Anda di halaman 1dari 2

1 Ilmu Seni Pencak Silat

SENI SILAT GERAK HIDAYAT,

NO. 301, LORONG 16, BLOCK C,

KAMPUNG HAJI BAKI,

93250 KUCHING,

SARAWAK.

Ilmu seni pencak silat merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan cara-cara
tertentu untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh yang cuba mencederakan tubuh
sama ada tanpa senjata atau bersenjata. Hal ini kerana tidak semua orang memiliki tubuh atau
keupayaan yang sempurna untuk menentang lawan. Oleh itu, mereka perlu mempunyai cara-
cara yang tertentu untuk melemahkan lawan.

Kamus Dewan mentafsirkan perkataan ‘seni’ sebagai karya indah untuk diciptakan.
Sementara ‘pencak’ ialah kepandaian menangkis untuk mempertahankan diri dan ‘silat’
adalah permainan menangkis serangan yang di dalamnya terdapat serangan dan bela diri sama
ada tanpa senjata atau bersenjata. Kesimpulannya, ilmu pencak silat dan bela diri merupakan
satu permainan dan pengetahuan yang ada hubungannya dengan rahsia mempertahankan diri.

Seni pencak silat ialah gabungan ilmu seni dan bela diri. Seni meliputi permainan bela
diri yang digabungkan dengan seni dan dilakukan dalam gaya gerak tari yang indah.
Sementara segala gerak tari dan langkah yang dilakukan ada hubungannya dengan maksud
pembelaan diri daripada serangan. Bagaimanapun, gerak tari dalam seni pencak silat tidaklah
sama dengan tarian lain kerana tarian pencak silat mempunyai kegunaan yang lain. Alat
muzik yang mengiringi tarian bertujuan menentukan rentak yang sesuai dengan langkah dan
untuk memeriahkan lagi suasana majlis pertunjukan seni bela diri. Hubungan muzik dengan
Gerak dan Sikap yang dilakukan dalam pertunjukan itu sesuai selera masyarakat Melayu dan
kebudayaan Melayu sejak dahulu hinggalah sekarang.

Demikianlah pertunjukan seni pencak silat sangat mementingkan kecantikan Gerak


dan Sikap melebihi kaedah bela diri. Tujuan pertunjukan ini juga adalah untuk mengeratkan
hubungan sesama pesilat.
Di samping itu, perkembangan seni pencak silat dan bela diri masyarakat Melayu di
seluruh Nusantara dibantu oleh tradisi lisan yang dapat disesuaikan dalam semua zaman.
Contohnya cara memperturunkan ilmu persilatan daripada generasi ke generasi ialah melalui
penyampaian lisan dan secara amali yang dilakukan antara guru silat dengan muridnya sahaja.

Sesungguhnya kelahiran berbagai-bagai bentuk seni bela diri itu tidak merosakkan
perkembangan seni silat Melayu malah memperkayakan dan mempelbagaikan kaedah atau
teknik persilatan supaya sesuai dengan keupayaan fizikal dan budaya manusia. Bagaimanapun
yang berbeza cuma keperluannya misalnya dalam zaman moden, bela diri hanya diperlukan
bagi kepentingan menjaga diri andainya orang diserang musuh di pinggir jalan, dalam lift,
dalam bangunan dan sebagainya.

Demikianlah dalam ilmu bela diri, pesilat diajar kaedah serangan dan belaan secara
khusus sebagai ilmu pertahanan diri. Kaedah serangan dan belaan ini tidak menitikberatkan
seni, peraturan langkah secara lanjut dan pergerakan rampai yang teliti. Yang penting ialah
ketepatan bertindak dengan pergerakan yang minimum. Sebabnya kaedah ini boleh
mengurangkan tenaga dan membuatkan tindakan lebih berkesan. Gerakan ini dinamakan
‘Buah’ atau ‘Pukulan’ kerana pesilat hanya mementingkan kaedah pukulan secara serangan
dan belaan. Selanjutnya untuk mendapatkan tindakan yang tepat dan berkesan, pesilat
diajarkan jurus-jurus tertentu untuk membina keupayaan sepenuhnya yang bebas daripada
kaedah seni.

Setiap seni bela diri mempunyai sedikit sebanyak perbezaan antara satu perguruan
dengan perguruan yang lain. Walau bagaimanapun tujuan asalnya adalah sama iaitu untuk
membela diri daripada terkena serangan dan bertindak balas untuk melemahkan serangan
lawan. Misalnya latihan awalan dilakukan tanpa senjata dan seterusnya dengan menggunakan
senjata yang tertentu. Misalnya kayu, tongkat, pisau dan sebagainya. Kemahiran latihan asas
yang tidak menggunakan senjata ini dilakukan melalui jurus-jurus tertentu sehingga pesilat
menguasai gerak kaedah yang diperlukan bagi melaksanakan pukulan atau buah bela diri itu.

Gerakan-gerakan asas itu adalah seperti gerak tangkis, gerak tepis, gerak buang, gerak
lompat, gerak langkah, gerak hindar, gerak sapu, gerak kait, gerak tendang, gerak tumbuk,
gerak tampar, gerak kuda-kuda, gerak ketuk, gerak sikuan dan sebagainya, yang dilakukan
dengan kaki, tangan dan badan. Dengan menggunakan gerak-gerak ini, pesilat bolehlah
menghasilakn buah atau pukulan yang lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai