Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Ting Sing Ren

Bina Insan Guru (BIG), perkataan ini merupakan perkataan baru bagi saya. Apabila
pertama kali saya terdengar perkataan tersebut, saya hanya fikir ini adalah salah satu program
yang harus disertai oleh setiap guru pelatih. Selepas itu, saya terdengar banyak cerita daripada
adik-adik senior, mereka bercerita betapa neraka BIG yang mereka menyertai. Bagi mereka, BIG
merupakan satu program yang menakutkan. Saya pun tertakut-takut dengan program ini.

Semasa kali pertama, kem komandan kami, En. Nizam memanggilkan kami untuk
membagikan kami taklimat BIG. Pada malam tersebut, kami pun menubuhkan komuniti BIG
yang ‘suci’ sebelum En. Nizam datang. Saya sebagai ketua kumpulan untuk kumpulan opsyen
Kemahiran Hidup pun tarik diri daripada menjadi posisi-posisi yang penting dalam komuniti. Di
samping itu, saya ingin menjadi sebagai seorang penonton untuk menyaksikan kawan-kawan
saya merancangkan dan melaksanakan program BIG ini. Pada akhirnya, saya pun menjadi AJK
bagi biro aktiviti yang mempunyai tempat kosong terakhir.

Selepas itu, En. Nizam pun datang pada masa yang telah ditentukan. Beliau hanya
menunjukkan gambar-gambar BIG yang lepas dan menerangkan sebahagian tanggungjawab-
tanggungjawab biro-biro. Pada masa itu, saya pun tidak terfikir-fikir apa. Tapi, semasa BIG
dilaksanakan pada 18 April 2011 hingga 21 April 2011, saya terasa setiap biro-biro tidak
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tepat. Mungkin saya tidak ada kuasa untuk kritik
mereka, tapi saya terfikir ini adalah mungkin En. Nizam ingin membagikan peluang untuk kami
menyoal dengan teliti tentang BIG. Menyoal apabila menghadapi masalah, menyoal tentang
sepenuhnya tentang tanggungjawab masing-masing, dan membagi lebih masa, perhatian
terhadap program BIG ini. Ini adalah disebabkan oleh ayah teman wanita yang merupakan
seorang guru besar selalu menceritakan kepada saya bahawa guru lulusan KPLI selalunya tidak
menyoal walaupun tidak mengetahui apa-apa. Pada akhirnya, guru lulusan KPLI tidak dapat
melaksanakan kerjanya dengan baik.

Selepas satu bulan lebih, mesyuarat kedua telah diadakan. Mesyuarat ini diadakan dua
minggu sebelum BIG. Dalam mesyuarat tersebut, setiap biro-biro dikehendaki
mempersembahkan kerja-kerja yang telah mereka menjalani. Dalam mesyuarat tersebut, kami
masih mempersembahkan apa yang kami tahu sahaja. Tiada keinginan untuk menanyakan
dengan lebih teliti. Ini mungkin juga pertama kali kami membuat program tersebut. Tiada apa-
apa pengetahuan tentang BIG ini ataupun semua orang berfikir ini adalah common sense. tidak
perlulah mengingatkan orang lain. Ini telah memperingatkan saya semasa saya menjalani aktiviti
kembara dengan En. Krishna. Beliau telah menerangkan kepada saya bahawa sebenarnya setiap
orang haruslah membuat tinjauan terhadap program BIG ini. Membuat tinjauan terhadap
aktiviti kembara, aktiviti laut, membina khemah dan perkara-perkara penting dalam satu
perkhemahan dari internet. Ini telah membagikan satu ketok kepala yang kuat kepada saya.
Betul juga cakap En. Krishna, sekarang adalah abad-21 yang canggih dalam teknologi.
Kenapanya, saya tidak membuat tinjauan dari internet untuk menkayakan ilmu pengetahuan
saya.

Pada hari pertama BIG, kami telah pun datang dengan awal untuk membuat persediaan
kami sebelum pergi ke tasik Timah Tasoh. Disebabkan oleh tiada arahan dari kem komandan,
kami pun bingung apa yang harus kami buat pada waktu ini. Pada akhirnya, kami pun membuat
latihan untuk perhimpunan pagi dan membagikan peraturan-peraturan kepada setiap peserta
terutamanya ketepatan masa yang selalu dipentingkan oleh En. Hanafi. Selepas itu, saya dan
rakan saya telah pun mendapati satu masalah, iaitu tidak dapat meminjam kompas daripada
HEP. Biro peralatan membagi tahukan bahawa kami harus tubuhkan ketua aktiviti darat dan
ketua aktiviti laut dan meminjam kompas daripada En. Azman. Kami pun mendirikan ketua pada
masa itu dan ini telah pun menimbulkan pertengkaran antara ketua biro aktiviti dan AJK biro
aktiviti. Ini amat memalukan kerana suara pertengkaran ini dapat didengar hingga blok
pentadbiran. Saya pun terus sms kepada En. Azman dan meminta maaf kepadanya serta ingin
meminjam kompas daripada beliau. Malangnya, beliau tidak bagi balasan. Jadi, saya pun pergi
ke Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk berjumpa beliau dengan bersendirian. Ini
pun tidak membantu apa-apa kerana En. Azman tiada dalam pejabat. Saya pun meminta tolong
daripada En. Muftar supaya tolong menelefon En. Azman dengan telephone IPG. Nasib baik, En.
Muftar membantu saya dan telah membagi tahu bahawa kami harus mempunyai ketua aktiviti
darat dan ketua aktiviti laut kerana aktiviti mempunyai banyak alatan yang perlu dibawakan dan
ini tidak dapat dijalani oleh biro peralatan sahaja. Akhirnya, En. Azman pun memberitahu saya
bahawa beliau telah membawa kompas tersebut dan saya dikehendaki menulis surat rasmi bagi
beliau.

Dalam aktiviti BIG ini, saya telah menguasai ikatan manok. Saya telah mempelajari
ikatan manok semasa badan beruniform, tetapi saya tidak pernah menggunakannya untuk ikat
barang. Jadi, saya amat bersyukur dapat menjalani program BIG ini. Bukan itu sahaja, program
BIG telah membagikan saya banyak pertama kali, iaitu pertama kali membuat rakit, berakit,
mendaki bukit, memasak di atas bukit dengan menggunakan kayu, dan juga membuat sedup
dengan kayu. Ini merupakan satu pengalaman yang amat dalam kepada saya kerana saya telah
pun mendapati banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak pernah mendapati dalam buku teks.
Dan aktiviti-aktiviti ini telah pun bagikan saya peluang untuk menikmati alam-alam sekitar yang
tidak dapat di dalam Bandar. Saya juga bersyukur kerana kumpulan kami terlambat untuk
membuat program BIG. Ini disebabkan oleh kami telah mengenali kebanyakan pensyarah-
pensyarah kami, terutamanya En. Hanafi. Beliau merupakan seseorang yang tegas dalam
tanggungjawabnya, tetapi baik sebagai seorang kawan.

Malangya, disebabkan oleh sikap-sikap manusia yang ego, sombong, dan bermasalah
telah membuat program BIG ini menduka citakan. Walaupun telah ditegur banyak kali oleh
pensyarah, tetapi juga muncul sikap-sikap ini. Ingatan yang paling dalam ada senario yang telah
dibagikan pada malam kebudayaan. Saya telah memahami apa yang para fasilitator yang mahu,
tetapi juga masih ada orang tidak dapat menurunkan air muka mereka. Saya percaya sikap ini
tidak dapat survive dalam kerjaya ini kerana kebanyakan guru termasuk kumpulan pentadbiran
di dalam sekolah lebih pengalaman daripada saya. Saya haruslah meminta ajar daripada supaya
dapat memperolehi pengalaman yang mereka sedia ada dan aplikasikan dalam kehidupan saya.

Semasa majlis penutupan, saya berasa bangga kerana tuan pengarah telah melawati
kami. Selepas itu, saya pun mengambil gambar dengan tuan pengarah. Malangnya, saya tidak
mempunyai salinan gambar kerana ia ada dalam telephone bimbit tuan pengarah. Haha. Pada
keseluruhannya, saya amat bangga kerana saya dapat menyertai program BIG siri 6 2011 ini
kerana saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru dan mendapati banyak
nasihat-nasihat daripada para pensyarah. Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada para
pensyarah kerana rela untuk mengeluarkan masa peribadi untuk menjalani program BIG dengan
kami. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih dengan rakan-rakan yang telah merancangkan
dan melaksanakan program BIG ini. Terima kasih kerana telah menjalani tugas-tugas anda
sekalian.

Anda mungkin juga menyukai