Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN HARI GURU TAHUN 2022

SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY

1. PENDAHULUAN
Sambutan Aidil Fitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat Islam meraikan kemenangan
setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak. Kita digalakkan meraikan kehadiran
Syawal ini dengan bersederhana dan penuh kemeriahan. Di samping itu juga, dengan kehadiran
sambutan Aidilfitri kita dapat bermaaf-maafan serta bertukar-tukar juadah hari raya sesama warga
pendidik, murid-murid dan juga ibu bapa.

2. RASIONAL
Program ini juga amat bermakna bagi semua warga sekolah kerana dapat mengeratkan
silaturrahim di antara satu sama lain. Justeru program ini dirancang dengan penuh kemeriahan.
Selain jamuan hari raya, kita juga akan dihiburkan dengan persembahan anak-anak didik kita
yang bersama merayakan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan dan kejayaan kita dunia dan akhirat.

3. OBJEKTIF
Antara objektif sambutan dan jamuan Aidil Fitri Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed
Al-Bukhary tahun 2022 adalah seperti berikut:
a) Mengeratkan silaturrahim di kalangan guru-guru dan murid
b) Menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan Syawal
c) Membina akhlak dan sahsiah yang baik dikalangan murid
d) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di kalangan murid
e) Memupuk minat terhadap aktiviti-aktiviti persembahan bertemakan Hari Raya Aidil Fitri dan
Hari Guru.

4. TARIKH
17 Mei 2022 (Selasa)

5. SASARAN DAN PENGLIBATAN


Semua murid, warga sekolah dan PIBG

6. TEMPAT
SMK Syed Mohamed Al-Bukhary
Dewan Iltizam

7. AKTIVITI
a) Jamuan Hari Raya dan Hari Guru
b) Persembahan Nyanyian Murid
c) Sukaneka Hari Guru

8. TENTATIF PROGRAM
* Rujuk Lampiran B
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Jamuan Hari Raya RM3 X 300 = RM 900.00


Ais = RM 10.00
Gula = RM 20.00
Sudu/garfu = RM 10.00
Pinggan/cawan polisterin = RM 50.00
Cordial = RM 10.00

Menu
a) Lemang
b) Rendang
c) Nasi Impit
d) Kuah Kacang
e) Mihun goreng
f) Kuih muih raya (dibawa oleh guru dan murid)
g) Buah-buahan (sumbangan)

Jumlah = RM 1000.00

*Cadangan tambahan makanan @ perubahan menu boleh dibincang bersama ketika mesyuarat.

10. SUMBER KEWANGAN

a) Sekolah

b) Sumbangan ibu/bapa

11. JAWATANKUASA PELAKSANA


*Rujuk lampiran A

12. PENUTUP

Setinggi impian sekalung harapan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar. Diharapkan
program ini dapat meningkatkan lagi keakrabandan ukhuwwah di kalangan guru, ibu bapa dan
murid-murid SK Raub Jaya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa
kemenangan umat Islam dan meningkatkan lagi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab
guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Semoga dengan usaha ini murid dapat menambah
pengalaman dan mendidik jiwa mereka menjadi insan kamil yang cemerlang dan berperibadi
mulia.

Disediakan oleh:
………………………………………
(NOOR A’SYIKHIN BINTI OSMAN)
Setiausaha Program

Anda mungkin juga menyukai