Anda di halaman 1dari 3

Ucapan Pengarah FESi

Pertamanya, syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya dapat

kita berkumpul beramai-ramai untuk menghadiri majlis perasmian Festival

i. untuk pengetahuan semua,FESi merupakan program yang pertama

kalinya dianjurkan oleh Biro Kerohanian Kolej Tun Perak sebagai aktiviti

untuk semester ini. Program ini adalah simbolik kepada warga kolej yang

mempunyai ikatan silaturahim yang erat pihak pengurusan, pentadbiran

dan pelajar itu sendiri. Selain itu, program ini akan menjadi wadah kepada

para pelajar untuk mempelajari cara berorganisasi, berkomunikasi, dan

sekaligus dapat meningkatkan lagi keyakinan diri melalui program yang

bakal diadakan. Tema FESi yang berkonsepkan 3S iaitu Senyum, Sapa,

dan Salam diharap mampu mewujudkan semangat kekeluargaan yang

penuh dengan kasih sayang antara warga Kolej Tun Perak.

Selain itu, melalui program ini juga, kemahiran insaniah dalam kalangan

para pelajar dapat dipupuk dan seterusnya dipertingkatkan lagi agar

personaliti yang unggul dapat disemai. Di samping itu menerusi aktiviti-

aktiviti yang bakal dijalankan, nilai-nilai Islamik dapat diterapkan dalam diri

pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan serta mengasah

bakat-bakat yang berpotensi seperti kepimpinan, sahsiah, serta kemahiran

berorganisasi untuk menaikkan nama kolej khususnya dan unversiti


amnya. Program FESi akan berlangsung selama seminggu bermula dari 5

Mac 2001 hingga 12 Mac 2011. Untuk pengetahuan hadirin, selepas

perasmian ini akan berlangsungnya Forum “Remaja dan Cinta”.

Seterusnya, program ‘Pengurusan Jenazah’ merupakan satu program yang

berunsurkan ilmiah di mana para pelajar akan didedahkan kepada teori

dan praktikal pengurusan jenazah. Program Pengurusan Jenazah akan

diadakan pada sebelah pagi manakala slot tayangan akan diadakan pada

sebelah malamnya. Untuk slot Tassawur yang diadakan pada malam

Selasa, pengisiannya berkisarkan tentang Solat Rasulullah.

Festival ini akan diserikan lagi dengan pertandingan busana muslimah

pada malam Ladies Night. Pada malam yang sama juga, akan

berlangsungnya Bicara Hati Lelaki. Untuk makluman, FESi akan berakhir

pada 12 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu dimana majlis penutup dan

penyampaian hadiah akan diadakan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada hadirin yang sudi datang khususnya kepada

tetamu jemputan kerana sudi meluangkan masa bersama kita pada malam

yang bermakna ini. saya amat berharap agar sepanjang program ini

berlangsung, para pelajar dapat menggunakan kesempatan itu untuk

menambahkan ilmu pengetahuan. Sekali lagi saya ingin mengucpakn

ribuan terima kasih kepada pihak kolej, AJK FESi, barisan Biro Kerohanian,
dan pelajar yang sudi melibatkan diri dalam festival ini. Sekian sahaja dari

saya. Terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai