Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU

BEG BERKUNCI NO.4,


89009 KENINGAU,
SABAH.

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UPM 2112 : ASAS PENGURUSAN

TAJUK: LAPORAN ASAS PENGURUSAN


(GAYA KEPIMPINAN)

NAMA LARIUS PITILI


NO.KAD PENGENALAN 030524-12-0597
TARIKH 26 APRIL 2022
NAMA PENSYARAH CIK.ROWDELLA RAYMOND RAIMI

DISEMAK OLEH,

_____________________________
(CIK. ROWDELLA RAYMOND
RAIMI)
TARIKH:
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Maksud kepimpinan (Pengenalan) 1

2. Kepentingan kepimpinan terhadap organisasi 2-3

3 Analisis dan dapatan daripada soal selidik 4,5,6,7, 8

4. Ulasan atau pendapat peribadi tentang gaya 9


kepimpinan yang sepatutnya / Penutup

5. Rujukan 10
1.0 MAKSUD KEPIMPINAN

kepimpinan merupakan satu cabang yang penting dalam asas pengurusan.


Kepimpinan merupakan satu proses pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerja
agar mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan untuk mencapai
objektif dan matlamat organsasi yang telah ditetapkan.

“Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan


aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama”. (Hemphill & Coons)
“Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam sesuatu
situasi dan diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat atau
matlamat-matlamat khusus”. (Tannenbaum, Weshler & Massarik)

“ Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa


dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh
mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka
ke atas individu itu”. (Fiedler, 1967). Corak kepimpinan yang terbaik oleh pemimpin
akan menjamin seseorang pemimpin iu dapat menunaikan tanggungjawab yang telah
diamanahkan kepadanya seterusnya membawa kumpulan atau organisasi ke arah
kejayaan.

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu


yang lain di dalam suatu pertumbuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan
adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur
yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai
kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan
langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pemimpin bagi mendorong
pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi
tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung
kepada kepintaran seseorang pemimpin. Contohnya, seseorang yang membawa beg
plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada
satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun
pekerja-pekerja di bawah pengawasan seorang pemimpin.
Page |1

2.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN TERHADAP ORGANISASI

Kepimpinan memainkan peranan penting dalam pengembangan setiap organisasi.


Tidak ada organisasi yang dapat bekerja dengan cekap tanpa kepimpinan yang
berkesan. Kepimpinan adalah fungsi penting pengurusan yang membantu
meningkatkan produktiviti dan mencapai matlamat organisasi. Kepimpinan adalah
bahagian penting dan komponen penting dalam pengurusan berkesan yang membantu
memaksimumkan kecekapan dan mencapai matlamat organisasi.

Kepentingan kepimpinan dalam diri seorang pemimpin terhadap organisasi adalah:

 Pemimpin mempengaruhi tingkah laku orang


 Seorang pemimpin memberi kesan kepada orang bawahannya dengan
kemampuan kepimpinannya. Dia membawa mereka di bawah
kawalannya sedemikian rupa sehingga mereka berusaha sedaya upaya
untuk mencapai tujuan organisasi. Pemimpin yang baik biasanya
mendapat hasil yang baik melalui pengikutnya.

 Membantu pekerja dalam memenuhi keperluan mereka


 Seorang pemimpin menjalin hubungan yang baik dengan pekerja
bawahannya dan berusaha memenuhi kehendak mereka. Orang
mengikuti seorang pemimpin kerana dia memberi mereka keselamatan
dan peluang untuk memperoleh kejayaan, memberi mereka hak untuk
bekerja dan berusaha memahami perasaan mereka.
 Pekerja dengan senang hati menerimanya kerana dia menjaga
keperluan mereka. Oleh itu, mereka bekerja dengan penuh dedikasi
dan semangat.
 Memperkenalkan perubahan yang diperlukan
 Proses perjalanan bisnes berubah dengan cepat. Oleh itu, untuk
menghadapi proses perjalanan tersebut banyak perubahan harus
diperkenalkan dalam organisasi.
 Oleh kerana orang telah berada di bawah pengaruh seorang pemimpin,
dia mudah untuk membuat mereka setuju melaksanakan segala pelan
perubahan
Page |2

 Kepimpinan yang baik dapat memotivasikan pekerja dengan menggunakan


insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan pekerja produktif.
 Selain itu, dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pekerja agar
mereka dapat melaksanakann kerja mereka dengan berkesan dan cekap.
Contohnya, beliau sering memberi tunjuk ajar kepada guru – guru yang kurang
berpengalaman supaya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan secara
berkesan
 Selanjutnya, dapat membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri pekerja,
sekali gus dapat meningkatkan semangat pekerja dan dapat membentuk
persekitaran kerja yang baik dan produktif.
 Seterusnya, kepimpinannya yang baik amat penting terhadap organisasi ini
kerana pemimpin yang baik dan bijak melakukan staf bawahan tentang apa
yang perlu dilaksanakan demi membantu organisasi mencapai matlamat yang
ditetapkan.
 Akhir sekali, kepimpinan yang baik dapat menyelaraskan semua aktiviti di
setiap jabatan dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Contohnya, beliau
menjadi pemimpin yang baik semua aktiviti yang dijalankan dapat dilakukan
secara baik dan berkesan di setiap organisasi.
Page |3

3.0 ANALISIS DAN DAPATAN DARIPADA SOAL SELIDIK

Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik, temu bual, rujukan dan pemerhatian yang telah dijalankan
berkaitan gaya kepimpinan seseorang ketua. Analisis data lebih merupakan satu
kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik. Tujuan
analisis dapat mempersembahkan data kepada bentuk yang lebih bermakna,
penyelidik haruslah dapat berbuat sesuatu data berkenaan.

Dalam borang soal selidik berkaitan dengan Gaya Kepimpinan TPSA.


Kepimpinan seorang TPSA adalah untuk mengamalkan gaya berkepimpinan yang
berkesan untuk menggembleng pekerjaan. Ia juga perlu memastikan visi dan misi
sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan
objektif yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej. Selain itu, TPSA juga harus meneraju
persediaan perancangan strategik dan sasaran kerja tahunan untuk mencapai matlamat
dan objektif Kolej.

Selain itu, TPSA juga menggalakkan pembelajaran berterusan di Kolej


Vokasional. Antara galakan yang diberi ialah, memberi sokongan berterusan dan
pembelajaran sepanjang hayat hayat kepada guru dan murid. Galakan ini bertujuan
untuk memastikan semua pelajar dan guru sentiasa menuntut ilmu yang baharu. Selain
itu, TPSA juga sangat mengutamakan penguasaan ilmu bukan untuk lulus peperiksaan
semata-mata. Kerana penguasaan ilmu adalah sangat penting dalam diri seseorang
apalagi di era Globalisasi zaman sekarang.

Bukan itu sahaja, TPSA juga mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah dengan
mengagih tugas-tugas kepada guru lain terutama guru baru. Selain itu, TPSA juga
membina budaya kepimpinan yang dikongsikan bersama antara guru agar guru guru
lain mempunyai pemikiran yang luas sebagai seorang pemimpin. TPSA juga sentiasa
berusaha memastikan penggantinya mampu memikul tugas pemimpin setelah
ketiadaan beliau kerana menjadi seorang pemimpin dalam sebuah organisasi yang
besar bukanlah satu perkara yang remeh dan senang
Page |4

Penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru juga telah


ditetapkan oleh TPSA agar guru-guru baru dapat belajar daripada guru-guru senior
mereka. Beliau juga sangat mengambil berat tentang kompentensi guru. Beliau juga
sangat-sangat menggalakkan guru berkongsi maklumat antara sesama guru tentang
aspek pembelajaran. Bukan itu sahaja, beliau juga mengadakan system mentor-
mentee untuk guru agar guru lebih terbuka minda mereka.

Page |5
 Berikut adalah merupakan borang soal selidik yang telah dijawab:

BORANG SOAL SELIDIK BERKAITAN GAYA KEPIMPINAN TPSA

Bulatkan jawapan tuan / puan mengikut skala liket berikut

SKALA SKOR
Sangat setuju 4
Setuju 3
Tidak setuju 2
Sangat tidak setuju 1

Bil. Kepimpinan TPSA Kekerapan

1. TPSA mengamalkan gaya kepimpinan berkesan utuk 1 2 3 4


menggembleng.
2. TPSA memastikan visi an misi sekolah menjadi hala 1 2 3 4
tuju seluruh warga sekolah kearah pencapaian
matlamat objektif yang ditetapkan.
3. TPSA menerajui persediaan perancangan strategik dan 1 2 3 4
sasaran kerja tahunan untuk mencapai matlamat dan
objektif sekolah
4. TPSA mengurus kewangan dan aset alih kerajaan 1 2 3 4
diuruskan untuk memastikan setiap perbelanjaan
mengikut SOP.

Page |6
Bil. Mengalakkan pembelajaran berterusan Kekerapan

1. TPSA memberi sokongan berterusan dan 1 2 3 4


pembelajaran sepanjang hayat kepada guru dan murid

2. TPSA mengutamakan penguasaan ilmu bukan untuk 1 2 3 4


lulus peperiksaan semata-mata

3. TPSA menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan 1 2 3 4


di sekolah

4. TPSA mengalakkan perkembangan emosi pelajar 1 2 3 4

5. TPSA mengambil berat akan aspek pembelajaran 1 2 3 4

Bil. Mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah Kekerapan

1. TPSA mengagih tugasan kepada guru lain 1 2 3 4

2. TPSA membina perkongsian ilmu 1 2 3 4

3. TPSA membina budaya kepimpinan yang dikongsi 1 2 3 4


bersama antara guru

4. TPSA kerap mengadakan latihan yang berkaitan 1 2 3 4


kepimpinan dalam usaha menerapkan kemahiran
kepimpinan guru

5. TPSA cuba melatih sebagai pemimpin supaya mereka 1 2 3 4


mudah menjadi seorang pentadbir sekolah kelak

Page |7
6. TPSA memberi aspirasi kepada guru yang berminat 1 2 3 4
menjadi pemimpin

