Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum.... dan salam bahagia kepada semua yang hadir.

YBhg
Dato’ Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri Pulau Pinang. YB Dato’ Azhar Ibrahim, Setiausaha BPUN, YBhg
Dato’ Zainal Abidin Osman, Bendahari BPUN, sahabat-sahabat seperjuangan
Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan wakil Ketua-Ketua UMNO
Bahagian.

Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri


Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat Adun-Adun yang dihormati.

Para Pemberita,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih
kepada sahabat-sahabat yang turut bersama-sama dengan saya didalam
mengharungi isu yang panas ini.

Alhamdulillah saya tidak keseorangan dalam mengharungi isu mi, malah


selain dari sahabat-sahabat yang hadir pada “Press Conference” ini, saya
yakin diluar sana masih ramai lagi orang Melayu yang bukan sahaja dari
Pulau Pinang akan tetapi diseluruh pelusuk tanah air turut bensama-sama
dengan saya.

Saya berdoa kehadhirat Allah S.W.T semoga diberi kekuatan dan ketabahan
serta kesabaran didalam menghadapl musibah ini. Saya juga berdoa
kehadhirat Allah Yang Esa agar dijauhi sifat riak dan takabbur di dalam
meniti ujian Allah S.W.T di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh
barokah ini, Amin..

“Firstly I want you to know that I am not a racist.

I have many Chinese and Indian friends who are not only in politics, sports or
business but also in my daily life. I have no problems in my relationship with
them.

My father was a contractor and all my brothers are also contractors. I have
grown up and mix with the Chinese community even during my childhood
day.

I am not going to be apologetic, I am not going to apologise as I did not owe


any apology to anyone in this issue. I have done nothing wrong.”

Kenyataannya ialah saya telah dibicarakan di dalam makamah media di


mana media mendapati saya bersalah adalah tidak adil dan tidak profesional
kerana tidak mendapat penjelasan balas daripada saya lalu terus
menghukum saya. Sepatutnya “I am innocent until proven guilty” tapi
malangnya ini tidak berlaku, lebih malang lagi “when there are some
Chinese extremist who has branded myself as a racist. However, there are
many Malays who considered me as a nationalist.”

Saya akui bahawa dalam tempoh seminggu tersebut saya telah mengambil
sikap berdiam diri dahulu kerana saya mahu melihat dan menilai
perkembangan yang akan berlaku. Saya juga dalam tempoh tersebut
sesungguhnya berada di Bangkok, Thailand kerana membawa Skuad
Sepaktakraw Negara ke Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai.

Dalam tempoh tersebut juga, saya telah berbincang dengan kawan-kawan


saya dan pada hari ini saya bersedia memberi kenyataan balas. Ini
membolehkan saya membuat keputusan yang tidak tergesa-gesa dan
terburu-buru tidak seperti beberapa orang pemimpin Cina yang telah
membuat komen-komen yang melulu dan tidak berasas yang menampakkan
ketidakmatangan mereka dan telah membantu memanaskan isu yang tak
berasas ini.

Sukacita saya menjelaskan bahawa ceramah saya pada 23hb. Ogos, 2008
adalah didalam kelompok Melayu dan Islam. Sebagai pemimpin kerdil saya
cuba memberi kesedaran kepada mereka yang sebangsa dan seagama
dengan saya adalah tidak salah bagi saya sebagai pemimpin UMNO untuk
bercakap kepada orang-orang UMNO tentang perjuangan bangsa Melayu dan
agama Islam kerana ini adalah selaras dengan perlembagaan Parti UMNO itu
sendiri yang memang menuntut perjuangan untuk bangsa Melayu dan
agama Islam.

Dalam Perlembagaan parti kami tidak ada termaktub bahawa kami kena
berjuang untuk orang Cina.

Apa yang telah saya katakan semasa ceramah tersebut dan ingin memberi
penjelasan yang Iebih nyata disini adalah seperti berikut:

Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah membawa masuk


orang-orang Cina untuk bekerja dilombong-lombong bijih dan orang-orang
India untuk bekerja di ladang-ladang getah. Kemudian British telah
membangunkan kawasan-kawasan yang di diami oleh orang-orang Cina.
British telah membina klinik-klinik, hospital dan juga sekolah-sekolah untuk
orang-orang Cina tersebut. Maka orang-orang Cina telah mendapat pelajaran
Iebih awal dari orang-orang Melayu.

Ini Tanah Melayu adalah milik nenek moyang kita orang Meayu. Orang Cina
hanya menumpang di Tanah Melayu pada ketika itu namun di atas
ketidakadilan British, bangsa yang menumpang telah mendapat pendidikan
dan menafaat lebih awal dari anak watan.
Maka itu pejuang-pejuang kemerdekaan telah meletakkan asas-asas
perjuangan yang fundamental ketika itu.

Selepas lebih 10 tahun merdeka, jurang ekonomi diantara orang Melayu


dengan orang Cina begitu ketara sekali. Berlaku ketidakpuasan hati sehingga
meletuskan peristiwa hitam yang berdarah iaitu rusuhan antara kaum pada
13 Mel 1969 yang telah meninggalkan kesan yang amat medalam dan pahit
keatas seluruh rakyat Malaysia.

Maka selepas Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih teraju


kepimpinan negara, beliau dan rakan-rakan telah menyedari bahawa orang-
orang Melayu telah jauh ketinggalan di dalam pelbagai bidang. Maka
Allahyarham Tun Abdul Razak dan rakan-rakan beliau telah mengwujudkan
Dasar Ekonoma Baru demi memberi keseimbangan kepada bangsa Melayu
agar orang Melayu juga akan maju di tanah airnya sendiri.

Pakatan Rakyat mahu menghapuskan DEB dan kononnya mahu sama rata.
Mana mungkin dalam masyarakat majmuk berlaku sama rata. Apakah orang-
orang Cina sanggup berkongsi kekayaan mereka sama rata dengan orang-
orang Melayu? Tentu tidak! Maka itu hak dan keistimewaan orang Melayu
tidak harus dipertikaikan, DEB harus terus dikekalkan.

Semasa menuntut kermerdekaan, orang-orang Melayu telah rela dan


sanggup memberi hak kewarganegaraan kepada orang-orang Cina. Namun
hak ini diberi bila mana orang-orang Cina juga telah pada masa itu bersetuju
bahawa Hak dan Ketuanan Melayu tidak boleh dan tidak akan dipertikaikan.
Dan Agama Islam adalah Agama Rasmi Negara yang pada ketika itu disebut
Tanah Malayu dan juga dikenali dengan nama Malaya.

Ini kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa pemimpin kita
dahulu. Hak kewarganegaraan diberi kepada orang Cina adalah sebagai satu
pakej dimana orang Cina akan menerima dan menghormati hak-hak dan
Ketuanan Melayu.

“It comes with a package”. Orang Cina tidak boleh hanya menerima hak
kewarganegaraan dan kemudiannya mempertikaikan Hak dan Ketuanan
Melayu. Bila ini berlaku maka berlakulah suatu “Breach of Contract” terhadap
kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dahulu.

Saya ingan menambah, jika orang-orang Cina boleh mempertikaikan Hak


dan Ketuanan Melayu, maka dalam konteks yang sama orang-orang Melayu
juga berhak mempertikaikan Hak Kewarganegaraan orang-orang Cina.
Siapakah yang mula mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu?
Jawabnya pemimpin-pemimpin Cina. Maka itu kini tiba masanya pula untuk
orang Melayu membangkitkan dan membalas apa yang telah dimulakan oleh
pemimpin Cina. “It is just fair”.
Apakah bila orang Cina mempertikaikan hak kami orang Melayu - mereka
tidak salah dan bilamana kami orang Melayu bercakap tentang orang Cina —
ianya menjadi salah dan kami di anggap dan di cop sebagai “Racist this is
not fair”.

DEB bukan sahaja meliputi bidang perniagaan akan tetapa ianya juga untuk
memastikan agar anak-anak Melayu akan mendapat pendidikan yang baik.
Kalau dulu tidak ramai orang Melayu yang berjaya menjadi Jurutera, Arkitek,
Peguam ataupun Doktor, namun hasil dari DEB, kini ramai orang Melayu
yang telah berjaya menjadi profesional. Kini kita ada ramai Arkitek Melayu,
Jurutera Melayu, Peguam Melayu, dan Doktor Melayu serta didalam lain-lain
profesion lagi.

Kalau DEB ditamatkan, bagaimanakah nasib orang Melayu akan datang?

Manakala hasrat DEB, dari segi memperkayakan orang-orang Meayu juga


tidaklah bererti kita mengambil kekayaan orang Cina dan diberi kepada
orang Melayu. Akan tetapi kita perbesarkan kek ekonomi negara dimana
menjadi harapan kita semoga 30% dari kek ekonomi yang dibesarkan itu
akan mampu dimiliki oleh Melayu dan Bumiputra.

Namun begitu, tidaklah pula kek yang dibesarkan itu dapat sepenuhnya
kepada bumiputra. Sebagai contoh, kita lihat bagaimana projek Felda ketika
dimulakan dulu. Sebelum peneroka Felda masuk, hutan-hutan perlu
dibersihkan - Siapakah yang mendapat kontrak pembersihan hutan? - orang-
orang Cina.

Kemudian rumah-rumah kediaman untuk peneroka-peneroka Felda nak


dibina - Siapakah kontraktor pembinaan rumah-rumah untuk peneroka
tersebut? - Orang-orang Cina.

Manakala didalam pembinaan tersebut, siapakah pula yang membekal


bahan-bahan binaannya? - Orang-orang Cina.

Kemudian bila peneroka telah berjaya, siapakah yang buka kedai-kedal


perabot yang dibeli oleh peneroka-peneroka? — Orang-orang Cina.

Kemudian siapakah pula yang membuka kedai-kedai menjual motorsikal ? -


Orang-orang Cina.

Dengan ini jeaslah bahawa bila Kek ekonomi dibesarkan, bukan sahaja orang
Melayu yang mendapat menafaatnya, akan tetapi orang-orang Cina pun
tidak kurang mendapat keuntungannya.

Maka itu, amatlah penting agar orang-orang Cina tidak cuba menyakiti hati
orang-orang Melayu dan demikianlah juga orang-orang Melayu pun harus
berusaha menjaga hati orang-orang Cina agar negara ini akan tetap aman
makmur dan harmoni yang mana nikmatnya akan dirasai oleh seluruh
rakyat. Perpaduan antara kaum amatlah perlu agar rakyat akan hidup aman
damai.

Saya tidak menafikan bahawa didalam ucapan saya pada 23hb. Ogos yang
lalu saya ada menyebut bahawa orang-orang Cina hanya menumpang di
tanah air kita. Namun “I was referring to” Pra Merdeka, malah disaat ketika
British masih lagi menjajah negara kita. Saya yakin saya tidak salah.
Sememangnya dari segi fakta sejarah - Pra Merdeka - adalah tidak dapat
dinafikan bahawa orang-orang Cina adalah pendatang dan menumpang
ditanah air kita. Saya tidak “Create” Isu Perkauman. Yang jahatnya adalah
pemberita yang telah memanupulasikan ucapan saya dan beliau sendiri
mempunyai agendanya tersendiri. Beliau yang tidak mematuhi etika
“reporter” telah dengan sengajanya membuat isu tersebut menjadi sensitif
dan beliaulah yang bertanggungjawab menjadikan ianya Isu Perkauman.
“So, it is the reporter who is Racist and not me.”

Walaupun pada 24hb. Ogos akhbar Sin Chew Jit Poh telah memanupulasikan
ucapan saya. Namun pada 25hb. Ogos semasa berceramah di Bilik Gerakan
BN Bukit Indera Muda sebelum YAB Perdana Menteri memberi ceramah
beliau, saya telah membuat penjelasan “to rectify the issue”. Kenapa tidak
ada “reporter” yang “pick-up” dan membetulkan balik isu tersebut. Dengan
ini jelaslah bahawa “reporter” tersebut mempunyai agendanya sendiri.
Saya juga difahamkan bahawa “reporter” tersebut bukanlah “reporter” yang
“cover” isu-isu politik tetapi telah mengganti tempat kawan beliau. Namun
persoalannya...tentulah Editor akhbar tersebut telah menyemak laporan
beliau.

“So” saya dengan tegasnya menyatakan bahawa saya tidak akan minta
maaf diatas kesalahan yang dibuat oleh “reporter” tersebut. Saya tidak
bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya
bahawa orang-orang Cina adalah menumpang di Tanah Melayu sebelum
Merdeka. Kalau lihat sejarah Tanah Melayu Pra - Merdeka, sememangnya
bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang disini. Diantara syarat
mendapat kemerdekaan ialah bukan Melayu diberi kerakyatan. Ini
merupakan keistimewaan yang diberikan kepada bukan Melayu ketika itu.
Bagi Melayu, iaitu Tuan Tanah pula mendapat apa? Mereka diberi Hak
Keistimewaan dibawah artikel 153 Perlembagaan. Maka Hak-Hak yang
diberikan dibawah Perlembagaan memang tidak sama. Ini adalah sejarah
“political” serta hakikat Perlembagaan yang wujud sehingga kini. Ini bukan
soal perkauman atau Ketuanan Melayu tetapi hakikat persetujuan yang
termeterai diantara Melayu dan pendatang Pra-Merdeka ketika itu. Maka
nakallah sesiapa jua yang cuba memutar belitkan fakta sejarah sebagai
modal politik perkauman.
“I am firm with my statement”. “Reporter” tersebutlah yang patut minta
maaf bukan sahaja kepada orang-orang Cina kerana beliau telah sengaja
membuat isu perkauman mengikut agenda beliau sendiri tetapi juga harus
meminta maaf kepada saya dan keluarga saya serta juga kepada seluruh
orang Melayu dan Umat Islam di tanah air kita.

Dan yang perlu meminta maaf juga adalah pemimpin-pemimpin Cina yang
telah melayani nafsu mereka dengan membuat komen-komen yang melulu
dan membuta tuli serta telah menyebabkan isu ini menjadi lebih panas lagi.

Ini juga termasuklah pemimpin-pemimpin Cina di dalam Barisan Nasional.


Kita faham bahawa Mesyuarat Agung parti-parti berkenaan akan diadakan
tidak lama lagi. Namun janganlah cuba meneguk di air yang keroh.
Saya amat hairan Tan Sri Koh Tsu Koon sendiri “being carried away” dan
telah hilang pertimbangan akalnya dan telah membuat komen-komen yang
tidak matang.

Tan Sri Koh Tsu Koon telah cuba mengalih kelemahannya dengan
menyatakan bahawa isu inilah yang menjadi punca kekalahan Barisan
Nasional di Permatang Pauh.

Saya cabar Koh Tsu Koon untuk melihat dirinya di dalam cermin dan jangan
cuba mencari “the scape goat” serta hentilah bermain sandiwara yang mana
beliau begitu amat arif.

Terimalah hakikat bahawa orang-orang Cina sudah tidak menyokong beliau


lagi dan Parti Gerakan pimpinan beliau serta tak usahlah nak cari kambing
hitam.

Seperkara lagi, yang ingin saya mengambil kesempatan disini, izinkan saya
menasihatkan 3 orang pemimpin-pemimpin Gerakan khususnya dari
Bahagian Bukit Bendera supaya berpandangan jauh. Dalam isu, ini walaupun
mereka membuat kenyataan didalam akhbar-akhbar Cina, namun orang
Melayu telah membaca terjemahannya.

Kami merasa sedih dan amat marah setelah 18 tahun kami orang Melayu
menyokong mereka - mereka tergamak mempolimik dan mempolitikkan isu
ini dan jelas sekali mereka cuba berusaha membuat “character
assassination” bersama beberapa orang pemimpn Cina lain terhadap
pemimpin Melayu di Bukit Bendera.

Dengan itu saya cuba bayangkan bagaimanakah mereka akan mendapat


sokongan dari orang Melayu di Bukit Bendera sekiranya mereka atau wakil
Gerakan akan bertanding didalam Pilihanraya-pilihanraya Umum yang akan
datang “after the damage has been done”.
Apakah mungkin Koh Tsu Koon dan Parti Gerakan mempunyai sesuatu
agenda tersendiri kebelakangan ini dan mereka sekadar hanya mencari
alasan dan penyebab untuk membolehkan mereka merialisasikan agenda
tersebut.

AGENDA APA? LU PIKIRLAH SENDIRI.........

Dalam “PC” ini juga, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini dan
amat berharap agar pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO tidak mudah
melatah. Sebagai Ahli Parti dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera saya
mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin saya agar jangan terlalu lemah
dan keterlaluan di dalam menjaga hati orang lain sehingga hati Melayu
sendiri terluka.

Di Pulau Pinang khusunya, terimalah hakikat bahawa majoriti orang Cina


tidak menyokong BN. Sebagai bukti, didalam PRU ke 12 Gerakan dan MCA
kalah semua kerusi DUN dan Parlimen yang ditandinginya. Namun jangan
lupa dari 15 kerusi yang ditandingi oleh UMNO, 11 kerusi mendapat
sokongan orang Melayu. Janganlah kerana terlalu hendak menjaga hati
bangsa lain kita tampak seolah-olah lemah sehingga melukakan hati dan
perasaan orang Melayu yang selama ini menyokong kita. Berhat-hati dan
jangan sampai pula orang Melayu lari dan tidak menyokong kita di masa
akan datang.

Saya minta agar pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO harus tegas dan berani
serta tidak terlalu mengikut telunjuk orang lain. Pemimpin-pemimpin Melayu
harus bangun dan sedar dari sekarang. Kita hendaklah bersatu dalam
mempertahankan Hak dan Maruah Bangsa kita.

Anda mungkin juga menyukai