Anda di halaman 1dari 4

ULASAN BUKU

Ditulis Oleh : Whalevver Jay Walter


6 September 2022

Siri Motivasi Dan Kecemerlangan Utusan, Budaya Kerja Cemerlang, Noraini Ahmad,
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors SDN BHD. 2003, 123 Muka Surat.

Sekiranya anda perlu berhubung dengan manusia sebagai salah satu daripada fungsi
kerja maka buku ini amat sesuai untuk dibaca tanpa mengira sama ada anda bekerja dengan
sebuah organisasi yang besar, koperasi awam ataupun menjalankan perniagaan keluarga
yang sederhana besarnya , atau pekerjaan yang berkaitan secara interpersonal, baik dengan
pekerja lelaki, wanita mahupun dengan pekerja yang baru dan lama.

Selagi pekerjaan anda ada hubung kait dengan manusia yang memerlukan interaksi
dan komunikasi sama ada dalam bentuk pengurusan pentadbiran atau sebagai pakar yang
memberi nasihat serta dorongan maka buku ini sesuai sebagai salah satu alternatif daripada
pelbagai pendekatan untuk menjadi seorang pekerja yang bermotivasi dengan mewujudkan
budaya kerja yang cemerlang.

Dalam menjalankan beberapa tugasan harian di pejabat, anda pasti menghadapi


pelbagai situasi yang mencabar dari semasa ke semasa. Keadaan seumpama ini kadangkala
meletakkan diri anda dengan suasana yang tidak selesa, kecewa dan ragu-ragu sehinggah
boleh menimbulkan konflik. Justeru, buku ini dihasilkan dengan tujuan untuk memberi
beberapa tips dan panduan dalam mengendalikan hubungan sesama pekerja supaya
suasana kerja yang harmoni dapat dikecapi oleh semua pihak. Namun begitu, keberkesanan
dan pencapaian budaya kerja cemerlang terletak pada diri anda sendiri.

Dalam apa sahaja bentuk pengurusan, baik di sektor kerajaan mahupun swasta,
pendekatan belaian dalam ketegasan adalah penting . Contohnya, seorang pengurus yang
dianggap berstatus tinggi, tetapi jawatan yang disandangnya belum tentu dapat memberinya
hak dan kuasa yang penuh untuk mengawal pekerjanya. Hal ini disebabkan pengurus perlu
melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat organisasi dan kerjasama.
Sehubungan dengan itu, pengurus tidak boleh terlalu tegas dengan pekerjanya kerana
dikhuatiri mereka akan bertindak keras. Walau bagaimanapun pengurus tidak juga boleh
terlalu membelai kerana bimbang pekerja menjadi lalai. Jadi ketegasan dan kelembutan perlu
diimbangi secara sama rata. Perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut,
Elakkan hubungan pengurus-pekerja yang terlalu rapat. Walaupun pengurus perlu
mewujudkan suasana yang mesra dengan pekerjanya tetapi kemesraan itu tidak seharusnya
terlalu intim. Penglibatan emosi tidak boleh berlaku kerana dikhuatiri seorang pengurus akan
bertindak atas dasar kasihan yang secara tidak disedari melibatkan urusan peribadi.

Seterusnya berani mengambil tindakan. Semua orang tahu bahawa seorang pengurus
tidak semestinya sentiasa baik. Kelembutan dan toleransi ada hadnya. Apabila timbul
suasana yang boleh menjejaskan imej organisasi, pengurus perlu berani mengambil tindakan
walaupun ia kadangkala menimbulkan reaksi negatif para pekerja. Selain itu, bertolak ansur
dengan perkara yang remeh-temeh. Bertolak ansur merupakan cara memperoleh
kemenangan yang lebih untuk meneruskan tindakan selanjutnya. Andai kata pengurus
bersikap degil dan tidak mahu bertolak ansur dengan perkara yang remeh-temeh, dia tidak
akan dihormati oleh pekerjanya.

Bagi menyimpulkan perbincangan yang telah dihuraikan di atas, ciri-ciri yang


diidamkan oleh majikan terhadap pekerja adalah mengikut variasi dan corak syarikat atau
organisasi masing-masing. Umum sedia maklum bahawa majikan merupakan kepala kepada
struktur organisasi atau syarikat tetapi pekerja merupakan kaki dan tangan yang melakukan
pekerjaan yang perlu bagi menjayakan objektif yang ditetapkan oleh majikan. Sehubungan
dengan itu, layanan yang seyogia harus diberikan kepada semua pekerja yang berkorban
tenaga dan masa demi memenuhi hasrat dan visi majikan dengan memastikan kebajikan
serta kadar gaji mereka diberikan mengikut ketetapan Kementerian Sumber Manusia.
Malaysia melahirkan lebih daripada 100,000 graduan pada setiap tahun dan setiap di antara
mereka pasti mempunyai nilai yang berharga buat syarikat dan organisasi di seluruh negara.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Kini, ia terletak kepada para majikan untuk
menggilap dan melahirkan golongan pekerja professional tempatan yang akan menjadi
khazanah berguna buat negara dan nusa bangsa.
Dapatkan Buku Di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan.

Tajuk : Budaya Kerja Cemerlang


Penulis : Noraini Ahmad
Koleksi : MAN 658.3124 NOR

Anda mungkin juga menyukai