Anda di halaman 1dari 5

Walaupun diselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat seperti program-program

agama, pendidikan, dan pengetahuan, tetapi peratusan program-program sebegini adalah sangat
kecil berbanding program-program hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama.

Di Amerika Syarikat, televisyen dianggap punca nombor satu segala masalah sosial yang
dihadapi hari ini. Laporan yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and
Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan kanak-kanak dan belia remaja adalah
disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi
kebal atau immune dengan ketakutan terhadap keganasan, mengambil keganasan secara
beransur-ansur sebagai cara penyelesaian masalah, mengikut jejak langkah keganasan yang
dilihat melalui televisyen dan beridentitikan sesetengah watak seperti mangsa atau pemangsa.

Nielson Media melalui penyelidikan yang melibatkan 52 negara termasuk Malaysia melalui
peratusan frekuansi mengakses permainan dan muat turun hiburan melalui internet merumuskan
bahawa rakyat Malaysia sebagai kecanduan hiburan dan teknologi. Justeru tanpa adanya acuan
yang benar dalam membentuk pola fikir Islamik, umat Islam dikhuatiri senang terpengaruh
dengan media massa sehingga disalah tanggapi sebagai pegangan hidup.

Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam
firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat yang
bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89). Rasulullah SAW juga
mengingatkan umat Islam mengenai serangan pemikiran ini apabila baginda melarang umatnya
daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan karekteristik seseorang
muslim.

Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hedonism,
tahyul, khurafat, bidaah, kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Kesemua serangan
pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat Islam daripada keterikatan dengan para ulamak

Melihat kepada pemikiran budaya hedonisme dengan lebih jauh lagi. Hedonisme  berasal
daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan (pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan
budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata
(Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar
atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular
masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan
muda mudi. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah
realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan
yang sangat banyak kepada aspek hiburan.

Kebarangkalian yang boleh difikirkan adalah mengapa berita artis, rencana hiburan dan skandal
seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan
banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, adakah kerana ianya lebih ’selamat’ ? berbanding
berita berunsurkan politik, sosial atau jenayah misalnya.
Selain konsert-konsert yang diselitkan semasa karnival Jom Heboh ini, ada juga konsert-konsert
lain yang terus dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama dan tema, dianjurkan
oleh pelbagai pihak dan syarikat. Konsert sempena sambutan tahun baru, konsert sambutan hari
kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di
Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat 6 konsert lain yang
dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009.

Gambar: Konsert dipenuhi belia Islam. Program agama bagaimana?

Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan


banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk
menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang
melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi
para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik
lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan
muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada
golongan mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan
melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja zaman
ini.

Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan teguran yang
diberikan oleh Mohd Ridhuan Tee (2006) berkaitan hal ini. Katanya:  ‘Lebih malang lagi
program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikatsyarikat korporat, termasuk syarikat
korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-rancangan yang bersifat ilmiah dan
bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan. Misalnya,
rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus
peratus dan tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak
memasukkan nilai-nilai keMalaysiaan atau keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, seni
lagu, persembahan dan sebagainya, tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan input soal
budaya dan adat sopan agama.”
Gambar : Rancangan realiti hiburan TV mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One in a
Million dan sebagainya ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia,
tujuannya adalah untuk melahirkan penyanyi-penyanyi  ‘pasang siap”.  Persoalan timbul apabila
produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media
acuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat pemikiran yang
membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata
(Syuhada, 2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujibakat realiti televisyen ini
dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan
populariti dan kemewahan. Jelas pemikiran hedonisme yang menular ini mampu menyeleweng
tujuan hidup seorang muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata.

Amat mendukacitakan apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan
mereka daripada keperibadian para nabi. Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat
dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya
ketimuran apatah lagi syariat Islam. Semua budaya hedonisme ini dilihat normal atas nama
kemodenan dan kecenderungan masa kini. Hiburan yang melampaui batas dan nilai murni ini
turut dipromosikan oleh media sehingga menjadi rujukan masyarakat.
Gambar : Hiburan alternatif dan Ulamak kurang ditonjolkan.

Tokoh-tokoh akademik, para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan
yang telah mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya,
artis-artis lebih diberi pelbagai anugerah dan dijulang nama mereka atas kecemerlangan mereka
di dalam industri. Pencapaian para artis lebih mendapat liputan pihak media, berbanding
kecemerlangan para cerdik pandai negara.

Memetik kata-kata Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim ketika majlis pelancaran
Pameran Filem Seram 2009 di Galeri Perfileman Finas, katanya: ”Selama 35 tahun industri
perfileman kita tidak menerbitkan filem seram, inilah masanya kita kembalikan kegemilangan
filem seram seperti yang pernah kita capai pada 1950-an keluaran Cathay Keris dan Malay Film
Production dulu.” Sebab itu kita dapati, ramai pengusaha filem yang kembali rancak
menghasilkan filem – filem seram ini. Antara yang terbaru ialah seperti filem Tujuh Perhentian,
Makar, Di Ambang Misteri, Anak, Maut, Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Jangan Tegur, Congkak,
Jangan Pandang Belakang Congkak dan pelbagai lagi. Senarai ini belum ditambah dengan siri-
siri drama seram yang disiarkan melalui kaca televisyen seperti Saka, Puaka Niang Rapik,
Keliwon dan lain-lain lagi.

Entah berapa banyak lagi filem-filem seram ini akan dihasilkan? Sama-samalah kita tunggu dan
jangan terkejut jika generasi masa depan adalah generasi yang penakut akan hantu melebihi takut
akan Tuhan ataupun mengenali jenis-jenis hantu dari Tuhan.

Kebanyakkan filem-filem seram yang ditayangkan ini mendapat sambutan yang


memberansangkan daripada masyarakat. Misalnya, filem Pontianak Harum Sundal Malam
(PHSM) yang ditayangkan pada tahun 2004 berjaya meraih kutipan sebanyak RM 3.2 juta.
Angka kutipan ini menjadi peransang kepada penerbit lain untuk terus menerbitkan filem seram.
Manakala, filem Jangan Pandang Belakang (JPB), terbitan MMP pula merupakan filem yang
mencatat kutipan tertinggi menurut rekod Finas iaitu sebanyak RM 5.7 juta. Manakala filem
seram terbaru Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), arahan Ahmad Idham berjaya meraih
kutipan RM5.3 juta dalam tempoh 12 hari ditayangkan. Jumlah penontonnya yang dilaporkan
pula ialah melebihi 400, 000 orang. Dijangkakan filem JPBC ini akan berjaya memecahkan
rekod JPB.

Dalam hal ini, pandangan salah seorang tokoh ulamak Malaysia iaitu Dr. Mohd Asri Zainul
Abidin, mantan Mufti Negeri Perlis harus diambil perhatian. Pandangan beliau yang disiarkan
oleh Utusan Malaysia menyatakan: ‘Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu
ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran
mereka. Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh menyumbang
kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang
divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara, boleh menyebabkan masyarakat
terpengaruh dan mempercayainya. Filem seperti ini boleh merosakkan akal disebabkan unsur
serta gambaran yang diperlihatkan mengenai makhluk halus itu adalah tidak benar.”

Semoga kerisauan yang ditimbulkan menyuntik kesedaran belia agar tidak meningkatkan lagi
statistik penghidap candu hedonism di negara Malaysia tercinta ini. Lakukanlah perubahan. A
thousand miles journey begins with a single step. Sertailah pogram dan rakan-rakan yang mampu
membawa kita ke arah kebaikan. Semoga belia Malaysia akan bangkit dengan wajah baru.
Jangan berputus asa. Masih ada sinar di hujung jalan. Usaha dan mohonlah kekuatan dari Allah
s.w.t. Semoga kita semua mampu mengubahnya!

Anda mungkin juga menyukai