Anda di halaman 1dari 7

(Sebelum ketibaan tetamu)

Assalamualaikum,

Selamat datang diucapkan kepada para tetamu ke Majlis Perasmian Festival-i (FESi) 2011
yang julung kali diadakan. Disini terdapat beberapa pengumuman yang perlu dipatuhi
sepanjang majlis ini berlangsung:-

1. Para hadirin diminta untuk berdiri ketika diumumkan ketibaan tetamu jemputan.

2. Para hadirin juga diminta untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan
ketika majlis sedang berlangsung.

3. Ketika perarakan para jemputan keluar dari dewan, para hadirin diminta berdiri
berdiri sekali lagi dan menunggu sehingga perarakan keluar dari dewan selesai
dijalankan.

4. Sila pastikan telefon bimbit para hadirin dimatikan atau berada dalam keadaan
mode senyap.

___________________________________________________________________________

Mengumumkan ketibaan,

 Yang berbahagia, Dr. Abdul Razak bin Abdul Rahman,


Pengetua Kolej Tun Perak.

 Yang dihormati , Encik Fauzi Bin Che Yusof,


Pengurus Kolej Tun perak.

 Felo-felo.

 Saudara Azham Bin Mat Yasir,


Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak.

 Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak.

 Saudara Mohd Faisal Amir bin Mohd Noh,


Pengarah Program Festival-i (FESi)
Masuk ke dewan.
Hadirin dipersilakan duduk.

Ramai orang ke Tanjung Bidara,

Hingga lengang orang di kota:

Awal bismillah pembuka bicara,

Salam diberi pelengkap kata.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA HADIRIN,

 Yang berbahagia, Dr. Abdul Razak bin Abdul Rahman,


Pengetua Kolej Tun Perak.

 Yang dihormati , Encik Fauzi Bin Che Yusof,


Pengurus Kolej Tun perak.

 Felo-felo.

 Saudara Azham Bin Mat Yasir,


Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak.

 Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak.

 Saudara Mohd Faisal Amir bin Mohd Noh,


Pengarah Program Festival-i (FESi)

_______________________________________________________________________

Seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Program Festival-i (FESi) 2011.


Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
dengan limpah serta kurnia-Nya dapat bersama-sama kita berkumpul di dewan
serba Indah ini bagi meraikan Majlis Penutupan Program Festival-i (FESi) 2011.

Hadirin sekalian, Program Festival-i atau dikenali sebagai FESi ini merupakan
program yang julung-julung kalinya diadakan dibawah perlaksanaan Biro
Kerohanian Kolej Tun Perak yang dijalankan bagi menyuburkan lagi insaniah
mahasiswa dengan ilmu agama disamping mengeratkan silaturrahim diantara warga
Kolej Tun Perak.

___________________________________________________________________

Buluh di asah jalinan disemat

Gubahan di olah bawa berangkat

Bersama kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat

(DOA)

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan _______________________ untuk bacaan doa. Majlis
mempersilakan.

-Bacaan Doa-

Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis mengucapkan terima kasih diatas bacaan doa sebentar tadi.


Seterusnya marilah kita bersama-sama memperdengarkan alunan ayat-ayat suci al-Quran
Nur Karim. Majlis mempersilakan.

(Alunan Bacaan al-Quran –Taranum- )

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebentar tadi.

___________________________________________________________________________

Tanpa membuang masa lagi, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Dr.
Razak bin Abdul Rahman, Pengetua Kolej Tun Perak untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Pengetua KTP)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Kolej Tun Perak diatas ucapan
beliau tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian, Program Festival-i (FESi) 2011 ini telah berlangsung
selama satu minggu bermula pada 5 march hingga 12 march 2011. Perbagai aktiviti telah
diadakan seperti Program pengurusan jenazah, tayangan video ,Bengkel Solat Rasulullah,
Ladies Night, dan Bicara hati lelaki.
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan multimedia
sepanjang Program Festival-i (FESi) 2011 ini berlangsung.

(Persembahan Multimedia)

Sekian sahaja persembahan multimedia itu tadi. Tayangan tadi menggambarkan


kemeriahan sepanjang Program Festival-i ini berlangsung. Semoga ianya dapat merapatkan
lagi ukhwah antara kita bahkan menjadikan kita lebih ......

Untuk maklumat hadirin sekalian, sepanjang Program Festival-i (FESi) 2011 berlangsung,
terdapat # pertandingan telah diadakan bg memeriahkan program ini.

Bagi penyampaian hadiah , majlis menjemput Saudara Mohd Faisal Amir bin Mohd Noh ,
Pengarah Program Festival-i (FESi) 2011 mengiringi Walid Pengetua Kolej Tun Perak , Dr.
Razak bin Abdul Rahman untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---------Acara n name pemenang-----

.
_________________________________________________________________________

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua di atas
Kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Dengan berakhirnya ________ sebentar tadi , tamat lah sudah Majlis Penutup Program
Festival-i (FESi) 2011.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Dilain masa bersua lagi.

Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan suratul ‘Asr.

WABILLAH HI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALMULAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM


SEJAHTERA.

(Majlis Bersurai)

Anda mungkin juga menyukai