Anda di halaman 1dari 2

Tugasan ISL Minggu 15 (4 – 8 Okt 2010)

12. Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi

Huraikan bagaimana anda boleh melibatkan pelajar secara aktif dengan

menggunakan bahan 2D atau 3D yang dibina semasa tugasan amali dan jelaskan

juga peranan anda sebagai guru sama ada mengendalikan, menggunakan atau

memantau penggunaan bahan tersebut dalam bilik darjah.

 Peta (Model 2D)


Peta adalah gambar atau lukisan keseluruhan yang terdiri
daripada simbol visual, garisan dan warna untuk memudahkan pemahaman
dan menggambarkan situasi atau perjalanan sebenar dari audio. Bahan ini
dapat memberi gambaran tentang situasi yang didengar melalui audio (ke
Kebun Pak Li) yang telah dihasilkan. Peta yang dihiasi dengan simbil dan
warna dapat menarik perhatian murid dalam menggambarkan situasi audio
(ke Kebun Pak Li). Peta. Peta akan ditampal di papan putih sebelum audio
diperdengarkan. Setelah murid mendengar audio dan menjawab lembaran
kerja, wakil murid dikehendaki melengkapkan ruangan petak dengan
jawapan yang betul.
Bahan 3D:
Bahan ini digunakan untuk tajuk ukuran(measurement). Ini adalah model silinder
untuk sukat bijian,kacang.Bahan ini akan digunakan oleh murid untuk mengukur
kuantiti yang diperlukan dan mengambil data.

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau
digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Kelebihan Bahan 3D
a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik
d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran
melalui penyelidikan

Kesimpulannya, sebagai guru berperanan mengendalikan,


menggunakan atau memantau penggunaan bahan tersebut dalam bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai