Anda di halaman 1dari 1

NEGERI JOHOR 2010

STPM : SEJARAH KERTAS 1

BAHAGIAN A :

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun-tamadun


awal manusia.

2. Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan peranan raja
dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal.

3. Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah


mengukuhkan kuasa.

4. Berikan maksud kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada


perkembangan sistem kapitalisme di Eropah sehingga abad ke-18 Masihi.

5. Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal manusia.

6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

7. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.

8. Buatkan perbandingan objektif dan pelaksanaan sistem pendidikan di Athens dan Sparta.

BAHAGIAN B :

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w di
Madinah.

10. Jelaskan kandungan piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian sosio-politik
masyarakat di Madinah.

11. Penerimaan Rasulullah s.a.w terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan pelbagai
reaksi di kalangan umat Islam. Jelaskan syarat-syarat perjanjian dan bagaimanakah perjanjian
tersebut merupakan kemenangan yang nyata di pihak Islam.

12. “Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam”. Bincangkan sejarah, fungsi dan
pelaksanaan zakat dari zaman Rasulullah s.a.w hingga zaman Bani Umaiyah.

13. Bincangkan matlamat dan prinsip pendidikan Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-18M.

14. Huraikan sejarah kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam serta nyatakan faktor-faktor yang
membawa kepada kemunculan mazhab-mazhab tersebut.

15. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat
pada abad ke-15-16 Masihi.

16. Huraikan asas-asas pembinaan tamadun menurut Islam dan Barat.

Anda mungkin juga menyukai