Anda di halaman 1dari 8

ainisyazwaniabdulrahman/2020

TEKS PENGACARA MAJLIS


TEMASYA SUKANEKA
TAHUN 2020

Bil Acara Teks


A Kata aluan Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Saya bagi pihak majlis mengalu – alukan kedatangan tuan – tuan dan
puan – puan serta para hadirin ke Temasya Sukaneka SK Taman
Selasih bagi Tahun 2020

N Umumkan Mengumumkan ketibaan


ketibaan VIP
Yang Dihormati
YDP PIBG Mejar Ramzi bin Abd Rasa
diiringi oleh
Pn Rozana bt A. Razak Guru besar, SK Taman Selasih
Pn Suryani bt Mohd Rohimi ,Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Mardziah bt Mohd Yunus ,Penolong kanan HEM,
Pn Aishah bt Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum

N Ucapan alu-aluan Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Temasya Sukaneka
2020.
Yang Dihormati
YDP PIBG Mejar Ramzi bin Abd Rasa

Yang Berusaha
Pn Rozana bt A. Razak, Guru Besar SK Taman Selasih
Barisan Penolong Kanan, para guru,barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Taman Selasih yang
dirahmati Allah sekalian.

A Perbarisan lintas Hadirin sekalian,


hormat Sebagai pembuka tirai kejohanan sukaneka tahunan ini, marilah sama-
sama kita saksikan perbarisan lintas hormat daripada semua kontinjen
yang mengambil bahagian. Sebelum itu, izinkan saya untuk
mengumumkan barisan panel hakim yang akan menghakimi acara
lintas hormat pada pagi ini. Panel hakim adalah terdiri daripada :

YDP PIBG Mejar Ramzi bin Abd Rasa


Pn Rozana bt A. Razak Guru besar, SK Taman Selasih

1
ainisyazwaniabdulrahman/2020

Pn Suryani bt Mohd Rohimi ,Penolong Kanan Pentadbiran,


Pn Mardziah bt Mohd Yunus ,Penolong kanan HEM,
A Menjemput VIP Majlis menjemput Yang Berusaha Pn Rozana bt A. Razak guru besar
menerima tabik untuk mempersila dan mengiringi Yang Dihormati YDP PIBG Mejar
hormat dari Ramzi bin Abd Rasa untuk menerima lintas hormat daripada
peserta perbarisan kontingen-kontingen perbarisan yang mengambil bahagian.
Dipersilakan.

Tanpa melengahkan masa , marilah bersama – sama kita saksikan


betapa comelnya putera dan puteri kita beraksi dalam acara perbarisan
lintas hormat.

      MUZIK PERBARISAN

A Perbarisan Hadirin sekalian,


Prasekolah
Mengumumkan perarakan masuk kontigen – kontigen yang terdiri
daripada murid prasekolah dan murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan
Taman Selasih bagi Tahun 2020

Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan kontigen Prasekolah


Setia seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn Siti Alia bt
Ishak  dan turut dibantu oleh Pn Noraini bt Abu dengan bertemakan
colourful berserta motto mereka be happy

N Perbarisan Kontinjen seterusnya dengan tema Pompom Girls dan Pompom


Prasekolah Boys dan motto mereka Cantik Bergaya, Itulah Kami kontinjen
penuh semangat dari Prasekolah Lestari Kontinjen ini dipimpin oleh
PN. NOR SYAHIDA BT DAUT @ DAUD dan dibantu oleh CIK NOR
RAHIMAH BT IDRIS. Comel – comel semuanya.

N Perbarisan Segak bergaya seterusnya. Kontigen dari Prasekolah Amanah di


Prasekolah bawah bimbingan PN. NORHARLIYANTI BT RASHID dan turut dibantu
oleh PN. ROSLAINI CHE RAMLEE

Pergi Ke Kedai Membeli Ikan,


Berjumpa Pula Dengan Pak Osman,
Menang Kalah Adat Pertandingan.
Si Cilik Tabah Dengan Senyuman

Sesuai dengan tema mereka Chef Cilik, Kecil, Comel, dan Manis
dan motto yang mereka bawakan iaitu Bijak Belajar, Bijak Memasak,
Belum Cuba Belum Tahu

N Perbarisan
Prasekolah Menyusul di belakang adalah kontinjen Prasekolah Sabar seramai 25
orang murid di bawah bimbingan PN NOOR FARIZA BT MD SABRI 

2
ainisyazwaniabdulrahman/2020

dan turut dibantu oleh PN. RUSNAH BT ROSLI Kali ini mereka
membawa tema Doktor Cilik berserta motto mereka iaitu Menang
Kalah Tolak Tepi, Janji Kita Happy. Nampak sungguh bersemangat
anak – anak kita pagi ini.

