Anda di halaman 1dari 5

Latihan Kata Berlawan (Antonim)

Tuliskan ANTONIM (Kata BERLAWAN) dalam kurungan yang disediakan bagi


setiap perkataan bergaris di bawah ini.

1. Jika teh itu ______________________, tambahkan air supaya rasanya tawar.


2. Pengiran Tajuddin seorang biduan terkenal di Negara Brunei Darussalam
sementara isterinya Dayang Norsiah pula seorang ________________________.
3. Sejak dia mengamalkan petua itu, kepalanya yang botak kini sudah
_____________________________.
4. Kita dianjurkan makan sayur-sayuran_______________________ dan elakkan
makan sayur-sayuran yang sudah layu.
5. Baginda mempunyai seorang putera yang tampan dan tiga orang
_________________________ yang jelita.
6. Kita digalakkan membeli barangan asli, elakkan membeli barangan
_______________________.
7. Dia masih ingat akan sahabatnya tetapi sahabatnya telah
_________________________ akan dirinya.
8. Kita mesti mengutip sampah sarap di kawasan itu kerana orang ramai
kerap ______________________ sampah di merata-rata tempat.
9. Buah mangga itu ________________________ ketika masak tetapi masam semasa
mentah.
10. “ Barang yang masih elok perlu disimpan dengan cermat tetapi yang
sudah ____________________ perlu dibuang, “ kata ibu kepada Hakeemah.
11. Masih ramai yang mendaki gunung itu, namun sudah ada yang
_____________________ juga.
12. Parang yang _____________________ kalau diasah akan menjadi tajam.
13. Abangnya kecil tetapi ___________________nya berbadan besar.
14. _________________________ mendidik murid supaya menjadi orang yang cerdik,
pandai dan berguna kepada negara.
15. Kakak rajin memasak tetapi __________________mencuci pinggan.
16. Kampung Supon terletak di hulu Sungai Tutong, manakala Kampung
Telisai terletak di __________________ Sungai Tutong.

1
17. Laila rajin memasak tetapi ________________mencuci pinggan.
18. Kami balik ke kampung tetapi kawan kami balik ke
____________________________.
19. Orang yang sombong akan __________________, orang yang _____________________
akan disayang.
20. Tolong jemur pakaian yang basah itu dan angkat mana-mana pakaian
yang sudah _______________________.
21. Hakeem seorang yang cermat apabila membuat kerja sekolah tetapi Rusdi
seorang yang ______________________.
22. Imam menyampaikan khutbah dengan jelas manakala
__________________mendengar dengan khusyuk.
23. Buatlah pekerjaan yang berfaedah dan tinggalkan pekerjaan yang
_________________________.
24. Biasanya nelayan pergi ke laut pada waktu ____________________dan pulang
pada waktu petang.
25. Anak-anak mudah menerima teguran secara lembut tetapi sukar
menerima teguran secara ______________________.
26. Anak yang derhaka mendapat dosa tetapi yang ___________________akan
mendapat pahala.
27. Kami mendaki Bukit Shahbandar dari kaki bukit hingga ke
__________________________nya.
28. Nuwairah lulus dengan cemerlang kerana belajar bersungguh-sungguh
tetapi kawannya_____________________ kerana malas belajar.
29. Ain membeli kereta _________________ kerana kereta lamanya selalu rosak.
30. Pelajar-pelajar SR Lamunin baru bertemu semula dengan Cikgu Asrul
setelah 10 tahun ____________________.
31. Kesedihan yang dialaminya bertukar menjadi ________________kerana
mendapat hadiah komputer yang baharu.
32. Bangunannya yang baru dibina itu telah _____________________kan kerana
melanggar peraturan kerajaaan.
33. Penolong guru besar ada di sekolah tetapi guru besar _________________
kerana menghadiri mesyuarat di Kementerian Pendidikan.

2
34. Murid-murid yang cerdas dipisahkan dengan murid-murid yang
_____________________ kerana memudahkan guru mengajar.
35. Bau busuk dalam stor itu menjadi _______________________ apabila disembur
dengan bahan pewangi.
36. Tegurlah anak dengan bahasa yang __________________, elakkan menegur
mereka menggunakan bahasa yang kasar.
37. Anak benih yang ditanam oleh Pak Nazwan itu habis
______________________oleh pekerjanya.
38. Buku-buku abang kebanyakannya tebal tetapi buku-buku saya pula
kebanyakannya ________________ sahaja.
39. Syafiqah suka minum kopi yang cair, manakala Amelia suka minum kopi
yang __________________.
40. Untung sabut ________________, untung batu tenggelam.
41. Nelayan-nelayan tidak turun ke laut ketika bergelora sebaliknya mereka
akan turun apabila laut ______________________.
42. Ali telah gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun tetapi dia
_________________________ dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
43. “ Jangan pakai baju yang terlalu ketat, pakailah baju yang __________________,
“ kata Ibu kepada Shameera.
44. Pangkal kayu itu disimpan, manakala _____________nya dibuang begitu
sahaja.
45. Umi baru sahaja mengeluarkan wangnya setelah sekian lama
________________nya dalam bank.
46. Jangan derhaka kepada ibu bapa, kita hendaklah bersifat
__________________kepada mereka.
47. Bangunan sekolah yang dulu berbentuk sementara sahaja, manakala yang
sekarang ini adalah bangunan _______________________.
48. Madu rasanya manis, manakala jadam rasanya _____________________.
49. Setelah menjalani pembedahan, wajahnya yang hodoh akibat kemalangan
itu telah menjadi ______________________ semula.
50. Negara kita mahu mempelbagaikan hasil eksport ke luar negara dan
mengurangkan __________________barangan.

3
51. Ketua kampung itu selalu membantu anak buahnya dalam hal suka dan
______________________.
52. Walaupun dia cacat penglihatan, namun keadaan fizikal badannya tetap
__________________________.
53. Jadilah orang yang bersikap _____________________, sebaliknya jangan
bersikap bakhil.
54. Petani itu menimbus semula tanah yang di ____________________nya tadi.
55. Kangkung yang layu itu menjadi _____________________ semula setelah
disiram.
56. Orang yang hadir itu __________________berbanding dengan banyaknya
makanan yang dihidangkan.
57. Orang itu tidak mahu rugi walaupun sedikit, dia hanya mahu
____________________yang banyak.
58. Raja dan _____________________ sedang bersemayam di singgahsana.
59. “ Siapkan kerja rumah kamu pada waktu lapang ini, nanti apabila waktu
______________________kerja itu tidak siap, “ kata Ustazah Hakeemah kepada
Nikman.
60. Jalan raya itu selamat digunakan kecuali jambatan yang hampir roboh itu
___________________dilalui.
61. Dia suka berpakaian selekeh, jika dibandingkan dengan kakaknya yang
suka berpakaian _______________________.
62. Pertandingan membaca al-Quran itu boleh disertai oleh kanak-kanak dan
orang _____________________.
63. Gangsa putih yang pudar itu menjadi ____________________ setelah digosok
oleh Airiel.
64. Kayu pembaris yang lurus itu menjadi _____________________ setelah
dipukulkan pada meja dengan kuat.
65. Mata budak kecil itu pejam tetapi akan ____________________semula apabila
namanya dipanggil.
66. Nombor rumah disebelah kanan menggunakan angka ganjil, tetapi
nombor rumah sebelah kiri pula menggunakan angka _____________________.
67. Air sungai itu jernih pada masa panas sebaliknya akan ____________________
apabila hujan turun.

4
68. Orang yang _______________________disukai ramai, manakalan orang yang
sombong dibenci orang.
69. Harimau yang cedera itu dikurung untuk diberi rawatan tetapi akan
__________________apabila sembuh.
70. Pasukan yang menang akan mara manakala pasukan yang kalah akan
______________________diri.
71. Tidak semua kebudayaan orang barat itu tidak sesuai ditiru oleh orang
_____________________.
72. Burung yang terbang itu akhirnya __________________juga di pokok jati itu.
73. Bukit itu sukar didaki tetapi ___________________nya mudah dituruni.
74. “Tolong hembuskan nafas kamu, kemudian _________________udara secara
perlahan-lahan, “ kata Doktor Hazimah kepada Amrin.
75. Angin telah bertiup dari utara hingga ke ___________________.
76. Muka budak itu pucat kerana terlalu letih, setelah berehat secukupnya
barulah mukanya nampak ________________________.
77. Mak Cik Salha sukacita kerana anaknya lulus dalam pengajiannya tetapi
dia ____________________ kerana rumahnya kecurian pada minggu lepas.
78. Pangkal kayu itu diambil oleh Osman manakala ________________nya pula
dibuangnya.
79. Setelah kejadian banjir berlaku, ramai penduduk Kampung Tualang Tiga
berpindah ke bandar tetapi ada juga penduduk kanpung yang masih
______________________ di sana.
80. Personaliti Ali dan Aziz berbeza walaupun mereka kembar. Aziz lebih
suka berpakaian kemas tetapi adiknya Ali lebih suka berpakaian
_________________________.
81. Penuntut-penuntut sekolah tersebut dilarang supaya tidak
berpakaian______________________ dan mereka diarahakan untuk berpakaian
lebih longgar.
82. Tujuan jambatan itu dimana untuk menyenangkan penduduk kampung
bukannya untuk _______________________ penduduk kampung.

Anda mungkin juga menyukai