Anda di halaman 1dari 1

Access Denied Ketika Hendak Membuka

Folder
Share

Masalah ini kerap kali berlaku bila aku nak masukkan hard disk dari komputer lain ke dalam
komputer aku, jadikannya sebagai slave, dan cuba untuk membuka satu-satu folder di dalam hard
disk tersebut (biasanya pada My Documets). Satu error akan terpapar: “Access Denied”

Teruskan membaca.

Ini berlaku kerana aku takde kebenaran yang sepatutnya untuk membuka folder tersebut, kerana
ia telah dibuat pada Windows yang lain. Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah
seperti berikut:

1. Mematikan fungsi Simple File Sharing:


1. Buka My Computer
2. Pada menu, pilih Tools | Folder Options
3. Pilih tab View
4. Untick pada ”Use simple  file  sharing (recommended)“. Klik OK.
2. Right-click pada folder yang berkaitan, dan pilih Properties.
3. Pilih tab Security (klik OK jika ada mesej Security).
4. Klik pada butang Advanced dan pilih tab Owner.
5. Pada senarai nama yang dipaparkan, pilih user name korang dan tandakan pada “Replace
owner on subcontainers and objects“. Klik OK
6. Klik Yes pada mesej berikut (jika ada): “You do not have permission to read the contents
of directory [Folder]. Do you want to replace the directory permissions with permissions
granting you Full Control? All permissions will be replaced if you press Yes.“
7. Klik OK

Dengan ini, folder tersebut telah menjadi hak milik korang, dan korang boleh membukanya.
Selamat mencuba, Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai