Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI RRO 2010

10 OKTOBER 2010

ROAD SHOW KALI PERTAMA RRO 10.10.10

Road Show ini telah diadakan pada 10 Oktober 2010 bertempat di Tamu
Sikuati , Kudat. Selama 4 jam , dari jam 8.30 pagi ke 12.30 tengah hari. Road
show ini diketuai oleh Encik Felix Manap Akiam selaku Penerbit Rancangan
RRO dan di anggotai oleh krew-krew pengurusan seperti Muni, Jams, Intan,
Korizongkong dan Seca.

Tujuan diadakan Road Show ini adalah untuk mempromosikan Radio


Rungus Online kepada orang ramai khususnya penduduk setempat di daerah
Kudat. Ia secara lansung memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada
Krew RRO sendiri mengenal respon pendengar di luar sana.

Di dalam slot pertama, Encik Felix Manap Akiam selaku penerbit RRO,
memberikan ulasan mengenai Analisa Data dan Pengukuran Pendengar
RRO dari Persepsi Objektif serta pandangan masyarakat Rungus dan Lain-
Lain. Pelbagai soalan telah dikemukakan dan semuanya dijawab dengan baik
oleh . En. Felix Manap Akiam.

Slot kedua , Muni mula menemu bual YB Atung Mangabis di dalam slot ‘Apa
kata YB dan Artis? Disusuli dengan DJ Intan dan Korizongkong bersama amai
Rozi Onginjan. Dan Dj Jams bersama Charles Osingko.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat di dalam


merealisasikan Road Show RRO demi memperkenalkan RRO di mata
umum.

Syabas.

Disediakan Oleh:

Moon Nyi
4 Disember 2010

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL RRO 2010

Sambutan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL RRO 2010 buat julung kalinya
disambut kali pertama oleh Krew RRO dan pengurusan pada 4 Disember
2010 bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Maksak, Likas.. Ini juga
adalah majlis pertama seumpama ini di adakan oleh bangsa kita Rungus, bagi
menghimpun seluruh masyarakat Rungus yang jauh dan dekat.

Ilham mengadakan Makan Malam Amal RRO sedemikian telah dicetuskan


oleh Krew Pengurusan Sendiri, Felix Manap Akiam selaku Penerbit
Rancangan yang bertujuan mengutip dana serta mempromosikan RRO itu
sebuah stesen radio internet di samping memperlihatkan komitmen
menyeluruh krew RRO dalam menghayati amalan budaya kualiti selain
Deejaying di konti dan mengumpulkan artis-artis Rungus. Penglibatan kolektif
ini sepenuhnya dijayakan oleh seluruh komuniti RRO termasuk Kumpulan
Miamin yang diketuai oleh Jamaul Angak ( Kurt Oog) yang menjadi titik tolak
amat berkesan kepada kejayaan sambutan Majlis Makan Malam Amal RRO. 

Selepas Road Show kali pertama di adakan pada 10.10.10 di Tamu Sikuati,
Kudat , sebagai program sulung pastinya menjadi cabaran utama kepada
Krew terbabit. Antara krew yang terbabit bersama yang menjayakan majlis ini
ialah Muni, Jamalit, Intan, Korizongkong dan Seca, seerta Encik Felix Manap
sebagai pemantau dan leader mereka.. Ianya telah dirasmikan oleh YB. Tuan
Jelani Hamdan selaku penaung dan Presiden SAMORA .

Acara pada malam tersebut sangat bermakna kerana RRO telah berjaya
menghimpunkan artis Rungus seperti Brenda Londoh, Ozem, Rezzy
Rangatan, Ket Yin Voon, Japitang Mangumpil dan artis dalam album
Tinungkusan vol.1 .

Didalam ucapannya Yang Bahagia Tn Jelani Hamdan telah menyarankan


agar seluruh warga RRO ( ahli di facebook) khususnya DJ RRO bersama-
sama menyematkan di sanubari mereka semangat yang tinggi di dalam usaha
memartabatkan RRO sebagai sebuah stesen radio intenet yang bermaruah
samada diperingkat tempatan dan antarabangsa demi memperkenalkan
bangsa Rungus kita.

Pencapaian visi dan misi RRO perlu disulami dengan penghayatan tugas
yang berkualiti agar ianya sentiasa dipandang tinggi di mata masyarakat
berbilang kaum. Penerimaan yang baik daripada seluruh bangsa Rungus
terhadap kewujudan RRO merupakan satu penghormatan yang amat tinggi
terhadap RRO dan berharap akan menghantar DJ-DJ di RRO mengikuti
kursus latihan Deejaying sebenar di Finas misalnya, sebagai satu sokongan
dan galakan dari persatuan.

Acara sederhana tetapi meriah pada Majlis Makan Malam Amal RRO turut
disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang sudah tentunya menjadi
kegemaran bagi suku kaum Rungus seperti Sinamu, Dinonsul Sada,Linopot
dan menu masa kini.

Selain itu, acara turut disulami dengan Persembahan Nyanyian Duet YB.Tuan
Jelani Hamdan dan Encik Felix Manap Akiam. Persembahan artis dan
karaoke terbuka juga di adakan. Tidak lupa krew-krew RRO juga
menunjukkan bakat dalam nyanyian masing-masing.

Majlis Makan Malam Amal RRO berhasil mengutip dana sebanyak RM 4450
hasil jualan tiket RM 50 satu kerusi dan RM 1000 bagi satu buah meja.
Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Majlis Makan Malam
yang telah bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar.

Sesungguhnya komitmen dan semangat setiakawan serta Avantang Tantu


yang diamalkan oleh warga RRO telah membantu menjayakan Majlis Makan
Malam Amal RRO 2010 . Tanpa semangat yang jitu, tidak mungkin majlis
seperti ini berjalan dengan jayanya. SEKALUNG TAHNIAH UNTUK WARGA
RRO .

Disediakan oleh :
Marny bt Talu
Setiausaha 
Radio Rungus Online 2010

Anda mungkin juga menyukai