Anda di halaman 1dari 11

RADIO RUNGUS ONLINE

STANDARD OPERATING
PROCEDURE
Radio Rungus Online

Prepared by,

……………………………..
Marny Talu
Januari 2011

Verified by ,

……………………………………

Date :………………….

Updated by Dj Moon Nyi April 2011


Operations Chart of RRO Resources Sdn Bhd.

(CEO)

Secretary ( PA to CEO)

M&E HR Dept. Finance Marketing Events &


Dept. Dept. Promotion
Dept.

Admin / Clerk

Staff / DJ

Penerbit Rancangan

6 Deejay 2 Penyampai berita 2 wartawan

(full time & part ( Buletin RRO ) (liputan luar)


time)
RADIO RUNGUS ONLINE

PENGENALAN:

Etika Kerjaya Sebagai Seorang Deejay Radio

Secara khusus seorang Juruhebah Radio perlu memiliki ciri-ciri keperibadian yang baik kerana ia akan
menjadi “role model” dan boleh mempengaruhi pendengar dan itulah harapan kepada semua juru hebah
satu konsep yang lama iaitu “kepimpinan melalui teladan”Ciri keperibadian yang tinggi mempengaruhi
tahap penerimaan para pendengar terhadap sesi bersama juruhebah serta topik atau perbincangan yang
sedang dilalukan bersama pendengar.

**Para juruhebah perlu memahami dan memelihara matlamat utama mereka menjadi juruhebah. Ianya
perlulah selaras dengan matlamat penubuhan komuniti Radio.

Matlamat Radio

Mewujudkan satu komuniti yang berinformasi, berpengetahuan disamping berhibur.

Objektif:

1. Menggunakan saluran siber untuk menyebarkan informasi, pengetahuan melalui radio.


2. Menggunakan radio sebagai tapak komuniti.
3. Menggunakan musik sebagai salah satu kaedah berhibur.

Ciri-ciri umum Juruhebah Radio

Ikhlas ~ Juruhebah perlulah hendaklah mengendalikan sesi radio dengan hati yang ikhlas dan setulus
hati. Segala maklumat yang diberikan mestilah dengan ikhlas tanpa rasa bersalah demi mewujudkan
integriti di kalangan pendengar. Perlu ditegaskan bahawa niat mencari nama atau populariti bukan tujuan
utama kita menjadi juruhebah. 

Amanah ~ Juruhebah radio perlu menjalankan tugas dengan amanah. Acapkali juruhebah akan dipantau
oleh pihak pengurusan namun ia tidak akan berlaku pada setiap masa. Oleh itu, sebaik sahaja mikrofon
dan konti diambil alih oleh Juruhebah maka dia perlulah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah
dan berdedikasi. 

Bertanggungjawab ~ Juruhebah juga hendaklah menerima tugas yang diberikan dengan rasa
bertanggungjawab, iaitu menjalankan tugas itu dengan memfokus kepada objektif yang hendak dicapai.
Juruhebah perlu mengadakan Kaji selidik dan mencari maklumat yang betul dalam setiap
penyampaiannya melalui radio. 

Peramah ~ Juruhebah mestilah seorang yang peramah. Ciri ini penting kerana sifat yang peramah ini me-
lambangkan keikhlasan juruhebah tersebut. Namun tidak semestinya menunjukkan keramahan semasa
menjadi penyampai, tetapi sifat ini juga boleh ditunjukkan semasa di luar pengendalian radio. Sifat
peramah dengan beramah mesra sebelum ucapan memberikan ataupun melayan permintaan ucapan yang
dibuat melalui ruang komunikasi yang perlu dibuat bagi menyediakan suasana yang kondusif di antara
juruhebah dan pendengar. 

Berkeyakinan ~ Juruhebah perlu mampu membina keyakinan diri sebelum berkongsi dengan pendengar.
Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sahaja mampu mewujudkan keyakinan pada diri
orang lain. Keyakinan hanya dapat dicipta apabila seseorang insan itu memiliki kekuatan tertentu.

Kekuatan yang dimaksudkan itu tidak perlu banyak perkara, memadai dalam satu atau dua perkara
tertentu yang dilibatkan olehnya termasuklah sama ada dalam bentuk ilmu pengetahuan atau kemahiran
tertentu yang sudah tentu berdasarkan ilmu dan pengalaman juruhebah.

Misalnya juruhebah yang mempunyai kelayakan dalam bidang kedoktoran boleh menggunakan ilmu dan
pengalamannya untuk berkongsi dengan semua pendengar. Namun juruhebah jangan pula terlampau
yakin dan dengan sifat merendah diri pastinya tidak akan menyombong diri jauh sekali berbangga dengan
kejayaan diri. Bidang juruhebah bukan suatu bidang yang mudah dan santai. Lepas cakap dan lepas laku.
Juruhebah adalah seorang perantara yang menyampaikan mesej yang perlu disampaikan pula dengan
tepat, jelas dan perlu dan pengisian 

Tolong menolong ~ Juruhebah perlu mempunyai sikap suka menolong orang lain. Sikap ini menjadikan
beliau dihormati dan dikenang oleh orang lain terutamanya pendengar yang sentiasa memerlukan bantuan
misalnya dalam menghadapi soal-soal teknikal dalam mendengar radio. Jika tidak bersedia atau tidak
tahu, para juruhebah perlu berterus terang dengan pendengar dan elak daripada memandai-mandai.
Amalkan sikap merujuk kepada mereka yang lebih memahami. 

Rajin berusaha ~ Usaha yang gigih juga hendaklah diadakan bagi melengkapkan diri dengan
pengetahuan yang mendalam bagi melengkapi segala keperluan ilmu yang masih berkurangan pada diri
individu-individu yang lain. Orang berkata ‘rajin dan usaha tangga kejayaan’, maka peribahasa ini
mengajar kita dan semua orang termasuk juruhebah supaya bersifat rajin dalam apa jua bidang yang
diceburi. 

Berpandangan jauh ~ Juruhebah mestilah berfikir secara global dan tidak menghadkan fikiran kepada
isu-isu kecil yang tidak mendatangkan faedah kepada banyak pihak. Apabila kita berpandangan jauh kita
nampak segala peluang serta kelemahan yang wujud dalam masyarakat. Maka dengan ini juruhebah tentu
dapat mengagak isu apakah yang perlu diketengahkan semasa mejalankan tugas. Sudah pasti isu yang
diketengahkan itu isu yang belum pernah terfikir oleh pendengar. Inilah kelebihan yang dapat digarap
oleh juruhebah demi mewujudkan masyarakat yang lebih kritis. Berpandangan jauh juga merujuk kepada
semangat jati diri seseorang juruhebah itu yang tidak perlu mudah berputus asa dalam mengharungi
kehidupan dalam bidang apa yang diceburi. 

Perjuangan yang jelas ~ Setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah. Sebagai khalifah yang
bertanggungjawab kepada bangsa dan agama tidak wajarlah seseorang itu terus melupakan
tanggungjawab serta peranan yang dipikulkan ke atas setiap insan. Dengan kepercayaan hidup ini adalah
sementara, maka perjuangan yang perlu diteruskan adalah memartabatkan agama dan bangsa ke mercu
kejayaan. Perjuangan yang ikhlas ini sudah tentu akan mendorong juruhebah untuk terus memberi bakti
kepada masyarakat dengan memberikan pengorbanan yang tidak berbelah bagi kepada mereka. Seorang
juruhebah yang tidak mempunyai perjuangan ibarat mencurahkan air di daun keladi kerana jasa yang
diberikan tanpa niat yang ikhlas sebagai bukti dan ibadat kepada yang Maha Pencipta. 

Berdikari ~ Juruhebah hendaklah mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan
pertolongan orang lain. Jika kita terlalu bergantung kepada orang lain maka bagaimana suatu hari nanti
jika orang lain itu tiada bersama kita.

Bagaimana kita hendak meneruskan kerjaya yang mempunyai kredibiliti tinggi? Kekuatan seekor ayam
terletak pada taji kakinya dan hanya dengan ketajaman taji itu ia dapat mengalahkan musuhnya. Kita
tidak boleh mengharapkan kejayaan bersandarkan kepada kegagalan orang lain.

Kejayaan juruhebah ditentukan oleh kekuatan jururhebah itu sendiri. Bagaimana untuk membina
kekuatan itu dengan cara yang berkesan? Sudah tentulah dengan cara berdikari tanpa bergantung kepada
orang lain. Bagi menambah ilmu pengetahuan, juruhebah perlu berusaha menggali ilmu yang boleh
didapati melalui perpustakaan, Internet, pusat sumber dan sebagainya. Persoalannya adakah kita mampu
berdikari bagi memperlengkapkan diri ataupun kita masih mengharapkan orang lain menyediakan segala-
galanya kepada kita. 

Mempunyai cita-cita ~ Juruhebah mestilah mempunyai cita-cita tinggi. Semangat ini memungkinkan
kita akan terus menerus mencari bahan dan melengkapkan diri untuk mengendalikan konti. Ibarat air yang
disimpan di dalam kendi apabila ia telah habis, maka kendi perlu diisi dengan air yang baru untuk
digunakan bagi tujuan lain pula. 

Tidak mudah putus asa ~ Persaingan mendapatkan ilmu bukan mudah untuk dilalui oleh setiap
juruhebah. Walaupun sukar mencari bahan namun kita tidak perlu cepat putus asa untuk mencarinya.
Juruhebah adalah orang yang pendengar dalam sesi yang diadakan. Oleh itu ia juga boleh mempengaruhi
keberkesanan bersiaran atau pengucapan yang bakal dipersembahkan.

Secara ringkas Menurut Rahmat di dalam buku Setiausaha dan Kesetiausahaan, untuk menjadi seorang
pengacara yang berkualiti beliau hendaklah mempunyai kebolehan fizikal dan mental seperti berikut:

1. Fasih dalam penggunaan bahasa.


2. Mudah mesra.
3. Mempunyai pengetahuan protokol.
4. Empati
5. Tidak gagap.
6. Tidak darah gemuruh.
7. Emosi yang stabil.
8. Sedia bekerjasama.
9. Cepat dalam pergerakan.
10. Mengikut prosedur.
11. Tidak mudah panik.
12. Menggunakan budi bicara.
13. Sabar dan tenang.
14. Tidak berwatak serius.
15. Memahami bahasa isyarat.
16. Mengawal suara dengan baik.

Pantang larang semasa pengendalian segmen atau bersiaran:

1. Elak menggunakan bahasa kasar ~ Gunakan bahasa yang baik dan elak daripada menggunakan
bahasa kasar dan kesat dan gaya perlulah bersederhana.

Budi bahasa adalah budaya kita, perlu mengawal emosi dan tak boleh melampau. Seorang pengacara juga
perlu menjaga tatatertibnya, jaga disiplinnya dan tak seharusnya melakukan apa yang tidak disukai.

Seorang pengacara hiburan perlu jaga mulut, jaga tatasusila. Kawal nafsu amarah. Memang kita manusia
biasa. Tapi bila tidak ada keimanan yang teguh, kita tak boleh mengawal diri dan akhirnya hanya
mengaibkan diri sendiri. Juruhebah perlu melihat dirinya manusia yang sama anda lihat sama ada sedang
bekerja atau ketika atau tidak. Ingatlah pesanan orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut
badan binasa.

2. Hormat menghormati ~ Elakkan dari menyentuh peribadi seseorang semasa mengendalikan segmen.
Perbuatan seperti mengumpat adalah ditegah namun pengajaran daripada peristiwa yang berlaku boleh
diambil sebagai contoh dengan tidak menyebut nama sebenar pelaku.

3. Unsur jenaka ~ Perlaksanaan unsur humor boleh dibuat semasa pengendalian. Namun ianya perlu
diberi kebenaran oleh pendengar. Ia boleh dibuat kerana Juruhebah boleh terus berkomunikasi dengan
pendengar melalui pesanan peribadi. Ulasan terhadap pendengar mungkin boleh dibincangkan sebelum
ucapan atau siaran lagu yang dipinta oleh pendengar.

4. Elak dari membuat keputusan sendiri ~ Perlu diingat bahawa kerja-kerja juruhebah adalah kerja
yang dibuat secara kolektif atau dalam suasana amal jamaie. Segala keputusan adalah keputusan bersama.
Ini melibatkan dalam apa-apa program yang dijalankan dalam radio. Perlu dikuatkan bahawa setiap
program perlu dijalankan secara tersusun dan melibatkan semua pengendali radio dan laman web dalam
menyediakan soal-soal promosi program yang bakal dijalankan.

5. Kerahsiaan ~ Sesuai dengan kaedah umum ciri Juruhebah, setiap juruhebah perlu menjaga amanah
yang telah diberikan terutama tentang maklumat-maklumat pengendalian juruhebah, sistem teknikal dan
lain-lain tips yang telah diberikan kepada mereka untuk tujuan penyiaran di radio atau apa-apa kerahsiaan
yang telah diwartakan oleh pihak pengurusan.

Kaedah pengendalian asas Juruhebah.

Bahagian 1 – Tatacara memulakan pengendalian segmen Juruhebah radio adalah dituntut untuk
menggunakan bahasa yang kemas dan bermakna dalam memulakan segmen atau siaran. Perkataan
Selamat Malam, Salam Sejahtera dan ucapan salam merupakan kaedah yang baik untuk memulakan konti
radio dan “tagline” sentiasa di hati atau sentiasa di hati anda perlu diucapkan beberapa kali. Para
juruhebah boleh menggunakan perkataan lain sekreatif yang mungkin selagi tidak terkeluar dari matlamat
dan objektif radio.

Bahagian 2 – Tatacara memperkenalkan lagu sebelum menyiarkan Dalam kaedah juruhebah, sering lagu
yang diputarkan adalah sebanyak 2 buah lagu sebelum memberikan ulasan atau hebahan atau apa-apa
makluman yang dikongsikan bersama pendengar. Kaedah ini memang telah digunakan oleh kebanyakan
stesen radio dan didapati amat berkesan dan diterima oleh pendengar. Satu julat masa yang optimum bagi
menarik pendengar terus setia kepada sesebuah radio.

Bahagian 3 – Tatacara menyampaikan ucapan dan menyiarkan permintaan lagu Acapkali permintaan dan
ucapan memang digemari oleh pendengar. Selain komunikasi secara langsung dibuat melalui ruang
komunikasi kelebihan radio internet ia boleh didengar dari seluruh dunia. Jadi dalam hal ini juruhebah
mestilah cekap untuk membacakan ucapan dengan baik sesuai dan tersusun ayatnya mengikut bahasa
yang piawai(Tertakluk kepada Objektif Sesebuah Radio) agar mudah difahami walaupun terkadang
bahasa yang digunakan oleh pendengar adalah bahasa yang tidak sempurna. Sila dapatkan kepastian
dahulu dari pendengar sekiranya tidak faham maksud yang ditulis.

Bahagian 4 – Tatacara membincangkan topik untuk perbincangan Juruhebah juga disarankan agar
membuka segmen untuk membuka tajuk untuk dibincangkan kepada pendengar.Sebahagian besar
pendengar radio adalah golongan intelek yang sedang mengikuti pengajian.

Membuka tajuk perbincangan membolehkan mereka bertukar-tukar pandangan dan membolehkan


mereka lebih memahami sesuatu isu.Namun tajuk yang dibuka tidak akan menyentuh mana-mana
individu atau berbincang tentang profail individu yang boleh menjadikan sebahagian pendengar menjadi
tidak selesa.

Tajuk berhubung dengan isu politik tidak dibenarkan sama sekali.Perlu diingat bahawa antara kewujudan
sesebuah radio adalah untuk mencari satu titik persamaan bukan mencari salah orang atau mencari
perbezaan pandangan.

Bahagian 5 – Tatacara menutup pengendalian segmen Juruhebah Sesi penutupan mesti dimulai dengan
memohon kemaafaan dan memberi penghargaan kepada pendengar, penaja serta individu yang
meletakkan radio di blog mereka.

PANDUAN SIARAN
RADIO RUNGUS ONLINE
 1. Bilik Hubungan / Konti 
2. Berita

Definisi: Siaran adalah rancangan / bahan / peristiwa :

 Disiarkan secara langsung dari bilik hubungan / konti .


 berita disiarkan secara langsung dari bilik hubungan / konti .
 Liputan atau laporan ringkas secara lintas langsung mengenai sesuatu peristiwa dibuat dari masa
ke semasa.

PANDUAN SIARAN DI BILIK HUBUNGAN / KONTI  

Untuk juruhebah bertugas / DJ. 

 Pastikan kesemua peralatan yang digunakan untuk siaran di bilik hubungan seperti telefon,
telefon bimbit, mikrofon, pemain cakera padat dan sebagainya berada dalam keadaan
BOLEHGUNA. 

 Menyemak jadual siaran dan menentukan kesemua bahan yang akan digunakan telah disediakan. 

 Membaca dan memahami arahan seperti berikut:

 PENGARAH URUSAN RADIO/ Pengawal / Penyelia siaran akan menghantar laporan sama
ada di papan kenyataan atau surat arahan dari masa kesemasa.

 Meneliti laporan daripada petugas sebelumnya di buku log untuk mengetahui jika ada
kerosakan peralatan atau peringatan lain sebagai panduan.

 Laporkan segala kerosakan peralatan / bahan / siaran kepada penyelia / pegawai bertugas.

PANDUAN SEMASA BERSIARAN  

1. Juruhebah / DJ bertugas mesti berada di bilik hubungan setengah jam sebelum masa
bertugas, sebelum mengambil alih tugas dari rakan setugas. 
2. Petugas tidak dibenarkan meninggalkan bilik hubungan / konti tanpa sebab kecuali
ada pengganti. 
3. Hanya petugas dan mereka yang terlibat sahaja yang boleh berada di bilik hubungan
/ konti. Kehadiran orang luar akan mengganggu penumpuan tugas DJ
4. Dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman di bilik hubungan / konti. 
5. Juruhebah / DJ yang bertugas hendaklah bersopan ketika bersiaran dan menghormati
pendengar.

TANGGUNGJAWAB SELEPAS BERTUGAS ”ON AIR”

Juruhebah / DJ / Penerbit / Juruteknik

 Juruhebah / DJ bertugas perlu memastikan semua bahan yang hendak disiarkan sesuai dengan
jadual dan arahan panduan siaran. Jika terdapat bahan yang tidak dapat disiarkan buat catatan di dalam
buku log dan jelaskan sebab-sebab mengapa bahan tersebut tidak dapat disiarkan. Jika perlu hubungi
penyelia / guru untuk mendapatkan bantuan, panduan dan nasihat.

 Buat laporan dengan mencatatkannya di dalam buku log mengenai siaran serta kerosakan
peralatan jika ada.

 Juruhebah / DJ / Penerbit / Juruteknik bertugas perlu menandatangani kertas / senarai bahan


siaran selepas siaran dan catatkan tarikh dan masa siaran.

 Juruhebah / DJ / Penerbit hendaklah memastikan semua cakera padat serta bahan yang digunakan
tersimpan rapi di tempatnya.

 Pastikan keadaan bilik hubungan sentiasa bersih, kemas dan teratur sebelum meninggalkannya.

 Semua keperluan atau peralatan bilik hubungan / konti tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran
DARI Penyelia siaran.

ETIKA DI UDARA  

 Berhati-hati apabila bercakap, semak semua fakta, nama, atau sebutan secara tepat dan jelas serta
tidak teragak- agak.
 Baca dan fahami setiap skrip yang akan disampaikan.

 Bertugas secara profesional kerana anda memainkan peranan penting di bilik siaran bagi
menentukan kejayaan Radio Rungus Online.

 Semak fail siaran dan siarkan rancangan yang hanya telah dijadualkan di dalam jadual.

 Bersopan dan hormati pendengar dan jangan sekali-kali memperkecilkan pendengar.


 Tidak mengancam, mencemuh dan mengutuk mana-mana pihak seperti Pendengar Radio yang
tidak berpuas hati atau ahli RRO rakan-rakan penyampai, jabatan-jabatan kerajaan atau swasta
dan negara luar.

 Tidak menyinggung dan menimbulkan isu-isu yang sensitif seperti perkauman, agama,
kepercayaan, adat resam dan bahasa.

PENERBIT BERTUGAS

Tanggungjawab penerbit di bilik hubungan / konti :

 Penerbit hendaklah menentukan peralatan di bilik hubungan / konti tidak dipinjamkan kepada
sesiapa dan hendaklah merekodkannya jika dibawa keluar dari bilik hubungan / konti.

 Penerbit perlu mendengar dan meneliti siaran yang sedang ke udara bagi memastikan siaran
berjalan lancar.

 Penerbit bertanggungjawab keatas siaran yang keudara dalam tempoh masa bertugas.

 Bilik hubungan / konti merupakan bahagian yang penting dan sensitif yang perlu dijamin
keselamatannya oleh penerbit.

BERITA  

 Pembaca berita / penyampai berita hendaklah melaporkan diri kepada penerbit /penyunting berita /
editor setengah jam sebelum waktu berita ke udara.
 Sekiranya penyampai berita menghadapi masalah yang menghalangnya untuk bersiaran, maka
beliau perlu menghubungi penyelia / penyunting berita pada kadar yang segera bagi memudahkan
mencari pengganti.

 Penyampai berita perlu menyemak berita dengan teliti dan sekiranya terdapat kesilapan atau fakta
yang meragukan, segeralah membuat rujukan kepada penyunting / editor.

 Penyampaian berita hendaklah dalam keadaan tenang, lancar, menghayati teks, meyakinkan,
berwibawa dan mematuhi jangkamasa yang ditetapkan.
 Naskah berita yang telah dibaca hendaklah segera dikembalikan ke bilik berita oleh penyampai
berita.

PENERBITAN  

 Penerbitan ialah rancangan yang memerlukan penyelidikan, bahan-bahan aktualiti yang


disenaraikan sebagai berat dan berilmiah.

 Jenis-jenis rancangan dalam penerbitan ialah :

1. Drama 
2. Hiburan 
3. Majalah 
4. Rencana 
5. Kapsul / jingle

 Bentuk penerbitan rancangan ialah :

1. ”Live” 
2. Rakaman / Berakam

Anda mungkin juga menyukai