Anda di halaman 1dari 3

Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful /

Insurans

FRIDAY, SEPTEMBER 24, 2010

Source:www.afyan.com

Sebelum Kemalangan (ketika mengambil polisi takaful)

1. Kita tidak tahu bila akan berlaku kemalangan, jadi ini adalah panduan ketika mengambil polisi

takaful. Kalau kita tahu bila akan berlaku kemalanga, tentu syarikat-syarikat takaful terpaksa

gulung tikar. Untuk panduan sebelum mengambil polisi takaful, boleh rujuk ke 9 Perkara Yang

Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan di dalam nota sebelum ini.

2. Pastikan jumlah perlindungan yang kita ambil mencukupi. Sebaik-baiknya, ambillah

perlindungan berdasarkan harga pasaran. Sekiranya kita mengambil perlindungan di bawah harga

pasaran, kelak akan menimbulkan masalah untuk membuat tuntutan. Contoh, kereta saudara

sepatutnya dilindungi dengan harga pasaran RM 100,000 tetapi saudara hanya mengambil

perlindungan RM 80,00 sahaja. Maka apabila berlau tuntutan kelak, saudara hanya layak 80%

sahaja daripada nilai tuntutan. Sekiranya jumlah kerosakan RM 10, 00, saudara hanya layak RM

8000 sahaja, RM 2000 saudara terpaksa membayar sendiri.

3. Pastikan mengambil polisi perlindungan “comprehensive” atau menyeluruh. Jika mengambil

“third party claim” atau perlindungan pihak ketiga, janganlah menyesal sekiranya berlaku

kemalangan. Pernah terjadi seorang pelanggan saya yang mengambil polisi sebegini dengan dan

berkata “insya-Allah tidak akan kemalangan”. Beberapa minggu sebelum polisinya tamat,

keretanya kemalangan teruk! Janganlah ia berlaku ke atas tuan-tuan sekalipun hutang kereta

sudah selesai. Beringat sebelum kena.

4. Perlindungan asas hanya untuk body atau badan kereta sahaja serta enjin. Ia tidak termasuk

radio dan kaset, cermin hadapan atau windscreeen, additional driver (pemandu tambahan),

bencana alam dan sebagainya. Jadi pilihlah yang sewajarnya. Dan semestinya ada premium

tambahan untuk perlindungan tambahan. Umpama kita membeli nasi lemak. Nasi lemak biasa

harganya RM 1.50, dengan ikan bilis, telur, sambal dan timun. Jika inginkan sotong, udang atau

ayam, tentulah kita perlu membayar lebih, bukan?

5. Sebaiknya polisi tambahan cermin, kerana ia paling berisiko untuk retak dan pecah. Saya sendiri

pernah mengalaminya; cermin kereta saya dipecahkan dan ia tiada perlindungan tersebut. (baca:

http://afyan.com/ver1/pencuri-bodoh/). Ketika itu, Selepas kejadian tersebut, setiap kali

pembaharuan pilisi, saya pastikan akan ada perlindungan untuk cermin, tetapi selepas itu tidak

pula ia pecah ;)
6. Satu lagi perlindungan tambahan yang perlu ialah; pemandu kedua atau second driver.

Selalunya ia diberikan percuma. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan

berlaku ketika pemandu kedua yang membawa kenderaan. Selalunya pasangan. Jika tidak,

seandainya pemandu lain yang membawa kereta dan kemalangan, prosesnya agak leceh dan

kemungkinan akan dikenakan bayaran tambahan.

7. Perlindungan tambahan untuk bencana alam elok untuk mereka yang berada di kawasan-

kawasan yang berisiko banjir seperti di Pantai Timur Semenanjung. Tapi sejak beberapa tahun

kebelakangan ini, kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur pun mengalami banjir. Malah

tempat tinggi pun banjir; Kota Tinggi, Johor (orang Johor jangan marah ya..)

8. Ambil nombor telefon wakil atau ejen atau talian panas hotline syarikat takaful. Ia bertujuan

untuk memastikan nombor-nombor ini mudah dihubungi apabila berlaku kemalangan. Ia bertujuan

untuk memudahkan proses seterusnya kerana berdasarkan pengalaman saya, para pelanggan saya

akan panik apabila berlaku kemalangan, walaupun sudah diberikan panduan umum semasa

mengambil polisi. Jika tuan-tuan mengambil polisi takaful dengan saya, saya bersedia menerima

panggilan tersebut. (Sempat lagi promosi tuuu….)

