apa-apa
orkestra, ini semua tidak boleh diadakan Cuma minta penjelasan.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila. Sebelum itu
saya suka mengambil perhatian kebanyakan cadangan itu kita tidak boleh luluskan kecuali
timbul usul. Jadi kalau boleh, Menteri tidak perlu menjawab panjang lebar, hanya yang
boleh memberitahu pada masa yang akan datang. Itu pandangan saya. Sila jawab.
12.02 tgh.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Douglas Uggah Embas]:
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa orang Yang
Berhormat yang telah memberi pandangan dalam peringkat jawatankuasa. Yang pertama
ialah Yang Berhormat bagi Kubang Kerian yang memikirkan bahawa denda haruslah
ditambah. Bagi pihak kerajaan apa yang telah kita gariskan adalah memadai setakat
sekarang. Kita fikir itulah cukup deterrent, dengan izin, ya tetapi kalau keadaan
memerlukan kerajaan akan timbangkan dari masa ke semasa. Matlamatnya adalah kita
hendak menentukan bahawa gejala-gejala yang tidak baik ini dapat dihapuskan oleh DBKL.
Yang Berhormat bagi Kepong, beliau bersetuju dengan tindakan ketat dan terima
kasih kerana beliau menumpukan pandangan kepada masalah-masalah leaking
information, dengan izin, mengenai penguatkuasaan yang akan dibuat. Yang Berhormat,
itu memang ada undang-undang dalam negara kita yang kita dapat ambil kalau kita dapat
maklumat tertentu mengenai perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Inilah
satu sebab mengapa kita memerlukan pindaan supaya apabila mengetahui satu premis itu
menjalankan kegiatan yang tidak baik, kegiatan jenayah, kita akan terus dapat mengambil
tindakan dengan seberapa cepat yang boleh supaya tidak berlaku pelbagai perkara seperti
yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
26 DR.17.06.2003

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Douglas Uggah Embas: Saya fikir itu sudah cukup jelas, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Ini sudah masalah dengan pembesar suara kita hari ini.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukan masalah, tetapi
terlambat keluar sahaja.
Dr. Tan Seng Giaw: [Ketawa] Ya, Tuan Pengerusi, singkat sahaja. Biasanya
saya di dalam beberapa tahun inilah, lebih dua dekad saya nampak apabila kita - misalnya
dengan DBKL - kita buat aduan kepada DBKL ada sekian-sekian masalah dan sebagainya
termasuk industri haram dan sebagainya, dan masalah ini pihak DBKL beritahu orang di
situ: Ini Tan Seng Giaw yang buat aduan, hendak ambil tindakan tidak? Kena tanya
hendak buat aduan, saya pun tidak tahulah maksudnya. Ini biasa yang dibuat yang di
peringkat DBKL. Kemudian di peringkat pusat-pusat hiburan, lebih canggih lagi, memang
lebih canggih, Yang Berhormat. Macam mana mesej ini sampai kepada mereka dengan
cepat? Memang satu masalah yang serius.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah.
Datuk Douglas Uggah Embas: Tidak faham apa Yang Berhormat hendak
sampaikan dan seperti yang saya sebut tadi, kita ada undang-undang dalam negara yang
dapat mengatasi masalah yang seperti ini.
Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah menyentuh dengan Seksyen 4(3)
mengenai apakah permintaan awal kepada tuan punya rumah? Ini memang ada dalam
syarat-syarat berlesen yang dikeluarkan kepada pusat-pusat hiburan. Mengenai
mengadakan kursus seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat memang Menteri
yang berkaitan atau Datuk Bandar sentiasa berjumpa dengan pengusaha-pengusaha
permit hiburan di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menjelaskan apa-apa perubahan
yang berlaku dalam segi undang-undang dan juga pandangan-pandangan mereka
mengenai perkara-perkara penguatkuasaan dan sebagainya.
Yang Berhormat bagi Parit Buntar menyebut perkara yang sama yang disentuh
oleh Yang Berhormat bagi Kepong tadi tetapi beliau menyarankan bahawa satu kursus
diberi kepada pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai-pegawai penguat kuasa. Untuk
makluman Tuan Pengerusi, kerajaan kita memang menjalankan banyak kursus
pembaharuan dan penambahbaikan termasuk juga menanam nilai-nilai murni kepada
pegawai-pegawai unit kita, dengan adanya kursus-kursus ini kita berharap ia dapat
meningkatkan kepakaran dan ketelusan dan juga menguatkan semangat kekuatan mereka
dari pelbagai godaan yang berlaku apabila mereka menjalankan tugas.
Yang Berhormat bagi Jeli menghuraikan mengenai denda, yang dalam pandangan
beliau tidak begitu cukup deterrent. Bagi kita, kerana kita memahami bahawa jenis-jenis
kesalahan yang dilakukan mungkin tidak sama dan itulah sebabnya kita memberi ruang ada
kesalahan itu dianggap lebih ringan atau lebih berat maka kita memberi ruang kepada
hakim untuk membuat keputusan apa hukuman yang diberi adalah cukup deterrent sekali.
Tetapi yang penting di sini ialah denda-denda ini telah pun ditingkatkan. Memang Yang
Berhormat bagi Jeli pandai bermain dengan perkataan. So saya faham apa Yang
Berhormat faham.
Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu telah menyeru bahawa mengenai
Seksyen 14A tadi kita sudah jelaskan bahawa kita di Wilayah Persekutuan ada Akta
Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan apa-apa kesalahan yang dilakukan
orang Islam melanggar akta ini di mana-mana tempat akan boleh diambil tindakan. Maka
itulah sebabnya tidak perlu bagi akta ini dipinda dan ditambah untuk memberitahu
mengenai perkara ini.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]
DR.17.06.2003 27

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi
Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih.
Walaupun di Wilayah Persekutuan ada Enakmen Jenayah Syariah tetapi Enakmen Jenayah
Syariah itu hanya kepada orang yang meminum, bukan kepada yang menjual tetapi dalam
akta ini orang yang menjual maknanya orang yang menjual, kalau dia jual kepada orang
Islam, dia tidak salah, dia tidak salah. Orang yang minum pula kena tunggu satu proses
enakmen syariah itu ke atas dia. Jadi kalau yang membuat serbuan ini hanyalah pihak
DBKL - mereka membuat serbuan umpamanya - DBKL tidak boleh caj orang yang minum
atas jenayah syariah. Jadi maknanya orang yang menjual itu tidak salah. Ini yang kita
persoalkan kerana hendak menegakkan supaya orang yang menjual itu tidak boleh menjual
kepada orang Islam.
Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Pengerusi, ini juga kita harap Yang
Berhormat tidak keliru kerana Akta Kesalahan Jenayah syariah ini adalah untuk orang
Islam. tetapi atas apa-apa kesalahan yang dibuat oleh orang yang bukan beragama Islam
memang masuk dalam Akta Hiburan ini dan DBKL dapat mengambil tindakan kalau DBKL
memikirkan pengusaha-pengusaha yang bukan Islam itu melanggar peraturan-peraturan,
misalnya menjual arak kepada orang Islam.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Kuala Terengganu.
Datuk Douglas Uggah Embas: Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu juga
minta…..
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala Terengganu Yang
Berhormat, hendak beri lagi?
Datuk Douglas Uggah Embas: Saya fikir masa kita sudah suntuk.
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia tidak bagi,
cukuplah.
Datuk Douglas Uggah Embas: Yang Berhormat membuat satu cadangan
bahawa satu badan pemantauan khas dibuat, sekarang kita belum memikirkan itu perlu
tetapi seperti saya sebut dari awal tadi, dari masa ke semasa menimbang apa yang baik,
apa yang kita dapat melihat atau guna badan-badan yang boleh kita tubuh untuk mengatasi
masalah yang di hadapan kita.
Yang Berhormat bagi Bagan, bertanya sama ada majlis perkahwinan itu
memerlukan permohonan, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, minta Yang
Berhormat membaca Akta Ibu kepada akta ini supaya memahami apakah tafsiran hiburan
dalam akta ini. Jadi saya tidak perlu membuang masa yang banyak. Terima kasih Tuan
Pengerusi.
Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-
undang.
Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan, dibacakan kali yang
ketiga dan diluluskan.
28 DR.17.06.2003

RANG UNDANG-UNDANG HOTEL


(WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
12.10 tgh.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Seri Azlan ibni
Sultan Abu Bakar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur) 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel dan
juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.
Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, hotel-
hotel di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada masa ini dilesenkan dan dikawalkan oleh
Boarding Houses Enactment 1927, Chapter 87 dan Boarding Houses Rules 1929 dan
Kaedah-kaedah 1929. Kaedah-kaedah yang sedang diguna pakai ini adalah terlalu lama
dan tidak berkesan. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih terdapat hotel-hotel yang
tidak dilesenkan yang menjalankan perniagaan secara haram dan ditambah pula dengan
kegiatan perjudian, pelacuran dan penagihan dadah. Walau bagaimanapun, peruntukan-
peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mempunyai kuasa-kuasa untuk membolehkan
Datuk Bandar mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pengusaha-pengusaha hotel-
hotel ini.
Datuk Bandar tidak mempunyai kuasa untuk menangkap orang-orang yang
melakukan kesalahan. Kaedah-kaedah ini hanya memberi kuasa kepada Datuk Bandar
untuk membatalkan lesen tetapi tiada kuasa diberi untuk menutup hotel yang dijalankan
tanpa lesen. Datuk Bandar hanya boleh mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun
di mana kadar kompaun yang boleh dikenakan juga adalah rendah iaitu sebanyak
RM2,000.
Oleh itu, Rang Undang-undang Hotel ini bertujuan untuk membuat peruntukan
baru yang lebih komprehensif berkenaan pelesenan dan pengawalseliaan hotel di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian ll rang
undang-undang ini. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam cadangan rang undang-
undang ini tertumpu ke arah membangunkan industri perhotelan yang teratur. Rang
Undang-undang Hotel ini akan membantu DBKL dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur
sebagai world class city.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Rang Undang-undang Hotel ini pengusaha hotel
yang beroperasi tanpa lesen akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM100,000 dan
dipenjarakan tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 3.
Seksyen 12 pula memperuntukkan mengenai pembatalan atau penggantungan
lesen jika terdapat pelanggaran syarat-syarat lesen atau akta. Kuasa turut diberi kepada
Datuk Bandar untuk menyiasat iaitu seksyen 14, geledah tanpa waran – (seksyen 16),
menutup hotel – (seksyen 18) dan juga kuasa untuk menangkap sesiapa yang melanggar
akta ini – (seksyen 22).
Rang Undang-undang Hotel ini juga menghendaki pelesen mendaftar dengan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebagaimana yang diperuntukkan
dalam seksyen 4. Oleh itu, kementerian ini boleh menguatkuasakan sistem star rating yang
akan menjamin bahawa hotel di Kuala Lumpur adalah world standard. Oleh itu,
memandangkan kegiatan maksiat semakin berleluasa di bandar raya di mana pengusaha-
pengusaha hotel didapati terbabit di dalam kegiatan itu, suatu undang-undang yang lebih
berkesan perlu diadakan bagi pengawalan dan pengawalseliaan hotel-hotel ini.
Di samping itu, adalah perlu supaya diperuntukkan kuasa kepada Datuk Bandar
Kuala Lumpur di bawah Rang Undang-undang Hotel bagi menjamin tindakan
penguatkuasaan yang dijalankan menjadi lebih berkesan memandangkan Boarding Houses
DR.17.06.2003 29

Enactment 1927 yang diguna pakai pada masa ini sudah lama dan perlulah digantikan
dengan akta baru selaras dengan keadaan semasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, habis?
Sokong.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Hajah Khamsiyah
binti Yeop]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta
untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan
kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya bagi Gelang Patah dahulu.
12.17 tgh.
Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya
ingin membahaskan Rang Undang-undang Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
2003.
Adalah wajar bahawa untuk mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap hotel-
hotel, pihak kerajaan perlu mengadakan undang-undang yang baru untuk membuat
peruntukan yang perlu, yang baru dan lebih komprehensif bagi tujuan pelesenan dan
pengawalseliaan hotel di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Undang-undang ini
bila diluluskan akan menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan yang sedia ada. Selepas
rang undang-undang ini diluluskan tentu ada kaedah, peraturan-peraturan yang tertentu
untuk tujuan pelesenan ini.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Kuala Lumpur adalah ibu negara kita, kita
mesti mempertingkatkan kualiti hotel dalam negara kita ini. Kita dapati bahawa dalam
peruntukan-peruntukan yang baru ini ada banyak seksyen yang mana memang
komprehensif dan ada kuasa-kuasa tertentu termasuk ada kuasa boleh tutup hotel yang
tidak mematuhi syarat-syarat yang tertentu, dan saya harap dalam rang undang-undang ini
ada undang-undang yang secukupnya.
Sebenarnya dalam negara kita ini kita dapati undang-undang kita banyak tetapi
masalah penguatkuasaan adalah lemah dan telah menimbulkan banyak masalah gejala
sosial yang negatif. Sebab itu saya berharap bila rang undang-undang ini diluluskan kita
mesti mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap kawalan hotel-hotel dalam kawasan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu yang pada masa dahulu hotel-hotel dilesenkan di
bawah Enakmen Rumah Tumpangan, dan di kawasan lain daripada Wilayah Persekutuan,
di seluruh negara memang pada masa dahulu dilesenkan di bawah Town Board Enactment
dan Town Board Bye-laws Tahun 1937. Dan undang-undang yang lama itu boleh dikatakan
ada peraturan-peraturan yang telah obsolete – tidak boleh dipakai lagi, dan kaedah amaun
hukuman pun tersangat rendah, dan adalah penting kita mesti mengambil langkah-langkah
yang tertentu untuk meminda undang-undang.
Selepas kita meminda atau memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya harap di kawasan lain pihak kerajaan negeri pun
perlu mengambil tindakan untuk meminda undang-undang yang berkaitan dengan hotel,
kerana masih ada banyak Pihak Berkuasa Tempatan belum mengadakan undang-undang
yang baru untuk menggantikan Undang-undang Rumah Tumpangan yang dilesenkan di
bawah Town Board Enactment dan Town Board Bye-laws. Walaupun kita ada Akta
Kerajaan Tempatan, yang mana tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua undang-
undang untuk Pihak Berkuasa Tempatan di negara kita ini, tetapi hingga masa sekarang
masih belum dicapai matlamatnya.
Tuan Yang di-Pertua, seperti pindaan Seksyen 102(s) – Akta Kerajaan Tempatan
[Akta 171], yang mana masih ada lebih kurang 70 Pihak Berkuasa Tempatan yang belum
mematuhi pindaan Akta 102(s) itu untuk mengikuti pindaan akta principal, kerana Bye-laws
30 DR.17.06.2003

adalah undang subsidiari dan ini adalah melanggar prinsip undang-undang. Ini adalah satu
masalah dari segi perundangan dan kita mesti mengambil langkah yang tertentu, kerana
pindaan Akta 102(s) itu telah diadakan pada 12 Mei 1983 dan hingga sekarang sudah 20
tahun Pihak Berkuasa Tempatan masih belum mengikuti pindaan Akta 102(s) itu.
Ini adalah satu contoh yang saya berikan dalam Dewan yang mulia ini, yang mana
pihak kerajaan perlu tinjau dan mengambil tindakan, yang mana kita harap pihak kerajaan
negeri, termasuk semua Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengikuti undang-undang yang
telah diluluskan dalam Parlimen supaya kita akan dapat mencapai matlamat untuk kawalan
pelesenan negara kita ini….
Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Yang Berhormat bagi
Gelang Patah. Saya hendak minta laluan di sini Yang Berhormat kerana saya rasa isu
Yang Berhormat bangkitkan tadi begitu relevan sekali. Hari ini kita membincangkan
mengenai Rang Undang-undang Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003. Kita
mempunyai hotel di seluruh negara dan dalam masa yang sama kita juga menggalakkan
pelancongan. Kita hendak supaya ramai pelancong datang ke negara kita. Sudah tentu
hotel merupakan satu elemen yang penting kepada pelancong - selain daripada homestay,
pelancong akan tinggal di hotel.
Saya setuju dengan apa Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa undang-undang,
hari ini kita pinda di Kuala Lumpur tetapi apa kata di tempat-tempat lain, di kerajaan-
kerajaan tempatan yang lain?
Dalam penghujahan Yang Berhormat tadi, jelas menunjukkan bahawa pembinaan
hotel di negara kita begitu loose ataupun longgar peraturannya. Kita tidak ada satu
peraturan kawalan yang ketat, dan lebih daripada itu, saya hendak dapatkan pandangan
Yang Berhormat sebab seperti saya sebutkan tadi, hotel juga penting untuk industri
pelancongan. Kita dapati hotel di negara kita, jika dibandingkan dengan di negara-negara
yang lain, walaupun setengahnya hebat, bangunannya begitu cantik, contohnya macam
Palace of the Golden Horses, begitu cantik tetapi itu adalah duplicate atau tiruan daripada
apa yang dibuat di Lost City di Afrika.
Hotel yang menunjukkan identiti negara kita, contohnya di Indonesia, orang pergi
ke Indonesia, ke Bali misalnya, sebab mereka dapat tinggal di sebuah hotel yang
menunjukkan environment semasa mereka berada di negara tropika tetapi di Malaysia ini,
nampak gayanya pembinaan hotel itu pun undang-undangnya longgar, malahan pengisian
ataupun hotel yang dibina itu tidak mempunyai ciri-ciri tempatan dan dia tidak juga dapat
memberikan satu impak yang besar kepada pelancongan.
Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat supaya diadakan satu jawatankuasa
di semua peringkat untuk pembinaan hotel. Bukan pula apabila hotel itu sesudah dibina,
kita semua tengok , “Oh, hotel ini tidak sesuai” tetapi sebelum dibina ia mesti dikaji dan
dihalusi supaya pembinaannya itu memenuhi ciri-ciri dan cita rasa negara dan juga
menekankan kepada budaya dan juga heritage, kebudayaan bangsa kita yang ada, yang
patut diterapkan dalam pembinaan hotel yang berkenaan. Apa pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih.
Tuan Chang See Tan: Terima kasih. Cadangan daripada Yang Berhormat bagi
Arau adalah amat baik, dan ini jika diterima dan dilaksanakan tentu akan dapat
mempertingkatkan kualiti pelancongan di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal yang saya sebutkan tadi bahawa seperti yang
saya katakan, ada pihak kerajaan negeri yang lain, yang mana selepas wujudnya Akta
Kerajaan Tempatan dan dengan pewujudan Akta Kerajaan Tempatan, memang boleh
diadakan Undang-undang Kecil (Bye-laws) untuk menggantikan semua Bye-laws yang
terkandung di dalam Town Board Bye-laws 1937. Seperti di Negeri Johor, pada tahun 1981
telah diadakan 24 – Draft Bye-laws – Undang-undang Kecil, untuk menggantikan semua
undang-undang dalam Town Board Bye-laws itu, termasuk undang-undang untuk rumah
DR.17.06.2003 31

tumpangan kerana salah satu seksyen dalam Town Board Bye-laws 1937 itu adalah
mengandungi kaedah-kaedah, peraturan untuk pelesenan dan kawalan rumah tumpangan.
Dan hingga masa sekarang, seperti negeri Johor, daripada 24 Draft Bye-laws itu,
cuma 12 yang telah diluluskan dan dilaksanakan, dikuatkuasakan di Pihak-pihak Berkuasa
Tempatan di negeri Johor. Ada lagi 12 Bye-laws yang belum lagi diluluskan, seperti
Undang-undang Kecil untuk pelesenan food establishments – premis makanan, termasuk
untuk hotel. Adalah penting selepas kita meluluskan undang-undang yang baru ini untuk
kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - ini adalah satu undang-undang yang
komprehensif, ia bolehlah dijadikan satu contoh yang baik kepada negeri-negeri lain dalam
negara kita ini supaya mereka boleh mengikuti, mewujudkan Undang-undang Kecil rumah
tumpangan atau hotel di negara kita ini, dan menggantikan seksyen yang berkenaan hotel
di bawah Town Board Bye-laws.
Town Board Enactment telah dimansuhkan selepas Akta Kerajaan Tempatan
diwujudkan tetapi oleh kerana undang-undang kecil yang tertentu tidak diwujudkan, masih
ada Pihak Berkuasa Tempatan yang menggunakan seksyen-seksyen dalam undang-
undang kecil Town Board Bye-law untuk melesenkan jenis-jenis perniagaan yang perlu
dilesenkan dalam negara kita ini. Saya berharap selepas undang-undang ini dapat
diluluskan, kita akan dapat mempengaruhi negeri-negeri lain supaya mengikuti apa yang
dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan Undang-undang Hotel
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2003.
Tuan Yang di-Pertua, kualiti perkhidmatan hotel dalam negara kita ini amat penting
kerana kita sedang berusaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang moden.
Kita ada matlamat Wawasan 2020 dalam mempertingkatkan kualiti hotel kita agar sejajar
dengan kualiti kehidupan negara ini. Kita berhasrat untuk mencapai kesinambungan dalam
pembangunan kebendaan dan pembangunan rohani dan jasmani.
Oleh yang demikian, kualiti hotel perlu dijaga apabila dilesenkan. Selain semasa
pengusaha ingin mendirikan sebuah hotel sama ada hotel itu masih dalam tempoh
perancangan, ia perlu dirujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu supaya hotel
yang bakal dibina itu akan mencapai satu tahap kualiti yang setaraf dengan 5 Bintang atau
6 Bintang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, iaitu
semasa perancangan adalah penting. Kita mesti mengenakan syarat-syarat yang tertentu
dan sempurna supaya selepas hotel itu dapat dibina dan disiapkan, ia dapat mencapai
kualiti hotel yang kita idam-idamkan.
Adalah penting bila pelan hotel itu dirujuk, kita mesti menyemaknya dari segi
lokasinya, kawasan premis di sekelilingnya, dari segi ventilation and lighting, Dari segi
peraturan-peraturan pencegahan kebakaran dan keselesaannya perlu ada. Pihak hotel
perlu mengadakan fasiliti-fasiliti yang lain seperti restoran, bilik karaoke dan lain-lain. Bilik
tidur mesti ada tahap kualiti yang baik… [Disampuk] Belum habis lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasal dari Johor dan selalu menginap di hotel dalam
Kuala Lumpur ini. Saya dapati hotel di negara kita ini masih belum sampai tahap kualiti
yang sempurna seperti dari segi housekeeping. Kaedah housekeeping mereka kadang-
kadang belum sampai ke tahap yang sempurna dan sanitasi hotel itu pun perlu
dipertingkatkan. Layanan pekerja-pekerja di hotel itu mula dari peringkat reception dan lain-
lain di mana banyak segi yang lain perlu diberikan perhatian.
Adalah penting selepas undang-undang ini diwujudkan atau Akta diadakan,
memang diberikan kuasa seperti dalam Seksyen 37, undang-undang ini memang boleh
diwujudkan peraturan-peraturan tertentu. Seperti pada masa dahulu, semasa di bawah
Enakmen Rumah Tumpangan pun ada peraturan-peraturan tertentu dan kemungkinan
besar banyak peraturan-peraturan yang lama itu boleh dipakai tetapi mana yang lemah kita
mesti mempertingkatkannya supaya kita dapat mengadakan peraturan-peraturan yang
tertentu yang komprehensif. Akta atau peraturan-peraturan yang bakal diwujudkan mesti
komprehensif supaya bila sesuatu premis itu dilesenkan ia akan mencapai tahap kualiti
yang kita harap-harapkan.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Seksyen yang mana pada masa
sekarang kita dapati di bawah Akta Kerajaan Tempatan memang tiada kuasa untuk
32 DR.17.06.2003

menutup premis perniagaan. Pada masa dahulu mengapa apabila diwujudkan Akta
Kerajaan Tempatan dalam Dewan yang mulia ini – pada masa itu saya belum menjadi
Wakil Rakyat, tidak diadakan seksyen yang membolehkan penutupan premis perniagaan.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen pada masa dahulu yang
mana mereka tidak mengadakan undang-undang dalam Akta Kerajaan Tempatan yang
diberikan peraturan untuk menutup premis perniagaan kerana kemungkinan mereka takut
adanya salah guna kuasa oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Sekarang kita dapati dalam seksyen ini ada kuasa untuk menutup hotel. Ini adalah
suatu kuasa yang saya harap dapat dipertimbangkan semula. Kalau diberikan kuasa untuk
menutup hotel, saya khuatir ada kaedah-kaedah penyalahgunaan kuasa. Jika sesuatu
hotel yang didapati benar-benar melanggar banyak syarat-syarat yang tertentu, tidak boleh
diberikan arahan tutup serta-merta dengan kuasa Datuk Bandar, tidak boleh! Mesti
mendapat persetujuan daripada mahkamah. Mesti ada kaedah-kaedah tertentu supaya
pihak yang dituduh itu iaitu hotel boleh melantik peguam untuk mempertahankan diri dan
merujuk kepada keputusan mahkamah.
Kalau mahkamah memberikan keputusan supaya premis itu tutup, baru ada kuasa
untuk menutupnya. Kalau ada kuasa penutupan yang diberikan dalam akta ini, saya khuatir
akan menjadi satu cara yang ada unsur salah guna kuasa. Kita kena memikirkan mengapa
Akta Kerajaan yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun 1976 tidak
mengenakan syarat penutupan sesuatu premis atau hotel itu? Sebaliknya sekarang
terdapat ramai orang yang mengatakan mengapa pada masa itu tidak dimasukkan syarat
penutupan ini. Ini mungkin kerana ada sebab-sebab yang tertentu seperti salah guna
kuasa.
Kita mesti ambil perhatian tentang hal ini. Sebab itu saya daripada BBC, kita dari
Barisan Nasional, saya tentu menyokong undang-undang ini tetapi seksyen ini saya tidak
berapa menyokongnya. Kalau boleh, kuasa untuk menutup hotel ini tidak diberikan kepada
Datuk Bandar. Kuasa untuk menutup hotel perlu dibuat melalui mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata yang demikian, saya sekali lagi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya bagi
Ahli Yang Berhormat bagi Kinabatangan dahulu.
12.39 tgh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Kita melihat dalam industri perhotelan masa kini di mana seharusnya masalah-
masalah seperti harga turun naik tidak terkawal ini seharusnya bukan lagi menjadi
permainan pengusaha-pengusaha hotel.
Saya mengambil contoh sebab saya datang dari jauh, memang tinggal di hotel,
negeri seberang laut. Bukan sahaja semasa Perhimpunan Agung UMNO, bahkan semasa
diadakan Formula One di negara kita beberapa kali harga hotel mencecah naik 300%. Dan
semasa Perhimpunan UMNO, hotel yang saya duduki, harganya RM230, daripada
Perhimpunan UMNO, mereka naikkan harga RM750! Bayangkan, bagaimana permainan
penjaga-penjaga hotel berhubung dengan kenaikan harga hotel ini.
Jadi, saya mahu meminta kerajaan bertanggungjawab, yang menjurus ke arah
akta yang baru ini, juga meliputi mengawal harga-harga hotel di negara kita. Mungkin juga
kerajaan boleh kerana kalau mungkin pelancong asing dari Eropah, dari Amerika, mereka
datang ke negara kita dengan membawa US Dollars, ataupun Euro dan sebagainya.
Currency mereka lebih tinggi daripada kita. Mungkin kerajaan boleh memasukkan perkara
ini dalam akta perhotelan ini supaya kalau misalnya pengunjung itu daripada luar negara,
mungkin kita boleh naikkan tanda harga sebab currency mereka tinggi daripada kita.
Tetapi, bayangkan kita sesama Malaysia cuma berlainan negeri, datang ke ibu kota kita ini
dengan harga hotel yang kita tempah tanpa ada atur cara yang lebih banyak, tiba-tiba
mencecah naik 300%. Ini amat mendukacitakan dan menggambarkan keadaan lebih-lebih
lagi ekonomi negara kita pada hari ini belum beberapa begitu menentu.
DR.17.06.2003 33

Oleh itu, saya meminta supaya kerajaan mengkaji akan harga-harga hotel ini
supaya tidak sesuka hati pengusaha-pengusaha hotel menaikkan harga-harga ini. Saya
bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Gelang Patah bahawa ada kebanyakan hotel-hotel
kita di ibu kota ini, di Kuala Lumpur ini tidak begitu mencapai tahap standard yang dikira
mencapai tahap lima bintang ataupun enam bintang. Kadang-kadang, ada juga hotel kita
saya harap kerajaan juga mengkaji ataupun membuat pemantauan di mana apabila ia
diiktiraf sebagai lima bintang ataupun enam bintang hotel, biarlah mereka membuka
restoran dan juga tempat-tempat makan yang istimewa ini secara halal food. Orang Melayu
juga suka makan dim sum tetapi apabila masuk kedai dim sum, ia non-halal.
Macam mana ia bertaraf enam bintang, kalau dia punya makanan pun cuma
tergolong daripada segelintir kumpulan sahaja yang boleh memakan makanannya
sementara orang yang beragama Islam, orang Muslim tidak boleh menyertai untuk makan
bersama-sama? Jadi, ini salah satu rasa saya kerajaan harus mengkaji akan potensi-
potensi bagi membantu industri perhotelan ini di masa akan datang. Sebab, kalau kita tidak
kaji dengan secara terperinci dan teliti, mungkin inilah agaknya salah satu penyumbang ke
arah kerugian industri perhotelan di negara kita, bukan sahaja disebabkan oleh serangan
SARS dan juga serangan-serangan yang lain, tetapi pendekatan iaitu marketing ataupun
cara pengusaha-pengusaha hotel itu tidak begitu menampakkan kesungguhan ke arah
mencari sasaran-sasaran, kumpulan-kumpulan dalam negara ini khususnya.
Yang lebih mendukacitakan, iaitu daripada segi security ataupun keselamatan
hotel itu sendiri di mana kita melihat ada juga hotel-hotel tingkapnya langsung tidak boleh
dibuka. Ini, pernah berlaku - bukan di Kuala Lumpur - di Sabah, satu hotel yang tidak ada
bintang, lebih kurang mungkin dua atau tiga bintang, berlaku kebakaran, tingkapnya tidak
boleh dibuka sebab bergril. Akhirnya, maka penghuni dalam bilik itu lapan orang, mati
bukan mati kebakaran tetapi mati kerana terhidu gas asap tersebut.
Sebetulnya apabila saya masuk hotel, saya check dia punya tingkap. Boleh
bukakah tidak? Dalam hati saya, hendak cari satu objek, kalau anything happens, macam
mana hendak break dia punya glass. Sebab ini tidak mustahil. Ia pasti akan berlaku.
Kalau bukan kita, orang lain akan kena. Justeru itu, kerajaan sebelum meluluskan lesen
mana-mana hotel di negara kita, termasuk di Kuala Lumpur ini, pastikan tahap keselamatan
di hotel ini dan pastikan segala-galanya according to kita punya peraturan-peraturan.
Dr. James Dawos Mamit: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang
minta penjelasan. Ya, sila Mambong.
Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
sahabat saya, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Ini, tentang tingkap yang tidak boleh
buka dan boleh dibuka. Macam mana kalau tingkapnya boleh dibuka dan tiba-tiba penghuni
itu mahu membunuh diri dan terjun daripada tingkap?… [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin: Sebetulnya, kalau hendak bunuh diri, bukan
daripada tingkap. Mana-mana pun boleh. Bagi saya kita kena positive thinking.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.
Datuk Bung Moktar bin Radin: Sebab, masalah ini, kebakaran ini memang boleh
berlaku ataupun apa-apa masalah. Mungkin ada satu hotel, saya tidak sebut namalah, ia
lebih profesional. Tingkapnya ada, cuma ia kecil, tetapi ada. Kalau emergency, memadai
untuk meloloskan diri. Jadi seharusnya hotel-hotel bertaraf bintang dalam lembah Kuala
Lumpur sudah memikirkan dan kerajaan harus mengetatkan akta-akta yang ada ini di
samping untuk membantu hotel-hotel ini boleh menjana ekonomi, sebab apabila hotel itu
bagus, orang akan berkempen. “Oh, ini hotel baik. Dia punya servis, keselamatan,
makanan dia.” Tetapi apabila hotel ini tidak bagus, kita pun di kalangan Ahli-ahli Parlimen,
kita pun tinggal mana? “Oh, ini tidak bagus. Jangan tinggal.” Ini sudah satu tanggapan
negatif, bukan sengaja untuk memburuk-burukkan hotel tersebut tetapi memang inilah
realiti.
Kita juga mahu minta dengan pertukarannya akta ini, Datuk Bandar mempunyai
kuasa. Janganlah pula kuasa-kuasa yang ada itu disalahgunakan pula. Di mana, kuasa
34 DR.17.06.2003

yang diberi seharusnya apabila hotel tersebut telah dinilai, telah dilihat, boleh
diperdagangkan, keluarkanlah CF secara dengan begitu cepat kerana penjaga-penjaga
hotel ini juga melabur kewangan mereka. Jangan pula dengan kuasa yang ada, perkara-
perkara yang sudah seharusnya boleh diberikan tetapi pegawai yang diberi tanggungjawab
masih juga memegang kelulusan tersebut. Dia tidak akan tandatangan melainkan mungkin,
bukan kita menuduh ada something behind, dengan izin, permohonan-permohonan
kelulusan CF oleh pihak-pihak yang berkuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta
Kepong.
12.47 tgh.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak panjang.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan.
Dr. Tan Seng Giaw: Sebenarnya rang undang-undang sedang dibentangkan di
Dewan yang mulia ini tetapi, kerana masalah teknikal, mesti ditunda 24 jam. Ini bermakna
adalah baik juga. “Lurus lubang, lurus penjolok”…. [Tepuk] “Penjolok”, bukan
“penyalok”…. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Penjolok.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Penjolok.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, penjolok lurus juga sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua…
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan
Kepong. Terima kasih atas teguran itu.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, ya. Pada erti yang sebenarnya, tiada seorang pun boleh
menguruskan sesuatu hotel melainkan jika hotel itu ialah suatu hotel berlesen. Itu sahaja,
satu ayat sahaja, belum mencukupi. Kita perlu melihat semua hotel dilesenkan dan dikawal
dengan ketat. Itu satu prinsip yang pertama tetapi prinsip yang kedua mesti ditambahkan.
Apa prinsip yang kedua itu? Kita hendak lesenkan hotel tetapi kita memastikan hotel itu
ada tahap yang tertentu daripada tidak ada bintang kepada lima bintang. Mesti ada
peruntukan di dalam Rang Undang-undang Hotel ini untuk latihan bagi kakitangan hotel. Itu
memang penting. Satu kelemahan di dalam rang undang-undang ini.
Semalam ada kelemahan teknikal, hari ini ada kelemahan iaitu tidak ada
peruntukan untuk melatih kakitangan hotel dan untuk memastikan taraf hotel itu. Saya
berharaplah lain kali rang undang-undang dipinda kelak untuk menyempurnakan kerana
kita mestilah ada kakitangan hotel yang berbakat, cekap, terlatih dan berpengalaman untuk
bersama-sama secocok dengan hasrat kita menjadikan taraf bandar raya Kuala Lumpur ini
bertaraf dunia. Hotel pun bertaraf dunia, bukan setakat lima bintang. Bukan ada bintang
pun ada bertaraf dunia juga. Ini memang…….
Seorang Ahli: Lima bulan?
Dr. Tan Seng Giaw: Lima bulan, boleh juga. Tukar daripada bintang kepada
bulan, boleh berlakulah, asalkan standard itu tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Roket boleh
tukar, Yang Berhormat?
Dr. Tan Seng Giaw: Boleh juga. Lima roket pun boleh… [Ketawa] [Dewan gamat
seketika]
Seorang Ahli: Ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Haaa!!
DR.17.06.2003 35

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terus, terus
Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Baik roket pula, ada roket lebih majulah itu. Boleh sampai ke
matlamat. Bintang sahaja tidak sampai matlamat. Bulan sahaja tidak sampai matlamat….
[Ketawa]
Beberapa Ahli: Ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Imaginasi sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha!. Cukup
Yang Berhormat. Masuk tajuk Yang Berhormat…. [Ketawa] [Dewan gamat seketika]
Puan Fong Po Kuan: Dacing, dacing!
Dr. Tan Seng Giaw: Dacing tidak adalah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Masuk tajuk.
Dr. Tan Seng Giaw: Tidak seimbang pun.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, masuk
tajuk. Sudah keluar itu.
Dr. Tan Seng Giaw: [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, memang saya berharap Rang Undang-undang ini boleh
diselaraskan dengan rang undang-undang yang lain untuk hotel di seluruh negara. Ini
bukan kerana kita ada Bandaraya Kuala Lumpur sahaja, Jerantut pun ada, Kuantan pun
ada, Johor pun ada kerana kita pun hendak tolong Yang Berhormat ….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Tioman pun
ada.
Dr. Tan Seng Giaw: ….Tioman pun ada tetapi susah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Tinggi.
Dr. Tan Seng Giaw: Bukit Tinggi… [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Di seluruh negaralah, kita mesti selaraskan undang-undang
seumpama ini. Jangan kita jaga Kuala Lumpur sahaja, semua kita mesti selaraskan. Tuan
Yang di-Pertua, yang penting sekali kita mesti selaraskan termasuklah dengan majlis-majlis
perbandaran di sekitar Lembah Klang. Kalau di Kuala Lumpur sahaja kita memastikan
hotel kita bertaraf dunia tetapi di sekitarannya misalnya di Selayang, di Ampang baru-baru
ini ia ada masalah di situ, kecoh sangat. Ampang Jaya itu belum lagi berjayalah. Ampang
belum berjaya. Mudah-mudahan dengan perubahan yang lebih baik, kita dapat menjayakan
Ampang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila, ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Di Selayang dan Ampang serta di sekitarannya macam
Kajang, Hulu Langat dan sebagainya, kadangkala kita buat sesuatu di Kuala Lumpur dan
tidak diikuti dengan di sekelilingnya, maka masalah timbul seperti juga dengan wabak
denggi. Kita di Kuala Lumpur ada berbuat sesuatu, buat tindakan-tindakan dan langkah-
langkah yang betul, tetapi di sekitarannya tidak begitu baik. Misalnya Selayang yang
merupakan insiden wabak denggi yang tertinggi.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri
Yang Berhormat. Kinabatangan, hendak beri jalan?
Dr. Tan Seng Giaw: Kinabatangan tidak ada bandar raya. Adakah atau tidak
ada?… [Ketawa]
36 DR.17.06.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi
jalan Yang Berhormat? Sila. Sila Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok
Kepong ini belum ada point, belum ada idea, saya bantu dia tanyalah. Dalam satu tahun
agak-agaknya berapa kali Yang Berhormat bagi Kepong ini tinggal di hotel di Kuala Lumpur
ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.
Dr. Tan Seng Giaw: Kalau satu tahun, susahlah kita hendak tinggal.
Kinabatangan tidak ada hotel, dia datang ke sini tinggal di hotel, dia seronok. [Disampuk]
Kena ada perahulah dia naik di Kinabatangan daripada satu pulau ke satu pulau naik
perahu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, jawab
soalan dialah Yang Berhormat. [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: Saya sering pergi ke hotel kerana majlis-majlis diadakan di
hotel – Hotel Hilton, Hotel Armada, Hotel Mutiara, Hotel Istana dan sebagainya [Disampuk],
Bukit Tinggi pun ada tetapi di luar Kuala Lumpurlah.
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidur di
rumah, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Ada majlis. Majlis sentiasa diadakan di dalam hotel – sama
ada majlis rasmi atau bukan rasmi dan sudah tentulah saya pergi tetapi kalau pelawa saya
ke Kinabatangan, saya kena fikir sedikit kerana tidak ada hotel di situ.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, cukuplah.
Dr. Tan Seng Giaw: Hendak tinggal di mana di Kinabatangan hah? Tidur di
perahulah. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang
Berhormat. Tidur di rumah Yang Berhormat pun boleh. Cukup, sambung Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya bermula dengan kita mesti tambahkan peruntukan bagi
melatih pekerja mahir hotel dan dia kata saya tidak ada point. [Disampuk] Kita bolehlah
bincang di luar Dewan. Ada point, memang ada. Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali
kita mesti selaraskan dengan kawasan sekitar kerana kalau tidak, mutu hotel di sekeliling
kita tidak baik, kita pun terjejas juga. Imej kita terjejas.
Saya bagi satu contoh mengenai wabak denggi atau wabak yang lain. Kita di
dalam Wilayah Persekutuan, saya hendak mempertahankan sedikitlah orang DBKL. Mereka
hendak buat kerja dengan langkah-langkah yang betul, hendak membersih, hendak
membunuh wabak denggi itu….[Disampuk], nyamuk hendak bunuh, siapa kata? Tetapi di
sekeliling itu, majlis perbandaran di sekeliling tidak begitu cekap. Itu masalah kita
termasuklah di Selayang. Selayang yang paling teruk mungkin seteruk Ampang yang tidak
berjaya tadi itu.
Ini adalah kerana pihak Yang di-Pertua Perbandarannya kita mesti lantik yang
cekap, yang benar-benar hendak melakukan tugasnya. Saya berharaplah kita boleh
berhubung dengan majlis-majlis perbandaran di sekitarannya, kita selaraskan supaya
mereka mewujudkan rang undang-undang seumpama ini untuk menjaga imej Kuala Lumpur
kita ini. Dan di…
Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Arau berdiri
Yang Berhormat, hendak beri jalan?
Dr. Tan Seng Giaw: Saya pun ada ….
DR.17.06.2003 37

Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya tumpang. Boleh Yang
Berhormat?
Dr. Tan Seng Giaw: Boleh juga.
Datuk Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih. Terima kasih Yang
Berhormat bagi Kepong dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ini hendak tumpang
kerana mungkin petang sekejap lagi kita ada program. Jadi sebagaimana Yang Berhormat
bagi Kinabatangan, saya juga duduk di hotel bila berada di Kuala Lumpur. Sudah dekat
tujuh tahun, lapan tahun dah duduk di hotel. Tadi Yang Berhormat sebut latihan itu, saya
memang bersetuju, itu satu pandangan yang baik. Daripada pembangkang ini jarang bagi
pandangan yang baik tetapi bab hotel ini baik pula pandangan itu.
Adakah Yang Berhormat tahu kita hendak dapatkan pekerja-pekerja yang jujur di
hotel kadang-kadang bermasalah. Ada pekerja-pekerja di hotel sebab saya lama duduk di
hotel, barang-barang amenities yang disediakan oleh hotel kadang-kadang tidak di supply.
Kalau kita bukan penghuni yang biasa, syampu, losen, sengaja tidak diletakkan di situ.
Tidak tahulah, tidak letak itu sebab malas ataupun tidak letak itu disebabkan dia ada
sindiket-sindiket yang tertentu di kalangan mereka ini dan saya dapati hendak dapatkan
pekerja-pekerja di hotel mungkin bermasalah kerana hotel sentiasa sahaja bertukar-tukar
pekerjanya.
Apa cadangan Yang Berhormat hendak mengatasi masalah ini? Kejujuran itu satu
dan yang keduanya hendak mendapatkan pekerja yang dedikasi dan kekal di hotel untuk
hendak jaga imej hotel kita. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya. Tuan Yang di-Pertua, itu cadangan yang baik daripada
Arau tadi yang ‘berselangkom’ tadi itu, bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk sama-
sama kita mencapai matlamat. Memang pekerja-pekerja di hotel, dia berpindah dengan
senang sahaja – dia mobile, memang mobile. Saya sesungguhnya hendak mencadangkan
kalau boleh Dewan Bandaraya mengkaji sama ada boleh bekerjasama dengan organisasi
yang lain termasuk Genting. Bukan Genting untuk berjudi tetapi Genting untuk perhotelan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, boleh sambung petang?
Dr. Tan Seng Giaw: Petang? Tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya habiskan sahajalah soalan daripada Arau ini. Saya
pun pernah ada tanya dari mana datangnya cinta tetapi tidak jawab. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Hmm, dari
mata turun ke hati, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Dari mata turun ke hati. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Dewan kita ditangguhkan sekarang hingga jam pukul 2.30 petang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.02 tengah hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat disambung semula. Minta Ahli Yang Berhormat
dari Kepong sambung ucapan.
2.30 ptg.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada jawab penjelasan
daripada Yang Berhormat Arau mengenai kakitangan hotel-hotel yang tidak kekal ataupun
mobile work force dan saya pun akan cadangkan bagaimana kita boleh mengatasi masalah
ini. Tapi masalah di depan kita itu hanya kawalan ke atas hotel sahaja.
38 DR.17.06.2003

Di sini sebelum saya memberi cadangan untuk memperbaiki keadaan, walaupun


ada banyak kuasa yang diberi itu, Datuk Bandar dengan izin menteri dan termasuklah
denda itu dinaikkan, ditambahkan daripada RM2000 kepada RM100 ribu dan juga penjara
sehingga 5 tahun. Ini merupakan denda dan kepenjaraan yang bertambah. Walau
bagaimanapun, dalam usaha untuk menguatkuasakannya akan timbul masalah.
Masalah ini bukan lama, masalah seperti mana dengan di pusat-pusat hiburan tadi
yang sudah kita bahaskan ialah Dewan Bandaraya mestilah bagi saya mempertingkatkan
keberkesanan penguatkuasaan, termasuk kakitangan penguat kuasa-penguat kuasa yang
benar-benar bersih, cekap dan beramanah supaya semua tindakan yang diambil tidak
dapat dikompromikan dengan cara yang lain.
Di sinilah saya hendak menekankan satu kali lagi bahawa apabila sesuatu
tindakan diambil oleh pihak Dewan Bandaraya tetapi ada orang di dalamnya memberi
maklumat kepada pihak yang disasarkan. Ini memang masalah. Yang Berhormat pun tahu
macam mana kita dapat mengatasi dan satu caranya ialah latihan kepada - kita ada 7800
kakitangan Dewan Bandaraya dan akan ditambah lagi bilangannya.
Kita ada latihan bertaraf dunia kepada semua dengan hasrat kita menjadikan
bandar raya kita ini bertaraf dunia dan latihan bertaraf dunia kepada kakitangan supaya
mempunyai iltizam, komitmen yang cukup untuk melaksanakan.
Ini bukan satu rang undang-undang yang tidak baik, ini memang baik. Cuma mesti
diselaraskan dengan sekeliling seperti saya sebutkan tadi dan juga itu satu latihan yang
cukup untuk semuanya.
Seterusnya saya pun ada bincang tadi mengenai keperluan untuk mengaturkan
Jabatan Pelancongan kerana hotel ini di bawah pelancongan. Satu Jabatan Pelancongan
yang mempunyai seksyen hotel untuk mengawal semua ini. Itu memang perlu diadakan
dan termasuklah cadangan saya bagi Dewan Bandaraya bekerjasama dengan Majlis
Pembangunan Sumber Manusia, dan juga Asian Tourism Institution dengan Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia dan dengan skim-skim, termasuk skim Perantisan
Industri Perhotelan serta dengan badan-badan termasuk di negeri-negeri, negeri Sabah
misalnya yang mempunyai agensi yang tertentu untuk pelancongan dan syarikat-syarikat
termasuklah, kalau tidak silap saya sejak tahun 2000 lagi ada satu Kolej Antarabangsa
Genting.
Maksud saya ialah pihak DBKL berbincang dengan badan-badan yang saya telah
sebutkan tadi supaya kita boleh menubuhkan cawangan ataupun satu institusi sekolah
untuk perhotelan, pada masa akan datang kerana sebagai ibu kota kita boleh adakan satu
sekolah perhotelan mirip kepada sekolah-sekolah seperti The Blue Mountains International
Hotel Management School (BMIHMS), ada di sekolah-sekolah di Switzerland, di Greece,
Yunan, New Zealand dan inilah sekolah-sekolah yang canggih dengan latihan ke atas
pelajar-pelajar graduan untuk diploma, untuk ijazah dan pasca ijazah, post-graduate
courses.
Ini memang masa hadapan kita hendak bertaraf dunia dan dari segi pelancongan
dan perhotelan juga bertaraf dunia dan ini saya cadangkan mungkin kita berbincang cara-
cara bagaimana Kolej-kolej Antarabangsa Genting berfungsi. Tidak ada satu kolej di
Wilayah Persekutuan dan ini mewakili semua negerilah. Kita aturkan satu dan ini memang
satu perkara yang penting kerana nampaknya sebahagian daripada pelancongan kita
sebahagian besarnya adalah perhotelan. Hampir RM3 bilion kita dapat daripada
pelancongan dan mungkin kerana hotel-hotel di Kuala Lumpur ini tidak cukup canggih
ataupun tidak menarik, mereka singgah satu malam pergi ke kawasan-kawasan yang lain.
Itu masalah di Wilayah Persekutuan. Tidak singgah lama, satu malam dia keluar
daripada Kuala Lumpur. Mungkin ada faktor-faktor yang lainlah, yang tidak menarik minat
mereka tinggal di ibu kota kita. Saya berharap cadangan saya untuk mengadakan satu
institusi atau kolej atau sekolah sebagai International Hotel Management School untuk
jangka panjang.
DR.17.06.2003 39

Saya diberitahu bahawa misalnya The Blue Mountain International Hotel


Management School ada bekerjasama dengan institusi di Switzerland dan juga Kolej
Antarabangsa Genting bekerjasama dengan Ecole Hoteliere de Lucerne di Switzerland itu
memang bidang perhotelan, mereka lebih canggih daripada Malaysia dan kita tidak
bolehlah membiarkan mereka sahaja yang menguruskan semua, mengadakan institusi dan
sekolah dan kita tidak ada, walhal kita hendak majukan pelancongan kita dan ini yang
pertama.
Yang keduanya, mengenai occupancy rate di Wilayah Persekutuan. Adakah
dengan terlaksananya undang-undang ini ia akan menjejaskan occupancy rate? Kadar
penginapan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang kerana SARS dan sebagainya, kadarnya sudah
menurun 30% hingga 40%. Baru-baru ini juga pihak kerajaan sudah adakan satu pakej
rangsangan ekonomi yang memberi insentif kepada perindustrian perhotelan dengan
beberapa insentif. Saya berharap insentif ini dapat sedikit sebanyak membantu industri
perhotelan kita tetapi saya hendak Yang Berhormat mengkaji sama ada dengan kelulusan
dan penguatkuasaan rang undang-undang ini kelak, occupancy rate hotel ini akan terjejas
ataupun tidak.
Tuan Yang di-Pertua, yang ketiganya, sejak akhir-akhir ini di seluruh dunia,
pelancongan sudah terjejas dan occupancy rate, kadar penginapan di dalam hotel pun
sudah turun dengan banyak. Yang disambut dengan lebih ialah dengan penurunan
harga… [Ketawa] Saya nampak sebab agensi pelancongan, saya nampak, sejak ada
SARS, mereka sudah turunkan kadar ataupun kos, harganya sudah turun dengan banyak.
Kadang kala 50% pun ada dan agensi-agensi sekarang sibuk kerana orang
hendak pergi melancong dengan harga yang murah. Di seluruh dunia kita nampak kalau
harga itu sudah turun, ada lebih ramai yang menyambut baik dan hasil itu akan
bertambahlah, kalau itu caranya.
Ada satu perkara lagi iaitu di dalam perhotelan kita ini ada banyak hotel
terutamanya 5 Bintang, 4 Bintang, dia dapat hasil daripada telefon.
Tuan Yang di-Pertua, dia dapat hasil daripada telefon dan dia caj dengan tinggi.
Berjuta-juta ringgit dia dapat tetapi sekarang sudah tidak dapat. Saya sendiri bila pergi ke
hotel pun kita gunakan telefon bimbit. Tidak payah hendak bayar dengan banyak. Apakah
cadangan Yang Berhormat bagi pihak perhotelan kerana dia hilang hasil ini hasil telefonnya
kerana adanya telefon bimbit? Saya berharap Yang Berhormat juga boleh meneliti dengan
sedalam-dalamnya masalah hasil untuk hotel kita kerana sambil kita hendak melesenkan
semuanya, kita pun hendak tolong mereka untuk berkembang maju.
Satu lagi ialah dengan teknologi moden kita di dalam hotel, Tuan Yang di-Pertua.
Tahun lepas, bulan Oktober selepas pergi ke Bangkok, saya pergi ke England tetapi semua
kita tempah melalui internet termasuk pergi ke Venice dan sebagainya. Apakah cadangan
Yang Berhormat mengenai teknologi untuk hotel kita?
Kita hendak lesen mereka tetapi macam mana kita menggalakkan, membantu
mereka supaya menggunakan internet dan network, enabler for business solution. Ini
termasuklah internet access dan untuk semua tujuanlah termasuk pasaran, latihan dan
komunikasi dan juga kemudahan-kemudahan di dalam hotel dan sebagainya.
Setakat ini saya nampak ada bertambahnya menggunakan high speed internet
dan broadband untuk tujuan tersebut dan juga untuk video on demand bagi in-room
amenities. Kita berharaplah Yang Berhormat dapat meneliti semua cadangan saya supaya
kita sama-sama mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai skim perantisan industri perhotelan.
Tadi Yang Berhormat bagi Arau, tidak ada di sini hari ini, yang bimbang dengan kekurangan
pekerja untuk hotel. Bagi kita semuanya, kita mesti mengambil perhatian macam mana kita
boleh tambahkan pekerja mahir untuk bidang ini.
40 DR.17.06.2003

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis


Pembangunan Sumber Manusia ini sudah pun mengadakan Skim Perantisan Industri
Perhotelan dan bersama-sama dengan badan-badan termasuklah, saya sebut tadi, Kolej
Antarabangsa Genting dan juga badan yang sama di Sabah dan sebagainya, itu
menggalakkan latihan ke atas lepasan sekolah sebagai perantis. Kos latihan itu adalah
sebahagiannya ditanggung oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia.
Yang Berhormat, DBKL boleh mengambil perhatian dan menggunakan
kemudahan ini untuk menolong industri perhotelan di dalam Wilayah Persekutuan kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya juga ada berkecimpung di dalam aktiviti Bulan
Citrawarna Malaysia.
Hari itu pun saya ada hadir untuk menyaksikan bagaimana pihak Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan DBKL berjaya untuk menunjukkan
kepelbagaian budaya dan warna di Malaysia. Seronok saya. Saya berharaplah peristiwa
ini atau Bulan Citrawarna Malaysia boleh dilanjutkan setiap tahun.
Walau bagaimanapun, setakat pengiklanan ataupun publisiti seumpama ini tidak
cukup. Memang tidak cukup. Kita mestilah mempertingkatkan tahap profesionalisme
pelancongan dan perhotelan kita dengan latihan tenaga kerja mahir seperti yang saya
sebutkan dan mudah-mudahan pihak Dewan Bandaraya dapat menggunakan bantuan
kewangan daripada Kementerian Sumber Manusia dan juga daripada kementerian
pelancongan untuk sama-sama kita memajukan hotel di Wilayah Persekutuan dan di
Lembah Klang. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kubang Kerian.

