Anda di halaman 1dari 6

(Sebelum ketibaan tetamu)

Assalamualaikum,

Selamat datang diucapkan kepada para tetamu ke Majlis Perasmian Festival-i (FESi) 2011 yang julung kali

diadakan. Disini terdapat beberapa pengumuman yang perlu dipatuhi sepanjang majlis ini berlangsung:-

 Para hadirin diminta untuk berdiri ketika diumumkan ketibaan tetamu jemputan.

 Para hadirin juga diminta untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan ketika majlis sedang

berlangsung.

 Ketika perarakan para jemputan keluar dari dewan, para hadirin diminta berdiri berdiri sekali lagi dan

menunggu sehingga perarakan keluar dari dewan selesai dijalankan.

 Sila pastikan telefon bimbit para hadirin dimatikan atau berada dalam keadaan mode senyap.

Mengumumkan ketibaan ,

 Yang dihormati Cik Siti Badariah binti Jemain

Penasihat Biro Kerohanian Kolej Tun Perak,

 felo-felo

 Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak,

Saudara Mohamad Azham Bin Mat Yasir,

Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak dengan diiringi saudara Mohd Faisal Amir bin Mohd

Noh, Pengarah Program Festival-i (FESi) 2011 masuk ke dewan.


Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama kita membacakan

 Asma Al-Husna

Hadirin dipersilakan duduk.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Salam indah pembuka bicara.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA HADIRIN,

 Yang Dihormati Cik Badariah Binti Jemain

Penasihat Biro Kerohanian Kolej Tun Perak

 Felo- felo

 Saudara Mohamad Azham bin Mat Yasir

Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak

 Saudara Mohd Faizal Amir Bin Mohd Noh

Pengarah Program Festival-i (FESi) 2011

 Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tun Perak

dan

 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Festival-i (FESi) 2011

Seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Program Festival-i (FESi) 2011


Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah serta kurnia-

Nya dapat bersama-sama kita berkumpul di dewan serba indah ini bagi meraikan Majlis perasmian Program

Festival-i (FESi) 2011.

Hadirin sekalian, Program Festival-i atau dikenali sebagai FESi ini merupakan program yang julung-julung

kalinya diadakan dibawah perlaksanaan Biro Kerohanian Kolej Tun Perak yang dijalankan bagi menyuburkan

lagi insaniah mahasiswa dengan ilmu agama disamping mengeratkan silaturrahim diantara warga Kolej Tun Perak

Kain songket kain pelikat,

Kain dibeli di Kampung Serkat;

Bersama kita memohon berkat,

Moga majlis dilimpahi rahmat.

(DOA)

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Mohd

Imran Bin Suboh

untuk bacaan doa. Majlis mempersilakan.

*(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis mengucapkan terima kasih diatas bacaan doa sebentar tadi.


Tanpa membuang masa lagi, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Saudara

 Mohd Faisal Amir Bin Mohd Noh,

Pengarah Program Festival-i (FESi) 2011 Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

*(Ucapan Pengarah Program)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

saudara Faisal Amir

diatas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusanya, bagi melengkapkan atur majlis pada malam ini, majlis menjemput Yang Dihormati

Cik Siti Badariah binti Jemain ,

Penasihat Biro Kerohanian Kolej Tun Perak

untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Program Festival-i (FESi) 2011. Majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan.

*(Ucapan Penasihat Biro Kerohanian KTP dan GIMIK)

Maka sempurnalah sudah majlis Perasmian Program Festival-i dan juga logo Biro Kerohanian Kolej Tun Perak.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Penasihat Biro Kerohanian Kolej Tun Perak diatas perasmian

sebentar tadi.
Dengan tidak membuang masa lagi kita teruskan acara yang kita nanti-nantikan iaitu ceramah dari

Ustaz Rosazli Bin Md Yasin

yang bertajuk “Remaja Dan Cinta”.

Sebelum beliau menyampaikan ceramah tersebut, eloklah saya menceritakan serba sedikit tentang latar belakang

beliau.

 Nama penuh beliau ialah Rosazli bin Md Yasin.

 Beliau dilahirkan pada 1 haribulan oktober 1977.

 Beliau mempunyai seorang isteri dan juga enam orang cahaya mata.

 Beliau pernah melanjutkan pelajarannya sebagai mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan

berjaya mendapat segulung Ijazah Kejututeraan Komputer dan Komunikasi.

 Kini beliau merupakan Pengetua Maahad Tarbiah Islamiyah Al Ansar.

 Selain itu, beliau juga aktif dalam pertubuhan-pertubuhan islam seperti merupakan ahli Persatuan Institut

Tahfiz Selangor dan juga ahli Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Ustaz Rosazli bin Md Yasin

untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis mempersilakan.

*(Ceramah berlangsung)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Rasazli Bin Md Yasin atas kesudian beliau menyampaikan

ceramah tersebut.

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab...

*(soal jawab)

Nampaknya sampai disini sahaja sesi soal jawab kita.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang berjaya menghangatkan lagi ceramah sebentar tadi.

Diharapkan sagala kebaikan dari ceramah sebentar tadi dapat memberi sedikit sebanyak input dan ilmu kepada

kita semua.

Dengan berakhirnya program ceramah sebentar tadi, tamat la sudah Majlis Perasmiaan Program Festival-i (FESi)

2011.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan suratul ‘Asr.

WABILLAH HI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SSEJAHTERA.

*(Majlis bersurai)

Anda mungkin juga menyukai