Anda di halaman 1dari 36

1.

Tiap wacana mestilah


mempunyai tujuan
• Tujuan yang menentukan kalimat
• Sekiranya tujuan penutur untuk memperolehi
maklumat, kalimat yang timbul tentulah
merupakan ayat tanya manakala tujuan untuk
menyempurnakan sesuatu perbuatan, kalimat
yang terhasil tentulah dalam bentuk ayat
perintah.
2.Wacana mestilah berlandaskan
hubungan antara penutur atau
penulis dengan pendengar atau
pembaca.
3.Wacana berkait dengan kedudukan
penutur yang menuturkan sesuatu
lakuan bahasa dalam masyarakat.

• Hal ini akan mempengaruhi gaya wacana dalam lakuan


bahasa tersebut sama ada gaya formal atau tidak
formal.

Contoh : Apabila seseorang pelajar berhubung dengan


gurunya, dia akan menggunakan gaya formal tetapi
apabila dia berhubung dengan kawannya, dia akan
menggunakan gaya tidak formal.
4.Wacana mestilah mempunyai ciri-ciri
turutan atau susun atur dengan
pengertian unsur-unsurnya dapat
disusun misalnya urusan waktu,
tempat keutamaan dan sebab akibat.
Contoh : Sebab akibat

“Oleh sebab dia belajar bersungguh-sungguh, dia


mendapat kejayaan yang cemerlang dan dia telah diberi
hadiah penghargaan.”
5.Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana
perlu mempunyai maklumat baru
yang belum ada dalam ayat
sebelumnya..
• Ayat yang mendukung kebenaran akaliah yang
terkandung dalam ayat sebelumnya tidak boleh
dimasukkan dalam satu wacana.
• Contoh ayat: Saya berkerja sehari suntuk. Saya
berkerja dari awal pagi hingga lewat petang.
6.Wacana juga tidak boleh
memasukkan maklumat yang
berlawanan dengan logik akaliah.

• Bertentangan dengan maklumat yang ada


sebelumnya.
Contoh : Ayat “Semalam saya bekerja sehingga jam
satu tengah hari” tidak boleh dimasukkan selepas
ayat “Semalam saya bekerja sehari suntuk”,
demikianlah sebaliknya.
7.Wacana mempunyai andaian dan
inferensi.
• Informasi atau maklumat awal dalam wacana disebut
andaian manakala maklumat baru disebut inferensi.
• Inferensi memberikan penokokan maklumat kepada
andaian dan dalam ujaran biasanya bahagian ini
diberi penekanan suara yang lebih tinggi.
Contoh :
i. Pakaiannya basah
ii. Pakaiannya terkena hujan

• Dalam kedua-dua ayat di atas, pakaian


merupakan andaian manakala basah dan terkena
hujan adalah inferensi.
• Jika kedua-dua ayat disatukan menjadi :
Pakaian basah terkena hujan, pakaiannya menjadi
andaian manakala terkena hujan menjadi inferensi.
• Ini kerana dalam satu ayat biasanya hanya
terdapat satu
inferensi sahaja.
• Dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat
juga ayat yang tidak mempunyai andaian
kerana si penutur berasaskan andaiannya
tidak perlu diujarkan seperti ayat di
bawah :
i. Apa khabar?
ii. Baik.
iii. Bila sampai?
iv. Baru sampai.
• Dalam ayat-ayat di atas, terdapat unsur
andaiannya tidak ada tetapi kita boleh
menduga atau menelahnya
• Misalnya dalam ayat pertama dan ketiga
andaiannya mungkin kamu, engkau,
awak atau anda manakala ayat kedua
dan keempat unsur andainya mungkin
saya, aku dan kami.
8.KEJELASAN

• Perenggan yang jelas memberi makna penulisan


idea yang terang, nyata, dan dapat difahami
dengan mudah.
• Lawannya adalah kabur, sukar difahami dan gagal
menyampaikan ideanya serta tidak melakukan
tugas komunikasi dengan pembaca.
• Kejelasan dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang
tepat dan tidak meleret-leret, istilah-istilah
konkrit, tidak kabur dan tidak terlalu umum
9. KESATUAN

