Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SINARAN BUDI

JALAN KUALA GARING , 48000 , RAWANG , SELANGOR.

KERTAS KONSEP MAJLIS APRESIASI DAN SIREH PULANG KE GAGANG UPSR 2005

1.0 NAMA PROGRAM

Majlis Apresiasi dan Sireh Pulang ke Gagang UPSR 2005,SK Sinaran Budi.

2.0 OBJEKTIF

a)Menghargai dan mengenang jasa guru-guru dan pihak sekolah yang telah menabur bakti kepada

para pelajar.

b)Mengadakan pertemuan semula antara para pelajar UPSR 2005 dengan para guru.

c)Menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) SK Sinaran Budi.

3.0 TARIKH / HARI / MASA

Majlis Apresiasi dan Sireh Pulang ke Gagang ini akan diadakan pada 16 April 2011 bersamaan hari
Sabtu.

Durasi masa program ini ialah bermula pukul 12 tengahari sehingga 9.30 malam hari yang
sama.Durasi masa sebegini diatur agar member kemudahan kepada para pelajar yang datang dari
jauh untuk datang lebih awal dan lebih banyak aktiviti antara para pelajar dan guru dapat
diadakan.Tambahan pula pihak kami memikirkan kesulitan para pelajar dan guru yang tidak lagi
tinggal di Rawang untuk datang pada waktu yang sesuai dan bertepatan dengan perjalanan majlis.

4.0 TEMPAT

Majlis ini akan diadakan di Perangsang Templer Golf Club , Rawang , Selangor.

5.0 PENYERTAAN / SASARAN

a)Semua pelajar UPSR 2005 , SK Sinaran Budi.

b)Semua guru UPSR 2005 , SK Sinaran Budi.

c)Para pentadbir dan Yang Dipertua PIBG SK Sinaran Budi.

Pihak kami mensasarkan penyertaan sebanyak 70 orang yang akan hadir pada majlis ini.

6.0 PENGANJUR

Bekas pelajar (UPSR 2005) SK Sinaran Budi.


7.0 PERANCANGAN / PELAKSANAAN

Bil. Perkara
A Merancang Majlis Apresiasi dan Sireh Pulang ke Gagang UPSR 2005 SK Sinaran Budi.
B Membentuk organisasi dan jawatankuasa majlis.
C Membincangkan agenda majlis dan mengadakan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa.
D Menetapkan tarikh,masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan majlis ini.
E Menetapkan belanjawan untuk majlis ini.
F Mencari penaja untuk menampung kos majlis ini.
G Melaksanakan majlis ini seperti yang telah dirancangkan dengan lancar.
H Memastikan keberjayaan majlis ini.
I Menyediakan hadiah dan cenderamata untuk para hadirin.

8.0 TENTATIF PROGRAM


9.0 JAWATANKUASA
10.0 KEWANGAN

SUMBER

a)Bayaran setiap individu RM 60.00 (seorang)


b)Sumbangan RM 2000.00
c)Sumbangan RM 3000.00
d)Sumbangan RM 1500.00
Jumlah : RM 9500.00 #

Bayaran untuk para guru dan jemputan khas seramai 20 orang akan ditanggung oleh pihak
kami.Sekiranya guru atau jemputan khas ingin membawa ahli keluarga ke majlis ini,bayaran RM
60.00 (sekepala) dikenakan kepada setiap orang yang dibawa.

PERBELANJAAN

a)Jamuan makan
b)Hadiah/Cenderamata
c)Dekorasi
d)Lain-lain
Jumlah :

Disediakan oleh,

…………………………..

(NUR SABIHAH BINTI SHUKRI)

Setiausaha,

Majlis Apresiasi dan Sireh Pulang ke Gagang UPSR 2005 ,

SK Sinaran Budi.

Anda mungkin juga menyukai