Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN 2

GOLONGAN KATA

LATIHAN 1: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan Kata Nama Am dan Kata Nama
Khas yang sesuai.

1. Orang ramai daripada pelbagai kaum berkumpul di __________________ untuk

mendengar ucapan pemimpin negara yang melawat ke tempat mereka.

2. Para pelajar berasa gembira apabila penggal persekolahan baru dibuka kerana dapat

menyambung _________________ selepas bercuti.

3. “ __________________ perlu menangani masalah yang dihadapi dengan tenang,”

kata kaunselor itu kepada pelajarnya.

4. Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap _____________ yang

mengedar dadah diharapkan dapat memberi pengajaran kepada orang ramai.

5. Menjelang cuti perayaan tahun baru, _______________ di pusat bandar sesak

dengan kenderaan yang bergerak dari utara ke selatan.

6. Pengetua sekolah _____________ berbangga dengan kejayaan pelajar-pelajarnya

dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang diumumkan baru-baru ini.

7. Walaupun Khairi telah berusaha dengan bersungguh-sungguh di dalam peperiksaan

PMR, tetapi _______________ masih belum mampu menandingi rakannya, Asrul

yang mendapat keputusan 8A.

8. Berita kemalangan jalan raya itu amat menyentuh perasaan ___________ kerana

semua mangsa kemalangan tersebut telah terkorban.

9. ______________ merupakan anak kesayangan dalam keluarganya.

10.Seminar motivasi di sekolah itu terbuka kepada ________________ sahaja yang

berminat.

BAHASA MALAYSIA NSB


BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 2

11. ____________ mengakui kesalahan masing-masing di hadapan Tuan Pengetua

pagi tadi.

12. Saya dan Mei Ling diminta oleh guru ___________ supaya datang ke sekolah pada

waktu petang untuk kegiatan kokurikulum.

13.Sempena sambutan hari keputeraan, _____________ mengurniakan pingat

kebesaran kepada rakyat yang telah berjasa.

14. _____________ bomba dan penyelamat telah berjaya mengeluarkan mangsa-

mangsa gempa bumi yang telah melanda Indonesia semalam.

15.“ ____________ akan mengiringi putera mahkota ke negeri Pasai,” kata Bendahara

Pasukan Raja kepada Temenggung Mahadi.

16.Askar-askar itu sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk mempertahankan

___________ .

17. ______________ menyambut ketibaan wakil rakyat itu dengan paluan kompang.

18.Begitu sukar untuk membersihkan poket baju ayah yang terkena beberapa

____________ dakwat merah.

19.Pasukan polis telah melepaskan dua ____________ tembakan sebagai tanda

amaran kepada prompak yang sedang bersembunyi itu.

20.Raja Muda menitahkan agar jenazah ayahanda ______________ itu dimakamkan di

makam diraja sebelum tengah hari esoknya.

21.Nama ______________ Sasterawan Negara Usman Awang ialah Tongkat Warrant.

22.Datin Nancy tidak mahu bergaul dengan jiran-jirannya yang tinggal berdekatan

rumahnya kerana ___________ mementingkan pangkat dan darjat.

BAHASA MALAYSIA NSB


BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 2

23.“Hubungilah pihak kami andainya ______________ menghadapi sebarang masalah

dengan ubat ini,” kata doktor itu kepada Harun.

24.Ibu bapa harus memberi ________________ yang sewajarnya kepada anak-anak

yang sedang meningkat remaja.

25.“Kerahkan para hulubalang supaya mengejar kijang itu kerana permaisuri

____________ begitu teringin untuk memakannya,”titah Sultan Zamarul Shah.

26.Para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anak Datuk Tajul Ariffin diberi se

____________ bunga telur untuk dibawa pulang.

27.“Bolehkah __________________ pergi meminangkan Puteri Gunung Ledang untuk

beta?” titah Sultan Melaka kepada Laksamana Hang Tuah.

28.Pengumuman tentang keberangkatan ___________ ke daerah pedalaman telah

dibuat pada dua hari yang lalu.

29.“_________________ sedia menerima titah tuanku untuk pergi ke negeri China

untuk meminang Tuan Puteri Li Po,” kata Tun Perpatih Gajah Mada kepada Raja

Melaka.

30.Impian Fahmi untuk memperisteri Puteri Mayang Sari tidak kesampian kerana

___________ cacat.

31.Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan anak-anak

______________ di dalam pelajaran.

32.“ ______________ telah mengarahkan Hang Jebat dan hulubalang supaya mendaki

Gunung Ledang untuk bertemu tuan puteri,” kata Laksaman Hang Tuah kepada

Bendahara Tun Perak.

BAHASA MALAYSIA NSB


BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 2

33.Restoran Marche terus dikunjungi oleh para ______________ makanannya sedap-

sedap belaka.

34.Penduduk di negeri Johor dan Melaka turut merasai ________________ gempa

bumi yang melanda Jawa Barat pada tahun lalu.

35.Dalam Anugerah Bintang Popular anjuran akhbar Berita Harian, ramai kalangan

______________ dan _____________ yang turut bertanding.

36.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan hasrat _____________ agar

penduduk di negara ini mengamalkan buku hijau bagi mengelakkan berlakunya

kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.

37.Pihak polis telah menahan seorang pemburu di tepi hutan kerana disyaki membawa

se ______________ senapang patah tanpa lesen.

38.Pak Cik Leman membawa se ____________ pisang tanduk dari kebun di belakang

rumah.

39.Selain menukang rumah, Pak Cik Nuh mengambil upah menebas ___________ .

40.Apabila ditanya tentang kejayaan mereka, Asmawi dan Yassin berkata, “kejayaan ini

_____________ tujukan khas kepada semua rakyat Malaysia.

41. ________________ yang membawa 40 orang ____________ itu dalam perjalanan

ke Johor Bahru dari Hentian Bukit Jalil.

42.Ikram membeli _____________ di _____________ untuk menampal gambar-

gambar tersebut.

43.Bulu _____________ kelihatan berwarna-warni setelah dicat oleh ____________ .

44.Umat Islam akan menyambut _________________ pada bulan ______________

selepas berpuasa selama sebulan.

BAHASA MALAYSIA NSB


BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 2

45.Pak Cik Hassan meminta ______________ nya menaip ______________ itu

dengan segera.

46.Negara yang terkenal sebagai negara matahari terbit ialah _______________ .

47.Emak menjalani rawatan di ___________________ yang terletak di Klang.

48.Beberapa ekor ______________ di dalam reban telah ditelan seekor

__________________.

49.Doktir Atiqah Aida merawat pesakitnya di _______________ dengan dibantu oleh

seorang _____________ .

50.Para pelajar digalakkan melawat _______________ yang terletak di Kuala Lumpur

untuk melihat pelbagai artifak dab khazanah negara.

51.________________ ialah _________________ Malaysia yang keempat.

52.Mak Cik Juliana menatang ______________ yang berisi beberapa biji __________

dan sepiring kuih ke ruang tamu.

53._____________ yang ditanak oleh emak berbau harum kerana dibubuh

______________ .

54.________________ ialah taman rekreasi yang terletak berhampiran dengan Taman

Rama-rama.

55.________________ telah dinobatkan sebagai Angkasawan pertama negara.

56.Cik Sabiatul Amira menempah tiket kapal terbang melalui ______________ oleh

sebab kesibukannya bekerja.

57.Model kereta Proton yang paling laris jualannya ialah ___________________ .

58.Sambutan _______________ di Malaysia tetap meriah walaupun tiada salji

memutih.

BAHASA MALAYSIA NSB


BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 2

59.Saya sempat mengunjungi Makam Mahsuri semasa mengikuti rombongan pihak

sekolah ke ______________ pada bulan lepas.

60. ________________ merupakan pusat pentadbiran Malaysia yang baharu.

BAHASA MALAYSIA NSB

Anda mungkin juga menyukai