• Perenggan yang berpusat pada satu fokus ialah


perenggan yang padu dan berkesatuan. Ayat atau
fikiran yang melencong atau terkeluar dari fokus
akan menjadi unsur gangguan dan menjadikan
pembacaan tidak lancar.
• Penulis dapat melihat dan yakin terhadap apa
yang dikehendakinya dalam sesebuah perenggan
tidak mempunyai banyak masalah dengan
kesatuan.
• Penumpuan terhadap tujuan akan dapat
mengawasi urutan fikiran supaya tidak
tergelincir daripada maksud asal.
• Kesatuan akan bermasalah sekiranya kita cuba
mendapatkan sesuatu idea melalui ayat.
• Perenggan yang ditulis dengan cara demikian
akan memperlihatkan dua kelemahan:
a)Gangguan yang jelas dalam urutan idea yang
disebabkan kehadiran buah fikiran yang tidak
berkaitan.
b)Penyelewengan secara perlahan-lahan dari
tujuan perenggan yang sebenarnya.Ini berlaku
apabila kita membiarkan setiap ayat bergerak
ke arah lain.
10. KEPAUTAN

• Sesebuah perenggan dikatakan berpaut apabila


ayat-ayat yang dibina di dalamnya bergerak
lancar dan orang yang dapat membacanya
dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang
lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran
atau idea yang tertinggal serta tidak
dikemukakan.
• Perenggan yang lemah kesatuannya akan
lemah kepautannya.
• Jika perenggan yang lemah kesatuannya
kerana kelemahan rujukan terhadap ayat topik
maka perenggan yang kepautannya disebabkan
kelemahan rujukan terhadap ayat-ayat
sebelumnya.
• Kelemahan kepautan bukan hanya disebabkan
kelemahan kesatuan dan susunan, tetapi ia
juga disebabkan kelemahan hubungan melalui
penggunaan alat penghubung.
• Alat-alat penghubung itu ialah rujukan kata
ganti nama diri,pengulangan perkataan penting
dan penanda transisi.
11. KESEMPURNAAN

• Bermaksud unit fikiran yang lengkap.


