Anda di halaman 1dari 3

ERTAS KERJA 2006/1

BIRO KECERIAAN

Gotong Royong

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan gotong
royong di Sekolah Kebangsaan Danau Kota.

2.0 Pendahuluan

Biro Keceriaan, PIBG bercadang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah serta
memulihara taman-taman dan mempertingkatkan keceriaan kawasan SK Danau Kota.

3.0 Objektif

3.1 Merapatkan silaturrahim diantara ibubapa, guru dan murid SK Danau Kota.

3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum

3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin  keselamatan
anak-anak sewaktu belajar.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua warga SK Danau Kota iaitu Ibubapa, Murid-murid tahap 2 dan Guru-guru.

5.0 Rasional Menjayakan Program

5.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.

5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan
harmoni untuk anak-anak belajar.

6.0 Justifikasi

Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja menyediakan
suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah
demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

7.0 Anjuran

Biro Keceriaan, PIBG, SK Danau Kota.

8.0 Lokasi Cadangan

Kawasan sekolah SK Danau Kota

9.0 Tarikh Perlaksanaan


12 Ogos 2006 bersamaan hari Sabtu

10.0 Struktur Organisasi

Penasihat            Hj. Mohd Zulkapli Mohd Zin

YDP                    Hj. Khairul Azhar Hj Hashim

Pengerusi            Pn. Sabariah Jusoh

Naib Pengerusi    En. Hassan Mohd Amin

Setiausaha         Pn. Juraidah Mat Jan

Bendahari           Cik Norfashidah Muhamad Dahalan

Peralatan           En. Mohd Shariful Hisham Ibrahim & En. Ahad Harun

Jamuan              Cik Norfashidah Muhamad Dahalan & Pn. Mumtaj Begam Kader Ansari

Susur Semarak  En. Basri Nawawi

Taman-Taman    En. Azizi Bolak, En. Hairul Azhar, En. Mohd Fahbell Md Yassin

                        dan Pn. Rosalina Atan

11.0 Tentatif Program

  8:00 pagi               Berkumpul di Tapak Perhimpunan

  8:15 pagi               Ucapan YDP PIBG

  8:20 pagi              Ucapan GB SKDK

  8:25 pagi              Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi

10:00 pagi              REHAT

10:45 pagi              Aktiviti diteruskan lagi

11:45 pagi             Berkumpul dan menyimpan alatan

12:00 tengahari      BERSURAI

13.0 Anggaran Perbelanjaan

1.  Peralatan mengecat                    RM200.00

2.  Jamuan  RM2.50 X 200 orang      RM500.00


                                Jumlah           RM700.00

14.0 Penutup

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Biro Keceriaan bagi tahun 2006 dan dapat
bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan
guru-guru SKDanau Kota. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai
slogan "Sekolahku, rumahku".

Anda mungkin juga menyukai