2.51 ptg.
Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua kerana memberi izin untuk saya bersama-sama mengambil bahagian dalam Rang
Undang-undang Hotel Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pindaan) 2003 yang
dibincangkan sekarang.
Yang pertama yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan operator
perhotelan. Satu daripada operator perhotelan di Malaysia ataupun di Wilayah Persekutuan
dalam konteks rang undang-undang ini ialah Pernas yang pada satu masa adalah sebuah
perbadanan awam yang ditubuhkan semasa Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri dan Yang Amat Mulia Tengku daripada Gua Musang pernah menjadi
Pengarah Urusan Pernas yang saya rasa telah berkhidmat dengan cemerlang pada waktu
itu.
Kemudiannya Pernas, Tuan Yang di-Pertua, telah diswastakan pada tahun 1996
melalui penjualan saham-saham 30% kepada Penrite Sdn Berhad yang dimiliki oleh
pengurus dan Lembaga Pengurusan Pernas pada waktu itu yang diketuai oleh Tengku Dato
Shahriman yang menjadi Pengurus Besar Pernas. Kemudian apabila Pernas telah
diswastakan dan sebahagian daripada hotel yang berada di bawah milik Pernas, termasuk
kalau di Kuala Lumpur ialah Hotel Istana - sebuah hotel yang agak baik - dan demikian
juga dengan Hotel Hilton yang kemudiannya telah diserahkan kembali kepada Pernas oleh
pengurusan Hilton dan sekarang ditukarkan kepada Hotel Mutiara.
Kos bagi pembaikan pulih Hotel Mutiara difahamkan ialah RM50 juta dan wang
bagi renovation ini diperolehi daripada penjualan Menara EXXON kepada KLCC Holdings
sebanyak lebih kurang - kalau tidak silap saya - RM168 juta. KLCC Holdings seperti yang
kita semua tahu dimiliki oleh Petronas dan sekali lagi Petronas terpaksa membantu adik-
beradik, rakan-rakan yang lain yang mengalami masalah termasuk Pernas dengan membeli
Menara EXXON sebanyak RM168 juta dan ini membolehkan Pernas mendapat
keuntungan luar biasa sejumlah RM77 juta.
Sebahagian daripada wang ini kemudiannya digunakan untuk renovation Hotel
Mutiara yang kemudiannya pada bulan Mac ini telah beroperasi semula sebagai sebuah
hotel yang hebat. Saya tidak pasti sama ada kos renovation ini adalah munasabah
DR.17.06.2003 41

ataupun tidak. Saya berharap kerajaan boleh memberikan satu penjelasan adakah
renovation sebanyak RM50 juta yang diperoleh daripada keuntungan jualan Menara
EXXON itu adalah satu perbelanjaan yang wajar dan munasabah. Tetapi aspek yang saya
ingin sentuh ialah apabila Penrite kemudiannya tidak berjaya membayar harga saham
yang telah diperolehi. Rupa-rupanya sepanjang penswastaan itu MPO yang dilakukan oleh
Tengku Shahriman tidak pun dibayar kepada Pernas tetapi beliau telah memperoleh -
ataupun Penrite secara khususnya - telah memperoleh sejumlah RM110 juta dividen dalam
masa lima tahun tanpa membayar satu sen pun harga saham yang telah dimiliki di bawah
penswastaan ini.
Saya merujuk, Tuan Yang di-Pertua, kepada satu perbahasan di Dewan Negara
pada 1996 oleh bekas Menteri Besar Pahang pada waktu itu yang menjadi anggota Senator
telah membangkitkan rasa tidak puas hatinya sebagai Senator mengenai pengagihan
agensi-agensi kerajaan melalui program penswastaan kepada individu-individu yang
tertentu tanpa menilai merit dan kesesuaian penswastaan ini dan tidak membuka peluang
lebih ramai orang yang terlibat dalam penswastaan ini.
Itu dibahaskan pada tahun 1996 pada waktu Pernas diswastakan kepada Penrite
dan hasilnya saya rasa pandangan jauh Datuk Abdul Aziz itu telah terbukti apabila akhirnya
Penrite terpaksa menjual semula pemilikan 32% dalam Pernas kepada kerajaan. Yang
hairannya ialah bagaimana pada waktu itu Pernas boleh membayar dividen sejumlah yang
begitu besar dan kebetulan pula dalam satu laporan berita, Chairman ataupun Tengku
Shahriman ini telah kehilangan wang melalui satu rompakan nekad di rumahnya dan beliau
bernasib baik kerana hilang hanya RM2 juta dan wang itu adalah wang cash. Kalau dilihat
daripada dividen yang diperolehi sejumlah RM110 juta yang diperolehi, saya rasa Tengku
Shahriman sebagai pemilik utama dalam Penrite memperolehi bayaran dividen yang lebih
besar daripada itu. Oleh kerana barangkali beliau mempunyai cash yang begitu banyak,
sebahagian disimpan di bawah bantal dan telah dirompak sejumlah RM2 juta. Dan ini
adalah satu tanda kemakmuran yang sangat besar dalam bumi Malaysia. Walau
bagaimanapun, sampai ke hari ini urus niaga ini tidak pernah disiasat. Saya rasa sudah
tentu ini adalah satu kegiatan transaction yang illegal. Bagaimana dividen boleh dibayar
kepada satu company ataupun shareholders yang tidak pun memiliki saham ini secara sah
kerana pembayaran tidak dibuat ke atas saham-saham yang telah dibeli tersebut?
Akhirnya seperti mana kelaziman - macam MAS juga - iaitu syarikat-syarikat yang
telah diswastakan tidak dapat berfungsi, tidak dapat deliver seperti kehendak asal
penswastaan dan telah menyerahkan semula kepada kerajaan. Sejak penyerahan itu telah
dua kali penyusunan ataupun restructuring dibuat. Dan kali yang terakhir ialah 2003 ini iaitu
melalui penjualan saham-saham yang dahulunya dimiliki Penrite tadi kepada satu syarikat
yang dipanggil Restu Jernih. Restu Jernih ini telah dikaitkan dengan multi jutawan Syed
Mokhtar yang telah diberikan keistimewaan untuk memperolehi saham dalam Pernas
melalui dua peringkat pembayaran, iaitu satu pembayaran pada harga RM2.10 sen satu
saham dan peringkat yang kedua ialah Pernas membeli semula hartanah yang dimiliki oleh
syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Syed Mokhtar, terutama sekeping tanah seluas
380 hektar di Johor Bharu dengan harga beratus-ratus juta ringgit - RM170 juta lebih kurang
Tuan Yang di-Pertua - di mana sebahagian daripada hartanah yang dibeli ini ialah dengan
harga dua kali ganda harga yang dimiliki ataupun dibeli oleh empunya asal, dua orang
peniaga yang ada kaitan dengan Syed Mokhtar. Di sini mereka mempunyai keuntungan
luar biasa kerana harga yang dibeli oleh Pernas yang telah dibeli oleh Syed Mokhtar
melalui Restu Jernih tadi adalah dua kali lipat daripada harga pasaran.
Semua fakta ini tidak didedahkan secara terbuka kepada rakyat jelata dan ini pada
saya adalah satu transaction yang amat meragukan. Berkali-kali negara kita telah dilanda
oleh transaction yang sedemikian rupa yang akhirnya merugikan kerajaan. Apabila saya
dalam sidang yang lepas telah memohon satu jawapan bertulis daripada - pada waktu itu
Menteri Kewangan - Tun Dato’ Daim Zainuddin dari Merbuk. Maaf, Tuan Yang di-Pertua.
Beliau telah memberikan satu jawapan yang lengkap berkenaan dengan pegangan-
pegangan oleh khazanah dalam syarikat-syarikat di negara kita termasuk pinjaman-
pinjaman yang diberikan oleh khazanah kepada syarikat-syarikat.
Satu daripadanya ialah pinjaman sejumlah RM500 juta ataupun setengah million
ringgit kepada Arena Target. Arena Target dimiliki 70% oleh Pernas - sebuah anak
42 DR.17.06.2003

syarikat Pernas - dan kerajaan dalam jawapan tersebut telah memberitahu pinjaman ini
adalah untuk operasi hotel-hotel dan satu jumlah yang sangat besar RM500 juta kepada
Arena Target dan wang inilah yang telah digunakan oleh Pernas dalam urus niaga yang
terakhir ataupun penyusunan semula. Kerajaan saya difahamkan membeli sebahagian
daripada saham-saham khazanah dan saham-saham Pernas dan akan menyusun semula
hutang-hutang ini.
Hutang yang berjumlah RM500 juta itu telah meningkat kerana dividen tertunggak
dan peningkatan itu sudah menghasilkan tunggakan sejumlah RM600 juta, lebih daripada
RM500 juta. Akhirnya seluruh beban kewangan ini akan dimiliki oleh kerajaan. Saya rasa
rakyat jelata tidak pernah pun diberitahu bahawa kerajaan memberikan pinjaman half billion
kepada satu syarikat milik Pernas demikian besar yang akhirnya satu sen pun tidak dapat
dibayar bahkan tunggakan telah meningkat kepada hampir RM700 juta. Ini adalah satu
skandal kewangan yang saya rasa besar yang tidak didedahkan sepenuhnya kepada rakyat
jelata. Hari ini yang akan mendapat faedah sekali lagi ialah satu pemilikan atau pun
syarikat yang diberikan hak untuk menguasai Pernas sejumlah 32% tersebut iaitu Syarikat
Desajernih seperti mana yang telah berlaku dalam MAS apabila MAS telah dibayar dengan
harga RM8 satu saham pada waktu itu saham MAS hanyalah RM4 yang akhirnya untung
ialah Naluri Berhad mempunyai cash dalam simpanannya sejumlah RM900 juta dan ini
semua transactions yang melibatkan wang negara.
Jadi saya berharap penjelasan yang cukup dapat diberikan oleh wakil kerajaan
pada hari ini dan saya ingin melibatkan juga hotel-hotel yang lain di bawah pengurusan
Pernas dan tidak dinafikan bahawa Pernas mempunyai hotel-hotel yang memberikan
keuntungan seperti Mutiara di Pulau Pinang dan Mutiara Beach Resort di Langkawi dan
juga Mutiara Resort di Taman Negara.
Inilah perkara-perkara yang saya rasa memerlukan penjelasan yang lebih lanjut
kerana pada asasnya hotel-hotel yang diuruskan oleh Pernas ini mengaut atau pun
mencatatkan keuntungan tetapi dividen-dividen ini tidak dapat dinikmati oleh pemegang
saham termasuk oleh Khazanah yang telah memberikan pinjaman seperti yang telah saya
sebutkan tadi. Oleh kerana itulah dalam konteks ini saya mempersoalkan renovation RM50
juta tadi, adakah renovation ini satu renovation yang sepadan ataupun mark up ataupun
lambungan harga telah dinaikkan. Adakah satu operasi ataupun satu manual yang kemas
telah pun diadakan bagi memilih tender-tender dan juga menentukan bentuk renovation itu
adalah bersesuaian dengan keperluan Mutiara Hotel yang baru dibaiki itu? Jadi saya
berharap kerajaan dapat memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut.
Selain daripada itu apa yang saya ingin bangkitkan ialah mengenai latihan di
bawah Pernas juga mereka mempunyai satu institusi latihan perhotelan. Saya berharap
seperti mana Kepong bahawa latihan perhotelan ini dapat ditingkatkan termasuk kemahiran
bahasa. Oleh kerana kebelakangan ini ramai pelancong dari Arab datang dan sebelum
daripada ini sebahagian daripada pekerja hotel terutama receptionists boleh berbahasa
bukan sahaja berbahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Mereka kadang-kadang boleh
berbahasa Jepun dan Korea kerana sebahagian pengunjung adalah daripada Jepun dan
Korea, bahkan kalau Hotel Nikko seluruhnya mempunyai niche perhotelan Jepun. Saya
berharap kita juga dapat memberikan latihan kemahiran berbahasa Arab kepada para
pekerja hotel kita sesuai dengan kemasukan pekerja-pekerja ataupun pelancong-pelancong
daripada negara Arab kebelakangan ini.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, ialah apabila kita memasuki hotel
sesetengah hotel ini dia taruh dalam laci di dalam bilik hotel tersebut kitab suci,
sebahagiannya menaruh Bible dan sesetengahnya menaruh Al-Quran. Saya tidak
menghalang peletakan mana-mana kitab suci tetapi saya merasakan bahawa adalah lebih
sesuai bagi kita meletakkan semua kitab suci, kita tidak harus mengkhususkan sesuatu
hotel dengan kitab suci Al-Quran ataupun Bible semata-mata. Kita harus juga meletakkan
kitab suci agama Buddha ataupun agama Hindu supaya dengan itu kita memberikan
peluang kepada semua penduduk hotel ataupun pengunjung hotel untuk menikmati semua
kitab suci ini dan sesuatu hotel tidak dikaitkan dengan pembiblean para pengunjung mereka
semata-mata ataupun meletakkan Al-Quran semata-mata.
DR.17.06.2003 43

Jadi saya rasa ini dapat dilakukan supaya hotel-hotel ini dinasihatkan tidak
memberatkan satu-satu agama kerana pengunjung-pengunjung juga adalah pelbagai
agama. Adalah satu perkara yang sangat tidak manis atau tidak menyenangkan apabila
kita sebagai seorang Islam kita hanya mempunyai peluang untuk membaca Bible dan tidak
membaca kitab suci Al-Quran itu sendiri. Dan sebahagian daripada kitab suci ini saya rasa
telah diwakafkan ataupun didonatekan, didermakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu dan
sudah tentu barangkali hotel akan merasakan satu keperitan ataupun masalah kewangan
untuk mereka menyediakan semua kitab suci ini. Mungkin Bible ini didonate oleh satu
pihak tertentu dan untuk mendapatnya secara percuma dan kerana itu hotel ini meletakkan
Bible dalam bilik para pengunjung tetapi saya rasa kerajaan boleh mengambil inisiatif ini.
Saya difahamkan di bawah akta cukai kita ada pelepasan-pelepasan tertentu bagi
kegiatan-kegiatan keagamaan dan saya berharap satu daripada cara untuk memastikan
semua hotel ini meletakkan kitab suci yang lebih daripada satu agama dalam bilik tidur hotel
mereka ialah memberikan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat ini.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, kita juga terkejut dengan berita Bukit
Tinggi diberikan lesen slot machines sebanyak 250 buah semata-mata kerana untuk
menyelamatkan Bukit Tinggi Resort Berhad daripada kebankrapan. Bukit Tinggi Resort
Berhad yang dimiliki oleh Vincent Tan dan juga oleh Yang Berhormat Mulia Tengku di
Jabatan Perdana Menteri, bukan Tengku daripada Jerantut, tetapi Tengku daripada
Wilayah Persekutuan, yang memiliki RM63 juta saham.
Saya hendak tahu macam mana seorang Menteri boleh menjual dan boleh jadi
tauke judi? Kalau boleh Yang Berhormat Mulia Tengku daripada Jerantut memberikan
penjelasan adakah wajar seorang menteri Kabinet menjadi tauke judi? Dan lesen judi ini
diberikan semata-mata kerana syarikat Bukit Tinggi Resort Berhad mengalami masalah
kewangan, turnover bagi Bukit Tinggi Resort Berhad bagi tahun 2001 hanya RM23 juta dan
pada tahun tersebut Bukit Tinggi Resort Berhad ini mengalami kerugian RM17 juta. Dan
turnover RM23 juta hendak bayar liabilities yang berjumlah lebih daripada RM500 juta
tentulah satu perkara yang agak mustahil dan pada masa yang sama Affin Bank boleh beri
pinjaman RM300 juta. Satu bank boleh beri pinjaman dan pinjaman ini diberikan selepas
daripada krisis ekonomi 1997 di mana harga hartanah telah jatuh tetapi Affin Bank masih
lagi mampu memberikan pinjaman kepada syarikat yang bermasalah seperti ini. Ini semua
saya tidak boleh faham dan saya harap mendapat penjelasan.
Selepas itu apabila kita tahu Bukit Tinggi Resort Berhad mendapat saham dan
mendapat lesen judi di mana Menterinya menjadi salah seorang taukenya sampai ke hari ini
kerana mengikut Suruhanjaya Syarikat Malaysia sampai hari ini, sampai 20hb Mei 2003
Yang Berhormat Mulia Menteri kita masih ada saham dan selain daripada itu ada saham
dalam Bukit Tinggi ialah Pasdec Corporation dan Tabung Haji ada saham dalam Pasdec
sebanyak RM500,000 saham. Dan saya ada wang dalam Tabung Haji tetapi saya tidak
hendak jadi tauke judi. Jadi Yang Berhormat Mulia daripada Jerantut berkewajipan
memastikan Tabung Haji keluar daripada Pasdec yang memiliki saham dalam syarikat
perjudian ini.
Kemudian pada masa yang sama ada lesen mini kasino di Tioman yang juga
dipunyai oleh Berjaya Group. Lesen mini kasino dan ini dimaklumkan sendiri oleh laman
web Kementerian Kewangan. Apa pasal negeri Pahang Darul Makmur begitu mewah
dengan kedai-kedai judi dan syarikat-syarikat perjudian yang baru? Yang Berhormat Mulia
daripada Jerantut saya rasa tidak bersetuju walaupun mungkin lesen perjudian ini
diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua yang juga daripada Pahang. Saya amat kasihan
dengan rakan saya daripada Rompin, mungkin beliau dipaksa untuk meluluskan lesen ini
[Ketawa] tetapi saya cukup terharu bagaimana seorang Menteri baru yang seharusnya
menjaga kredibilitinya tiba-tiba telah dipaksa meluluskan lesen ini, dua lesen baru - satu di
Bukit Tinggi dan kemudian satu di Tioman. Ini pada saya amat memalukan. Dan tidaklah
salah jika kita katakan Pahang sudah bertukar menjadi Darul Kasino Walmaithir.
Berbalik kita kepada hotel ini, saya bimbang jika inilah trend yang digunakan oleh
kerajaan Tuan Yang di-Pertua, mana-mana hotel yang bermasalah akan diberikan lesen
kasino, habislah kita! Jadi, dasar ini tidak boleh diamalkan. Ada cara lain yang boleh kita
44 DR.17.06.2003

bantu hotel-hotel ini. Tidaklah payah apabila mana-mana hotel mengalami masalah
kewangan, mereka diberikan lesen perjudian.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada yang bangun di belakang.
Tuan Husam bin Haji Musa: Ya, terima kasih.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat bagi
Kubang Kerian kerana mengikut pandangan pertama yang diberikan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Kewangan, dia mengatakan slot machines ini tidak judi. Betulkah
macam ini atau betul Yang Berhormat kata slot machines juga masuk dalam kategori judi?
Minta penjelasan sedikit, mungkin semua dalam Dewan hendak dengar pengertian sebenar
slot machines ini dalam kategori judi ataupun tidak. Minta penjelasan.
Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, saya minta jalan, saya minta
masa sedikit mengulas perkara ini. Sebenarnya Yang Berhormat bagi Jeli silap. Saya
duduk bersama dengan Yang Amat Berhormat bagi Kubang Pasu. Saya membela Yang
Amat Berhormat bagi Kubang Pasu iaitu Yang Amat Berhormat bagi Kubang Pasu kata
bahawa kelulusan mesin perjudian di Bukit Tinggi bukan satu kasino, tetapi ia hanyalah
perjudian mesin slot - 250 mesin.
Jadi, memang perjudian tetapi bukan kasino. Itu kena dibetulkan. Yang diluluskan
di Bukit Tinggi bukan satu lesen kasino dalam erti biasa, tetapi satu lesen perjudian mesin
slot. Dua-dua judi tetapi judi yang berlainan. Kita ada banyak jenis perjudian di Malaysia.
Satu ialah perjudian lumba kuda dekat dengan hotel juga, Tuan Yang di-Pertua. Ini berkait
dengan hotel di Seri Kembangan. Hotel perjudian lumba kuda ini diuruskan oleh Tanjong
yang mendapat pelepasan cukai daripada 10% kepada 4% pada bulan September 2001,
tiga bulan selepas Yang Berhormat bagi Merbok meletakkan jawatan. Bermakna bahawa
Menteri Kewangan yang menggantikan Yang Berhormat bagi Merbok telah dengan murah
hatinya memberikan penurunan cukai sebanyak 6%.
Dua syarikat judi yang lain iaitu Sports Toto dan Metroplex. Sports Toto
menganjurkan perjudian lain daripada yang dianjurkan oleh Tanjong dan Metroplex adalah
lesen perjudian di atas kapal. Tidak cukup kita berjudi atas bukit, kita berjudi dalam bandar.
Habis itu, kita berjudi atas lautan. Ini kehebatan syarikat-syarikat perjudian di Malaysia.
Sebahagian daripada syarikat perjudian ini ada connection yang rapat dengan perhotelan
macam Genting dan Kumpulan Berjaya. Mereka mengusahakan hotel dan pada masa
yang sama, mereka adalah operator perjudian.
Berbalik kepada apa yang disebut sebagai kasino, saya telah meneliti, dengan
izin, Tuan Yang di-Pertua, ensiklopedia Americana. Kasino bermakna bahawa house of
gambling. Daripada perkataan Italian words, “casa” which means “house of enjoyment”.
Kamus Oxford English-Malay Dictionary (muka surat saya tidak ingat) [Ketawa] mengatakan
bahawa kasino ialah rumah perjudian. Jadi, bermakna bahawa mana-mana dinding yang
melingkungi tempat perjudian, dengan sendirinya disebut kasino, baik jenis lumba kuda
ataupun judi berlaga ayam, berlaga ikan, berlaga lembu, judi Toto, Empat Nombor Ekor,
empat nombor kepala dan sebagainya.
Pada asas ini, walaupun dalam industri gaming diasingkan di antara kasino
dengan judi lain, tetapi yang saya tertarik ialah apabila pengurus syarikat ini telah pergi ke
Timur Tengah, berkempen dengan orang Timur Tengah datang berjudi di Bukit Tinggi bagi
menggantikan perjudian di Amerika kerana keadaan politik antarabangsa yang ada pada
waktu ini. Jadi, atas….
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ada yang bangun.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Panjang sangat cerita hal kasino ini,
Tuan Yang di-Pertua, bukan di Kuala Lumpur pun. Jadi, kita bolehlah dengar kasino tetapi
jangan sepanjang masa kita dengar hal kasino sahaja, perjudian sahaja pun, bukan di
DR.17.06.2003 45

Kuala Lumpur, bukan di hotel. Jadi, mintalah Tuan Yang di-Pertua bagi panduan sedikit.
Terima kasih.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan.
Di Sarawak juga ada perjudian…
Tuan Yang di-Pertua: Batang Lupar!
Tuan Husam bin Haji Musa: Ya?
Tuan Yang di-Pertua: Batang Lupar!
Tuan Husam bin Haji Musa: Ya, Yang Berhormat bagi Batang Lupar, minta
maaf. Di Sarawak juga ada perjudian yang diluluskan oleh kerajaan.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Hendak bagi jalan tidak?
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Saya mengikuti dengan tekun apa yang diucapkan
oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, Tuan Yang di-Pertua, tentang industri perhotelan
yang mana mengikut beliau, ada beberapa hotel yang terkemuka yang sebenarnya rugi dari
segi perniagaannya terpaksa dibantu oleh kerajaan dengan menggunakan wang-wang
kerajaan.
Satu lagi cara untuk kononnya menutup kerugian hotel-hotel ini ialah melalui
kelulusan lesen-lesen perjudian tetapi saya ingin tanya kepada Kubang Kerian, apabila
pada sesi-sesi Dewan ini, kita membahaskan tentang pertandingan atau perlumbaan kereta
Formula One dan kita memberi pandangan bahawa ianya tidak menguntungkan negara,
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menjawab bahawa sebenarnya walaupun perlumbaan itu sendiri tidak
membawa keuntungan langsung tetapi ianya memberi keuntungan berjumlah RM1.5 bilion,
kerana pelancong datang dan menggunakan bilik-bilik hotel dan hotel-hotel mendapat
untung besar kerana perlumbaan Formula One.
Dalam kes hendak menghalalkan perjudian, hujahnya pula ialah bahawa hotel-
hotel rugi dan oleh itu perlu diberi bantuan kewangan menggunakan wang kerajaan. Jadi,
pohon penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, yang mana satu betul dari
segi jawapan pihak kerajaan tentang untung rugi hotel-hotel ini.
Tuan Husam bin Haji Musa: Ya, itu sebahagian kecil sahaja, Tuan Yang di-
Pertua dalam cerita ini. Gambaran yang lebih besar perlu diberikan oleh pihak kerajaan.
Itulah cara kerajaan memanipulasikan keadaan.
Saya berbalik, bagi satu contoh, saya panjangkan apa yang disebutkan oleh Yang
Berhormat bagi Tumpat. Saya sebutkan tadi bahawa Arena Target, 70% dimiliki oleh
Pernas dan kerajaan memberikan pinjaman sebanyak RM500 juta. Kemudian Pernas tidak
dapat membayar hutang ini dan juga tidak membayar dividen-dividennya menyebabkan
tunggakan melebihi RM600 juta, hampir RM700 juta.
Yang terakhir ialah bagaimana apabila Khazanah sekali lagi dia beli Arena Target
daripada Pernas dan jumlah yang dibayar kepada Pernas untuk pembelian Arena Target
yang sudah pun mempunyai RM500 juta wang kerajaan di situ, Arena Target membayar
sejumlah RM527 juta. Jadi, hampir RM1 bilion bagi membantu Pernas mengurangkan
hutangnya yang sejumlah RM2.5 bilion. Pada akhir tahun 2002 dan telah pun meningkat
kepada RM2.6 bilion pada waktu ini.
Jadi, ini satu jumlah wang yang sangat besar. Dan akhirnya apabila kerajaan
mengambil alih hutang-hutang ini di mana Arena Target menguruskan tujuh hotel di seluruh
Malaysia termasuk di Batang Ai di Sarawak. Saya tidak lupa kepada Yang Berhormat bagi
Batang Lupar. Hotel Batang Ai di Sarawak juga diuruskan oleh Arena Target dan hotel-
hotel yang lain termasuk Hotel Mutiara dan Hotel Istana yang saya telah sebutkan tadi. .
Jadi, kerajaan sekali lagi menyelamatkan industri perhotelan yang gagal diuruskan
oleh Pernas tadi dengan membayar sekali lagi RM527 juta untuk 70% saham yang dimiliki
oleh Pernas dalam Arena Target. Pada akhirnya, yang akan untung ialah Restu Jerneh
46 DR.17.06.2003

yang telah saya sebutkan yang dimiliki secara tidak langsung oleh Syed Mokhtar. Jadi,
saya tidak menghalalkan Syed Mokhtar mendapatkan Pernas, menguruskan semula
Pernas tetapi tiap-tiap kali restructuring ini dilakukan, kesannya ialah kewangan kerajaan
terjejas dan yang mendapat faedahnya ialah segelintir orang.
Kalau saya diberi peluang bersama dengan Yang Berhormat bagi Tumpat dan
Yang Berhormat bagi Batang Lupar, saya rasa kami bertiga pun boleh ambil dengan cara
macam ini, Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu, kalau sudah rugi esok, saya serah balik
kepada kerajaan, kerajaan bayar balik kepada saya, saya goyang kaki. Jadi, adakah ini
cara kita menguruskan negara kita?
Kalau Yang Berhormat bagi Jelebu kata inilah satu-satunya kerajaan yang boleh
menguruskan negara kita dengan cekap, dengan amanah, dengan bersih, dengan prudent,
nyata sekali collapse. Tiada asas langsung. Jadi, macam mana menteri-menteri di sana
boleh duduk, boleh luluskan perkara ini dalam Kabinet? Saya berharap Yang Berhormat
bagi Jelebu yang ada satu-satunya Menteri yang ada di sini, boleh bawa perkara ini di
dalam Kabinet.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik kepada apa yang ditulis oleh bekas Speaker
Dewan Negara, Datuk Adam Abdul Kadir, dalam satu kolumnya di Utusan Malaysia pada
tahun lepas. Beliau mengulas tentang ucapan Yang Berhormat bagi Arau. Yang
Berhormat bagi Arau minta supaya syarikat kerajaan ini dibuka lebih luas kepada
penyertaan Ahli-ahli Parlimen untuk menjadi Lembaga Pengarah, walaupun sekarang ini
sudah ramai.
Tabung Haji rugi semasa Yang Berhormat bagi Sri Gading menjadi Ahli Lembaga
Pengarah, sekali dengan Yang Berhormat bagi Serdang. Beri pinjaman kepada Asasi
Trade yang kemudiannya lingkup dan sampai hari ini tidak boleh pulangkan semua wang
yang dimiliki oleh Tabung Haji. Masih ada RM235 juta dalam pegangan Asasi Trade. Dan
akhirnya, wang ini tidak dapat dipulangkan.
Yang Berhormat bagi Arau minta tambah lebih Lembaga Pengarah daripada Ahli-
ahli Parlimen. Adam Abdul Kadir mengkritik pandangan Yang Berhormat bagi Arau dengan
mengatakan bahawa bukan itu keutamaan Ahli Parlimen. Keutamaan Ahli Parlimen ialah
menilai semula sejauh mana Pernas…, satu daripada perkara yang disebut ialah Pernas
kerana beliau juga pernah terlibat dengan Pernas. Prestasi dan pengurusan kewangan
Pernas selama diswastakan sejak 1996 dan tajuk Pernas ini telah disentuh dalam
tulisannya, dan dia mempersoalkan bagaimana Pernas boleh membayar dividen kepada
syarikat yang tidak membayar saham yang diambil alih olehnya.
Jadi, ini adalah pembayaran yang tidak sah. Saya betul-betul minta penjelasan
adakah pembayaran dividen RM110 juta daripada Pernas ini kepada Fan Right ini adalah
sah mengikut undang-undang ataupun tidak, kalau tidak sah mengapa Securities
Commission tidak bertindak mengambil tindakan mendakwa pihak-pihak tersebut, kalau ini
caranya setiap kali Restu Jernih sekarang mengambil alih Pernas, Pernas juga akan
membayar dividen walaupun syarikat ini akan mengalami kerugian dan selain daripada
perhotelan, Pernas memiliki ladang-ladang kelapa sawit yang lumayan dan juga
perdagangan dan perkara-perkara lain.
Jadi, ini akan diambil kesempatan oleh setiap pemegang saham Pernas ataupun
mana-mana agensi kerajaan seperti Naluri dalam MAS pada satu masa untuk bertindak
sesuka hati dan tidak ada pemantauan. Ini aspek yang mesti diperhatikan oleh Yang
Berhormat bagi Jelebu. Ini aspek penguatkuasaan undang-undang. Ini duduk serang
penguat kuasa polis, penguat kuasa yang rendah-rendah, yang kecil-kecil, bergaduh
sesama sendiri dalam pihak berkuasa tempatan, menteri kata ada rasuah, Menteri Besar
kata tidak ada rasuah, itu penting jugalah.
Tetapi yang menyentuh puncak kuasa, kerana Pernas ini directly bawah Jabatan
Perdana Menteri, bukan duduk di bawah orang lain. Kalau Jabatan Perdana Menteri tidak
boleh tunjuk contoh teladan, habislah anak buah kencing di tepi jalan.
Jadi, ini satu hal yang serius. Saya minta penjelasan yang memuaskan dalam tajuk
yang telah saya bangkitkan. Walaupun pada tahun 1982 ketika Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri membentuk Kabinet yang pertama, dalam pengumuman pada waktu itu
DR.17.06.2003 47

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Tuan Yang di-Pertua, masih ingat, Perdana Menteri
membuat pengumuman bahawa Pernas dipindahkan kepada Menteri Pembangunan
Negara dan Luar Bandar yang pada waktu itu dijawat ataupun dipegang oleh bekas Yang
Berhormat Menteri Besar Kedah ataupun Dato’ Seri Sanusi Junid.
Beliau pada waktu itu menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar
dan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentukan Kabinet barunya ialah bahawa
Pernas telah dipindahkan kepada Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kemudian orang Pernas berjumpa dengan Perdana Menteri meminta dikekalkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi Pernas directly di bawah pengawasan Jabatan
Perdana Menteri. Seminggu yang lepas, Perdana Menteri ketika berucap di satu majlis,
dilaporkan oleh surat khabar bahawa setiap satu syarikat yang telah diswastakan tidak akan
dibiarkan bebas tanpa dipantau. Kata Perdana Menteri, syarikat-syarikat ini tetap akan
dipantau tetapi apa yang berlaku. Dalam kes MAS, Perdana Menteri sendiri telah menyebut
bahawa korupsi dan penyelewengan telah berlaku, ini setahun yang lepas, dalam muka
depan surat khabar, diakui oleh Perdana Menteri bahawa penyelewengan MAS semasa
diswastakan kepada Naluri di bawah teraju Tajuddin, melakukan korupsi dan
penyelewengan tetapi sampai hari ini mana dia? Tidak ada apa.
Hasil siasatan yang tidak pernah diumumkan, pendakwaan tidak dilakukan. Yang
bercakap banyak mengenai perkara ini juga Yang Berhormat bagi Jelebu. Saya masih ingat
satu daripada contoh, apabila Hakim di Kinabalu, Dato’ Mohamad Kamil mendakwa bahawa
beliau telah menerima panggilan telefon menggugurkan kes petition pilihan raya. Pada
waktu itu Yang Berhormat bagi Jelebu kata ini adalah kes urgency dan mesti diselesaikan
dalam tempoh yang segera, ini sudah setahun lebih. Saya ingat sudah dua tahun, tidak ada
apa-apa.
Mana integriti menteri-menteri kita, kerajaan kita. Setiap kali buat janji, hendak
melaksanakan rule of law, penguatkuasaan undang-undang ini, membanteras corruption at
the highest level ini, akhirnya tinggal tangan kosong sahaja, teori sahaja.
Jadi, kehilangan integriti ini akan menyebabkan lebih banyak wang negara akan di
songlap kan dengan sebegitu mudah. Parlimen inilah tempatnya mengikut Adam Abdul
Kadir untuk kita membongkar perkara-perkara ini, supaya setiap pihak yang diberikan
amanah untuk menguruskan syarikat-syarikat daripada harta negara ini berlaku prudent
dalam masa mereka mentadbir dan setiap mereka yang melakukan kesalahan diberikan
punishment yang setimpal, baru orang lain serik.
Kalau tidak semua ambil kesempatan. Sekarang giliran Syed Mokhtar, dapat
semua. Johor ports dia dapat, itu port pun dia dapat, Senai port pun dia akan dapat. Macam
mana satu orang boleh manage semua perkara yang begitu besar.
Ia mesti ada satu fokus dan satu tumpuan dalam fikiran kita. Kita ada masa 24
jam. Semua manusia ada 24 jam masa. Tidak ada pun satu manusia yang ada 25 jam
masa. Bila satu orang hanya ada 24 jam, semua dia hendak pegang – collapse.
Jadi, ini satu cara kerajaan mengulangi kesilapan. Sudah berapa kali silap. Dahulu
semua milik Halim Saad, segala-galanya termasuklah National Steel dekat Philippines yang
akhirnya menelan RM3 billion wang negara kita.
Semua hilang macam itu sahaja tetapi budak miskin daripada mana-mana hendak
masuk universiti, kena caj 4% tidak ada apa-apa kasihan belas langsung. Kalau empat
orang dalam satu keluarga kena 4% pinjaman pelajaran tinggi, pendidikan tinggi, syarikat-
syarikat ini diberikan pinjaman bukan sahaja pinjaman, diberikan terus wang-wang tersebut
secara percuma.
Jadi, saya berharap bahawa kita sampai kepada satu peringkat di mana kita boleh
merenung semula perjalanan negara kita dan membetulkan, kita jangan lagi mengulangi
kesilapan yang sama. Walaupun Syed Mokhtar ada wang yang banyak, ada kemampuan
tetapi takkanlah segala-galanya kita hendak serahkan kepada Syed Mokhtar yang satu
masa mungkin akan lingkup dan ini akan menyebabkan lebih banyak wang negara kita
akan hilang.
48 DR.17.06.2003

Saya berharap Yang Berhormat bagi Jelebu dan rakannya yang dahulunya kedua-
duanya daripada Parti Semangat 46 daripada Jerantut, dapat mengambil isu yang saya
bangkitkan untuk memberikan penjelasan yang memuaskan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Mambong.
3.27 ptg.
Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-Undang Hotel (Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur) ini.
Seharusnya rang undang-undang seperti ini patut juga digunapakai di tempat-
tempat yang lain dan bukan sahaja di Kuala Lumpur.
Namun yang demikian, kita yang datang ke Kuala Lumpur ini dari negeri seberang,
Sabah dan Sarawak tidak ada pilihan yang lain selain menginap di hotel-hotel di Kuala
Lumpur. Saya ada beberapa pandangan tentang hotel-hotel di Kuala Lumpur ini.
Perkhidmatan hotel-hotel di Kuala Lumpur memang dianggapkan baik tetapi prestasi
ataupun efficiency mereka yang bekerja di hotel-hotel di Kuala Lumpur ini agak tidak
memuaskan. Kadangkala kalau kita meminta sesuatu untuk dihantar ke bilik kita, kita
menunggu dua, tiga jam baru boleh dapat apa yang kita minta itu.
Daripada counter service di hotel, banyak hotel terutama sekali hotel-hotel di Bukit
Bintang, counter service nya memang saya rasa tidak memuaskan. Saya sudah pun
menginap di beberapa buah hotel di Bukit Bintang dan mendapati bahawa kita terpaksa
menunggu hampir setengah jam untuk di check-in. Ini saya anggap memang kurang
memuaskan.
Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memastikan bahawa servis lebih-lebih
lagi counter service di hotel-hotel di Kuala Lumpur ini dapat dipertingkatkan lagi kerana
hotel adalah satu front bagi pelancong untuk menilai negara kita.
Perkara yang saya ingin menyentuh juga adalah daripada segi security. Banyak
hotel di Kuala Lumpur ini memang security nya agak tidak memuaskan juga. Kadangkala
mereka yang bukan menginap di hotel senang sahaja masuk dan ketuk pintu kita. Ini
memang tidak baik kerana orang yang bukan menginap di hotel, kalau dia dapat sampai ke
bilik kita mengetuk pintu, ini bermakna sekuriti memang tidak memuaskan. Saya dapat
tahu juga banyak hotel di Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi orang dari Sarawak yang datang ke
Kuala Lumpur, mengadu bahawa mereka diancam di bilik mereka lebih-lebih lagi di hotel
yang kecil. Jadi kalau macam ini memang sekuritinya tidak bagus dan haruslah
dipertingkatkan kerana kadang kala nanti nyawa kita juga terancam.
Daripada mengelaskan hotel dengan bintang-bintang ini, saya rasa hotel patutlah
diberi provisional rating, jangan terus memberi kelas five-star atau non-star kerana ada di
kalangan hotel ini sudah dikelaskan dengan lima bintang tetapi taraf perkhidmatan mereka
bukan setimpal dengan lima bintang. Jadi kalau diberi provisional rating dan jika
perkhidmatan di hotel-hotel yang tidak setimpal dengan bintang-bintang yang diberi kepada
mereka, sudah tentu pihak berkuasa boleh menarik lagi satu bintang. Jangan beri lima
bintang, mungkin empat bintang sahaja. Ini juga adalah penting.
Satu kemudahan yang saya ingin sentuh di sini adalah tentang makanan-makanan
di hotel. Banyak hotel yang bertaraf antarabangsa memang ada makanan western tetapi
tidak ada makanan tempatan. Boleh tidak jika pihak berkuasa mewajibkan makanan
tempatan ini di coffee houses di hotel ataupun restoran-restoran di hotel di Kuala Lumpur ini
lebih-lebih lagi hotel yang bertaraf antarabangsa?
Itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua yang boleh saya sentuh di dalam Rang
Undang-undang Hotel ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Yang Berhormat bagi Bukit Bintang.
DR.17.06.2003 49

3.33 ptg.
Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai wakil rakyat dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya mengalu-alukan
pembentangan Rang Undang-undang Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
(Pindaan) 2003 yang mana sekali gus memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan MMP
Bab 87 yang didapati sudah lapuk.
Keseluruhannya rang undang-undang ini memberi kuasa penuh kepada Datuk
Bandar untuk melesenkan dan mengawal hotel di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu
lebih banyak berbanding undang-undang sedia ada. Hotel dan perhotelan adalah
merupakan industri hospitality yang begitu penting bagi sesebuah negara seperti Malaysia.
Maka satu undang-undang tertentu bagi mengawal industri perhotelan Kuala Lumpur
adalah perlu. Hotel dan pelancongan adalah dua istilah yang saling kait mengait dan saling
memerlukan. Tanpa hotel, pelancong akan sukar mendapat tempat menumpang dan boleh
ini menjejaskan industri pelancongan, dan tanpa pelancong sektor perhotelan akan pupus.
Oleh itu adalah tepat ketetapan bahawa sektor perhotelan adalah barisan hadapan bagi
industri pelancongan dan gerbang masuk ke negara kita. Sedikit sebanyak ia telah
menyumbang kepada KDNK Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2000, di Kuala Lumpur terdapat 263 hotel sedia
ada yang mengandungi 26,144 bilik manakala di peringkat pembinaan yang telah mendapat
kelulusan pembangunan adalah sebanyak 120 hotel lagi, yang menyediakan 32,595 bilik,
walaupun kadar meningkat semakin menurun. Misalnya pada tahun 1995, kadar
penetapan 76% sedangkan tahun 2000, kadar itu menjadi 60.9%. Ini disebabkan oleh
pelbagai faktor, antaranya faktor ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, ketibaan pelancong asing adalah mengecewakan juga.
Dalam tahun 2000 ada seramai 10,221,600 pelancong asing yang menghasilkan
pendapatan negara sebanyak RM17 bilion. Hanya 3,946,900 pelancongan asing yang tiba
di Kuala Lumpur manakala pelancong tempatan pula ialah 2,803,300 orang. Ini memberi
kesan kepada sektor perhotelan yang mana purata tempoh penginapan pelancong adalah
1.6 malam di Kuala Lumpur dan 5.88 malam di luar Kuala Lumpur. Year Chart lebih rendah
berbanding dengan kadar United Kingdom 8.7 malam dan di Thailand tujuh malam. Ini
bererti pelancong asing bermalam di Kuala Lumpur sewaktu tiba dan berlepas balik. Selain
masa dihabiskan di luar Kuala Lumpur, barangkali sektor perhotelan tidak menyediakan
cukup insentif dan tidak ada cara yang boleh menarik pelancong supaya lebih lama
bermalam di Kuala Lumpur.
Selain itu kadar caj permintaan di Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding di luar
Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur menghadapi kekurangan hotel budget atau ekonomi yang
kadar caj penginapan lebih rendah. Oleh itu berdasarkan unjuran 2020 yang mana
sebanyak 83,770 bilik hotel akan disediakan yang mana sekarang ada hanya 58,739 bilik
sahaja. Pertambahan bilik hotel ekonomi hendaklah digandakan bagi menarik lebih ramai
pelancong asing tempatan datang ke Kuala Lumpur. Langkah membanyakkan hotel kelas
ekonomi dan asrama belia sekitar Kuala Lumpur sebenarnya dapat membantu mempromosi
Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan. Penduduk Malaysia dan pelancong asing
takut untuk datang melancong dan bermalam di Kuala Lumpur kerana caj hotel yang tinggi.
Itulah sebabnya mereka hanya mampu menginap satu atau dua malam sahaja.
Untuk perhatian Dewan yang mulia ini penduduk-penduduk Kuala Lumpur dan
kawasan lain yang sering melancong ke negeri-negeri dalam Malaysia seperti Kelantan,
Terengganu, Pulau Pinang dan sebagainya secara rombongan, biasanya akan menginap di
hotel-hotel ekonomi, rumah tumpangan, dan asrama yang mana kos penginapan murah.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu negeri-negeri tersebut penuh dengan kedatangan
pelancong tempatan. Ini tidak termasuk dengan kenderaan sendiri dan menaiki pesawat.
Malangnya trend ini tidak berlaku di Kuala Lumpur. Rombongan rakyat tempatan dari luar
Kuala Lumpur kurang datang ke Kuala Lumpur. Ini kerana melibatkan kos yang tinggi untuk
bermalam. Jika mereka datang, mereka datang secara sendirian dan bermalam di rumah
sanak saudara. Jika hotel kelas ekonomi, rumah tumpangan, asrama belia dapat dibina
lebih banyak di Kuala Lumpur yang mana tempat penginapan itu menyediakan medan letak
50 DR.17.06.2003

kereta secukupnya, saya percaya lebih ramai rakyat di luar bandar dapat melawat,
melancong sambil bermalam di Kuala Lumpur.
Di samping mereka melawat pelbagai tempat menarik sekitar Kuala Lumpur
mereka dapat memanjangkan tempoh penginapan di Kuala Lumpur menurut unjuran Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020. Purata tempoh penginapan pelancong dijadikan tiga malam.
Sepanjang tempoh awal tahun 2003 Perang Iraq dan ancaman SARS telah menjejaskan
kegiatan pelancongan di negara kita baik di perhotelan, agensi pelancongan dan
perjalanan, tetapi keadaan itu telah pulih dan ketibaan pelancong kian bertambah. Pihak
hotel besar nampaknya mempergiatkan promosi pemasaran dan nampaknya kegiatan
mereka sengit dalam merekodkan pelanggan.
Tuan Yang di-Pertua, ada hotel yang nampaknya menutup sebelah mata terhadap
kegiatan pelacuran di hotel baik kelas tinggi mahupun kelas rendah kerana ini salah satu
punca pendapatan hotel. Walaupun merekodkan butir-butir penghuni yang menyewa bilik,
namun mereka tidak mempedulikan apa yang mereka lakukan. Oleh itu, langkah memberi
kuasa Datuk Bandar memasuki, memeriksa bilik hotel dan dokumen mereka adalah satu
langkah ke arah yang betul bagi membersihkan kegiatan tidak sihat di hotel-hotel Kuala
Lumpur. Hotel yang bersih dan bermaruah akan lebih disenangi pengunjung untuk
bermalam berbanding hotel murah tetapi berserabut sebagai sarang pelacuran.
Selain itu, hotel ekonomi di sekitar Kuala Lumpur dari masa ke semasa menjadi
tempat penginapan kumpulan pendatang asing seperti dari Afrika. Mereka bersidai di lobi
hotel dan di kawasan sekitar tetapi kegiatan pekerjaan mereka tidak jelas dan
mencurigakan. Maka kuasa Datuk Bandar serta polis dan imigresen memang sebaiknya
dipertingkatkan bagi membanteras kegiatan tidak sihat pendatang asing.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai rang undang-undang ini saya agak terkilan kerana
menurut Fasal 3 rang undang-undang, "Jika pengusaha hotel tidak mempunyai lesen boleh
disabitkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan," saya anggap
denda ini terlalu tinggi dan sewajarnya dikurangkan. Jarang pengusaha hotel tidak
mempunyai lesen atau memohon lesen. Jika ada pun mungkin mereka ada masalah yang
tidak dapat diatasi.
Langkah mengeluarkan lesen sementara dalam masa menunggu lesen kekal
dikeluarkan boleh menyebabkan pengusaha memulakan operasi seberapa cepat, tidak
perlu masa terlalu lama. Selain itu, deposit yang perlu dibayar sebelum lesen dikeluarkan
hendaklah pada kadar yang munasabah mengikut kemampuan kebolehan sewa hotel. Oleh
sebab fees lesen perlu dibayar, maka amaun deposit yang tinggi tidaklah wajar dikenakan.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga masalah di kalangan hotel-hotel mengenai
tekanan air rendah dan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat memasuki tangki atau
naik ke tingkat-tingkat atas. Contohnya Hotel Travel Lodge, sebuah hotel kecil di Kuala
Lumpur yang sering menghadapi masalah tekanan air rendah dan air tidak boleh sampai ke
bilik-bilik air hotel tingkat tinggi. JBA Selangor, PUAS tidak dapat berbuat apa-apa kecuali
memasang mesin pengepam bagi menaikkan air.
Tuan Yang di-Pertua, sementara itu laluan pelancong ke hotel-hotel yang
bertambah hendaklah bebas dari kesesakan di Kuala Lumpur terperangkap dalam
kesesakan jalan raya akan menyebabkan pelancong hilang minat untuk menginap di hotel-
hotel yang sering berlaku kesesakan dan sukar untuk sampai. Keadaan kesesakan lalu
lintas kadangkala membosankan pelancong asing dan mereka terpaksa berjalan kaki untuk
bersiar-siar di sekitar pusat bandar raya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Batang Lupar.
3.45 ptg.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya menyokong rang undang-undang ini kerana ini adalah satu langkah
ke arah yang betul. Tetapi dalam masa yang sama masih ada dua tiga perkara yang perlu
kita bahaskan berbangkit daripada perundangan perhotelan di Wilayah Persekutuan ini.
Undang-undang ini merangkumi banyak Bahagian iaitu Pelesenan, Penguatkuasaan dan
Pelbagai.
DR.17.06.2003 51

Jadi, dalam masa yang sama saya melihat banyak setelah penyelidikan dibuat
oleh kerajaan dan saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Bukit Bintang
berhubung dengan operator yang menggunakan premises sebagai hotel yang tidak
berlesen. Oleh kerana apabila bangunan hendak digunakan sebagai hotel, bangunan ini
mesti melalui beberapa proses iaitu terutama sekali proses keselamatan dan proses
keselamatan ini atas kajian yang tertentu boleh meluluskan premises tersebut. Jadi, kalau
proses ini tidak dilalui dan tidak diluluskan dan tuan punya tempat menggunakan tempat
premises itu sebagai hotel, namun keselamatan belum tentu dapat dijamin.
Walaupun hotel telah digelar sebagai hotel dan telah diberi lesen dan diluluskan
oleh pihak yang tertentu, jaminan belum dapat kita buat kerana ada kemungkinan soal-soal
keselamatan ini tidak dibuat, dipantau dan tidak dilaksanakan sebaik mungkin. Jadi, dalam
keadaan sedemikian, saya bersetuju betul sesiapa sahaja yang mengusahakan satu tempat
yang belum lulus sebagai hotel dan mengoperatekan tempat itu sebagai hotel patut
menerima denda yang tinggi kerana masalah keselamatan nyawa penghuni mestilah
diutamakan, bukan daripada segi keuntungan individu tersebut dan juga bukan untuk
kemudahan penghuni yang mendapat tempat yang murah.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, daripada segi perhotelan kita melihat daripada dua ciri.
Ciri yang pertama ialah soal bangunan itu sendiri. Banyak bangunan hotel yang dibina di
seluruh Bandaraya Kuala Lumpur ialah satu bangunan yang dibuat ciri yang biasa. Kenapa
saya kata ciri yang biasa, umpamanya kalau bilik hotel itu menghadapi satu jalan yang
sibuk nescaya bilik hotel itu pun bising. Dalam bilik orang tidak boleh tidur. Kalau orang
daripada kampung, daripada hutan, daripada rumah panjang, daripada perkampungan yang
terpencil dari Sarawak umpamanya datang ke Kuala Lumpur menghuni di hotel yang bising
dan sibuk ini mungkin dia tidak boleh tidur, tidak selesa walaupun hotel itu telah digredkan
sebagai empat, lima ataupun enam bintang.
Jadi, dalam keadaan sedemikian kepada orang pendatang daripada tempat yang
tidak ada bising, tidak ada environment yang jahat, tidak ada environment yang
mengganggu, bilik hotel itu hanya mungkin layak dua bintang sahaja. Mungkin di rumah kita
di kampung, bilik di rumah panjang itu lebih layak menerima tiga bintang, empat bintang
dan lima bintang oleh kerana keadaannya, environmentnya lebih, ambiencenya cantik dan
bisingnya tidak ada, semua tidak ada.
Jadi, dalam keadaan yang demikian, amat perlu sekali supaya barang siapa yang
hendak membina hotel, dia hendaklah mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pertama, ciri
keselamatan. Ciri keselamatan ini merangkumi semua sekali - fire escape, dia punya
saluran pemadam api dan berbagai-bagai lagi. Selain daripada itu pemasangan fire-
protection dan bermacam-macam lagi ciri-ciri persoalan keselamatan.
Yang kedua, persoalan ciri-ciri keselesaan. Ciri-ciri keselesaan ini, kalau hendak
bina rumah kedai untuk menjual barang-barang di pasar raya, orang mungkin tidak kisah
sangat tentang kebisingan. Kalau dia menjual radio dan televisyen, umpamanya, dia buat
bising, dia hentam radio dan televisyen dia bising juga. Jadi, that counters the sound
daripada luar tetapi untuk orang yang tidur pukul sebelas malam atau pukul satu malam
tetapi ada motosikal racing di Jalan Ipoh, umpamanya, orang yang duduk dekat hotel
berdekatan tidak boleh tidur. Jadi, hotel ini dan designer hotel ini sepatutnya membina
hotel itu lebih selesa supaya bunyi bising daripada luar itu tidak boleh masuk ke bilik.
Ada juga hotel yang dahulunya amat selesa sekali untuk diduduki di Kuala
Lumpur, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah 12 tahun duduk di hotel-hotel Kuala Lumpur –
selama menjadi Ahli Parlimen, dan sebelum itu ada juga sekali-sekala tetapi sekarang
sudah hampir menjadi penghuni tetap di hotel-hotel di Kuala Lumpur. Saya sudah duduk
hampir di semua hotel di Kuala Lumpur selain daripada hotel taraf bawah. Jadi, dalam
keadaan sedemikian, saya mengetahui ada hotel-hotel yang dahulu tempatnya selesa,
pandangannya cantik tetapi oleh kerana laluan LRT itu, jadi bunyi LRT itu habis pada pukul
satu atau dua malam. Bunyi bermula pada waktu pagi. Orang Islam okaylah, dia boleh
bangun waktu subuh kerana LRT sudah jalan – dia bangun subuh terus, tetapi hendak tidur
selepas subuh itu dia sudah tidak boleh lagi.
Jadi, dalam keadaan sedemikian, hotel ini di bahagian hadapan diletak lima
bintang tetapi di dalam dia, walau apa jenis bilik sekalipun, dia tidak selesa, tidak enak dan
52 DR.17.06.2003

tidak cantik lagi untuk didiami. Apa yang kita boleh pandang tidaklah seindah apa yang kita
boleh dengar. Dalam keadaan yang sedemikian, design and construction of hotel premises
mestilah setaraf dengan keadaan dan environment nya. Jadi, dalam keadaan sedemikian,
ini mesti diberikan perhatian kerana kita tidak mahu orang caci kita.
Kalau kita pergi ke England atau ke mana-mana tempat di negara-negara lain, kita
boleh masuk, tetapi di Northern Hemisphere, minta maaflah, memang dia ada glazed
windows. Jadi, dengan kerana double-glazed windows ini untuk menahan daripada cuaca
sejuk musim snow, musim winter, dalam keadaan sedemikian, ini juga boleh prevents the
sound daripada masuk ke dalam. Walaupun helicopter hovering outside your window, you
boleh dengar bunyinya dari dalam. Dalam environment kita, kita kena peka juga persoalan
ini tidaklah kita tunggu benda sejuk daripada luar baru kita jagakan sendiri tetapi daripada
noise dan environmental nuisance, kita mesti jaga langganan dan pelanggan kita.
Jadi, pihak yang mengusahakan hotel mesti melihat aspek ini. Bahkan saya
pernah memberikan saranan kepada pihak hotel di Kuala Lumpur supaya menukarkan
semua cermin, jendela dan tingkap mereka. Buat cermin double-glazed supaya tidak boleh
dengar bunyi LRT itu, kerana pada masa dahulu kita enjoy duduk di satu tempat, bilik-bilik
yang tertentu tetapi pada masa sekarang oleh kerana LRT sudah melalui di sana jadi kita
tidak selesa lagi duduk di sana, tidak boleh tidur.
Begitu jugalah kalau dahulu jalan tidak ada di sana ataupun jalan itu tidak sesibuk
mana, tetapi oleh kerana kereta sudah banyak, budak tunggang motosikal sudah mula
berlumba pada pukul dua, pukul tiga pagi, kita tidak boleh duduk di sana jugalah kerana
yang menjadi masalahnya bukan orang itu sahaja tetapi masalah yang besar dalam design
of hotels ialah cheapscates , benda yang murah. Buat setinggi 30 tingkat tetapi quality of
the design and construction, dengan izin, adalah amat menyedihkan. Ini amat penting
sekali untuk pembinaan hotel.
Jadi dalam keadaan sedemikian …... ha, saya bersetuju dengan Yang Berhormat
bagi Mambong tadi, semasa hendak grade hotel itu, kita gradekan macam itu tetapi
sebelum buat grading, jangan tengok face valuenya sahaja. Kita kena tidur di sana - orang
examiner ini tidur di sana, cuba dari satu bilik ke satu bilik. Bila didapati kualitinya telah
menurun, tarik balik taraf ‘bintang’ dia, tarik balik ‘bintang’ dia daripada empat bintang
kepada tiga bintang, daripada lima bintang kepada empat bintang, umpamanya, supaya kita
mencerminkan kebenaran apa yang kita kata. Jangan kata authority kita ini tidak betul-
betul membuat kerja dengan sebaik mungkin.
Walaupun gambaran yang dibuat oleh industri ini sebegitu rupa, kita sebagai orang
yang membuat satu penyelidikan, persoalan ‘bintang’ ini mestilah membuat kerja yang
boleh mencerminkan, boleh dihormati oleh pihak yang menjadi penghuni di hotel itu nanti.
Ini yang kedua.
Tentang keselamatan juga, tadi disebut oleh Yang Berhormat bagi Mambong,
dalam persoalan ini kadang-kadang orang boleh naik ke bilik, ketuk pintu dan sebagainya.
Ini sepatutnya tidak berlaku dan hotel tidak boleh memberi nombor bilik seseorang, tetapi
sekarang kalau sekiranya kita hendak masuk limousin, umpamanya, sepatutnya tidak
payah quote nombor bilik, kerana kita tidak tahu siapa operator limousin itu, siapa yang
interact dengan orang limousin di kaunter di tingkat bawah itu tetapi nombor ini kita kena
tulis, bila kita sudah tulis, semua orang di tingkat bawah ini, di limousine counter di tingkat
bawah sudah mengetahui di mana bilik si anu bin si-anu, si anu anak si-anu.
Sepatutnya nombor hanya boleh diketahui di reception counter hotel sahaja. Jadi
sudah mencukupi dengan nama dan diserahkan kepada kaunter kalau kita hendak
menggunakan perkhidmatan limousin supaya nombor bilik itu remains undisclosed kepada
umum, disimpan supaya tidak diketahui oleh umum kerana bimbang, Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak beri satu …, saya tidak hendak sebut nama hotel.
Di Kuching ada berlaku. Seorang budak ini cantik, bekerja sebagai steward dalam
MAS, dia cantik, menarik. Apabila dia masuk, check-in di hotel itu, orang boleh ketuk pintu
dia, sampai dia menangis, tidak hendak lagi. Jadi, bila dia hendak masuk tidur bersama
dengan steward, apa kata orang? Si anak muda ini hendak tidur bersama dengan steward
DR.17.06.2003 53

pula, steward itu mungkin syok jugalah. Jadi, benda atau perkara macam ini tidak
sepatutnya berlaku. Keselamatan di hotel itu amat penting sekali.
Ini anak muda tadi …, macam mana kalau anak saya? Kalau anak saya
perempuan, duduk di hotel itu, nombor biliknya diberi kepada orang di kaunter, oleh kerana
limousin kaunter dan kaunter ini lagi disclose, semua nombor ini perlu diberi tahu.
Sepatutnya limousin kaunter tidak tanya lagi berapa nombor kereta. Nama sahaja sudah
cukup, hantar ke counter reception dan counter reception tidak boleh disclose langsung.
Sepatutnya aspek keselamatan ini mesti dijaga.
Perkara yang rendah lagi Tuan Yang di-Pertua, saya turun ke bawah sedikit,
persoalan rokok. Ada manusia yang boleh duduk dalam asap rokok, walaupun tidak boleh
nampak mata hidungnya mereka boleh duduk di sana tetapi orang semacam saya
umpamanya, saya tidak boleh. Kalau dalam satu bilik macam ini, seorang sahaja hisap
rokok saya sudah tahu ada asap rokok. Kalau 50 orang hisap rokok dalam bilik, saya
sudah merah muka, besok hari masuk ke hospital, allergic.
Dalam masa yang sama, bila kita pergi hotel, kita cari which is the non-smoking
floor. Bila sampai di sana, bau asap pun macam mana? Sebab, dua perkara. Satu
perkara, design of the hotel, asap yang dihisap oleh orang di dalam bilik ataupun dalam
koridor on the smoking floor boleh seep-in, masuk ke dalam air-conditioner duct ataupun
masuk melalui celah-celah bilik dan turun kepada non-smoking floor juga. Maknanya,
tempat yang tidak merokok itu hanya sebagai window dressing sahaja, tidak realiti.
Jadi, dalam keadaan ini, dua lagi perkara. The design of the hotel mesti memikir
perkara ini. Non-smoking floor umpamanya, memang tidak kena asap. Maknanya, air-
conditioning duct nya isolated daripada air-conditioning duct yang lain. Kalau hendak yang
lain …. dengan asap rokoknya, hendak apanya, tidak kira, kita tidak bantah tetapi exclusive
area yang bukan tempat merokok ini, sepatutnya tidak ada kena bau rokok. Penjagaan
tempat ini pun begitu juga. Orang di koridor itu smoking macam mana? Mesti dilarang,
mesti dibantahi, janganlah tunggu penghuni hotel membantah. Sepatutnya sekuriti
merekalah yang buat bantahan. Bukan kita hendak tunjuk. Ini menunjukkan kebaikan juga
kerana orang yang duduk di floor itu ialah orang yang berkehendakkan keselesaan
daripada orang yang tidak menghisap rokok. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini sedikit perkara.
Yang ketiga, saya sebut tentang pekerja hotel. Saya sering duduk di hotel. Sudah
sejak lama iaitu kira-kira enam bulan dalam setahun, Tuan Yang di-Pertua. Sudah 13 tahun
saya sering menginap di hotel di Kuala Lumpur. Maknanya saya boleh dikatakan pakar
mengenai hotel. Saya sudah tahu betul-betul suasana menginap di hotel di Kuala Lumpur.
Dari dahulu lagi semenjak tahun 1993, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menginap di hotel.
Saya cuba semua hotel.
Hendak sebutlah, nama Shangri-La nya kah, ’goriila’nya kah, semua sebut
sahajalah. Semua saya sudah pernah menginap. Tidak payah sebut nama hotel…
[Ketawa]. Semua hotel, daripada yang di Bukit Bintang sampai ke ’bukit bulan’ pun semua
saya sudah pernah menginap dah. Daripada yang berharga RM50 satu malam sampai
kepada harga RM300 satu malam, semua saya sudah pernah menginap.
Pada tahun 1993, saya menyebut, apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat
bagi Bukit Bintang tadi, kita belum cukup hotel-hotel yang tahapnya sederhana yang boleh
dibawa oleh mana-mana Yang Berhormat kah, kawan-kawan dari kampung kah, menginap
dan bermalam dengan selesa, tidak bercampur dengan wanita, perempuan-perempuan
yang tidak diketahui latar belakangnya. Saya susah hendak sebut lain…
Beberapa Ahli: [Tersenyum]
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tersenyum, sebab saya
menggunakan bahasa yang indah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: [Mengangguk-angguk kepala]
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Bila kita keluar daripada bilik hotel
ini, anak dan isteri kita keluar juga, yang wanita-wanita itu pun keluar macam itu, jadi
pandangan orang di situ, ini yang susah.
54 DR.17.06.2003

Itulah sebab saya sebutkan, alhamdulillah, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan


Pelancongan pada ketika itu merancang dan dia sendiri memberitahu saya di kantin
Parlimen ini. Menteri tersebut berkata, “Wan saya akan mencadangkan satu ..…”.
Diluluskan oleh kerajaan RM100 juta untuk memulakan Hotel Sri Malaysia.
Namun malangnya Hotel Sri Malaysia ini hanya ada dua buah sahaja di tiap-tiap
state. Di Kuala Lumpur, saya tidak tahu sama ada, ada atau tidak. Cadangan saya pada
ketika itu supaya hotel ini grednya RM50 hingga RM100 satu malam sebab hotel lain yang
berharga daripada RM100 sampai RM300 sudah banyak. Orang dari kampung macam
mana hendak bayar RM300 duduk di hotel satu malam. Dia kata ini gaji satu bulan.
Kita kena lihat prasarana ini mesti diperlengkap untuk orang kampung dan hotel ini
mesti dijaga dengan rapi. Hah, ini tugas! Di bawah undang-undang ini Tuan Yang di-
Pertua, tugas Dato Bandar yang diberi kuasa. Tugas pegawai-pegawai yang diberi kuasa
di bawah undang-undang ini untuk menjaga supaya tidak ada wanita-wanita atau
perempuan-perempuan yang belum diperkenalkan atau diketahui latar belakang, baik
buruknya, duduk di hotel itu. Mesti dijaga supaya anak-anak kita dari kampung, dari rumah
panjang, dari kawasan pedalaman, dari bandar boleh datang ke Kuala Lumpur, duduk
dengan selesa dan dengan hati yang senang.
Memang, sebagai orang yang telah menghuni hotel sepenuh masa selama 7
tahun, saya sebut 7 tahun Tuan Yang di-Pertua ialah hampir 14 tahun bahagi dua iaitu
selama 6 bulan dalam setahun, jadi 7 tahun lah, sepanjang masa, siang malam duduk di
hotel selain daripada berada di Parlimen, saya dapati pekerja-pekerja hotel ini bermacam-
macam. Memang, saya ingat masa itu ada Yang Berhormat Dr. Patau Rubis. Ini ahli dari
pembangkanglah sekarang ini tetapi saya masih ingat tentang cerita dia dengan saya.
Katanya, “Wan, saya duduk di hotel ini. Lepas itu saya belum apa-apa, dia terus ketuk
pintu saya. Saya masih pakai seluar pendek. Dia kata hendak check saya punya mini bar.”
Dia kata “You can take the room, you can take everything, I am not going to stay in the
hotel!”. I put up my pakaian, kemudian dia keluar terus daripada hotel itu.
Ini Wakil Rakyat, dia bolehlah buat macam itu tetapi kalau orang kampung,
macam mana? Kalau dia dah bayar untuk menginap di situ, di situlah dia terpaksa duduk.
Walaupun dia hanya pakai…, tak pakai coli kah, tak pakai ini kah......, kalau orang paksa
masuk, nak buat macam mana? Hah inilah tingkah laku pekerja hotel yang tidak
mempunyai latihan yang sempurna. Latihan-latihan kepada pekerja hotel sebagai
prasarana industri pelancongan ada perlu.
Industri pelancongan adalah industri nombor dua memberikan hasil dalam negara
ini, oleh itu ia mestilah diperkemas. Hotel yang diberikan title hotel, 4 Bintang, 5 Bintang dan
6 Bintang itu mesti reflect dia punya servis. Jangan tunggu macam kata Ahli Yang
Berhormat bagi Mambung tadi. Ahli Yang Berhormat bagi Mambung mungkin minta satu
sejadah pukul 1.00 tengah hari, pukul 5.00 petang baru sampai. Hendak solat Zuhur tetapi
sehingga sampai masa waktu Asar pun belum dapat sejadah lagi. Jadi, macam mana?
Kadang-kadang ada kawan yang terpaksa menggunakan towel untuk dijadikan sejadah
sebab kalau hendak menunggu lama sangat.
Yang kedua, soal language juga disebut. Saya bersetuju. Check-in dan check-out saya
bersetuju. Saya ada duduk di satu hotel itu Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri sampai ....,
maklumlah kita sudah sampai umur seperti ini, kalau sampai setengah jam berdiri di sana
padahal hanya ada tiga orang di hadapan kita di kaunter. Saya tulis surat, kompelin hotel
itu. Tiga orang sahaja di hadapan saya, saya kena tunggu sampai tidak boleh tahan lagi.
Sampai duduk atas...., macam ini… [Menggayakan duduk] Sampai terpaksa duduk atas
beg. Hendak check-out sahaja mengambil masa begitu lama. Bahkan dia menggunakan
komputer. Menggunakan komputer, sepatutnya ..., saya ingat menggunakan komputer ini,
press the button, once semua keluarlah. Nampaknya, tidak boleh cepat juga.
Benda yang menyakitkan hati sekali semasa hendak check-in dan check-out kita
tidak boleh cepat. Kadang-kadang kita tidak boleh buat panjang sangat. Misalnya saya
habis bersidang pukul 5.30 petang. Naik limousine sampai ke hotel pukul 6.00 petang.
Penerbangan saya pukul 8.00 malam. Dari hotel pergi ke Airport mengambil masa satu
jam. Hendak check-in kalau tidak sempat masa, saya ketinggalan penerbangan. Kalau
DR.17.06.2003 55

ketinggalan penerbangan, saya tahu MAS tidak cukup seat dalam penerbangan pukul 8.00
malam, memang tidak cukup punya. Terpaksa tunggu sampai esok hari.
Kalau itu yang berlaku, telah pun berlaku kepada pembantu saya. Mereka
terpaksa tidur suami isteri di KLIA kerana terlambat tadi. Dia jarang-jarang datang ke Kuala
Lumpur, tidak tahu adjust the time betul-betul. Dia anggap masa selama dua jam sudah
mencukupi tetapi tidak cukup. Mereka tidur di KLIA sebab tidak mampu balik ke Kuala
Lumpur dan membayar sewa hotel. Mereka hitung duit semua sekali tidak cukup dan
terpaksa tidur di KLIA, untuk menunggu flight the next day, dengan izin.
Perkara-perkara seperti ini yang pihak hotel patut perbaiki perkhidmatannya
supaya setaraf dengan bintangnya, setaraf dengan gelarannya dan setaraf pula dengan
kemasyhurannya. Industri pelancongan seperti ini mengutamakan fasiliti termasuk
kemudahan kaunter hadapan seperti service. Kalau perkhidmatan seperti itu tidak baik,
industri itu akan terjejas. Industri ini akan suffer disebabkan kelemahan-kelemahan yang
terdapat di hotel tersebut.
Bukanlah saya mengatakan atau memberikan gambaran buruk terhadap itu semua
Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut jika duduk di suatu hotel kemudian orang bertanya
macam mana keadaan duduk di hotel ini. Saya kata, hotel ini memang layaklah mendapat
gelaran hotel 5 Bintang.
Umpamanya saya duduk di Shangri-La. Saya sebut nama yang 5 Bintang Tuan
Yang di-Pertua. Kena sebut, promotion. Saya duduk di Shangri-La semasa Persidangan
Asia Pacific Forum. Saya minta sejadah, dalam masa lima minit sahaja sudah sampai.
Saya minta air, dalam masa 5 minit sudah sampai. Macam ini barulah 5 Bintang! Tetapi
saya tidak mampulah duduk di Shangri-La tiap-tiap kali sebab saya tidak ada kereta. Bila
masa persidangan, kena carilah bukan Shangri-La. Kenalah carilah hotel ‘gorila’ yang
tawarkan kereta supaya saya boleh datang ke Parlimen dan sebagainya.
Dalam keadaan sedemikian, service sector ini, walaupun baik Tuan Yang di-
Pertua, saya boleh membandingkan bahawa servis di hotel kita jauh lebih baik daripada
hotel yang terdapat di England. Kenapa saya berkata demikian? Saya duduk di suatu hotel
yang namanya Royal Horseguard, tidak berapa jauh daripada Parlimen London. Saya
adalah delegate daripada Malaysia. Apabila saya minta bellboy datang hendak
mengangkat beg saya Tuan Yang di-Pertua, saya pun kasihan tengok dia. Hendak angkat,
kelam kabut. Tidak ada troli, tidak ada apa benda. Beg saya dihempasnya ke kiri,
dihempasnya ke kanan. Masya-Allah saya kata. Kalau benda ini berlaku di Malaysia, tidak
adalah orang yang hendak duduk hotel tersebut.
Tidak tahu macam mana hendak bawa beg besar seperti itu turun dari bilik kita ke
bawah. Kalau kita buat perbandingan, memang. Pergilah ke mana-mana walau pun di
Amerika, nampaknya begitulah keadaannya. Pergilah ke mana-mana sama ada duduk di
apartmen kah, ataupun hotel kah atau hotel 5 Bintang kah, dia punya servis dalam keadaan
begitu, keadaan masalah dalamannya. Bab angkat beg, bawa turun beg, hantar beg,
semua itu memang jauh terkebelakang jika mahu dibandingkan dengan hotel di Malaysia.
Orang-orang di Asia ini, memang memuji perkhidmatan yang terdapat di hotel-
hotel di negara kita ini cukup baik. We are the best! Kita kena bandingkan perkhidmatan
hotel di negara kita adalah di antara yang the best di Asia ini dengan perkhidmatan yang
diberikan oleh Filipina, dengan Singapura dan Thailand. Ini jauh lebih baik servis yang
dilakukan daripada European ataupun American hotels, service nya. Dalam keadaan
demikian, kita kena bandingkan perkhidmatan yang ada di negara kita adalah antara yang
terbaik.
Cerita saya itu tadi bukan perbandingan di antara orang yang service sector dia
berlainan. Kelompok kita di Asia ini, service dia memang jauh lebih baik daripada yang lain.
Jadi, kita memang berbanding dengan yang baik. Jadi, kita kena memperbaiki diri dan di
hotel itu sendiri, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan juga, kita hendak tarik orang
Timur Tengah, tetapi di hotel sentiasa makanan Malaysia sahaja. Makanan orang Melayu,
makanan orang Cina, makanan ini, makanan itu, orang Arab hendak makan sakit perut.
Sekali dia kena sakit perut, dia bukan kata sakit perut kerana food tidak sesuai, dia kata
food poisoning. Jadi, bila dia tengok, oleh kerana sudah tujuh tahun dia duduk di sini, dia
56 DR.17.06.2003

balik ke sana lagi, Tuan Yang di-Pertua. Tujuh tahun dia duduk di hotel, tengok orang Arab
datang, tengok kiri, tengok kanan, tidak ada satu pun benda yang sesuai dimakan oleh
orang Arab. Dia lari. Dia lari ke tempat lain, cari tempat lain, hendak cari di mana tempat
ada makanan yang sesuai untuk orang Arab.
Jadi sepatutnya hotel dinasihatkan menyediakan makanan dan kebudayaan orang
yang kita hendak tarik, orang Cina, orang dari Taiwan, orang dari Korea, Jepun, Timur
Tengah yang kita hendak tarik itu, kita kena menyesuaikan dari segi makanan, dari segi
keperluan pihak-pihak ini apabila menghuni di hotel kita.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang lain itu ada satu, dua, tiga sahaja yang nampak di
sini, bahawa kuasa diberi kepada undang-undang ini. Kebanyakannya kuasa diberi kepada
Datuk Bandar Raya dan pegawai yang diberi kuasa yang mungkin dari mahkamah dan
sebagainya. Walaupun demikian, kuasa polis hanya wujud di bawah Kanun Criminal
Procedure Code…. [Bertanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan]
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Kanun Keseksaan.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Kanun?
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Kanun Keseksaan.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak apa, tidak kira kanunlah
Saya kira Criminal Procedure Code sahajalah. Jadi, itu sahaja kuasa polis di situ. Tetapi,
dalam keadaan sedemikian, saya hendak tanyalah kerana apa tidak masuk kuasa-kuasa
polis di sini? Sebab akhirnya, penyiasatan, pendakwaan kebanyakannya akan dibawa -
orang tangkapan di bawah ini pun - mesti dibawa ke police station dan diserahkan kepada
mahkamah dalam masa 24 jam dan sebagainya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya pun
sudah bercakap sedikit. Terima kasih, dan saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jeli.
4.13 ptg.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Walaupun akta ini hanya membangkitkan tentang Rang Undang-undang Hotel
(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2003, suka ataupun tidak suka, kesemua
Ahli Parlimen ini wajib datang ke Kuala Lumpur. Walaupun saya Ahli Parlimen Jeli, tetapi
tidak lari daripada tanggungjawab saya untuk menyentuh dan memperkatakan sesuatu
tentang rang undang-undang ini. Adapun kita lihat bahawa yang difokuskan kepada
pindaan akta ini, pertama ialah mengenai kuasa kepada Datuk Bandar dari segi hendak
memberikan lesen-lesen kepada pemohon-pemohon untuk mengadakan bangunan hotel
dan juga peniaga hotel, manakala, seterusnya ialah tentang penguatkuasaan, yakni
penambahan kuasa yang sebelum ini kuasa tidak ada pada Datuk Bandar. Dan yang
seterusnya ialah tentang hal-hal yang sebelum ini tidak pernah dimasukkan dalam akta
sebelum ini untuk menjelaskan lagi perkara-perkara yang baru timbul, ekoran perkara-
perkara baru yang timbul.
Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa mengikut Laporan REHDA iaitu Real
Estate Housing Developers Association, mengatakan tidak kurang daripada nilai hartanah
jumlah RM15 bilion yang tidak dapat dijual di seluruh negara dan lebih daripada 60%
berada di Lembah Klang. Kalau Lembah Klang, ia lebih tertumpu kepada Kuala Lumpur itu
sendiri. Jadi, kita akan menjangkakan bahawa walaupun kerajaan telah pun
memperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan baru-baru ini bahawa orang asing ataupun
foreigners boleh membeli mana-mana bangunan yang berharga tidak kurang daripada
RM150,000 tetapi daripada reaksi-reaksi yang ditunjukkan, nampaknya sasaran itu masih
belum tercapai. Walaupun rangsangan itu sudah pun diberikan untuk mengurangkan nilai
harga hartanah yang dapat dibeli oleh orang asing tetapi sambutannya masih tidak
menggalakkan. Tambahan pula dengan dasar inconsistent kerajaan, kerana pada suatu
ketika dahulu, hartanah tidak kurang daripada RM100,000 dibenarkan, kemudian
DR.17.06.2003 57

ditingkatkan kepada RM250,000, kemudian diturunkan balik kepada RM150,000. Ini seolah-
olah tidak ada satu consistency daripada sudut keputusan kerajaan tentang hal ini.
Jadi, kita akan menjangkakan banyak bangunan terutama sama ada bangunan
kediaman teres dan juga bangunan-bangunan kedai teres yang akan di convert, ditukar
kepada hotel-hotel bajet kerana kita lihat bahawa kelemahan yang ada pada negara kita,
ialah kita kekurangan daripada segi hotel-hotel bajet yang menawarkan kos-kos
penginapan antara RM30 hingga sehingga RM70. Kita akan lihat bahawa inilah satu
kategori perhotelan yang akan mendapat sambutan yang banyak dan menggalakkan sama
ada daripada sudut domestic tourism dan juga daripada pelancong-pelancong asing
terutama dari negara-negara ASEAN yang mana pendapatan per kapita rakyatnya tidaklah
begitu tinggi. Sebab itulah, kita akan perhatikan bahawa banyak bangunan ini yang akan
memohon untuk dijadikan bangunan-bangunan yang dikategorikan sebagai perniagaan
hotel.
Walau bagaimanapun, ada perkara-perkara existing, perkara sedia ada yang perlu
pihak hotel bermula dari Wilayah Persekutuan memberi perhatian yakni tentang hotel-hotel
yang tidak memenuhi cita rasa masyarakat tempatan khususnya masyarakat Islam,
masyarakat Melayu itu sendiri. Kalau kita lihat banyak hotel yang pada suatu ketika lima
bintang, bila usianya sudah meningkat, bila jadi tua, hotel itu turun kepada empat star.
Daripada lima bintang, turun kepada empat bintang. Banyak hotel yang dahulunya lima
bintang sudah diturunkan kepada empat bintang kerana mungkin usia hotel tersebut dan
juga refurbishment hotel yang tidak dijalankan secara baik.
Kita perhatikan bahawa hotel-hotel ini walaupun dibina selepas 1995, banyak hotel
ini kalau kita pergi ke bilik airnya atau tandasnya, terutama menyulitkan mereka yang
beragama Islam. Ini kerana bilik-bilik air ini kita perhatikan tidak ada pili untuk
membersihkan najis. Bila kita buang air besar, buang air kecil, maka kita tidak ada
kemudahan ini, terutama di tandas-tandas dan bilik-bilik air di hotel-hotel termasuk hotel
lima bintang dan juga hotel empat bintang. Ini kita boleh semak. Saya fikir kalau daripada
sudut hotel-hotel yang dibina selepas 1995, lebih daripada 95% hotel ini tidak mengambil
kira faktor cita rasa orang-orang Islam itu sendiri. Jadi, bagaimana kita ingin menarik
pelancong-pelancong terutama dari negara-negara Timur Tengah untuk menginap di hotel-
hotel tersebut ini?
Kemudian, selain dari itu yang agak menyedihkan juga, perkara ini perlu kita beri
perhatian. Saya tidak tahu sama ada apa yang akan saya cakapkan ini satu perkara yang
sensitif ataupun tidak tetapi saya minta pihak kerajaan bermula dari Kuala Lumpur ini
memberi perhatian kerana sebahagian besar hotel-hotel sama ada apa jenis bintang
sekalipun berada atau di kelompokkan di Kuala Lumpur. Jadi, kita perhatikan boleh
dikatakan setiap bilik hotel ini, kalau dibuka lacinya maka kita akan dapat kitab Bible, kitab
Injil Bible. Saya fikir walaupun kitab Bible ini disumbangkan oleh pihak-pihak NGO dan
sebagainya, saya fikir oleh kerana selaras dengan laungan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam, tetapi, sektor
yang kedua paling besar, sektor perkhidmatan yakni sektor hotel yang merupakan sektor
yang kedua paling besar tiba-tiba dengan izin, almost 100% of the rooms ada Bible di
dalam laci-lacinya.
Jadi adalah baik kalau pihak kerajaan memikirkan bahawa kalau diletakkan Bible,
kita minta letak kesemua sekali kitab-kitab yang mana ada penganut agamanya di sini,
terutama daripada segi kita untuk menarik kerana sekarang ini misi pelaburan untuk
menarik pelancong-pelancong daripada Timur Tengah sangat giat dilakukan oleh
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sehinggakan pada dua tahun
sudah, pihak Menteri dengan rombongan-rombongannya tidak kurang daripada 40 orang
telah melawat kesemua negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, Kuwait, Oman, Qatar dan
sebagainya untuk menarik mereka datang ke sini.
Langkah ini adalah langkah yang baik kerana kita tahu bahawa sekarang ini
mungkin mereka yang datang daripada Timur Tengah agak sukar untuk melancong ke
negara-negara kesukaan, yang mana destinasi utama mereka sebelum ini ialah Amerika
Syarikat dan yang kedua di Eropah atas isu 11 September, tambahan pula pelabur-pelabur
Arab sudah berjaya menarik keluar tidak kurang daripada USD200 billion berjaya dibawa
58 DR.17.06.2003

keluar dari Amerika Syarikat, walaupun masih terlekat USD800 bilion yang tidak dapat
dikeluarkan kerana sekatan yang dimainkan oleh pentadbiran Bush.
Akan tetapi malanglah bagi kita daripada USD200 bilion yang dapat dikeluarkan
daripada Amerika Syarikat, kita lihat tidak sampai USD5 bilion yang di fund, di channel,
dimasukkan ke dalam negara kita. Oleh sebab itulah dari sudut hotel ini selain daripada
saya mengatakan tadi tentang bilik-bilik air yang sepatutnya memenuhi cita rasa penduduk
majoriti negara kita yakni orang Islam, orang Melayu di mana minta kalau boleh, yang mana
masih belum lagi memenuhi syarat tersebut, kita buat satu ruling supaya mereka cepat-
cepatlah memperbaiki bilik air yang masih tidak mempunyai pili air di tiap-tiap bilik air
tersebut, khususnya bilik air awam dan kemudian pada masa yang sama janganlah hanya
dibenarkan meletakkan kitab-kitab Bible semata-mata sahaja, kerana ini akan memberikan
reaksi negatif di kalangan pelancong-pelancong daripada negara Timur Tengah.
Tuan Yang di-Pertua, kita akan perhatikan bahawa bangunan-bangunan yang
dibina akhir-akhir ini berbagai-bagai reka bentuk atau design. Bila berbagai-bagai reka
bentuk, kita akan perhatikan bahawa banyak reka bentuk ini pada asalnya bertujuan untuk
kediaman, bertujuan kemungkinan untuk ruang perniagaan, yang mana kalau kita
perhatikan kalau ruang perniagaan, maka bilik airnya untuk setiap tingkat itu mungkin satu.
Begitu juga untuk kediaman, mungkin bilik air di setiap tingkat itu hanya satu.
Akan tetapi bila ada permohonan untuk menukar atau convert daripada status
bangunan kediaman dan juga bangunan perniagaan kepada hotel, maka sudah tentulah
dalam satu tingkat yang selama ini kosong ataupun hanya ada dua bilik akan menjadi
mungkin lapan bilik. Dan dari lapan bilik itu di setiap bilik untuk memenuhi kehendak bajet
hotel, paling-paling tidak mestilah ada bilik airnya sendiri.
Jadi sebab itu, dari sudut kelulusannya mungkin akan menimbulkan satu perkara
baru iaitu perkara yang bukan lumrah bagi pihak-pihak berkuasa, walaupun termasuk pihak
Dewan Bandaraya sendiri, kerana kita perhatikan akan banyak berlaku bilik-bilik ini, bila
dibina nanti untuk tujuan hotel, kita akan dapati banyak bilik ini yang tidak ada ventilation
yang proper, dengan izin termasuk Hotel Best Totel umpamanya yang selalu diiklankan
dalam MAS, In Flight Magazine. Itu kita perhatikan banyak biliknya tidak memenuhi syarat-
syarat ventilation yang sepatutnya atas taraf tahap kesihatan yang sebenarnya.
Bayangkan kalau bilik-bilik yang tidak ada ventilation yang proper, tambahan pula
dengan sebahagian besar penginap itu merupakan penagih rokok. Bagaimana nasib
mereka yang tidak menghisap rokok? Cuba bayangkan seperti mana yang dibangkitkan
oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, kalau dia duduk tingkat lain pun dia sudah pengsan,
maka yang ini dia mungkin mati – kerana yang satu tingkat yang macam itu dia mungkin
mati. Pasal kalau duduk di tingkat lain pun boleh masuk melalui air-conditioning duct, pun
dia boleh merah padam, maka kalau keadaan seperti ini, boleh jadi pengsan.
Oleh sebab itulah kita mahu pihak kerajaan menyarankan kepada pihak-pihak
berkuasa supaya mengadakan kursus intensif untuk memahami berbagai-bagai bentuk
bangunan yang existing, yang mana akan dirombak, dirungkaikan untuk memenuhi cita
rasa kehendak terutamanya budget hotels, lebih-lebih lagi kalau kita perhatikan banyak
demand dan permohonan untuk mengadakan budget hotels selepas daripada ini, kerana
banyak ruang bangunan yang kosong, yang tidak ada pembeli dan tidak dapat dijual oleh
kerana keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu, tambahan pula atas hal-hal yang
sepatutnya kerajaan tidak mengambil tanggungjawab, tetapi demi menjaga kroni-kroni
kesayangan seperti yang dibangkitkan oleh Kubang Kerian, semua yang rugi-rugi, yang
dahulunya penswastaan rugi, sekarang kerajaan tolong melalui wang khazanah dan wang
khazanah itu merupakan wang kerajaan dan wang kerajaan itu merupakan wang rakyat.
Oleh sebab itulah satu data yang menunjukkan, yang dikeluarkan oleh Bank Dunia
mengatakan bahawa setakat penghujung 2001, hutang kerajaan, hutang publik adalah 75%
daripada Gros Domestik Negara (GDP). Itu pada penghujung 2001.
Ini tidak lagi mengambil kira defisit 2002 dan defisit 2003 dan juga tidak mengambil
kira pembelian-pembelian baru terutama untuk membantu Syed Mokhtar seperti mana yang
dibentangkan oleh Kubang Kerian. Kalau dia mengambil kira hal itu, maka kita akan
perhatikan bahawa oleh kerana tindakan-tindakan ini, maka public debts mungkin pada
DR.17.06.2003 59

