Anda di halaman 1dari 6

Kesalahan Tatabahasa

1. Siapakah sahaja yang sudi menghulurkan bantuan terhadap mangsa gempa bumi laporkan diri di
tempat yang ditetapkan.
____________________________________
2. Sikap saling hormat-menghormati merupakan asas untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
_____________________________________
3. Shanti dan Mei Ling dan Chong Li menjalinkan hubungan yang erat sejak di bangku sekolah
_____________________________________
4. Malaya Universiti merupakan universiti yang tertua di negara Malaysia.
_____________________________________
5. Sampah-sarap yang bertaburan di kawasan itu telah menjatuhkan imej orang kampung tersebut.
_____________________________________
6. Kerja-kerja memperlebarkan lebuh raya telah dijalankan sejak beberapa bulan ini untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas.
_____________________________________
7. Penduduk Malaysia lebih ditumpu di kawasan tanah pamah dan persisiran pantai untuk memudahkan
aktiviti pertanian dijalankan.
_____________________________________
8. Aduhai,pedihnya luka aku ini apabila terkena air!
_____________________________________
9. Banyak sangat jejentik di tempat bertakung rumah kalian, “kata Siti kepada rakan-rakannya.
_____________________________________
10. Setengah-setengah pelajar beranggapan tentang belajar hanya membuang masa sahaja.
_____________________________________
11. Pusat pelancongan di Korea semakin dikerumuni setelah drama-drama bersiri Korea disiarkan dalam
pelbagai bahasa.
________________________________________
12. Nenek sering mengusung adik ketika dia hendak menyiram sayur-sayuran di kebun
________________________________________
13. Kita berharap agar negara kita sudah benar-benar maju menjelang tahun 2030.
________________________________________
14. Belukar di belakang rumah Pak Borhan penuh dengan pokok-pokok yang rendah.
_________________________________________
15. Puasanya tamat apabila dia terhirup seteguk air.
_________________________________________
16. Kerajaan telah memberitahu bahawa esok ialah hari cuti bagi Wilayah Kuala Lumpur.
__________________________________________
17. Pihak sekolah akan mengadakan langkah berjaga-jaga dalam usaha mengatasi masalah kes buli.
__________________________________________
18. Adik dimarahi ibu kerana tidak menutup penutup tin biskut itu dengan kukuh .
___________________________________________
19. Rebus telur yang dihidangkan oleh ibu sejak pukul 6.30 pagi sudah sejuk.
___________________________________________
20. Rakyat-rakyat diseru mengutamakan keamanan negara.
___________________________________________
21. Setem bernilai 50 sen telah saya melekatkan pada sampul surat itu.
__________________________________________
22. Pengetua sekolah itu mengatakan yang gejala samseng dalam kalangan pelajar perlu ditangani
dengan menyeluruh.
____________________________________________
23. Wah,kesiannya anak yang kelaparan itu!
____________________________________________
24. Gilbert Tan masih belum membuat keputusan baik hendak belajar di Australia atau di New Zealand.
____________________________________________
25. Set sofa yang diperagakan di kedai itu cantik sekali malah mahal.
____________________________________________
26. Lukisan abstrak yang bergantung-gantungan pada dinding rumahnya amat sukar difahami.
____________________________________________
27. Kita sesama manusia perlu saling tolong- menolong antara satu dengan yang lain.
____________________________________________
28. “Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?” tanya Cikgu Aziz kepada
murid-muridnya.
____________________________________________
29. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan
antara kaum.
____________________________________________
30. Berbagai acara tarikan sedang menanti anda di Pesta Pulau Pinang pada tahun ini.
____________________________________________
31. Makanan itu saya telah habis makan sebelum kepulangan ayah dari pejabat.
____________________________________________
32. Setengah usahawan yang berjaya dalam kerjaya mereka adalah bergantung pada swadaya sendiri.
____________________________________________
33. Golongan-golongan tua dinasihati agar elakkan diri daripada mengambil gula yang berlebihan.
____________________________________________
34. Hamzah memegang erat-erat tangan ayahnya semasa memasuki rumah panjang.
____________________________________________
35. Kopi putih yang kakak bancuh itu terlalu manis kerana terlebih susu pekat manis.
____________________________________________
36. Daripada semasa ke semasa jumlah mangsa gempa bumi di Indonesia semakin bertambah.
____________________________________________
37. Penculik itu telah dihadapkan ke mahkamah.Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun.
____________________________________________
38. Pelancong asing tertarik oleh kepelbagaian jenis kuih-muih untuk juadah berbuka puasa yang dijual
di Pasar Ramadan Bandar Tun Razak.
____________________________________________
39. Penyertaan semua murid berbilang kaum di dalam sukan dapat memupuk perpaduan kaum.
____________________________________________
40. Karmen pernah balik ke kampung bersama dengan ahli keluarganya pada musim cuti akan datang
nanti.
____________________________________________
41. Buah-buah rambutan di kebun Pak Malik masak-masak belaka.
____________________________________________
42. Encik Ganesan sering lewat ke pejabat walaupun rumahnya terletak berhampiran pada tempat dia
bekerja.
_______________________________________
43. Mak Minah memungut ayam-ayam telur di reban ayam setiap hari.
_______________________________________
44. Ah Seng diminta mengemukakan pendapat lain-lain yang lebih bernas dalam mesyuarat itu.
______________________________________
45. Jala yang koyak itu sudah Pak Hassan tampal seminggu yang lepas.
______________________________________
46. Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
dua jam setengah
______________________________________
47. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahli persatuan ini.
dalam
______________________________________
48. Peristiwa yang melanda perkampungan kecil itu perlulah diselidik daripada pelbagai aspek.
dari
______________________________________
49. Oleh kerana hujan menuruni dengan lebat,Ai Chang tidak dapat pergi ke rumah Melissa seperti
yang dijanjikan.
