Anda di halaman 1dari 3

Unit penilaian dan peperiksaan

Melestarikan setiap peperiksaan

Hmmm sekarang ni musim bos-bos kita sedang sibuk membuat penilaian dan pelaporan terhadap prestasi anak buah
masing-masing.Setelah penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada awal tahun kini tibalah masa menilai
pencapaian SKT tersebut di samping penilaian keseluruhan aspek Penghasilan Kerja,Kualiti Peribadi,Pegetahuan dan
Kemahiran serta Sumbangan. Penilaian prestasi ini bukan kerja yang mudah apalagi bila SKT yang ditetapkan kabur
dan sukar diukur pencapaian. Tambahan menyulitkan lagi jika penilai terikut dengan  ritma dan sentimen bukannya
berdasarkan pengetahuan serta kemahiran penilaian pasti pelbagai kontravesi akan timbul.

Namun kita yakin bos-bos kita telah diberi kursus dan latihan bagaimana untuk menilai anak buah dengan adil dan
saksama berasaskan kreteria dan prinsip yang telah ditetapkan. Namun kadang-kadang  ada pegawai yang dinilai
sering merasa diri sendiri hebat dengan perkara-perkara yang di luar skop penilaian terasa "terzalim" jika apa yang
mereka harapkan tidak dipenuhi.

Kita percaya jika proses penilaian ini berlaku secara telus dan berterusan pasti masing-masing akan merasa puas hati
dan kestabilan serta keharmonian organisasi terpelihara. Outcome daripada proses kerja organisasi akan terhasil
dengan cemerlang. Apa yang belum cukup untuk itu ialah " keberanian". Sejauh mana "keberanian" ketua memberi
teguran ,dorongan dan bimbingan terhadap anak buah yang rendah prestasinya.Dan sejauh mana "keberanian" anak
buah mengemukan aviden untuk memprotes markah prestasi yang diberi. Akhirnya sejauh mana "keberanian"  pegawai
penilai dan pegawai yang dinilai bersemuka mendepani isu dan permasalahan secara "hikmah dan profesional" agar
hasil penilaian benar sah dan boleh dipercayai seperti skala di bawah.

Cemerlang 90 – 100 %

  Memiliki kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam memastikan fungsi dan objektif
organisasi tercapai.
 Penghasilan kerja yang cemerlang dan sentiasa melebihi standard yang ditetapkan.
 Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan
diakui serta sentiasa menjadi pakar rujuk.
 Memiliki kualiti peribadi yang cemerlang dan dijadikan contoh ikutan.

Baik 80 – 89.99 % 

 Berupaya mentadbir/ menyelia dengan baik dalam memastikan fungsi dan objektif
organisasi dipenuhi.
 Penghasilan kerja yang baik dan sentiasa menepati standard maksima yang
ditetapkan.
 Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan
menjadi sumber rujukan.
 Memiliki kualiti peribadi yang baik.

Sederhana 60 – 79.99 % 

 Berupaya mentadbir/ menyelia organisasi dengan sederhana.


 Penghasilan kerja yang sederhana dan menepati standard yang ditetapkan.
 Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang sederhana dalam bidang tugas
dan boleh memberi nasihat dalam bidangbidang kerja tertentu.
 Memiliki kualiti peribadi yang sederhana.

Kurang Memuaskan 50 – 59.99 %  


 Penghasilan kerja yang kurang memuaskan dan sering kali tidak mencapai standard
minima yang ditetapkan.
 Mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang kurang memuaskan untuk melaksanakan
tugas.
 Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin yang kurang memuaskan.

Lemah 49.99% ke bawah

 Penghasilan kerja yang lemah dan tidak mencapai standard yang ditetapkan.
 Kurang berpengetahuan dan kurang mahir dalam melaksanakan tugas.
 Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin di bawah tahap yang diharapkan.

SEKOLAH TAHFIZ AL MUQARRABIN KERTEH


KEMAMANTERENGGANU DARUL IMAN

UJIAN / PEPERIKSAAN :……………………

KELAS :…………………………..

NO KAD PENGENALAN :……………………………

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN :

A+ A A- B+ B B- C+ C C- D E G T

BIL KOD MATA PELAJARAN MARKAH (%) GRED


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

JUMLAH MARKAH:……………………. KEDUDUKAN DALAM KELAS :……………………………..

PERATUS :………………………………… KEDUDUKAN DALAM TINGKATAN :……………………


TANDATANGAN GURU KELAS TANDATANGAN PENGETUA TANDATANGAN PENJAGA

…………………………………………. …………………………………………. ………………………………………..


( ) ( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai