Anda di halaman 1dari 9

PERUTUSAN HARI GURU 2011

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40

TEMA

“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

0
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan

Salam 1Malaysia.

Pendahuluan

Tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara akan meraikan Hari Guru

sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru,

marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita

dapat menyambut Hari Guru kali ke-40 pada tahun ini.

”Selamat Hari Guru” dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan

terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru

kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru

membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok

tandingnya.

Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi

Pendidikan Negara” pada saya amat tepat kerana guru merupakan

pemangkin dan penjana kepada transformasi negara, kerana daripada

gurulah anak-anak kita mula mengenali dan mempelajari erti kehidupan.


1
Tanpa guru maka tidak adalah pendidikan. Sentuhan profesional yang

bermartabat, penuh tanggungjawab dan berkualiti membolehkan anak-

anak bangsa menerima proses pembelajaran yang terbaik dan bermutu.

Pelaburan segala ilmu pengetahuan, keperibadian, jati diri serta budaya

Malaysia oleh warga guru telah memungkinkan kemakmuran negara dapat

dikecapi, malahan tanpa guru yang mengajar kita bertatih mengenal A, B,

C, tidak akan mungkin kita boleh membaca, menulis dan mengira

sekarang.

Prestasi, keteladanan dan kepeloporan para guru yang telah ditunjukkan

sejak sebelum merdeka sehingga kini merupakan semangat dan tradisi

perjuangan yang perlu terus diabadikan dalam diri guru. Cetusan semangat

perjuangan ini sememangnya penentu harapan masa depan negara dan

tidak berlebihan jika dikatakan transformasi negara adalah dipertaruhkan

kepada mereka yang bergelar sebagai guru.

Apabila kita mengenang semula sejarah, nilai-nilai kemuliaan guru boleh

kita imbasi dengan cerita seorang wanita bernama Hajjah Zainon binti

Munshi Sulaiman. Kejayaan yang dicapai dalam pendidikan telah dikongsi

dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi


2
untuk menjadikan masyarakat pandai membaca dan menulis, kerana ilmu

merupakan kunci dalam membentuk jati diri. Menyedari pentingnya ilmu,

maka Zainon yang kita lebih kenali sebagai Ibu Zain telah menubuhkan

sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.

Usaha Ibu Zain meningkatkan pendidikan anak bangsa diteruskan apabila

beliau mengasaskan sekolah agama petang, yang juga merupakan

sekolah agama perempuan pertama di Johor. Jasa Ibu Zain tambah

bermakna selepas pendudukan Jepun di bumi Malaya. Beliau menjalankan

kegiatan dakwah bagi membantu memulihkan akhlak golongan wanita

yang terpengaruh dengan tentera Jepun, selain membantu memulihkan

semangat mereka yang dianiaya oleh mereka.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain telah mencurahkan

setia bakti demi sebuah kemerdekaan. Tanpa usaha gigih seorang guru

seperti Ibu Zain pasti kemerdekaan sukar dicapai. Usaha-usaha

pembaharuan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Tan Sri Hajjah Zainon

binti Munshi Sulaiman dengan ini menunjukkan guru berperanan penting

dalam pembangunan negara. Sesungguhnya, guru menjana pemikiran

untuk mengubah nasib bangsa melalui pendidikan.


3
Kini, matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 juga

amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan warga pendidik

dalam menyedia dan menyampaikan pendidikan berkualiti. Tugas guru

adalah untuk melaksanakan amanah dengan ikhlas dan penuh

tanggungjawab. Guru perlu melaksanakan tugas dengan bersungguh-

sungguh, jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi

insan sempurna peribadi. Saya yakin, semua guru sentiasa berusaha ke

arah memberi pendidikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan

permintaan ibu bapa serta murid-murid.

Berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pembangunan modal

insan secara holistik melalui sistem pendidikan yang terancang mampu

untuk memacu dan mencipta kejayaan negara pada peringkat global.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merencanakan pelbagai

dasar dan program dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

Transformasi pendidikan perlu dilaksanakan agar terus relevan dengan

keperluan negara dan antarabangsa. Melalui transformasi ini, hasrat dan

aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju dengan rakyat

4
berkemahiran tinggi mengikut acuan sendiri yang seimbang dari segi

ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan dapat direalisasikan.

Transformasi sistem pendidikan dilakukan dengan memberi tumpuan

kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian agar relevan dengan

tuntutan semasa. Saya amat berharap guru menjadi penyambut utama

dan melaksanakannya dengan bijaksana. Dalam konteks ini, kualiti guru

perlu terus dipertingkatkan terutama aspek pengetahuan dan kemahiran.

Usaha berterusan amat wajar demi meningkatkan lagi kompetensi guru

sebagai pelaksana utama kepada transformasi pendidikan negara.

Semua warga pendidik telah sedia maklum dengan ungkapan Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang merupakan teras kepada

reformasi kepada cara kita bekerja. Menyedari pentingnya pendidikan

kepada rakyat, maka Pendidikan telah dijadikan salah satu Bidang

Keberhasilan Utama Negara. Kejayaan NKRA pada tahun lepas,

sememangnya amat membanggakan KPM. Peningkatan jumlah murid

dalam mengikuti Pendidikan Prasekolah, pencapaian dalam literasi dan

numerasi (LINUS) yang memberansangkan, bilangan Sekolah Berprestasi

Tinggi (SBT) yang bertambah dan bilangan Guru Besar yang mendapat
5
insentif di luar jangkaan iaitu sebanyak 7 peratus serta pelaksanaan

Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang telah berjaya menurunkan

bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7, menunjukkan betapa

hebatnya guru-guru di Malaysia ini.

Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada semua Pengetua, Guru Besar

dan guru-guru yang telah bekerja keras memastikan Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sebenarnya kejayaan NKRA ini, adalah kejayaan kita semua di mana

hasil kerja keras semua pihak terbabit. Semoga usaha ini akan diteruskan

lagi untuk pencapaian akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pendidikan bermatlamat untuk membina dan membangunkan potensi

setiap murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Matlamat ini

bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat

besar dalam memupuk bibit-bibit perpaduan anak bangsa sejak berada di

bangku sekolah lagi. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak bersemuka


6
dengan rakan-rakan tanpa mengira perbezaan warna kulit. Oleh itu, saya

menaruh penuh keyakinan bahawa guru mampu menjana, menyemai dan

memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum

sebaik mungkin.

Kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus berlaku dan

pengaruh kuasa luar amat mencabar. Kesan globalisasi dan

perkembangan ICT menuntut semua warga pendidik berusaha gigih bagi

menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia,

mempunyai jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional

mahupun global. Guru memainkan peranan yang utama dalam usaha

melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan.

Guru perlu menjadi pemain utama dalam menjana Model Baru Ekonomi

bagi melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi.

Saya amat berharap guru dan murid perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan

kemahiran yang diperlukan untuk bersama-sama menjana transformasi

dalam membangunkan pendidikan negara. Ingatlah bahawa peranan guru

sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru perlu memelihara akhlak dan budi

pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak
7
didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah

berjuang kerana guru penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru. Murid-

murid sayangilah guru anda, mereka umpama ibu dan ayah.

Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas

segala jasa yang telah tuan/puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan ini

akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

“Selamat Menyambut Hari Guru”. “Terima kasih cikgu”.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalam mualaikum warah matullahi

wabarakatuh.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Putrajaya

10 Mei, 2011

Anda mungkin juga menyukai