Anda di halaman 1dari 2

Judul Buku : BERJAYA DALAM KERJAYA

Genre : JURNAL / MOTIVASI


Penulis : THERESA ONG
Muka Surat : 276 m/s

Ringkasan Eksekutif
Kejayaan seseorang individu adalah sesuatu yang boleh diukur dengan prestasi
kerjanya dan bagaimana interaksinya sesama rakan setugas dan pegawai atasan. Buku
ini membincangkan tip-tip bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dalam
kerjaya dari awal langkah membina kerjaya iaitu bagaimana ketrampilan diri dalam
sesi temuduga. Buku ini juga membincangkan bagaimana kemahiran bekerja dapat
ditingkatkan, cara untuk menjaga hubungan antara rakan sekerja serta pegawai atasan.
Sebagai manusia kita perlu mempunyai kemahiran komunikasi, kemahiran ini penting
dalam membina hubungan yang baik dan komunikasi bukan sahaja antara rakan
malahan pihak atasan. Ini akan mewujudkan hubungan yang positif supaya tempat
kerja menjadi tempat yang selesa untuk kita. Sekiranya kita adalah pegawai atasan
buku ini juga membicarakan tip untuk membimbing orang bawahan malahan juga
bagaimana kita ingin menanggani pelanggan. Stress juga merupakan satu masalah
yang lumrah dalam dunia pekerjaan, maka buku ini turut menyentuh isu stress ini
dengan memberikan cara dan langkah bagi mengatasi stress.

Pembelajaran Yang Diperolehi


Pengetahuan dan kemahiran merupakan satu aset untuk berjaya dalam kerjaya.
Dengan sedikit ilmu maka kita dapat mempertingkatkan kemahiran kita. Buku ini
banyak memberi tip-tip bagi mengatasi masalah dalam dunia kerja yang semakin lama
semakin mencabar dan membebankan. Adalah penting membina hubungan yang
positif dalam hubungan antara rakan dan pegawai atasan di tempat pekerja. Lantaran
itu tempat kerja akan menjadi satu medan kerjaya yang amat menyelesakan.

Aplikasi Dalam Organisasi


Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini membina hubungan yang
positif dengan semua pihak dapat mezahirkan satu medan kerjaya yang memberi
kesan yang positif. Bekerja dalam keadaan yang gembira akan memberikan hasil
yang baik. Meningkatkan kemahiran bekerja juga sangat penting dimana kita perlu
memotivasikan diri untuk meningkatkan ilmu dan berkongsi ilmu tersebut dengan
para pelajar.

RUBIA’AH ABDUL RAHMAN


800718-02-5414

Anda mungkin juga menyukai