7. TPSA tidak mengalakkan guru merasa taksub (percaya 1 2 3 4


sepenuh hati) kepada kepimpinan beliau

8. TPSA pernah berhasrat untuk melihat penggantinya 1 2 3 4


mempunyai kualiti kepimpinan yang lebih baik daripada
beliau

9. TPSA sentiasa berusaha memastikan penggantinya 1 2 3 4


mampu memikul tugas pemimpin setelah ketiadaan
beliau

Bil. Penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam Kekerapan


kalangan guru
1. TPSA menggalakkan guru belajar daripada guru lain yang 1 2 3 4
lebih senior
2. TPSA menggalakkan guru supaya berkongsi maklumat dan 1 2 3 4
informasi tentang aspek pembelajaran.
3. TPSA mengadakan sistem mentor- mentee untuk guru 1 2 3 4

4. TPSA mengambil berat tentang kopentensi guru 1 2 3 4

5. TPSA kerap menganjurkan latihan dalaman untuk guru 1 2 3 4

6. TPSA menggalakkan kerjasama yang berterusan antara guru 1 2 3 4


walaupun mereka bukan daripada penitia yang sama
7. TPSA mengutamakan konsep berpasukan dalam kalangan 1 2 3 4
guru ketika mereka melaksanakan sesuatu tugas

4.0 ULASAN ATAU PENDAPAT PERIBADI TENTANG GAYA


Page |8
KEPIMPINAN YANG SEPATUTNYA
Kepimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang
lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu
mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain. Terdapat
beberapa pendapat saya mengenai tentang gaya kepimpinan yang sepatutnya
digunakan atau diamalkan dalam diri seorang pemimpin. Bagi saya gaya - gaya yang
ada ini boleh digunakan pada masa dan situasi yang betul dengan mengikut situasi.
Sebagai contoh, jika organisasi beliau sedang mengalami krisis yang besar dan
organisasi tersebut kurang guru yang mahir ataupun pakar. Maka beliau perlu
menggunakan gaya kepimpinan autokratik. Ini kerana gaya tersebut merupakan beliau
iaitu pemimpin yang membuat keputusan dan bertindak atas keputusan yang dibuat
secara berseorangan manakala guru-guru tidak terlibat secara langsung. Dalam situasi
ini organisasi beliau tersebut tidak mempunyai guru yang pakar ataupun mahir. Maka
gaya kepimpinan autokratik paling sesuai untuk digunakan. Walaubagaimanapun,
gaya ini hanya boleh digunakan pada masa yang sesuai dan ketika mengalami
masalah yang besar dan perlu keputusan yang secepat mungkin untuk
memperbaikinya. Ini kerana gaya tersebut mempunyai kelemahan iaitu guru mungkin
tidak berpuas hati akan layanan yang diberikan oleh beliau kerana tidak
mengendahkan pandangan mereka dan guru-guru mungkin kurang kreatif dalam
menyelesaikan masalah dan ini boleh menjejaskan prestasi kerja. Seterusnya, gaya
kepimpinan demokratik ialah pemimpin yang menggalakkan kesemua kakitanganya
melibatkan diri dalam organisasinya. Gaya ini memberi peluang kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan atau menyatakan idea, pandangan dan kreativiti
sebelum sesuatu keputusan diambil. Gaya kepimpinan demokratik juga sesuai
digunakan apabila beliau memerlukan pendapat, idea dan pandangan daripada guru-
guru lain. Ini kerana beliau akan bersikap terbuka untuk mendengar segala idea,
pandangan dan kreativiti yang diberikan oleh guru-guru tersebut. Gaya ini
mempunyai kebaikan iaitu lebih memotivasikan guru-guru dan menjadikan mereka
pekerja yang bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan disamping itu dapat
memajukan bakat dan menonjolkan kepakaran. Hal ini dapat meningkatkan kreativti
dan produktiviti..

Page |9

4.0 RUJUKAN
1. Syafful Annuar Sarani (2010) maksud kepimpinan Dimuat turun daripada
http://pragmatisusim.blogspot.com/2010/04/kepimpinan-kepemimpinan-
transformasi.html?m=1 pada (21 April 2022) (8:35 p.m.)
2. RichQ (2022) kepentingan kepimpinan dalam organisasi Dimuat turun
daripada https://richworks.com/kepimpinan/ pada (21 April 2022)
(9:15 p.m.)

P a g e | 10

Anda mungkin juga menyukai