Anda di halaman 1dari 6

SOSIO EMOSI

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI
MOHAMAD FAIZ BIN ABD RAHIM
NORAZURA BINTI MOHAMAD FOAT
NUR AISYAH BINTI ADNAN
MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK
PINTAR CERDAS
• Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-
kanak pintar cerdas secara umum. Secara spesifik, artikel
ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penubuhan
program kanak-kanak pintar cerdas dan perkembangan
pendidikan golongan pintar cerdas kerana aspek ini telah
diabaikan selama ini di negara kita.
• Objektif berkenaan mungkin hanya akan dapat dicapai
sekiranya ada usaha-usaha yang berterusan dilakukan
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
masalah yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak
berkenaan.
Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah:
Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons
who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are
children who require differentiated educational programs and services beyond
those normally provided by regular school programs in order to realize their
contribution to self and society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998, ms. 18)

• Definisi di atas menekankan dua perkara:


1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi; dan
2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan
potensi yang ada pada mereka.

• Definisi tersebut akan menjadi Iebih jelas jika kita bandingkan dengan definisi
kanak-kanak terencat akal berikut:
Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang. Bagi
sesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang atau
tercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran di sekolah dan!
atau pengubahsuaian sosialnya terjejas. (Malaysian Council dlm. Chua & Koh, 1992,
ms. 116)
• Definisi di atas menggariskan dua perkara penting:
1) Kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan
purata; dan
2) Masalah penyesuaian diri (dalam masyarakat dan program sekolah
biasa).
• Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan
kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-
kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah
biasa. Oleh itu, mereka memerlukan pendidikan khas. Bagaimana pun,
bagi definisi kanak-kanak pintar cerdas, masalah penyesuaian sosial
kanak-kanak tersebut tidak dianggap ciri penting yang membezakan
mereka dengan kanak-kanak biasa.
• Oleh itu, artikel ini menyarankan sebaliknya, iaitu bertujuan mengenal
pasti dan memahami kanak-kanak pintar cerdas dari aspek masalah
penyesuaian diri mereka. Apatah lagi, persoalan ini sangat penting
untuk diketahui dan difahami oleh masyarakat dan para pendidik.
• Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental merekajauh lebih
tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan
sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan rnotivasi
mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju.
• Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini
memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap akan dapat
memberi kefahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat
di Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan mereka.
• Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar
biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebihan ini menimbulkan
pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka
mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan
sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka.
• Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral; keupayaan yang tidak
seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa
yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasi terhadap golongan
ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistern persekitaran;
dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan masalah mereka yang sedia ada
semakin bertambah.
• Oleh itu, artikel ini juga bertujuan untuk membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah
yang mereka hadapi. lni penting untuk memastikan mereka dapat mengembangkan semua
potensi yang ada pada mereka.
• Bagaimana pun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar
cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Antara kekangan kajian ini
adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dijadikan sebagai pengukur kejayaan pelajar.
RUMUSAN
• Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu aspek
penting dalam kehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius memberi
impak buruk kepada kesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu, seseorang
individu yang menghadapi tekanan sosial yang sangat serius tidak mungkin dapat
menumpukan perhatiannya kepada usaha-usaha untuk memajukan masyarakat.
• Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dewasa ini
adalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu:
1) Keistimewaan yang ada pada diri mereka; dan
2) Faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini
akan dapat mencapai kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya,
golongan ini perlu mengatasi pelbagai halangan yang mereka hadapi supaya mereka
dapat mengembangkan sepenuhnya potensi yang sedia ada pada diri mereka.
• Peranan pendidik adalah untuk membantu mereka mengatasi halangan-halangan
tersebut. Selain motivasi, perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang
unik. Diharapkan artikel ini dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan pintar cerdas. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan kanak-kanak pintar
cerdas ini wajar disalurkan pada waktu yang terdekat ini kepada ibu bapa, guru-guru
dan bakal guru supaya mereka lebih sensitif terhadap keperluan unik golongan ini.

Anda mungkin juga menyukai