Ini pula adalah tip dan panduan ketika kemalangan berlaku, di tempat kejadian.

1. Pertama sekali, jangan panik.

2. Kedua pun jangan panik.Kerana situasi ini akan menyebabkan kita menggelabah dan membuat

tindakan yang tidak sewajarnya.

3. Ketiga; jangan sekali-kali panik. Tip ini terpaksa diulang sebanyak tiga kali kerana sekiranya

berlaku panik, 100 tip yang akan datang pun tiada berguna lagi.

4. Jika melibatkan pihak lain, elakkan berbincang (baca: bergaduh) tentang topik-topik seperti:

“Salah Siapa”, “Aku Tidak Bersalah”, “Kamulah Puncanya!”, “Bukan Salah Ibu Mengandung” dan

sebagainya. Sebenarnya perbincangan (baca: pergaduhan) tentang topik tersebut tidak akan

membuahkan hasil kepada kedua-dua belah pihak, malah mengusutkan keadaan. Sebaiknya saling

memberi kerjasama bak kata Wonder Pet, “Apa yang penting? Kerjasama!!”.

5. Sekiranya melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan fizikal, hubungi 999 dengan segera

untuk mendapatkan ambulan. Sila simpan nombor 999 ini, walaupun saranan ini lucu

kedengarannya. Sekiranya panik, nombor semudah 123 pun sukar untuk diingati.

6. Ambil maklumat semua yang terlibat di dalam kemalangan. Maklumat-maklumat seperti nombor

kenderaan, nama pemilik, nombor telefon amat membantu untuk memudahkan untuk ke membuat

tuntutan. Juga maklumat tentang syarikat takaful / insurans masing-masing. Beri kerjasama

kepada rakan-rakan baru tuan-tuan di tempat kemalangan. Ingat kembali pesanan Wonder Pet!

7. Buat lakaran kasar tentang lokasi tempat kejadian dan lokasi kenderaan sebelum dan selepas
kemalangan. Jika ada kamera adalah lebih baik. Itulah gunanya kamera di telefon tuan-tuan.

Sekali lagi pesanan Wonder Pet digunakan di sini bagi memudahkan proses selanjutnya. Beri

kerjasama kepada semua yang terlibat untuk mengambil gambar.

8. Ketika ini, akan tibalah berbondong-bondong lori tunda yang “menawarkan” janji-janji manis

kepada tuan-tuan, sebaiknya elakkanlah. Pernah seorang pelanggan saya, akibat terlalu panik,

menerima “janji manis” tersebut sekalipun pernah diberitahu jangan berbuat demikian ketika

mengambil polisi. Selepas kereta tersebut diperoleh kembali, didapati beberapa bahagian yang

ditukar dengan “spare part” palsu. Saya mengesyaki ia ditukar untuk mengaut keuntungan kerana

kebetulan kereta tersebut kereta baru. Apabila ditanyakan kepada bengkel, katanya ia diterima

dalam keadaan tersebut daripada pihak lain iaitu lori tunda. Dalam keadaan ini agak sukar untuk

mencari pihak lori tunda kerana mereka menjalankan secara “freelance” dan bukan bengkel panel.

9. Sebaiknya hubungi syarikat takaful / insurans untuk mendapatkan lori tunda daripada bengkel

yang bertauliah. Di peringkat ini, kerjasama daripada ejen / wakil takaful amat diperlukan untuk

melicinkan proses.

10. Kemudian, laporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam. Pastikan balai

polis tersebut adalah balai polis yang “menjaga” kawasan di mana berlakunya kemalangan

tersebut. Saya sendiri pernah mengalaminya sendiri, kejadian berlaku di lebuh raya. Selepas

keluar daripada exit, saya dapatkan balai polis terdekat daripada exit tersebut. Rupa-rupanya balai

tersebut tidak boleh menerima laporan kerana tidak “menjaga” kawasan tempat saya kemalangan.

11. Laporkan juga kemalangan tersebut kepada pihak syarikat takaful sekalipun tidak berniat

untuk membuat tuntutan. Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya ada selepas itu.

Anda mungkin juga menyukai