Anda di halaman 1dari 5

KONSEP, DEFINISI, DAN CONTOH PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pentaksiran

Definisi

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan

1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran


memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik


bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Konsep

1. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi;

 aktiviti menghurai,

 mengumpul,

 merekod,
 memberi skor dan,

 menginterpretasi

maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Penilaian

Definisi

1. Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk


menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
2. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik
bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan
untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

3. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Prosedur

1. Persediaan Ujian.
2. Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).

3. Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.


4. Buat Analisis.

5. Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Tujuan

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.


2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan
rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan


pencapaian dalam subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya
dan lemah pencapaiannya

5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang
berkenaan.

6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran


mereka.

8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan


keberkesanan pengajaran mereka.
9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang
dan segera memperbaikinya.

CIRI / JENIS PENTAKSIRAN PENILAIAN

Definisi 1. Proses menentukan peringkat 1. Proses menentukan


pencapaian dan kedudukan perubahan tingkahlaku
pelajar. dan membuat
pertimbangan nilai.
Tujuan/ 1. Untuk membuat pengelasan 1. Memberi maklumat
Kegunaan bagi pencapaian dan tentang pencapaian
kedudukan dalam objektif pembelajaran,
pembelajaran. kaedah mengajar dan
kurikulum.

Bentuk 1. Set ujian bertulis dengan 1. Jadual.


markah dan gred. 2. Gred berdasarkan teknik
perangkaan.

Cara/ 1. Proses pngujian. 1. Proses pengukuran.


Proses 2. Merekod markah/gred. 2. Proses penganalisisan.
3. Proses interprestasi.
4. Melapor.
5. Tindakan.

Masa 1. Selepas pembelajaran. 1. Sebelum, semasa,


selepas pembelajaran.

Liputan 1. Sesuatu peringkat 1. Dari sesuatu


pembelajaran. pembelajaran tertentu
ke seluruh kurikulum.

Keputusan 1. Menunjukkan pencapaian 1. Menunjukkan


secara relatif. pencapaian keseluruhan
tetapi tidak semestinya
membayangkan
kebaikan seorang
individu.

Anda mungkin juga menyukai