Perenggan tersebut untuk menjalankan tugas-
tugas yang dijangkakan iaitu mengembangkan
idea topiknya dengan sempurna dan lengkap.
• Selepas pembacaan terhadap perenggan atau
terhadap tulisan tersebut, pembaca akan
berasa puas hati dan tidak tertanya-tanya akan
perkara yang digambarkan dalam ayat topik.
• Ujian terhadap kesempurnaan dilakukan oleh
pembaca. Pembacalah sepatutnya berpuas hati
bukan penulis.
• Penulis hendaklah melihat perenggan itu
sebagaimana pembaca melihatnya.
• Alat-alat yang biasa digunakan untuk
mencapai kesempurnaan ialahbutiran
sokongan, contoh-contoh dan perbandingan.
• Perenggan yang tidak sempurna ialah
perenggan yang tidak lengkap.
• Ada perkara-perkara yang hendak
dikembangkan tidak dapat dilakukan ataupun
perkembangan yang dibuat itu tidak
mencukupi. Ayat topiknya tidak dihuraikan
dan dikembangkan dengan sewajarnya.
12.
KEBOLEHBACAAN
• Kebolehbacaan atau keterbacaan bersangkut
dengan aspek proses membaca iaitu
pemahaman, kefasihan dan minat.
• Pemahaman bukanlah sekadar dikaitkan
dengan makna-makna tulisan bercetak tapi
bergantung kepada kelancaran atau kefasihan
dan tarikan atau minat kita terhadap bahan
yang kita baca itu.
• Aspek keterbacaan menegaskan masalah
pemahaman terhadap pengetahuan makna dan
frasa serta boleh menghubungkan bahan-bahan
yang dibaca dengan pengalaman-pengalaman
seseorang.
13. KERAPIAN
• Beberapa cara untuk mewujudkan nilai kerapian
dalam penulisan.
• Urutan digunakan memudahkan pembaca
mengikuti arah aliran pemikiran dan idea
penulis.Di antara urutan ialah
i. Urutan masa
ii.Urutan ruang
iii.Urutan induktif
iv.Urutan deduktif
v. Daripada soalan ke jawapan
14. URUTAN
MASA
• Urutan masa atau kronologi biasa digunakan
untuk penulisan cereka atau penulisan
penceritaan.
• Dalam penulisan bukan cereka, kaedah ini
biasa terdapat dalam karanagan yang
menerangkan langkah-langkah dalam sesuatu
proses .
• Peristiwa digambarkan mengikut susunan ia
berlaku.
• Contohnya jika kita diminta untuk menulis
tentang cara membuat kuih misalnya kita
menghuraikan mengikut urutan waktu iaitu
dari mula-mula kita menyediakan bahan-
bahannya diikuti dengan mengadun bahan-
bahan itu, mencetaknya, membakar dan
menyajikannya.
15. URUTAN
RUANG
• Menerangkan perkara, benda, tempat, atau susana
yang dilihat oleh penulis.
• Pergerakan perenggan mengikut pergerakan mata
penulis hendaklah mempunyai kesinambungan bagi
membolehkan pembaca mengikutinya dengan patuh.
• Tidak semestinya penerangan itu bergerak dari kiri
ke kanan atau dari atas ke bawah tetapi yang penting
ia bergerak mengikut aliran logikal daripada satu
butiran deskriptif kepada satu butiran deskriptif yang
lain.
16. URUTAN
INDUKTIF
• Perenggan yang menggunakan urutan ini
bermula dari ayat-ayat yang khusus kepada
ayat-ayat yang lebih umum ataupun daripada
kenyataan-kenyataan khusus kepada
kenyataan-kenyataan umum.
• Peraturan asas untuk sesuatu perenggan yang
baik “bermula daripada umum menuju kepada
khusus”
• Perenggan induktif ialah perenggan yang
menuju ke arah generalisasi.
• Ayat topiknya terletak pada bahagian akhir
perenggan dan bermula dengan butiran-
butiran lebih khusus sifatnya.
17. URUTAN
DEDUKTIF
• Susunan ini bermula daripada ayat topik iaitu
kenyataan-kenyataan umum yang
mengandungi tahap generalisasi yang tinggi.
• Ini diikuti oleh ayat atau butiran lain lebih
khusus sifatnya sebagai penyokong, penerang,
atau perluasan ayat topik tersebut.
• Dalam sesuatu penghujahan, biasanya kita
dapat mengemukakan kenyataan hujahan yang
merupakan suatu generalisasi dan
kemudiannya kita menyokong kenyataan itu
dengan bukti-bukti yang khusus.
• Cara pendalilan seperti ini lebih mudah.
18. DARIPADA SOALAN
KE JAWAPAN
• Kadangkala kita menyusun perenggan kita
dengan mengemukakan persolan-persolan
tertentu atau dengan menyatakan akibat-akibat
serta kesan-kesan sesuatu peristiwa.
• Kemudian kita cuba membuat huraian dengan
mejawab soalan yang kita kemukakan atau
kita nyatakan sebab-sebab daripada akibat
tersebut.
• Perenggan seperti ini tidak mempunyai ayat
topik nyata tetapi ia mengandungi soalan,
masalah atau dilema yang dikemukakan pada
bahagian awal dan ini menggambarkan tujuan
perenggan atau penulisan itu dengan jelas.
• Selepas soalan, barulah jawapan dikemukakan.
• Urutan dari soalan ke jawapan sama dengan
urutan dari akibat ke sebab.
BIBLIOGRAFI

• KAJIAN BAHASA MELAYU


• KETRAMPILAN PENULISAN

Anda mungkin juga menyukai