hujung tahun 2003, sudah hampir mencecah 90% daripada KDNK Negara yang berjumlah
sekitar 350 ke 500 bilion.
Oleh sebab itulah kita minta supaya selepas daripada ini kerajaan biar berhati-hati
dari sudut hendak membelanjakan wang ini, kerana wang ini wang rakyat. Walaupun
melalui khazanah, tetapi ianya tetap wang kerana sudah seriklah, sudah cukuplah dengan
pengalaman-pengalaman yang lepas, kerajaan terpaksa diheret untuk membeli STAR,
untuk membeli LRT dan untuk membeli berbagai-bagai syarikat yang syarikat-syarikat ini
semuanya telah inflate harga-harga pembinaan mereka. Ibarat kata, apa yang diperoleh
oleh rakyat sekarang walaupun rakyat melihat sepinggan nasi lemak yang berharga
RM1.50, walaupun nasi lemak itu ditawar atau been offered kepada rakyat pada harga
RM1.50 tetapi rakyat terpaksa membayar pada harga RM10. Itulah apa yang berlaku,
kadang-kadang pembangunan yang berlaku dalam negara kita adalah pembangunan yang
tidak dibayar dengan nilai yang sebenar mengikut nilai pasaran.
Kita bimbang kerana sekarang ini negara-negara yang kita tuding mengatakan
bahawa negara-negara ini sudah terperangkap dengan prescription IMF terutama Thailand,
Korea Selatan dan juga Indonesia yang selalu kita jengkel-jengkelkan. Saya memberitahu
sedikit imbasan bagaimana Korea Selatan yang mengambil pinjaman IMF tidak kurang
daripada USD55 bilion tetapi dalam masa satu tahun setengah mereka telah membereskan
semua hutang USD55 bilion.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memuji dan kagum dengan
kehebatan Korea Selatan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Korea Selatan iaitu
krisis pada tahun 1997, 1998 dan pada waktu yang singkat telah berjaya melangsaikan
USD55 bilion dan pada masa yang sama telah mempunyai simpanan rizab tidak kurang
daripada USD100 bilion. Ini semasa Korea di bawah pimpinan Kim Dae-jung.
Kemudian di Thailand di bawah pimpinan Dr. Thaksin Sinawatra umpamanya,
dengan hutang USD17.5 bilion, mereka telah pun melangsaikan hutang tersebut kira-kira
tiga, empat bulan yang lepas. Pada masa yang sama, rizab Thailand jauh lebih besar
daripada rizab negara kita Malaysia. Jadi saya sekarang ini cukup bimbang, kalau dahulu
kita lihat di negara-negara ASEAN yang mendahului kita dari sudut ekonomi hanyalah
Singapura tetapi sekarang ini silap sepak terajang pengurusan ekonomi kita, maka Thailand
akan mendahului kita pada bila-bila masa. Jadi oleh sebab itulah kita mahu supaya status
dan ranking kita berada nombor dua dalam Asia Tenggara selepas Singapura dapat
dikekalkan dengan cara ketelusan dan pengurusan ekonomi yang bijak dan mantap.
Dan satu perkara yang saya cukup tertarik bagaimana Kerajaan Thaksin sudah
memperkenalkan satu pakej ekoran daripada kesan SARS, di mana beliau telah
memperkenalkan Pakej Perhotelan plus Kesihatan. Maknanya, perkhidmatan perhotelan
campur kesihatan dan pergi ke Thailand bukan hanya untuk tujuan pelancongan tetapi
pelancongan dan juga perubatan, di mana sektor bio teknologi telah diberikan fokus yang
besar, yang hebat oleh Kerajaan Thailand sekarang ini.
Saya telah beberapa kali sejak bermula tahun 1999 lagi, mula-mula memasuki
Dewan sudah mencadangkan kepada kerajaan supaya cepat-cepat kita mendahului sektor
ini kerana inilah sektor mengikut ramalan Bill Gates dan mengikut ramalan berbagai-bagai
tokoh ekonomi, tokoh kewangan antarabangsa merupakan sektor yang paling besar
menguasai sektor perniagaan dunia selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kita melihat itu kita melihat kali ini pihak
Datuk Bandar diberi kuasa untuk menggeledah dan sebagainya, sebenarnya tidak ada. Ini
satu tindakan yang bijak. Saya fikir adalah wajar sekarang ini kerajaan memikirkan bahawa
terutama bermula dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya pihak-pihak
penguasaannya diberikan status seperti mana yang dipohon oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di mana penguat kuasanya juga diberikan lesen-
lesen untuk memiliki senjata api kerana kita perlu tahu bahawa Kuala Lumpur ini walaupun
lihat indah tetapi mengikut banyak orang, it’s quite a notorious city, maknanya banyak
perkara yang tidak didedahkan berlaku di Kuala Lumpur ini.
Umpamanya saya bimbang peristiwa seperti mana disebutkan oleh Jelebu di mana
kes, kita sebut nama Ahmad Kabit dan juga Kapt.(B) Kudus itu dengan izin, tip of the
60 DR.17.06.2003

iceberg yang mana didedahkan oleh Timbalan Menteri Perumahan, nasib baik dia berani
dedah. Saya tidak tahu yang UMNO berani dedah atau tidak tetapi nasib baik Presiden
PPP dedah, mula-mula MB Selangor lawan juga, dia kata tidak betul, tidak betul, saya pun
tengok Presiden PPP pun panik juga mula-mula tetapi lama-lama benda itu tidak boleh
disembunyikan.
Walhal benda ini mengikut cerita-cerita orang di Ampang Jaya sudah berbuih
maklum dengan benda ini, berbuih mulut sampai satu peringkat timbul satu jenaka, dia kata
kalau tempat kegiatan ceramah PAS yang ada 50 orang pun dia nampak tetapi tempatnya
sebesar-besar signboard, orang boleh tahu, seluruh orang kampung tahu, seluruh
penduduk sekitar tahu, dia kata dia tidak nampak dan dia tidak tahu. Makna
penguatkuasaan ini, inilah yang berlaku dalam negara kita.
Kita mungkin mempunyai undang-undang yang terbaik tetapi bila sampai kepada
peringkat penguatkuasaan inilah yang menimbulkan masalah bagi kita. Bila sampai kepada
pihak penguasaan di semua peringkat maka kita perhatikan bahawa tindakan yang cukup
lemah tidak seperti mana yang berlaku di Singapura. Di Singapura kerana ketegasan
Perdana Menteri yang dahulu Lee Kuan Yew menyebabkan hatta dia sendiri, hatta keluarga
dia sendiri, hatta menteri-menteri kabinet tidak berani, sudah cukup bagi mereka ini dengan
tangga gaji yang mereka ada tetapi apa yang berlaku dalam negara kita adalah sebaliknya.
Yang ditangkap polis, yang dapat RM10, RM5, Allah yang itu kasihan dekat
mereka. Kasihan dia, saya kena kasihan, tidak sampai hati. Kita pun beri, beri bukan
kerana hendak rasuah, beri kerana duduk tengah panas, duduk tahan kereta, ambillah buat
minum air di tengah jalan. Kita selalu beri, jadi kawan, yang itu yang kita hendak tangkap.
Yang jerung-jerung kita tidak hendak tangkap. Sebab itu betullah kata orang undang-
undang kita sudah jadi undang-undang sarang labah-labah. Kalau lalat masuk terlekat,
pijat masuk terlekat, kalau helang masuk sarang pun bocor.
Yang ini kita tidak mahu berlaku macam ini kerana kalau yang berlaku kepada
Ahmad Kabit ini sebenarnya sedikit, kalau buat betul-betul kajian, kalaulah DBKL ini mahu
menggunakan betul-betul, mahu memastikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya
berlaku, berlaku, maka apa salahnya menggunakan NGO, banyak NGO yang sanggup
membantu untuk membanteras crimes. Sekarang ini umpamanya…..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, tentang Bil inilah.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ini penguatkuasaan, cerita di bawah
penguatkuasaan, Datuk. [Ketawa] Jadi sekarang ini kita hendak kalau boleh, sekarang kita
faham kekuatan polis tidak cukup. Dalam buku belanjawan baru-baru ini di katakan anggota
polis 93,000 orang pada 2002 dan pada tahun 2003 kekal 93,000 ribu orang juga. Bila saya
tanya Timbalan Perdana Menteri kenapa anggota polis 2002 kekal 93,000 ribu orang dan
2003 kekal 93,000 ribu orang sedangkan bilangan penduduk makin bertambah, bilangan
anggota polis tidak ditambah, rupa-rupanya 93,000 itu pun silap. Bila mana Pengarah
Pengurusan yang baru, Datuk Kamaruddin Ali, seorang jurutera lulusan UTM - saya ingat
the best achiever from UTM, dia Diploma dalam Mechanical Engineering, diploma sahaja -
dapat jadi Pengarah Pengurusan, dia katakan bahawa anggota polis sekarang bukan
93,000 tetapi 80,000.
Jadi dengan ini menggambarkan kepada kita bahawa anggota polis tidak cukup.
Itu clear-cut. Jadi kalau kita tahu anggota polis tidak cukup saya fikir tidak payahlah kita
hendak bawa anggota polis pergi join raid ini, cukup dengan penguatkuasaan mukim,
cukup, supaya pihak polis tidak mencari alasan mereka tidak cukup kakitangan kerana yang
hendak raid itu at least pangkat dia Inspektor dan ke atas.
Ini kalau tidak cukup nanti raid itu tertangguh tambahan pula adalah lebih sesuai
kalau kita buat peringkat pihak penguatkuasaan DBKL sahaja supaya kalau banyak sangat
pihak terlibat nanti bocor rahsia mudah. Bocor rahsia sungguh mudah kalau banyak sangat
pihak terlibat. Saya kira kita beri penguatkuasaan DBKL ini satu power dan juga selaras
seperti mana yang diberikan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna yang diberi senjata. Kalau beri senjata dia orang boleh raid seperti mana yang
dibuat tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
DR.17.06.2003 61

sekarang ini yang raid VCD habis-habisan. Mudah-mudahan kerja-kerja ini sentiasa
diteruskan bukan hanya bermusim dan berkala.
Sebab itulah saya mohon supaya pihak kerajaan benar-benar memastikan bahawa
segala teguran-teguran dan juga segala kompelin yang dikemukakan oleh rakyat termasuk
golongan-golongan marhaen yakni golongan yang tidak ‘YB’ saja diambil kira dan janganlah
didedahkan. Saya bimbang kes yang berlaku di Kepong juga akan berlaku kepada orang
lain. Baru kita kompelin dia beritahu nama yang kita kompelin. Jadi aniayalah Kepong,
lepas ini susahlah hendak menang.
Kalau begitu siapa yang kompelin, susah hendak menang, beritahu operator-
operator yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang berunsur negatif kerana sekarang ini
boleh dikatakan hotel-hotel di negara kita kata orang, orang semua sudah maklum, boleh
katakan hotel-hotel sepanjang Bukit Bintang bukan hanya mengadakan services sedia
maklum tetapi banyak juga memberikan ‘services’ - sama-sama faham, ‘services’ - sama-
sama faham, banyak, yang ini kadang-kadang yang menjadi ejen ini yang bawah-bawah.
Jadi ejen-ejen yang di bawah-bawah ini sehingga banyak rakan-rakan Arab saya
beritahu, dengan izin, “I’m staying at a five-star hotel, I’m staying at a four-star hotel with my
family, and they are calling me ‘Mr., do you want any girl?’ “… [Ketawa] Jadi tidak bolehlah.
Kalau boleh kita tolong perhatikan. Benda ini benda yang sangat lumrah berlaku. Sama
ada siapa-siapa pemandu teksi pun tahu, semua tahu. Kalau kita bersembang dengan
pemandu teksi, bersembang di mana-mana semua orang tahu bahawa boleh dikatakan
hotel-hotel kita ini bukan setakat pelanggan yang minta, ini dia offer.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Yang Berhormat Jeli. Berkenaan dengan khidmat-khidmat dan tingkah laku di hotel-hotel
di dalam negara kita, adakah Yang Berhormat fikir, saya ingin tanya, sesuai atau tidak
untuk mengelakkan daripada aktiviti-aktiviti yang kadangkala tidak disenangi oleh penghuni-
penghuni hotel yang lain, maka dicadangkan supaya dikuatkuasakan supaya di kebanyakan
hotel-hotel diwajibkan bahawa lantai-lantai tertentu kalau di negara Barat, lantai tidak
merokok, non-smoking floor, lantai wanita sahaja. Maknanya masalah keselamatan yang
Batang Lupar bayangkan tadi terhadap wanita-wanita apabila menghuni di hotel.
Maka begitu juga kita selain daripada lantai tidak merokok, lantai wanita, lantai
keluarga, lantai berbulan madu sebab kadang-kadang bukan soal pelacuran, kadang-
kadang ada sepasang berbulan madu, ada sebelah biliknya satu keluarga dengan anak-
anak kecil, jadi aktiviti yang satu mengganggu aktiviti satu lagi. Jadi sama-sama
mengganggu masing-masing melakukan perbuatan-perbuatan yang halal, yang haram itu
sudah tentu kita mesti tidak benarkan berlaku di hotel dalam negara kita ini. Adakah idea
itu pada pandangan Yang Berhormat patut kita lakukan?
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Saya rasa kalau cadangan ini dilakukan
oleh pihak kerajaan yang berwajib maka senanglah, maknanya mungkin lantai-lantai
keluarga ini pihak penguat kuasa DBKL tidak payahlah bekerja kuat-kuat sangat pasal
sudah tahu ini lantai keluarga tetapi kita hanya identify lantai yang tidak keluarga. Kalau
ada kegiatan-kegiatan negatif, kita identify lantai-lantai tidak keluarga. Kalau lantai keluarga
kita tahu insya-Allah kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini tidak akan berlaku.
Jadi, saya rasa itu satu cadangan yang baik, di samping kita mengadakan lantai
tidak merokok juga lantai berkeluarga dan satu lagi lantai bebas. Yang lantai bebas itu
yang mungkin pihak yang berwajib, pihak yang berkuasa perlu beri fokus dari segi hendak
membanteras dari sudut kerja-kerja penguatkuasaan.
Selain dari itu, Tuan Yang di-Pertua, kita bimbang ekoran peristiwa terbaharu yang
berlaku dalam negara kita. Sudahlah saya semak-semak, saya juga ada baca tentang
negeri Nevada di Amerika Syarikat. Negeri Nevada di Amerika Syarikat ini terkenal dengan
perjudian, terutama Las Vegas, tetapi kita semak-semak, rupa-rupa hasil yang paling tinggi
daripada Nevada ini bukan dari perjudian rupa-rupanya. Hasil yang lebih tinggi adalah hasil
pelancongan. Saya pun terperanjat. Rupa-rupanya hasil pelancongan lebih tinggi daripada
hasil perjudian di Las Vegas.
62 DR.17.06.2003

Di Amerika Syarikat ini, dia tidak beri pada semua negeri untuk berjudi. Di Nevada
kerana ia kering kontang, padang pasir, okey diberi. Dan adalah negeri-negeri lain yang
diberi tempat sebagai negeri yang berjudi, tetapi negeri-negeri lain tidak boleh berjudi. Dia
tidak benarkan untuk kasino dan sebagainya.
Jadi, rupa-rupanya Nevada ini macam Pahanglah kot - barangkalilah - di Malaysia
ini, lebih kurang macam Pahang. [Ketawa] Walaupun di Nevada itu tidak ada pokok, ada
padang pasir, tetapi di Pahang ini, dengan hutannya, dengan macam-macam. Saya minta
Timbalan Menteri tolong bersihkanlah imej negeri Pahang ini. Pasal apa? Sekarang ini
sudahlah ada di Genting, Genting ini tempat judi paling besar di Asia. Jadi, yang itu katalah
susah, pasal sudah kawan lama, umur dia pun sudah 90. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri kita pun sudah dekat 80, kawan baiklah, sudah lama kenal. Jadi, mungkin susah
kita hendak batalkan lesen yang itu. Tetapi yang baru-baru ini, janganlah lagi! Kenapa kita
hendak luluskan lagi di Bukit Tinggi atas alasan dia sudah buat jalan raya di atas, dia sudah
buat bangunan hotel ala istana Perancis zaman abad 18, abad 19, The Colmar Tropicale
dan dia juga buat istana-istana Jepun. Menteri Kabinet sudah berapa kali buat mesyuarat
kabinet di situ. Bekas Setiausaha Agung MIC, dia tahu ini. Pernah buat di situ!
Tetapi janganlah, cukuplah kerana saya malu, saya beritahu, saya malu Malaysia
yang diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai negara Islam, tiba-
tiba Singapura, Timbalan Perdana Menteri Singapura, BG Lee atau Bridgadier-General
Lee, anak kepada Lee Kuan Yew, bila didesak olah peniaga-peniaga Singapura supaya
membuka kasino dan juga judi terutama di Changi Airport yang mana merupakan lapangan
terbang paling maju di Asia Tenggara, tiba-tiba BG Lee kata apa? “Judi ini bukan
perniagaan, ia merosakkan”. BG Lee boleh cakap macam itu tetapi Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri tidak boleh cakap macam itu. Saya rasa malu pada BG Lee… [Tepuk]
Bukan setakat BG Lee, Dr Thaksin Shinawatra juga diminta untuk membuat
tempat-tempat berjudi, kerana sudah ramai orang datang melancong di Thailand, kerana
pelancong di Thailand adalah pelancong yang berkualiti, lebih ramai di Thailand daripada
Malaysia. Kita kena ingat. Pelancong yang berkualiti lebih ramai di Thailand daripada di
Malaysia, juga diminta oleh peniaga-peniaga di Thailand supaya buat benda yang sama
sebagai satu lagi daya tarikan baru tetapi Thaksin juga mengatakan beliau lebih fokus
kepada perkara lain daripada itu.
Tiba-tiba Malaysia sudahlah ada lebih daripada 10 lesen judi, sudahlah kita
turunkan duti judi kepada tiap-tiap syarikat judi yang tidak kurang 10% daripada 12% dahulu
kepada 6% sekarang ini, kita beri lagi tempat judi yang baru, walaupun tidak kasino, judilah
juga namanya, yakni dengan membeli slot mesin. Saya tahu bahawa Vincent Tan dan
keluarga merupakan, the only family, kalau tidak silap saya yang diberikan lesen untuk
import dan juga supply mesin slot ini. Kalau tidak silap saya, he is the only family, the only
group, Vincent Tan and Danny Tan yang diberikan lesen untuk import dan untuk supply
alat-alat mesin slot ini. Ini di zaman Menteri Kewangan semasa Yang Berhormat bagi
Merbuk lagi, dia beri special rights, exclusive rights kepada Vincent Tan dan Danny Tan.
Bukan setakat di Bukit Tinggi, kita sudah baca dalam internet, bahkan di Tioman
juga akan diluluskan….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ….
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Jadi, sekarang ini saya minta Tuan
Yang di-Pertua ……
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, tentang perkara ini telah dibangkitkan dahulu.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Saya minta lepas ini Tuan Yang di-
Pertua, kalau boleh alasan yang diberikan oleh Vincent Tan, oleh Bukit Tinggi Resort,
janganlah kerana alasan dia kata tidak ada orang datang, maka kita kena beri untuk tarik
orang datang, maka hotel-hotel di Kuala Lumpur juga akan diberikan kelonggaran seperti itu
terutamanya Palace of the Golden Horses di Sungai Besi. Jadi kita bimbang yang itu pun
akan minta nanti, dia tengok Bukit Tinggi boleh, maka dia pun hendak minta juga mesin slot
untuk operate di hotel dia yang kadar penginapannya cukup tinggi.
DR.17.06.2003 63

Kemudian yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, kita memohon supaya selepas
daripada ini segala teguran, segala kompelin, segala nasihat diambil tindakan yang segera.
Mudah-mudahan kita sudah berbincang sehari suntuk ini bukan hanya di tinggal di medan-
medan debat Parlimen tetapi benar-benar berkesan supaya rakyat benar-benar melihat
bahawa memang benar kepimpinan melalui teladan. Bukan hanya pada 1982 sahaja,
kepimpinan melalui teladan, tetapi bila sampai peringkat ke penghujung karier kepimpinan
melalui teladan sudah larut dengan apa yang berlaku pada hari ini. Wallahualam.
Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas Yang Berhormat bagi
Parit Buntar, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Sila.
4.48 ptg.
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. Saya pun tertarik untuk berbincang sama mengenai Rang Undang-undang Hotel
(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2003 ini. Pertama sekali Tuan Yang di-
Pertua, sebagaimana yang kita tahu bila disebut sahaja tentang hotel ini, hendak cari hotel-
hotel yang terkemuka dalam dunia ini kita tidak nampak di Malaysia, tetapi kita nampak di
tempat jiran tetangga kita, di Indonesia, di Thailand, di Singapura.
Kalau negara-negara lain kita tengok di Jepun dan kemuncak kepada kehebatan
hotel-hotel ini biasanya orang kaitkan dengan Switzerland. Switzerland sebagaimana yang
kita tahu adalah satu-satunya negara yang pertama agaknya dalam dunia yang daripada
awal-awal lagi memberi penekanan kepada industri pelancongan. Kawan industri
pelancongan tidak lain dan tidak bukan ialah penginapan dan penginapan itu dinamakan
sebagai hotel. Sebab itu kita dapati bahawa hotel-hotel yang terkemuka, contoh-contoh
service hotel yang terkemuka, hotel-hotel bertaraf bintang-bintang yang tertinggi lima dan
enam dan sebagainya, kalau di Eropah, pusatnya, kebanyakannya berada di Switzerland.
Bahkan pusat latihan yang terkemuka pun misalnya, di Ecole Hoteliere de
Lucerne pun terdapat di Switzerland. Inilah menjadi satu pusat yang mempunyai 5,000
pelajar-pelajarnya setiap tahun, melatih pelajar dari seluruh dunia. Anatar 50 hingga ke 100
negara dalam dunia menghantarkan pelajar-pelajar mereka untuk mengikuti program
latihan di hotel kerana hotel-hotel di Switzerland terutamanya pusat latihannya adalah
mempunyai taraf yang dinamakan sebagai taraf dunia. Kita rasanya masih jauh lagi.
Tuan Yang di-Pertua, kita boleh dengar tadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang
disebut oleh teman-teman saya sebelum ini yang memberitahu pelbagai masalah yang kita
hadapi, masalah operasi, masalah kita menangani pelanggan, masalah kita mengurus
hotel. Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan
menyebutkan tentang pengendali-pengendali hotel ini.
Tradisi hotel di Malaysia sudah agak lama juga. Penekanan kita kepada
pelancongan pun sudah lama sehingga pelancongan sebagaimana yang diketahui
merupakan punca sumber wang, kekayaan negara yang kedua selain daripada
perindustrian di negara kita ini tetapi yang mendukacitakan Tuan Yang di-Pertua ialah di
bidang pengurusan, pihak atasan yang mengurus hotel ini. Kebanyakan hotel di Malaysia
hampir tidak percaya kalau diuruskan oleh orang-orang tempatan. Dia mesti mengambil
orang luar negeri, mesti ambil daripada Eropah, mesti ambil daripada Switzerland, mesti
ambil daripada Australia. Pada hal jarak masa hampir 30 tahun itu sepatutnya kita sudah
melatih, bahkan yang dahulunya ITM sekarang UiTM sudah ada kursus mengenai Hotel
Catering ini, sepanjang yang saya tahu paling tidaknya 20 ke 30 tahun yang lalu. Di mana
mereka?
Adakah mereka tidak boleh dilatih, adakah pengurusan hotel ini mesti
berkehendakkan manusia-manusia yang mesti datangnya daripada Switzerland, yang mesti
datangnya Australia, yang mesti datangnya daripada Eropah.
Saya yakin kalau kita boleh menguruskan kompeni-kompeni yang besar, boleh
mengurus perniagaan-perniagaan yang besar, walaupun banyak yang bankrap tetapi
dalam hal mengenai mengurus hotel ini tidaklah jauh bezanya daripada bentuk pengurusan
sistem pengurusan untuk mengurus agensi-agensi, organisasi-organisasi termasuk institusi-
64 DR.17.06.2003

institusi sama ada bertaraf negeri, bertaraf negara, bertaraf regional ataupun bertaraf
antarabangsa.
Sebab itu saya ingin menekankan di sini Tuan Yang di-Pertua untuk Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan terutamanya kalau dapat kita hendak tengok,
hendak menyusun ini, soal yang dikatakan sub-session plan bagi industri perhotelan di
Malaysia ini. Apa target kita bagi lima tahun yang akan datang supaya pengendali-
pengendali, pengurus-pengurus di peringkat atasan itu dapat dilatih. Hinggakan di satu
masa nanti kita ada kemampuan untuk menjadikan negara kita ini tempat paling tidaknya di
region ini, paling tidaknya di wilayah ini menjadi satu tempat yang dinamakan center of
excellence dalam bidang pengurusan hotel dan industri hotel ini.
Ini perlu dibuat dan saya menjangkakan kalau segala-galanya berjalan dengan
baik apa yang dilakukan dengan sokongan rakyat dan sebagainya, kemungkinan besar
Malaysia juga akan menjadi negara seperti Switzerland, dalam mana pelancongan telah
menjadi sumber yang pertama daripada pendapatan negara itu.
Selain daripada itu kita tengok dalam hal mengenai tentang pengurusan hotel di
negara kita. Ramai tadi teman-teman telah menyebutkan berikutan apa yang berlaku,
berikutan dengan peristiwa-peristiwa yang akhir ini yang melanda negara kita sejak
daripada awal. Pelbagai krisis telah berlaku, coxsackie nya, nipah virusnya, 11
Septembernya, jerebunya, serangan di Bali, pencerobohan di Iraq dan SARS di akhir-akhir
ini. Di antara sektor yang paling terjejas, tidak dapat dinafikan ialah industri perhotelan.
Memang tidak ada pemberhentian beramai-ramai, memang tidak ada diberikan
VSS yang ditawarkan oleh sebahagian hotel itu kepada pekerja-pekerja mereka, sama
ada pekerja biasa ataupun pekerja yang masuk di taraf separa pengurusan dan
pengurusan tetapi yang saya hendak sebut akan pengorbanan yang ditanggung oleh
pekerja-pekerja ini dengan keadaan yang sedemikian, dengan constrained cash flow yang
dihadapi oleh sebahagian besar daripada hotel-hotel di Malaysia, kerana didapati bahawa
pengisian penginapan hotel telah turun sampai ada kadar yang disebut oleh persatuan
hotel yang juga menjadi Pengerusi Eksekutif kepada Holiday Villa, kita dapati kadar
penurunan sebahagian daripada hotel itu ke tahap 20%.
Kalau ini berlaku yang terjejas yang pertama ialah gaji pekerja, yang terjejas yang
pertama ialah elaun kepada pekerja, yang terjejas yang pertama ialah overtime kepada
pekerja-pekerja rendah dan kesudahannya inilah perkara yang sedang ditanggung oleh
kebanyakan hotel di Malaysia, bukan sahaja di Malaysia di sekitar kawasan di Asia ini dan
juga di dunia amnya terutama negara-negara yang terjejas dengan SARS. Apa yang kita
lakukan? Saya tidak tahu apa yang kita lakukan. Memang kita memberi kerajaan
memperuntukkan sampai RM1 bilion, untuk memberikan sedikit dana kepada hotel-hotel
yang terlibat paling tidaknya untuk menceriakan mereka, dalam cash flow mereka tetapi
saya yakin sebahagian besar daripada masalah ini dialami oleh pekerja-pekerja hotel.
Saya bertemu dengan pekerja-pekerja hotel terutamanya golongan-golongan
bawahan ini. Sejak peristiwa SARS yang berlaku terutamanya dalam bulan Jun dan juga
dalam bulan Julai dan juga awal bulan Mei, hujung bulan Mei, mereka tidak mendapat
overtime, elaun mereka tidak dibayar dan sebagainya. Ini sudah menjejaskan kehidupan
mereka, kerana hampir 100 ribu rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri perhotelan ini.
Saya rasa kemungkinan krisis demi krisis akan timbul., Dunia sudah beredar
sedemikian rupa. Dunia berada dalam keadaan kemuncak terancam di mana-mana juga
sedemikian rupa. Maka sudah tentunya kita akan dapati krisis-krisis ini akan terus berlaku
dalam pelbagai bentuk, dalam pelbagai cara, dalam pelbagai keadaan dan ini akan terus
mempengaruhi industri perhotelan. Di antara orang-orang yang terpengaruh, terjejas teruk
secara langsung ialah pekerja-pekerja terutamanya golongan bawah ini.
Saya ingin mencadangkan supaya kalau boleh kerajaan dapat misalnya
memberikan bantuan, dapat membina pusat konvensyen antarabangsa di Putrajaya yang
harganya hampir RM700 juta. Saya rasa kerajaan pun harus mampu sebenarnya, menyara
rakyat yang terlibat dalam SARS, rakyat yang terlibat dalam industri pelancongan terutama
industri perhotelan ini 100 ribu bilangan mereka, kalau dapat ditinjau semula tentang
DR.17.06.2003 65

kehidupan mereka bila mereka terjejas teruk hasil daripada pencerobohan Iraq dan juga
SARS ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal yang juga besar iaitu
permasalahan pengusaha hotel ini. Ada pendapat yang mengatakan Tuan Yang di-Pertua,
pelancong-pelancong luar negeri diberikan keutamaan. Pelancong-pelancong dalam negeri
dianaktirikan. Ini keluar dalam surat khabar. Saya sendiri merasakan dan ada pengalaman
tentang ini. Bila kita panggil, kita telefon, kita mengatakan kita menguruskan pelancong
dalam negeri, jawapan dia lain sikit, tone dia lain sikit, nada dia lain sikit, sense of urgency
nya lain sikit tetapi kalau sebut pelancong luar negeri semuanya berlari, porter berlari, kita
punya orang yang mengalihkan kereta bila kita letakkan di depan lobi itu pun berlari,
semuanya berlari kerana mereka adalah pelancong luar negeri.
Saya faham kenapa mereka melebihkan pelancong luar negeri daripada dalam
negeri. Kemungkinannya kesan-kesan gandaannya pelancong luar negeri ini mungkin
lebih hebat lagi. Kemungkinan pelancong luar negeri tinggal lebih lama lagi, kemungkinan
pelancong luar negeri makan benda yang berkualiti lagi, kemungkinan apa yang mereka
hendakkan tempat tinggal mereka dalam tingkat-tingkat, jenis-jenis tempat tinggal mereka,
bilik-bilik mereka lebih hebat lagi. Sebab itu mereka diutamakan atas sebab-sebab
bisnes. Itu saya faham tetapi saya berdukacita bila keadaan tidak mengizinkan, bila krisis
berlaku kita tidak ada tempat lain hendak menghadap, bukan hendak memanggil orang
Australia datang, dia pun sudah masuk dalam kita punya travel advice yang dibuat oleh
Amerika dan sebagainya, Malaysia jangan dilawati, misal katakanlah, Thailand jangan
dilawati, Singapore jangan dilawati, akhirnya telah menjejaskan. Ke mana mereka harus
pergi, mereka akan menghadap dengan pelancong-pelancong domestik.
Kita sediakan pakej, barulah MAS sibuk menyediakan pakej-pakej yang
dikhususkan untuk pelancong-pelancong, untuk orang-orang dalam negeri. Apa yang saya
hendak sebutkan kalau yang lepas-lepas pelancong dalam negeri tidak diberi perhatian dan
dianaktirikan, kini bila krisis melanda, bila kebanyakan hotel mengalami masalah cash flow
ini maka mereka menghadap pelancong-pelancong dalam negeri saya rasa kena fikir
semula pengusaha-pengusaha pelancongan, pengusaha-pengusaha hotel terutamanya.
Dengan pengajaran yang kita dapat, dengan pengajaran yang berada di depan kita
sepatutnya sekarang mula memikirkan dari segi layanan terutamanya. Orang luar negeri,
pelancong luar negeri pun ada hati, kita pun ada hati. Pelancong luar negeri ada perasaan
tersinggung, kita pun ada perasaan tersinggung. Pelancong luar negeri pun ada perkataan
serik dalam dirinya, kita pun ada perkataan serik dalam diri kita.
Saya bimbang nanti bila orang-orang di Malaysia yang merupakan pelancong
dalam negeri itu mengambil satu tindakan keseluruhan, secara kolektif mengambil tindakan
untuk tidak mempedulikan lagi apa juga tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh agensi-
agensi pelancongan termasuklah hotel-hotel untuk menarik minat pelancong dalam negeri.
Saya ingin menyerukan, Tuan Yang di-Pertua, supaya kita kena berhati-hati dan
kita kena berawas-awas. Sebab dalam dunia yang ada kuasa ini ada masa kita di atas dan
ada masa kita di bawah dan ada masa kita di pandang dan ada masa kita tidak dipandang;
ada masa kita diperlukan dan ada masanya kita tidak diperlukan, Dalam konteks itulah
agaknya dalam hal perniagaan perhotelan ini patutlah diberikan perhatian ini yang
seimbang, paling tidaknya di antara layanan yang diberi kepada pelancong luar negeri dan
layanan yang diberi kepada pelancong dalam negeri. Dan saya lihat bila dipaparkan dalam
surat khabar saya pun rasa, rasa, rasa hendak merajuk-merajuk juga bila ada yang menulis
di dalam ruangan pembaca dan sebagainya. Sebagai pelancong dalam negeri nampaknya
dianaktirikan, sebagai pelancong dalam negeri tidak diutamakan. Sebagai pelancong
dalam negeri layanannya, layanan kelas dua dibandingkan dengan pelancong-pelancong
luar negeri.
Yang berikutnya, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh terus tentang
pengusaha hotel bumiputera ini. Saya tidak tahulah macam mana, dahulu saya biasa
jugalah antara orang yang agak-agaknya try to patronise, you know! Atas dasar spirit
hendak membantu Hotel-hotel Seri Malaysia. Dahulu Alhamdulillah bagus, rate nya pun
murah tetapi sekarang rate dia sudah naik. Terutamanya pergi ke Kuantan, sebelah Seri
Malaysia itu Vistana. Rate Seri Malaysia tidak salah sayalah lebih tinggi dari Vistana,
66 DR.17.06.2003

padahal Vistana dia punya kemudahan dan dia punya bilik-bilik, dia punya layanan, dia
punya bahan-bahan, dia punya infrastruktur agaknya jauh.
Kalau saya hendak katakan mungkin tidak betullah seperti bumi dengan langit
beza dia dengan sebelah hotel bernama Hotel Seri Malaysia. Bila kita masuk Hotel Seri
Malaysia yang bayar lebih daripada Vistana itu, Alahai! saya ingat cadarnya sejak 15 tahun
yang lalu sampai sekarang ini kemungkinan bedspread yang sama. Saya tidak tahulah,
tetapi bila dipegang itu jatuh, itu jatuh, pegang ini, yang ini jatuh, pegang itu, yang itu jatuh
akhirnya kita menyambut benda yang jatuh sahaja… [Ketawa] Saya minta maaflah kerana
menyebutkan perkara ini tetapi ini berlaku, ya lah kita …
Tuan Chow Kon Yeow: [Bercakap sesuatu tanpa pembesar suara]
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Kadang-kadang itu shower itu, Allah!
Shower itu sudah tidak ada rupa shower! Shower ini namanya sahaja shower, dia
daripada banyak sumber tetapi ini tinggal satu sumber sahaja…. [Ketawa]
Jadi saya pun tidak hendak bercerita panjang tentang ini sebab kalau misalnya kita
tersinggung saya pun tersinggung sebenarnya. Jadi bukan sahaja begitu, saya tengok
layanan-layanan yang dibuat di Hotel Seri Malaysia pasal saya ini antara orang yang loyal
saya rasa ya! Kadang-kadang saya rasa budak-budak yang tunggu peperiksaan SPM,
duduk di kaunter, Allah! Budak baru umur 17, 18 tahun baru keluar sekolah, jarang jumpa
manusia-manusia luar, jarang bercakap dengan orang-orang yang daripada luar, jarang
bercakap dengan orang-orang berkulit putih, berhidung mancung, daripada pelancong-
pelancong luar, mereka ini bercakap Orang Putih tidak tahu apa hendak balas, lama-lama
dia usik kawan dia sebelah “Apa dia kata?” … [Ketawa]
Jadi benda-benda macam inilah yang saya fikir, Tuan Yang di-Pertua, perlu dibaiki
dan kita hendak sebenarnya saya hendak terus insya-Allah hendak patronise, hendak
menolong misalnya Hotel Seri Malaysia tetapi saya dapati mungkin sebahagian
daripadanya kita dapati pertukaran ownership daripada satu orang ke satu orang dan juga
saya difahamkan kenapa terjadi sedemikian, pasal timbul yang besarnya sistem patronage,
UMNO dan sebagainya, tidak ada orang pula dia bersidang ini. Ini timbul juga ada unsur-
unsur politik di situ, unsur-unsur politik yang bermain dalam hal mengenai hotel-hotel tajaan
kerajaan asalnya yang sekarang ini sudah diswastakan.
Mengenai hotel milik bumiputera juga, Tuan Yang di-Pertua, ada hotel-hotel yang
tidak diberi CF, hotel-hotel kecil ini pengusaha orang Melayu bumiputera ini di pulau-pulau
seperti di Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan berbagai-bagai pulau yang lain, yang
mengusahakan hotel-hotel kecil, hotel-hotel yang tidak ada bintang ini tetapi atas nama
pasal tidak ada CF sukar bagi kementerian untuk menaja mereka untuk dipromosikan
kepada pelancong-pelancong dan pelanggan-pelanggan daripada luar negara.
Saya tidak tahulah macam mana caranya dan kita kena bantu orang-orang yang
sedemikian, kita kena tengok spesial, bilangannya terlalu ramai. Menteri Pelancongan pun
menyatakan bilangan yang masuk dalam kumpulan hotel-hotel tanpa CF ini terutamanya di
pulau-pulau bilangannya begitu besar. Dan sebahagian besar daripada bilangan yang
besar itu sudah tentu biasanya mereka orang Melayu yang duduk di tanah rizab Melayu dan
sebagainya.
Jadi sebab itu saya fikir di antara industri memanglah orang Melayu tertinggal
dalam banyak bidang, dalam banyak lapangan. Saya rasa paling menyedihkan tanah dia
yang cantik tepi laut, pasirnya putih, ombaknya cantik, nelayan mengayuh perahunya
berbalam-balam di sana. Matahari nampak naik dan nampak turun, lembayung petang dan
lembayung pagi, tapi mereka tidak dapat menggunakan keseluruhan dan kehebatan alam
itu. Untuk kepentingan dia, membangunkan diri dia di tanah dia disebabkan beberapa
perkara, pertamanya mungkin tanahnya tanah Rizab Melayu yang kemungkinan sukar
untuk dijadikan collateral untuk mereka mendapatkan pinjaman daripada bank-bank dan
sebagainya. Selain daripada itu agaknya CF tidak dapat, Menteri menyebutkan pasal apa
tidak dapat CF? Kerana karenah birokrasi.
Ini pun satu benda, Tuan Yang di-Pertua, bila sebut karenah birokrasi saya pun
sedihlah sampai sekarang ini. Saya dahulu mengajar di INTAN tahun berapa dahulu,
sudah lama dahulu tahun 1980, 1982, 1986. Daripada awal dahulu kita bina pentadbir-
DR.17.06.2003 67

pentadbir, pengurus-pengurus, kerani-kerani, pegawai kerja-pegawai kerja, pengarah-


pengarah, penolong pengarah tapi saya tidak tahu di akhir-akhir ini di mana tingkat
excellence nya, di mana tingkat keprihatinannya, bagaimana peringkat kemampuan
pengurusannya.
Saya tidak mahu mengatakan ini kesilapan pegawai-pegawai kita 840,000
bilangannya. Rasa saya pengalaman mereka sudah cukup, suasana sudah cukup tetapi
kenapa sikap tidak cukup dan sikap tidak cukup ditunjukkan saya rasa bukan kerana
kesilapan mereka tetapi adalah kerana kesilapan environment mereka. Mereka buat kerja
betul tetapi bila ada masalah merekalah orang yang pertama menerima masalah. Ambil
kes PPRT, Menteri dia seronok sahaja, bekas Menteri seronok sahaja, KSU sekarang ini
menghadapi tuduhan di mahkamah. Dikaji dan diselidik oleh BPR, kereta Menteri sahaja
ditahan, Menteri tidak ditahan.
Jadi ini pun kita rasa, ini yang menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan kita ini
demoralised. Pegawai-pegawai kerajaan tidak dapat menunjukkan kerja prestasi yang
tinggi kerana mereka dipimpin oleh orang-orang politik yang tidak dapat menunjukkan
prestasi yang dikehendaki oleh negeri dan oleh negara yang kita hendak lihat itu berlaku di
kalangan pimpinan-pimpinan kita.
Banyak lagi sebenarnya dan banyak lagi kita bekerja di peringkat Pejabat Tanah
dahulu, kita bekerja di peringkat tanah dahulu kita sudah sediakan seluruhnya sekali
semuanya tetapi yang membuat keputusan masih lagi orang-orang politik. Hendak bagi
tanah kepada kroni-kroni, hendak bagi tanah kepada adik abang dan kakak dan
sebagainya. Ini adalah di antaranya yang menyebabkan rasa saya jalinan-jalinan urat-urat
yang menimbulkan masalah birokrasi dan karenah birokrasi.
Saya haraplah kepada pimpinan terutamanya kepada pimpinan politik khususnya
UMNO dan Barisan Nasional supaya ambil perkara ini dan lihat perkara ini dan dengan
pemergian pucuk pimpinan Dr. Mahathir dan dengan Pak Lah mengambil kuasa, saya
harap suasana baru dapat dilahirkan. Inject kan suasana komitmen di kalangan 840,000
pegawai-pegawai kerajaan yang bagus-bagus semuanya. Saya kenal mereka tetapi
mestilah ditunjukkan secara pimpinan melalui teladan oleh pimpinan tertinggi daripada
Perdana Menterinya, Timbalan Perdana Menterinya, Menteri-Menteri Kabinetnya, Timbalan-
Timbalan Menterinya, Setiausaha-Setiausaha Parlimennya, Menteri-Menteri Besarnya.
Macam mana Menteri Besar hendak menyelesaikan masalah rasuah sedangkan
dia ‘raja rasuah’, ini pun satu masalah yang besar tetapi ini ada kaitannya hal mengenai
pelancongan, perhotelan hendak convert tanah, daripada tanah pertanian hendak buat
hotel sama ada hotel besar atau hotel kecil, mereka melalui proses yang namanya proses
administration , proses administrative dan sebab itu hendak ubah syarat tanah dan
sebagainya untuk mendirikan hotel mesti pergi kepada 18 agensi, satu-satu agensi satu
masa, satu agensi satu masa walaupun ada dilaporkan sama-sama tetapi ada peringkat-
peringkatnya.
Inilah sebenarnya perkara-perkara yang saya rasa yang menyebabkan keinginan
orang-orang Melayu terlibat dalam berbagai-bagai industri termasuk khususnya industri
pelancongan ini agak terjejas sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, tentang hotel di kalangan orang bumiputera ini
juga ialah saya mengharapkan supaya ditubuhkan satu pasukan begitu untuk mengkaji
tanah-tanah Rizab Melayu ini. Kaji tanah Rizab Melayu, bagaimana tanah Rizab Melayu ini
dapat dijadikan colateral untuk tujuan gadaian untuk tujuan sewaan dan sebagainya supaya
orang-orang Melayu yang memiliki tanah di tanah-tanah yang tempatnya ditempatkan oleh
Allah dan di tempat-tempat resort yang macam itu, tempat-tempat pelancongan yang
menarik begitu supaya tanah-tanah itu dapat di convert dan dijadikan sebagai tanah yang
dapat menempatkan hotel-hotel yang disebutkan oleh tadi teman saya memerlukan hotel-
hotel bertaraf sederhana, dua bintang, satu bintang, tidak apa, bahkan banyak pelancong
saya tengok kadang-kadang orang Eropah ini, Tuan Yang di-Pertua, walaupun mereka
kaya-raya tetapi mereka seronok duduk.

Saya pergi Langkawi baru-baru ini, kaya-raya tetapi seronok dia duduk di chalet
yang harganya RM45 sahaja bersama isteri dan anaknya. Jadi, itu pilihan mereka.
68 DR.17.06.2003

Saya rasa kalau ini dapat dilakukan, hotel-hotel yang sedemikian, kalau kerajaan
prihatin, kalau pimpinan UMNO, Barisan Nasional prihatin, kalau kita dapat bantu orang
Melayu yang memiliki tanah rizab Melayu seperti ini dibantu mereka untuk membolehkan
mereka menjalankan aktiviti ini. Walaupun saya mengatakan akta ini adalah khusus untuk
Kuala Lumpur tetapi apa yang berlaku di Kuala Lumpur sebenarnya, berlaku juga di
Langkawi, berlaku juga di Pulau Tioman, berlaku juga di Pulau Pangkor dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, yang berikutnya ialah menubuhkan tabung pinjaman khusus kepada
pengusaha Melayu. Sebagaimana yang kita tahu, apa-apa pun hendak dapat dia punya
headstart itu agaknya susah sedikit bagi masyarakat Melayu sebab mereka tidak punya
permulaan. They don’t have the initiative untuk memulakan perniagaan. Apalagi orang-
orang Melayu yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman. Walaupun tinggal di kawasan
pedalaman, kawasan mereka mempunyai nilai yang tinggi dari segi pelancongan,
perhotelan dan sebagainya. Perlu difikirkan bagaimana caranya.
Kalau kita ada TEKUN dan berbagai-bagai lagi, kalau kita ada rancangan,
misalnya dalam bentuk pinjaman kepada pelajar-pelajar dan sebagainya, kalau kita
mempunyai excess RM7.3 bilion dalam stimulus package yang diumumkan baru-baru ini,
saya tidak tahulah kalau sebahagian daripada duit-duitnya digunakan untuk membantu
pengusaha-pengusaha yang seperti ini.
Tetapi yang saya nampak, tidak tahulah, yang dibina ialah sekolah-sekolah. Ada
jawapan yang diberikan kepada saya tadi, berapa banyak sekolah yang dibina melalui
pakej-pakej stimulus yang dibuat, dekat RM7 bilion bina sekolah. Baru-baru ini saya pergi
Sabah dan juga pergi Pahang, sebahagian besar daripada sekolah, sekolah itu ada enam
kelas, pelajar tidak banyak, sekitar dalam 160 orang tetapi saya diberitahu sekolahnya tiga
tingkat, empat tingkat, boleh tahan paling tidak ini 100 tahun. Tidak dihuni sekolah itu nanti.
Saya tidak tahu kenapa itu terjadi sedemikian dan inilah saya rasa kecewa
sedikitlah, kecewa. Bina pagar-pagar sekolah, bina berbagai-bagai lagi yang saya rasa
mungkin relevanlah untuk membina suasana yang menarik tetapi saya rasa it is just
mismatch of resources dan ini tidak sepatutnya berlaku. Dan ini berlaku, saya yakin. Ini
juga tanda-tanda pilihan raya. Inilah tanda-tanda pilihan raya yang kemungkinannya di
dalamnya ‘Mr. 5%’, ‘Mr. 10%’, ‘Mr. 20%’ dan mungkin dapat hasil daripada itu untuk
membuat persediaan antaranya mungkin menghadapi pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu apa yang patut dilakukan dan saya harap – saya
sebenarnya menumpang terima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan peruntukan
khas menyediakan kemudahan jaminan bantuan khas RM1 bilion untuk mengatasi masalah
aliran tunai kepada mereka yang terlibat dalam industri pelancongan dan juga industri
perhotelan ini tetapi sebagaimana yang kita tahu, Tuan Yang di-Pertua, bantuan-bantuan
yang seperti ini memang bagus, bantuan-bantuan yang seperti ini memang dapat
membantu tetapi kita hendak bantuan yang seperti ini sustainable.
Macam mana kita hendak rangka satu formula sustainability dalam kita
memberikan bantuan kepada orang Melayu. Pada masa yang sama, kita tidak mahu pula
menjadikan mereka too dependent kepada bantuan kerajaan. Too spoon-fed dalam
pendekatan mereka terhadap pembangunan dan sebagainya tetapi inilah saya rasa, saya
yakin teman-teman di kementerian, teman-teman di jabatan dan di mana juga adalah
tenaga fikir-tenaga fikir dan teman-teman kerajaan, teman-teman pegawai kerajaan yang
saya kenal adalah tenaga fikir-tenaga fikir yang boleh membantu orang yang membuat
dasar sebenarnya untuk menentukan, insya-Allah sebab dia ada good matching di antara
apa yang kita fikirkan, apa yang kita lakukan sebenarnya adalah sesuai dengan kehendak
mereka yang terlibat. Dalam konteks yang kita bincangkan ini ialah industri pelancongan
dan industri perhotelan…
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Sila, sila.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih. Minta penjelasan Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Berhormat bagi Parit Buntar tentang masalah usaha-
usaha oleh pihak bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang perhotelan dan bantuan
yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka setakat ini.
DR.17.06.2003 69

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Parit Buntar
tentang bagaimana pandangan Yang Berhormat terhadap masalah yang dihadapi oleh
bumiputera yang contoh paling jelas berlaku dalam kes sebuah hotel kepunyaan
bumiputera bernama Hotel Singgahsana di Petaling Jaya yang dipunyai oleh satu syarikat
yang sudah pun disenaraikan di Papan Utama di Kuala Lumpur Stock Exchange, dengan
izin, yang syarikat itu dipunyai oleh kumpulan orang-orang Melayu di atas nama KUB iaitu
Koperasi Usaha Bersatu Berhad yang kita semua tahu, dipunyai oleh orang-orang Melayu
daripada UMNO.
Hotel Singgahsana kepunyaan KUB ini ialah dengan izin, training hotel. Hotel
untuk melatih orang-orang supaya menjadi ‘penghotel-penghotel’ yang hebat dan berjaya
tetapi kita tahu KUB sendiri sudah gagal dan KUB kepunyaan UMNO sudah pun terpaksa
berpindah tangan kepada pihak-pihak yang lain.
Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat bagi Parit Buntar? Adakah ini
menandakan bahawa untuk benar-benar membangunkan industri perhotelan di kalangan
bumiputera perlu satu tenaga yang baru, tenaga yang tidak dipengaruhi oleh kuasa politik
kerana kuasa politik yang ada menjadikan kerajaan jelas gagal dalam usaha untuk
membangunkan industri perhotelan…. [Tepuk]
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih. Sebenarnya orang-orang
kita terutamanya teman-teman UMNO, Barisan Nasional sudah belajar daripada sejarah.
Mana-mana syarikat pun yang syarikat itu bergabung dengan politik, dengan parti politik
tidak pernah dapat bertahan. Ambil Fleet Group, tidak dapat bertahan. KUB, tidak dapat
bertahan. Dan dengarnya, hutang yang sedang ditanggung oleh KUB sampai mencecah
kepada billions.
Kita tidak tahu sebab sebahagian besar daripada KUB itu melibatkan pelabur-
pelabur bumiputera. Macam jugalah saham-saham yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.
ASAS iaitu Amanah Saham Selangor misalnya , sekarang ini saya rasa tinggal 2.8 sen kah
ataupun 30 sen begitu sahaja. Sebahagian daripada mereka membeli saham ini dengan
meminjam daripada bank. Orang kampung pun ada. Orang gaji rendah, buruh-buruh,
pekerja-pekerja kasar dan petani-petani yang meminjam daripada bank. Apa jadi kepada
mereka?
Dengan hanya sekarang, nilai Amanah Saham Negerinya 30 sen, dibeli dengan
RM1, apa hendak jadi kepada mereka? Bahkan, saya hendak menyebutkan sehingga hari
ini pun, belum ada lagi bentuk-bentuk penyelesaian yang dibuat, tidak berani hendak buat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Dalam keadaan itu…. Nanti sekejap,
sekejap sahaja Yang Berhormat bagi Kubang Kerian ya. Dalam pada itu pun, Kerajaan
Negeri Selangor punya hebat, dalam keadaan yang merudum itu, bagi dividen lagi. Ini
semata-mata adalah kata orang, ini umpan politik. Kita faham sebenarnya.
Saya telah timbulkan di Dewan Undangan Negeri mengenai perkara ini tetapi
inilah dia mainan UMNO. Inilah dia mainan Barisan Nasional. Inilah juga mainan
pemimpin-pemimpin kita yang saya rasa yang tertipu dalam mainan-mainan itu dan yang
menerima padahnya ialah rakyat yang namanya pemandu teksi, rakyat yang namanya
petani-petani, rakyat yang namanya nelayan-nelayan yang ingin menumpang orang UMNO,
kononnya yang akan menjanjikan kebahagiaan kepada mereka.
Sudah dekat 50 tahun kita merdeka dengan Perdana Menteri yang paling lama, 23
tahun. Saya tidak tahulah. Agaknya kita bersama-sama lihatlah macam mana nanti pujian-
pujian yang diberikan kepada dia. Kita sudah dengar pagi tadi pujian-pujiannya. Saya pun
ada bendanya yang saya kagum dengan Perdana Menteri tetapi banyak perkara yang patut
ditimbulkan dengan perspektif yang betul untuk menilai seseorang manusia itu. Terima
kasih. Sila.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Saya pula menyilakan.
Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
70 DR.17.06.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dia tidak
bangun Yang Berhormat minta dia ….
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Tadi dia bangun. Dia tidak sedar yang
dia bangun.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, dia belum dapat
kebenaran lagilah.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Oh, minta maaf.
Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih., Berkenaan
dengan Amanah Saham Johor, Dana Johor dan Amanah Saham Johor, dia punya simbol
ialah angsa bertelur emas kerana nilai saham RM1 akan jadi RM5. Sekarang ini harga
saham Amanah Saham Johor dan Dana Johor ialah lebih kurang 15 sen satu saham, kalau
kita jual saham ini, kita hendak beli telur puyuh pun tidak dapat.
Yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Parit Buntar, bagaimana apabila
syarikat-syarikat kroni mengalami kejatuhan harga di pasaran saham BSKL, kerajaan
menubuhkan ValueCap memberikan peruntukan RM10 bilion yang menyebabkan pasaran
saham kelihatan naik sekarang ini, tetapi bagi Amanah dan saham-saham, dana-dana
amanah ini, kerajaan tidak memberikan sebarang pertolongan, boleh Dato’ menjelaskan
sedikit.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih Kubang Kerian, itulah yang
saya, yang kita pun risau sebenarnya, cara negeri ini dikendalikan, kita beri privatization
dan kita beri beberapa individu dalam lingkaran kita, sebagai orang-orang yang mendapat
faedah langsung daripada privatization, dengan MASnya, dengan pelbagai lagi, maka
timbullah manusia-manusia yang kaya raya pada satu masa dahulu.
Akibat daripada beberapa hal yang tidak perlu disentuh di sini, kita tengok
‘pengeruduman’ berlaku kepada sebahagian besar daripada tauke-tauke besar
terutamanya orang-orang Melayu yang bilangannya tidak ramai.
Dan sebab itu ini ada kaitan langsung dengan amanah-amanah saham negeri tadi,
yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Sehingga ini macam
yang saya sebutkan tadi, apa yang telah kerajaan buat, apa yang kerajaan buat, saya tidak
tahu Kubang Kerian, apa ada satu perkara yang orang Melayu mesti terhutang budi
dengan UMNO dan mengundi UMNO pada pilihan raya kali ini.
Saya tidak tahulah, kalau orang Melayu mengundi UMNO juga, saya tidak tahulah
macam mana caranya, sebab itu sangat pentinglah saya fikir macam yang disebutkan oleh
Kubang Kerian tadi misalnya, memang sudah ada, saya sudah membaca sebenarnya,
dalam Wall Street Journal saya sudah ada pelbagai approaches, pendekatan yang hendak
diambil untuk menyelesaikan masalah amanah saham yang diutarakan oleh kerajaan-
kerajaan negeri.
Tetapi sampai sekarang tidak ada political will kerana ia melibatkan sampai kalau
tidak salah saya jumlahnya dekat-dekat RM4 billion. Ini saya rasakan sangat-sangat besar
tugasnya, sangat besar dan sehingga hari ini pun saya rasa dari segi prioriti, hah inilah
yang saya hendak sebut Kerajaan UMNO, Barisan Nasional.
Bila berdepan dengan rakyat jelata, sama ada hendak bina convention centre di
Putrajaya ataupun hendak bantu amanah saham yang melibatkan ratusan ribu rakyat, tetapi
convention centre dibina. Kalau tidak salah saya, di Jalan Ampang ini pun akan dibina
convention centre. Convention centre di Malaysia ini terlalu banyak, terlalu banyak. Di The
Mines ada convention centre, Subang ada convention centre, nun di sana di Kepala Batas
pun, Kepala Batas pun ada convention centre, Seri Kembangan ada convention centre,
RM700 juta. Saya tidak tahulah, pada sayalah, Tuan Yang di-Pertua, ini satu dosa, pada
saya ini satu dosa ……
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kubang
Kerian bangun.
DR.17.06.2003 71

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Pada saya ini satu dosa yang besarlah,
selagi rakyat tidak dibela, kehidupan rakyat tidak meningkat sebagai rakyat yang merdeka,
kepalanya merdeka, hatinya merdeka, kebebasannya benar-benar merdeka dan menikmati
kehebatan pembangunan yang diusahakan oleh tangan, kaki, seluruh kekuatan yang ada
pada mereka, selagi itulah saya rasa tugas kita untuk membangun rakyat ini, masih jauh
lagi daripada berjaya.
Saya tidak tahu apa kalungan yang hendak dikalungkan kepada leher Perdana
Menteri kita tentang apa yang berlaku ini. Oh, ada lagi? Sila.
Tuan Husam bin Haji Musa: Last. Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan
dari Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar. Semasa Persidangan APEC yang diadakan di
negara kita, kita dijadikan tuan rumah, kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak
untuk membina pusat persidangan ini di Seri Kembangan, walaupun di bawah kelolaan
swasta, tetapi kerajaan juga telah memberikan perbelanjaan yang besar, pada hari ini Seri
Kembangan telah ditukar daripada dewan persidangan kepada pusat membeli belah,
kerana tidak ada lagi function di sini dan ini merugikan syarikat tersebut.
Jadi, setiap kali kita hendak bersidang kita kena buat dewan persidangan yang
baru dan menelan belanja yang begitu besar, di Putrajaya kita akan habis RM650 juta untuk
satu pusat persidangan, untuk sidang OIC, boleh jadi kalau Perdana Menteri tidak jadi
bersara tahun ini, dia hendak bersara tahun hadapan mungkin tahun hadapan ada
persidangan lain, jadi satu dewan persidangan baru akan dibina.
Adakah Dato’ boleh bersetuju dengan sikap ini iaitu setiap kali kita hendak
bersidang, kita buat satu dewan persidangan yang lain.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Ini sebenarnya Yang Berhormat, saya
rasa ini ikut nafsu kita sahaja, dia mentadbir ini you follow wisdom than wisdom will prevail,
if you follow nafsu, nafsu will prevail. Dan sebab itu, saya fikir yang kedua itu nampaknya
lebih betul daripada yang pertama.
Kita hendakkan dipuji, fasal apa hendakkan dipuji ini? Kalau misalnya ….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, yang minta
penjelasan itu tidak minat hendak mendengar jawapan, jadi saya fikir tidak payah jawablah.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Oh, oh. Dia beritahu saya dia dengar di
luar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Oh tidak, dia sudah ambil beg
sudah baliklah. Teruskan ucapan berkaitan dengan hotellah.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Okey, sebab itu, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat bagi Batang Lupar bangun.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Okey, sila-sila. Dia baru duduk di hotel
London banyak malam, insya-Allah.
Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat, saya hendak
membawa ke perhatian Tuan Yang di-Pertualah, kerana lama datang daripada Batang
Lupar pergi ke London dan sebagainya dan merapu kiri kanan, minta tolonglah concentrate
balik hotel di Kuala Lumpur, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kadang-kadang sama-sama
jugalah… [Ketawa] Kadangkala sama-samalah. Yang Berhormat panjang lagikah?
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Sedikit lagilah. Ada penangguhan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh selesaikan dalam empat
minitkah, sebab ada Ucapan Penangguhan.
72 DR.17.06.2003

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Ya, saya teruskan besoklah, selepas
empat minit itu.
Tuan Yang di-Pertua, jadi terima kasihlah Batang Lupar, sebenarnya Batang Lupar
pun dalam hal ini lebih arif, dia kata kita merapu di sana sini, saya hanya pergi kepada
Langkawi, saya pergi kepada Putrajaya, saya tidak pergilah kepada London, kepada mana-
manalah ya, ialah kita orang kampung.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, berbalik tadi kepada pengusaha bumiputera. Saya
nampak industri yang akan berkembang pada dekad-dekad yang akan datang ini, seluruh
dunia, sebab itu negara China ini, menjelang tahun 2020 seluruh penduduk dunia akan
tertumpu tentang pelancongan ini kepada negara China. Itu laporan yang saya baca.
Jadi, bayangkan persediaan yang ada di negara China dan disebutkan hotel-
hotel bertaraf antarabangsa yang hebat-hebat sekarang di negara China, the best cuisine
sekarang antaranya di negara China, persediaan mereka untuk menghadapi globalisasi,
untuk menghadapi international business, yang banyak menjurus kepada hospitality
industries ini, terutama ialah pelancongan dan juga perhotelan.
Jadi, kita hendak bersedia di Malaysia. Pekerjaan di Malaysia ini agak lopsided,
teman-teman kaum Tionghoa memang sudah lama, by all means dia terus meningkatkan,
memiliki dan terus meningkatkan bersama dengan kawan-kawan (partners) dari luar
negara, daripada Jepun, daripada Switzerland dan sebagainya tetapi satu sektor lagi dalam
masyarakat kita orang Melayu.
Orang Melayu hanya menjadi pemandang-pemandang sahaja. Orang Melayu
hanya menjadi onlookers sahaja. Inilah masalah yang besar dan pada saya bila kita
hendak pergi kepada industri yang maju, yang moden kerana inilah yang akan menjadi the
inti bagi dekad-dekad yang akan datang perlu dibimbing, perlu diasuh, perlu dibantu tetapi
saya ingin menyatakan sekarang ini sudah ada kor sebenarnya, di kalangan orang-orang
Melayu yang sanggup memikul tanggungjawab ini.
Namun kor ini kebanyakannya bila kita tinjau, ia dari aliran politiknya, sama ada
neutral ataupun tidak menyebelahi kerajaan. Dan kor ini sebenarnya terbina daripada
zaman universiti lagi tetapi biasanya orang-orang ini sudah nampaknya diketepikan
daripada awal-awal lagi, daripada universiti, keluar universiti, sukar dapat tempat, sukar
dapat pendidikan, sukar dapat pengasuhan dan saya mintalah, apa yang saya maksudkan
ini, Tuan Yang di-Pertua, supaya diberikan pertimbangan yang sewajarnya, supaya kor ini
di kalangan masyarakat Melayu, khususnya di masyarakat bumiputera amnya dapat dibina
dan dibentuk dan dipertingkatkan.
Kita sebagai kerajaan, saya rasa hanya monitor …..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat boleh sambunglah hari esok.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Okey. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada Usul Penangguhan, saya
minta Yang Berhormat Menteri.
USUL

MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH


PERATURAN MESYUARAT 16(3)
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-
Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) Mesyuarat ini
ditangguhkan sekarang”.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah
Kui]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
DR.17.06.2003 73

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Pelaksanaan Sistem Meritokrasi Yang Adil


Di Universiti Awam
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya minta Yang Berhormat
bagi Kota Melaka.
5.31 ptg.
Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sistem
meritokrasi yang tidak adil dan tidak profesional yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan dalam pengambilan pelajar bagi universiti awam tempatan sejak tahun lalu telah
menimbulkan kontroversi, kritikan dan bantahan. Adalah tidak menghairankan wujudnya
kontroversi, kritikan dan bantahan oleh kerana sistem ini bukan sahaja tidak adil tetapi ia
juga sebenarnya tidak dapat meningkatkan daya persaingan pelajar bumiputera seperti
yang diharapkan oleh kerajaan.
Sistem ini juga akan menjejaskan pertumbuhan dan pembangunan negara yang
sihat oleh kerana;
(i) ia tidak dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita; dan
(ii) ia akan menghalang usaha untuk mencapai perpaduan rakyat
yang tulen.
Dalam satu persaingan yang benar, titik permulaan dan tamat haruslah sama bagi
semua pihak yang bersaing dalam handicap competition atau special competition, dengan
izin. Dengan persetujuan bersama, titik permulaan mungkin adalah berbeza bagi pesaing
yang berlainan, akan tetapi titik tamat haruslah sama.
Oleh yang demikian, jika kerajaan tidak bersedia menghapuskan salah satu
daripada sistem peperiksaan yang sedia ada, sama ada STPM atau peperiksaan
Matrikulasi maka ia harus memperkenalkan satu sistem peperiksaan kemasukan universiti
yang sama bagi mereka yang ingin memohon untuk masuk ke universiti awam tempatan.
Sistem kuota kaum yang diamalkan pada masa dahulu telah merampas peluang
pelajar-pelajar cemerlang atau berkelayakan untuk belajar di universiti awam tempatan.
Sistem meritokrasi yang tidak adil akan membawa lebih ketidakadilan. Dalam era
globalisasi, kerajaan tidak harus lagi menitikberatkan polisi persaingan di antara kaum
bumiputera dan bukan bumiputera. Persaingan hari ini ialah di antara rakyat Malaysia
dengan dunia iaitu Malaysian versus the world, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba untuk kerajaan memperkenalkan polisi
dan strategi baru sejajar dengan cabaran baru yang dihadapi oleh negara kita. Dalam
sistem meritokrasi yang benar, adil dan profesional tiada seorang pun harus meragui
prestasi mana-mana kaum atau membuat aduan atau kritikan dari sudut kaum. Kerajaan
harus sedar bahawa sistem meritokrasi yang dilaksanakan telah menimbulkan kontroversi,
kritikan dan bantahan bukan kerana keupayaan atau prestasi pelajar bumiputera telah
dipersoalkan. Ketidakpuasan hati timbul disebabkan sistem meritokrasi ini bukanlah
meritokrasi yang benar, adil dan profesional.
Kerajaan haruslah berani untuk mengakui ketidakadilan dan kelemahan sistem ini.
Berhentikanlah sistem yang tidak dapat mencapai tujuan untuk meningkatkan daya
persaingan pelajar bumiputera. Laksanakanlah meritokrasi benar dan adil yang boleh
menyatupadukan rakyat Malaysia dan bukan memisahkan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen.
5.34 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd.
Khir]: Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Yang
74 DR.17.06.2003

Berhormat bagi Kota Melaka kerana keprihatinan beliau terhadap isu kemasukan pelajar ke
IPTA melalui sistem meritokrasi.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghalusi ucapan Yang Berhormat bagi Kota
Melaka mengenai isu yang dibawa pada petang ini dan mengimbas kembali ucapannya
yang lepas di Dewan yang mulia ini, saya dapati Yang Berhormat bagi Kota Melaka
menghadapi sindrom kekeliruan terhadap dirinya sendiri. Tentunya Ahli-ahli Dewan masih
ingat sebelum sistem meritokrasi diperkenalkan, Yang Berhormat bagi Kota Melaka dan Ahli
Yang Berhormat yang lain dari DAP berulangkali mewar-warkan bahawa Kementerian
Pendidikan bersikap tidak adil terhadap pelajar apabila sistem kuota digunapakai untuk
kemasukan ke IPTA. Seterusnya DAP sekali lagi mempertikaikan sistem pemilihan
berasaskan merit yang mengutamakan persaingan, yang mana satu Yang Berhormat
kehendaki.
Pada petang ini kita telah sama-sama mendengar bahawa sistem meritokrasi yang
baru diperkenalkan dua tahun telah didakwa tidak adil, tidak rasional, tidak dapat
meningkatkan kualiti pendidikan dan juga pendidikan rakyat. Jadi, sebenarnya sistem
manakah yang pembangkang mahu.
Saya berseru kepada Ahli Yang Berhormat jika hendak buat dakwaan biarlah
berpegang kepada hujah dan rasional dan bukan mengikut selera politik sendiri untuk
political mileage, dengan izin, kerana sudah ketandusan isu.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sistem meritokrasi yang diamalkan oleh
Kementerian Pendidikan mulai sesi akademik 2002, 2003 adalah berpandukan kepada
prinsip, dengan izin, diversity dan comparability. Sebagai sebuah negara yang
mengamalkan demokrasi, kita menjunjung amalan demokrasi yang berupaya memberi
ruang kepada kepelbagaian kelulusan memasuki institusi pengajian tinggi di negara ini.
Sebaliknya Yang Berhormat bagi Kota Melaka menyarankan sistem kemasukan ke
universiti melalui satu sistem sahaja dan menggambarkan seolah-olah kemasukan dengan
menggunakan sistem peperiksaan yang berbeza tidak wujud di mana-mana institusi
pendidikan tinggi di negara-negara lain di dunia ini.
Saya menyeru Ahli Yang Berhormat bagi Kota Melaka agar meluaskan pandangan
dan membuat tinjauan terhadap sistem pendidikan negara-negara lain khususnya
berhubung kemasukan pelajar ke universiti. Prinsip kepelbagaian kemasukan ke universiti
yang diamalkan di Malaysia sekarang tanpa mengadakan satu peperiksaan kemasukan
yang terasing sebenarnya diamalkan juga di negara-negara lain. Sebagai contoh, universiti-
universiti di United Kingdom menerima pakai lepasan A-Level daripada pelbagai agensi
peperiksaan seperti Joint Matriculation Board, dengan izin, dari Australia dan lepasan
International Baccalaureate Organization. Kandungan kurikulum bagi peperiksaan tersebut
dianggap setara walaupun kaedah pengajaran berbeza.
Universiti di United Kingdom juga menerima lulusan SPM dan Matrikulasi dari
Malaysia. Di Australia, peperiksaan Gred 12 persekolahan, Program Matrikulasi serta
Program A-Level diterima dan mereka juga menerima kelayakan STPM dan Matrikulasi
Malaysia.
Bagi Program Matrikulasi di Australia terdapat beberapa pihak yang menawarkan
program tersebut seperti South Australian Matriculation dan sebagainya. Di Amerika
Syarikat, universiti menerima kemasukan berdasarkan peperiksaan akhir persekolahan atau
dengan izin, Scholastic Aptitude Test (SAT) serta juga menerima pelajar-pelajar dari luar
Amerika yang mengambil peperiksaan berasaskan negara masing-masing. Sekiranya
lulusan Matrikulasi negara kita boleh diterima di universiti-universiti luar negara, mengapa
kita mempersoalkan kelulusan Matrikulasi kita sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kes mengambil pelajar ke IPTA di negara ini
kemasukan tidak terhad kepada lepasan STPM dan Matrikulasi sahaja. Lepasan dari sistem
peperiksaan luar negara seperti A-Level United Kingdom, Matrikulasi Australia, Sijil Tinggi
Persekolahan Singapura dan kebanyakan diploma juga layak memohon untuk ke IPTA.
Memandangkan kepada amalan yang biasa dilakukan di beberapa negara maju
yang mengamalkan budaya kepelbagaian dalam sistem pendidikan, maka bukanlah
DR.17.06.2003 75

menjadi satu perkara yang luar biasa untuk IPTA dan IPTS mengambil calon lepasan
STPM, Matrikulasi dan kelayakan-kelayakan yang setaraf.
Penggunaan kaedah kemasukan berasaskan kepada satu peperiksaan akan
memberi kekangan kepada universiti-universiti untuk menentukan potensi akademik
seseorang pelajar. Untuk makluman, program STPM dan Matrikulasi mempunyai
kandungan kursus dan hasil pembelajaran yang setara iaitu untuk menyediakan pelajar
bagi memperolehi pengetahuan asas yang cukup sebelum memasuki kursus-kursus
tertentu di universiti. Kedua-dua, program tersebut mengadakan sistem peperiksaan
mereka juga melalui proses yang setara iaitu:
(i) soalan berasaskan kepada kurikulum yang ditetapkan;
(ii) soalan digubal oleh penggubal-penggubal bebas. Bagi kes
Matrikulasi, soalan tidak disediakan oleh pensyarah
Matrikulasi;
(iii) pemeriksaan kertas jawapan dilakukan oleh pemeriksa-
pemeriksa luar yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
untuk STPM dan Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan untuk peperiksaan Matrikulasi. Kebanyakan
mereka terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti, guru-
guru pakar atau individu tertentu yang difikirkan layak untuk
menjadi pemeriksa; dan
(iv) penilai akademik dilatih untuk menentukan standard
pencapaian dan memperakukan gred yang sesuai berasaskan
kepada kaedah statistik yang standard.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentukan kaedah penyamatarafan bagi
peperiksaan Matrikulasi dan peperiksaan STPM dengan menggunakan pencapaian Purata
Nilai Gred atau PNG, pendekatan yang digunakan melalui pengiktirafan gred cemerlang
dengan gred yang paling rendah. Bagi lepasan STPM, gred cemerlang adalah gred ‘A’,
manakala gred cemerlang untuk Program Matrikulasi adalah nilai PNG 4.0. Begitu juga
dengan gred lulus untuk program STPM adalah gred ‘E’ berbanding dengan gred lulus
Program Matrikulasi iaitu PNG 2.0.
Berasaskan kepada julat nilai PNG 4.0 untuk cemerlang dan PNGK 2.0 untuk
lulus, maka gred ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan ‘E’ bagi STPM dihitung berdasarkan selang yang sama
dalam julat tersebut. Taburan dalam julat ini dianggap adil kerana kaedah ini adalah
kaedah yang digunakan dalam sistem pemarkahan yang berasaskan kepada Sistem PNG.
Adalah tidak bijak bagi Yang Berhormat Kota Melaka untuk merumuskan bahawa
Sistem Meritokrasi yang dilaksanakan sekarang tidak dapat meningkatkan daya persaingan
pelajar-pelajar, sedangkan sistem ini baru berjalan dua tahun. Berdasarkan….
Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya?
Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Berdasarkan maklumat awal yang diterima
daripada universiti dan sekolah, pelajar mula berlumba-lumba memperolehi pencapaian
yang baik untuk memasuki kursus-kursus yang terpilih di universiti.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, lepas ini boleh gulung.
Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Okey. Peningkatan dengan izin, “cut-off point”
bagi kemasukan ke kursus-kursus terpilih tahun ini menunjukkan betapa sengitnya
persaingan yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, dengan penjelasan ini, saya amat berharap Yang Berhormat
bagi Kota Melaka telah mendapat gambaran yang sejelas-jelasnya dan tidak lagi
memperkatakan isu ini semata-mata untuk kepentingan politik DAP. Terima kasih.
76 DR.17.06.2003

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bukit


Mertajam, sila.

Kes Kematian Pelajar Perempuan


Geetha A/P Rajendran
5.42 ptg.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapat tahu perkembangan siasatan terkini
mengenai Laporan Polis No. Report BM 11805/02 mengenai kes kematian seorang pelajar
perempuan berumur 15 tahun bernama Geetha a/p Rajendran yang berlaku pada 7 Mac
2002.
Bapa si mati, En. Rajendran percaya anaknya bukan mati membunuh diri, tetapi
dibunuh dengan menolaknya dari Tingkat 18, Rumah Pangsa Wawasan di Bukit Mertajam.
Mengikut siasatannya, pada hari kejadian itu ada orang nampak si mati menunggang
motosikal bernombor PCM 152 bersama seorang lelaki yang namanya telah diberi kepada
pihak polis. Bapanya juga mendakwa bahawa ada pekedai di Jalan Tembikai lebih kurang
300 meter dari tempat kejadian ternampak dua orang lelaki menolak dan menendang si
mati pada petang hari kejadian. Bapa si mati mengatakan tinggi si mati hanya 5 kaki dan
tinggi dinding balkoni ialah 4 kaki 2 inci. Jadi menimbulkan persoalan bagaimana si mati
dapat naik ke atas dinding dan jatuh.
Bapa si mati juga mendapati terdapat darah di atas dinding. Selain daripada itu
Doktor Sakhti dari Hospital Besar Seberang Jaya selepas memeriksa gambar-gambar kes
berpendapat terdapat discrepancy dan bercadang jika pendapat kedua diperlukan, mereka
boleh berjumpa dengan Pakar Forensik di Hospital Pulau Pinang. Bapa si mati telah
membuat laporan polis pada 22 Mac 2002 dan menulis kepada Ketua Polis Negara pada 21
Jun 2002.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang bagi pihak keluarga si mati juga telah menulis
surat kepada Ketua Polis Pulau Pinang pada 2 Disember 2002. Dukacitanya sampai hari
ini beliau masih tidak mendapat apa-apa jawapan. Jadi beliau meminta saya memohon jasa
baik pihak Menteri untuk memberitahu perkembangan siasatan kes ini. Kepada pihak polis,
kes ini mungkin merupakan satu kes biasa sahaja tetapi kepada keluarganya mereka telah
kehilangan seorang anak. Lebih mendukakan hati mereka ialah mereka tidak tahu, apakah
yang sebenarnya berlaku kepada anak mereka. Mereka mengharap pihak polis mencari
kebenaran.
Kepada pihak polis, 15 bulan mungkin sekelip mata sahaja tetapi kepada keluarga
ini, 15 bulan seolah-olah 15 tahun. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik Menteri
berkenaan mengarah dan mempercepatkan proses siasatan kes ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan
Menteri .
5.48 ptg.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-
Pertua, izinkan saya untuk menjawab isu yang dibangkitkan berkenaan dengan
perkembangan siasatan terkini mengenai Laporan Polis No. BM 1805/02 mengenai kes
kematian seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang berlaku pada 7 Mac 2002,
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam.
Tuan Yang di-Pertua, si mati telah pun dikenal pasti sebagai Geetha a/p
Rajendran berumur 16 tahun, seorang penuntut Sekolah Menengah Convent, Bukit
Mertajam. Pada 7 Mac 2002 iaitu tahun lepas, lebih kurang jam 5.25 petang, mayat si mati
telah dijumpai di atas simen bahagian bawah Blok A, Desa Wawasan Bukit Mertajam. Pada
22 Mac 2002, iaitu 15 hari kemudian bapa si mati telah membuat laporan polis – Bukit
Mertajam Repot 1805/2 dan beliau telah mengesyaki bahawa anaknya tidak mati terjatuh
tetapi akibat ditolak oleh rakan lelaki si mati. Dakwaan ini berasaskan maklumat yang
diterima oleh beliau daripada dua rakan si mati yang lain dan dari seorang lelaki Cina.
DR.17.06.2003 77

Beliau juga mendakwa bahawa terdapat kesan darah di dinding Tingkat 19, Blok A, Flat
Desa Wawasan.
Berikutan dari itu, siasatan mengenai dakwaan tersebut telah pun dijalankan.
Kedua-dua rakan si mati menafikan memberi maklumat bahawa rakan-rakan lelaki si mati
terlibat melakukan pembunuhan ke atas si mati. Lelaki Cina yang dimaksudkan pula
mengesahkan bahawa beliau hanya melihat si mati terjatuh dari motosikal bernombor PCM
152 akibat kakinya yang tersangkut pada tempat duduk motosikal. Walau bagaimanapun,
si mati telah pun bangun dan berjalan ke arah Flat Desa Wawasan bersendirian. Siasatan
polis juga mengesahkan bahawa rakan-rakannya meninggalkan kawasan itu dan terus
pulang ke rumah masing-masing.
Mengenai dakwaan bahawa terdapat kesan darah di Tingkat 19, Flat Desa
Wawasan, seorang penghuni mengesahkan bahawa kesan darah itu adalah kepunyaan
anaknya. Secara kebetulan anak beliau mengalami pendarahan gusi dan telah pun
meludah ke dinding di depan pintu rumah. Bapa si mati pula hanya melawat ke Flat Desa
Wawasan kira-kira seminggu selepas si mati meninggal dunia. Apabila beliau ternampak
kesan darah tersebut, beliau terus membuat andaian bahawa darah tersebut adalah kesan
darah si mati. Andaian ini adalah tidak benar kerana penghuni tersebut telah mengesahkan
bahawa darah itu adalah darah pendarahan gusi anaknya. Pegawai Penyiasat juga telah
memeriksa setiap tingkat di bangunan tersebut pada hari pertama si mati dijumpai tetapi
tidak menemui sebarang kesan darah yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Tuan Yang di-Pertua, siasatan tidak dapat mengesahkan si mati terjun atau jatuh
dari aras yang ke berapa. Selain daripada itu, tiada saksi yang melihat si mati naik ke flat
tersebut ataupun melihat sesiapa yang disyaki menaiki flat dan melarikan diri dalam
keadaan tergesa-gesa semasa kejadian berlaku. Dua rakan sekelas si mati juga memberi
keterangan bahawa si mati pernah menceritakan tentang kekecewaan beliau kerana
cintanya telah ditolak oleh teman lelakinya. Kira-kira sehari atau dua hari sebelum kejadian,
si mati pernah memberitahu mereka bahawa beliau ingin membunuh diri.
Tuan Yang di-Pertua, hasil siasatan ini telah pun dikemukakan ke pejabat
Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang yang telah pun mengarahkan supaya inkues
dibuat berhubung dengan kematian ini. Dengan ini juga adalah disangkal dakwaan bapa si
mati bahawa anaknya telah mati dibunuh memandangkan tidak terdapat sebarang
keterangan atau evidence, dengan izin, berlakunya perbuatan jenayah dalam kematian
anaknya itu. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Selesailah Ucapan-ucapan
Penangguhan, maka Majlis Mesyuarat ditangguhkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan
yang mulia ini akan bersidang semula pada jam 10.00 pagi hari esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.50 petang.

Anda mungkin juga menyukai