SELANG SELI DAN GUNA PAKAI AYAT YANG SAMA


UNTUK PERBARISAN LINTAS HORMAT
Perbarisan Kelas Seterusnya perarakan diserikan lagi dengan murid – murid Tahap 1.
Dimulai dengan kontigen Tahun 1 ......................... di bawah
pimpinan ................................... dengan tema
mereka....................................... berserta
motto...........................................
Perbarisan Kelas Diikuti seterusnya Tahun .................................... di bawah
pimpinan..................................... . Mereka membawa
motto ........................... dan menggayakan
tema.............................................
Perbarisan Kelas Kontigen seterusnya yang dianggotai oleh ............................ orang
murid di bawah pimpinan ....................................... segak bergaya
dengan tema......................................... Kontigen ini membawa
motto ..........................
A Perbarisan Kelas Kontinjen yang berarak masuk ketika ini adalah kontinjen terakhir dari
kelas………………………….. dengan tema …………………………serta
motto mereka iaitu……………………………………Kontigen ini dibawah
bimbingan ……………………………………….

Demiian tadi perarakan perbarisan lintas hormat oleh kontigen


prasekolah dan tahap 1 sekolah kebangsaan taman selasih untuk
tahun 2019, penuh bergaya dan ceria sekali.
Terima kasih diucapkan kepada …………………………….atas
kesudian menerima lintas hormat / tabik hormat
N Bacaan Doa Selepas semua masuk padang

Hadirin Hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Mohd
Luqman bin Wan Loloq
Dipersilakan. ….
 (Bacaan doa)………………..

Amin amin ya rabal al amin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
……………………………atas bacaan doa itu tadi.
N Nyanyian Lagu
Nyanyian lagu Negaraku, hadirin diminta berdiri.
Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

3
ainisyazwaniabdulrahman/2020

A Ucapan aluan
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Pn Rozana
Guru Besar
bt A. Razak, Guru Besar SK Taman Selasih untuk menyampaikan
ucapan aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Rozana bt A.


Razak atas kesudian menyampaikan kata – kata semangat kepada
atlit – atlit muda kita pada hari ini.

A Ucapan perasmian Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dihormati YDP PIBG Mejar
Ramzi bin Abd Rasa untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Temasya Sukaneka 2020.  Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
……………………
(bunyi / gimik perasmian)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada  YDP PIBG


Mejar Ramzi bin Abd Rasa di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Temasya
Sukaneka 2020. 
N Gimik Perasmian Seterusnya dipersilakan YDP PIBG Mejar Ramzi bin Abd Rasa
dengan diringi oleh Pn Rozana bt A. Razak, Guru Besar SK Taman
Selasih untuk bersama – sama menyempurnakan gimik perasmian
Temasya Sukaneka pada tahun ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG Mejar


Ramzi bin Abd Rasa dan Pn Rozana bt A. Razak, Guru Besar SK
Taman Selasih atas penyempurnaan gimik perasmian itu tadi.
N Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah
Untuk makluman hadirin sekalian, sepanjang berlangsungnya
Perbarisan Lintas Hormat sempena Temasya Sukaneka 2020,
sebanyak 4 kelas prasekolah dan 18 kelas Tahap 1 berentap untuk
merebut gelaran juara bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Tepukan gemuruh buat semua kontinjen yang menyertai perbarisan


sebentar tadi. Siapakah yang bakal menjadi juara pada kali ini?
Adakah juara tahun lepas mengekalkan kejuaraan atau muncul juara
baru ? Sama – sam Lkita nantikan keputusannya sebentar lagi.

Tanpa melengahkan masa , majlis dengan sukacitanya menjemput


dan mempersilakan YDP PIBG Mejar Ramzi bin Abd Rasa dengan
diringi oleh Pn Rozana bt A. Razak, Guru Besar SK Taman Selasih
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi kategori Perbarisan terbaik  untuk Prasekolah /


Tahun .....................
Johan dimenangi oleh
Tempat kedua pula disandang oleh
Tempat ketiga menjadi milik

4
ainisyazwaniabdulrahman/2020

Majlis merakamkan terima kasih kepada ................................... kerana


telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

A Perbarisan Keluar Hadirin yang dihormati,


padang
Demikian tadi selesainya acara penyampaian hadiah Perbarisan Lintas
Hormat Temasya Sukaneka 2020. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua kontigen yang mengambil bahagian .
A Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis
perasmian Temasya Sukaneka pada tahun ini. 

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh semua


kontigen untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN

………….

*Murid – murid akan bangun mengikut tahun masing - masing

*Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang  bertugas di


padang untuk bersedia  kerana acara sukaneka akan dimulakan
sebentar saja lagi.

A Persembahan Hadirin hadirat sekalian,


senam tari Acara yang akan dipersembahkan sebentar lagi ialah persembahan
senam tari yang diwakili seramai 130 orang murid Tahun 4 hingga
Tahun 6. Untuk makluman semua, persembahan senam tari ini di
bawah bimbingan Teacher Fazidah bt Abdullah dan dibantu oleh Cikgu
Ropiza bt Yahya. Tanpa membuang masa, marilah sama – sama kita
saksikan persembahan mereka.
Dipersilakan. – 

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Senam Tari SEKASEH


atas persembahan yang begitu bersemangat sebentar tadi.
N Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian,
acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah acara

Acara Larian Terus 90 M


Kategori Lelaki dan Perempuan Prasekolah.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Marilah kita sama – sama memberikan tumpuan ke padang untuk


memberikan tepukan semangat kepada putera puteri kita.

5
ainisyazwaniabdulrahman/2020

a) Kategori pertama iaitu acara larian 90m murid Prasekolah


Perempuan yang disertai oleh (rujuk senarai nama)
b) Kategori Kedua iaitu acara larian 90m murid Prasekolah Lelaki
yang disertai oleh (rujuk senarai nama)

Selesai sudah kedua – dua acara yang melibatkan murid – murid


prasekolah sebentar tadi. Begitu bersemangat mereka bersaing untuk
mendapat tempat pertama sehingga tempat ketiga. Tahniah diucapkan
kepada semua.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi Acara
N
hadiah (1) Larian Terus 90 M
Kategori Lelaki dan Perempuan Prasekolah.

Dengan ini pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan  ( rujuk isyarat ust khairul) untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.
Bagi kategori (lelaki / perempuan Prasekolah)
Emas dimenangi oleh adik........................dari kelas
Perak dimenangi oleh adik........................dari kelas
Gangsa dimenangi oleh adik........................dari kelas

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis merakamkan terima kasih kepada ................................... kerana


telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

SELANG SELI DAN GUNA PAKAI AYAT YANG SAMA


UNTUK PERBARISAN LINTAS HORMAT

A Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian,


Sama – samalah kita memberikan tumpuan ke padang untuk acara
larian terus 90m yang akan berlangsung sebentar lagi.
Acara Larian Terus 90 M
a) Kategori Lelaki / Perempuan
b) Tahun 1 / 2 / 3

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Marilah kita sama – sama memberikan memberikan tepukan semangat


kepada putera puteri kita.

c) Kategori pertama iaitu acara larian 90m murid Lelaki Tahun


1 / 2/ 3 yang disertai oleh (rujuk senarai nama)

6
ainisyazwaniabdulrahman/2020

Kategori kedua iaitu acara larian 90m murid Perempuan Tahun


1 / 2/ 3 yang disertai oleh (rujuk senarai nama)

Selesai sudah kedua – dua acara yang melibatkan murid – murid


Tahun 1 / 2 / 3 sebentar tadi. Begitu bersemangat mereka bersaing
untuk mendapatkan gelaran juara Tahniah diucapkan kepada semua.

N Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadiah(2)
Berlangsung sekarang di tepi padang adalah acara penyampaian
hadiah bagi acara..........
Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah ini, pihak majlis
mempersilakan ( rujuk isyarat usher )
Nama
Jawatan

Bagi acara ...............................
Tempat pertama dimenangi oleh
Tempat kedua pula disandang oleh
Tempat ketiga menjadi milik

Majlis merakamkan terima kasih kepada __________________ kerana


telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

A Penutup Temasya Sukaneka SK Taman Selasih bagi Tahun 2020 kini tiba ke
N
penghujungnya.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Temasya Sukaneka pada tahun ini.
.................................................................
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

PENGUMUMAN ACARA SUKANEKA

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung acara  ……………………….  Peserta-peserta yang mengambil
bahagian dalam acara ini ialah
Di gelanggang A /B dapat kita saksikan kelas................................... di bawah pimpinan..................
sedang bersedia untuk acara.............................

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

7
ainisyazwaniabdulrahman/2020

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………


Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari
rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

Anda mungkin juga menyukai