______________________________________
oleh sebab , turun
50. Pemandu itu memandu kereta baharunya ke ibu kota hanya berpandukan dengan peta mini
berpandukan
______________________________________
51. Ketua yang baik adalah ketua yang bertanggungjawab dan adil serta sanggup menolong anak
buahnya apabila mereka berada dalam kesusahan.
______________________________________
adalah =ialah
52. Buku yang dipinjamnya semalam ada dengan Rosila.
ada pada
______________________________________
53. Rozita sangat risau dengan keputusan peperiksaannya yang akan diumumkan tidak lama lagi.
-akan
______________________________________
54. Selepas kira-kira sepuluh jam,panel doktor mengumumkan kejayaan mereka menjalani pembedahan
ke atas pesakit rosak hati itu.
-atas
______________________________________
55. Ali ditugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.
ditugaskan//dalam
______________________________________
56. “Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan anekaragam ,”kata Alias kepada ibunya.
______________________________________
aneka ragam
57. Walaupun kempen anti merokok telah lama dilaksanakan tetapi masih banyak rakyat Malaysia yang
merokok.
______________________________________
antimerokok
58. Kewangan menteri negara itu telah meletakkan jawatan kerana diserang penyakit jantung.
Menteri Kewangan
_______________________________________
59. Air mineral botol boleh dikitar semula untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
_______________________________________
Botol air mineral
60. Datuk dinasihati agar tidak mengambil pemakanan yang berkolesterol seperti telur kuning .
_______________________________________
kuning telur
61. Entah benar ataupun tidak cerita hantu yang diceritakan oleh Ming En semalam.
_______________________________________
entah
62. Buku itu berguna bukan sahaja kepada para remaja ataupun kepada para ibu bapa.
bahkan juga
_______________________________________
63. “Aduh, sakitnya kaki ku sambil melaung kesakitan!”Kata Ah Seng
kaikiku
______________________________________
64. Kakak Raina menghidangkan goreng cempedak untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang
tadi.
cempedek goreng
____________________________________________
65. Encik Salaman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
____________________________________________
daripada
66. Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
keempat-empat
____________________________________________
67. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam
adunan tepung yang akan diuli.
para peserta
____________________________________________
68. Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak
berkuasa.
____________________________________________
senarai braang
69. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan
tanggungjawab.
____________________________________________
dalam
70. Masyarakat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain isu yang dibangkitkan oleh
pengarah syarikat.
isu-isu lain
____________________________________________
71. “Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur,” titah Sultan Melaka
kepada rakyat jelata.
Beta
____________________________________________
72. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.
apabila
____________________________________________
73. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
____________________________________________
Beberapa buah rumah
74. “ Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat,” kata ketua kampung kepada
wartawan itu.
____________________________________________
kami/marak
75. Lelaki itu membajak sawah walhal wanita itu sedang menyemai padi.
____________________________________________
manakala
76. Apabila berlaku sesuatu kesilapan, kita tidak boleh hanya menudingkan jari kepada arah orang lain.
ke
____________________________________________
77. Dua pertiga dari pengunjung pameran itu datang ke kawasan luar bandar.
daripadadari
____________________________________________
78. Siapatah sahaja boleh menyertai pertandingan melukis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
____________________________________________
sesiapa
79. Beta Perlis akan berangkat ke Perak untuk meminang puteri Perak pada keesokan hari.
____________________________________________
baginda
80. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan
anak-anak mereka.
dalam
____________________________________________
81. Firdaus dan rakan-rakannya akan menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Haken
Restoran semalam.
telah/restoran haken
____________________________________________
82. Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan dibangunkan
oleh pihak pemaju.
diam di / mendiami
____________________________________________
83. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di
sekolahnya.
____________________________________________
terpandai
84. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyikan di
dalam hutan.
pada/bersembunyi
____________________________________________
85. Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu,hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
Semua anak
____________________________________________
86. “Patik berharap agar beta dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih
mentah lagi,”sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
____________________________________________
tuanku
87. Pemandangan dan lanskap di Pulau Bali itu nian indah terutamanya apabila tiba waktu senja.
indah nian
____________________________________________
88. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk
menguasai perkara yang mereka pelajari.
____________________________________________
dipelajari oleh mereka
89. ”Oh Tuhan,tunaikanlah hasrat saya untuk memperoleh kejayaan dalam perniagaan!”doa Rahana.
____________________________________________
aku
90. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa
mendapatkan tepukan dari para penonton.
____________________________________________
daripada
91. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan dengan cili sos.
____________________________________________
pada/sos cili
92. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.
pucuk
____________________________________________
93. Setengah remaja gemar menghabisi masa dengan menonton televisyen.
____________________________________________
sesetengah/menghabiskan
94. Ahmad berasa sangat rindu kepada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.
____________________________________________
akan
95. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.
bahawa
____________________________________________
96. Segala perubahan yang berlaku kita akan menghadapi sama-sama.
____________________________________________
akan kita hadapi
97. Amirul mengulang kaji pelajaran di biliknya sejak pukul 6:00 petang hingga kini.
dari
____________________________________________
98. Kemalangan itu berlaku di sekitar empat simpang Permatang Jalan.
simpang empat Jalan Permatang
__________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai