Anda di halaman 1dari 5

CARA UNTUK MENGATASI KONFLIK DI DALAM ORGANISASI Bahawa dapat diperkatakan secara umumnya konflik itu tidak dapat

dihapuskan atau di atasi sepenuhnya. Ini disebabkan apabila sesuatu konflik itu telah diatasi atau diselesaikan, mungkin pula akan muncul konflik yang lain dalam bentuk yang berlainan juga. Di dalam sesebuah organisasi, apa yang sering kali berlaku ialah konflik individu dengan individu, individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan. Justeru itu beberapa saranan yang dikemukakan di sini adalah ditumpukan secara khusus kepada langkah-langkah untuk mengurangkan atau mengatasi konflik di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, garis panduan yang disarankan ini diharapkan akan membantu mengharmonikan suasana bekerja di sesebuah organisasi, terutamanya bagi organisasi yang berusaha menerapkan nilai-nilai Islam dan pentadbiran dan pengurusannya. Antara garis panduan itu adalah seperti berikut: a) Senarai atau jadual tugas yang jelas dan seimbang mestilah diwujudkan. b) Sistem dan amalan komunikasi yang baik untuk semua peringkat pegawai dan kakitangan. c) Meningkatkan kesedaran tentang kedudukan kerja atau pekerjaan dan matlamatnya. d) Menghargai sumbangan yang diberikan atau diperoleh; majikan kepada pekerja dan pekerja kepada majikan e) Penempatan pekerja yang sesuai mengikut keperluan organisasi, pengetahuan dan kemahiran pegawai atau pekerja. f) Menyedari dan mengiktiraf bahawa tidak ada persamaan sepenuhnya (100 peratus) dalam alam kehidupan manusia yang bekerja. g) Jika berlaku pertelingkahan atau konflik hendaklah di rujuk atau dapatkan nasihat daripada sumber atau mereka yang benar-benar berwibawa. CARA UNTUK MENGATASI STRES Pengurusan Stres di tempat kerja Pihak majikan berusaha untuk menangani masalah stres dalam kalangan pekerjanya kerana pekerja merupakan aset yang berguna kepada sesebuah organisasi. Antara majikan dengan pekerja saling berhubung kait dan saling melengkapi. Tanpa pekerja sesebuah organisasi tidak dapat beroperasi begitulah sebaliknya. Maka program pengurusan stres di tempat kerja perlu diberikan perhatian kerana usaha mencegah stres merupakan kaedah terbaik bagi memastikan pekerjanya bebas stres. Program pengurusan stres di tempat kerja boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti prime, skunder dan tertier.

201647

Peringkat Primer Campur tangan pihak kedua di perlukan untuk mencegah stres. Peringkat ini lebih menekankan aspek keadaan persekitaran tempat kerja dan organisasi yang boleh menyebabkan pekerja menjadi stres. Antara masalah persekitaran kerja termasuklah tempat kerja yang tidak selesa, bising, tidak selamat, peralatan yang digunakan tidak sesuai dengan fisiologi pekerja, pencahayaan yang kurang dan berbagai-bagai lagi. Manakala bagi peringkat organisasi pula terdapat sistem kerja yang ketat, tiada perkembangan dalam jawatan, kurang sokongan daripada pihak atasan kepada pekerja, tiada pertambahan inisiatif, beban kerja meningkat, tiada jaminan keselamatan pekerja, tiada peluang kenaikan pangkat dan sebagainya. Peringkat Skunder Pada peringkat ini campur tangan pihak majikan diperlukan untuk membantu pekerja atau sekumpulan pekerja yang menghadapi masalah stres untuk menangani masalah tersebut. Dengan itu keadaan tersebut dapat dicegah daripada berlarutan dan menjadi lebih mudarat kepada pekerja dan juga majikan. Peringkat Tertier Pada intervensi ini penglibatan rehabilitasi pekerja yang mengalami stres supaya pulih kepada keadaan normal. Pencegahan Stres di peringkat Organisasi Organisasi dianggap sebagai salah satu punca penyebab stres. Atas kesedaran inilah garis panduan yang dibuat oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah mengambil kira intervensi organisasi dalam pengurusan stres di tempat kerja. Pengurusan organisasi yang tidak berkualiti menyebabkan beban kerja yang tinggi pada kumpulan tertentu dalam kalangan pekerja, produktiviti dan mutu kerja yang menurun dari masa ke semasa, sikap pekerja yang negatif dan suasana yang menggalakkan masalah stres serta keganasan di tempat kerja. Prinsip pencegahan stres adalah seperti berikut: a) Bekerjasama dengan pekerja dalam membuat perancangan b) Komunikasi berkesan c) Memberikan latihan yang bersesuaian kepada pekerja d) Tempat kerja dan kaedah kerja yang sesuai e) Memperbaiki reka bentuk kerja f) Mengatur semula waktu bekerja Peringkat Individu
201647 2

a) Berfikiran positif dalam semua hal b) Bersenam adalah salah satu cara mengurangkan stres c) Mendapatkan rehat yang mencukupi dan masa untuk melakukan aktiviti yang disukai. d) Pemakanan yang sihat dan seimbang. e) Minum air dengan banyak. f) Menjauhi ketagihan dan mengambil ubat serta dadah yang merangsang pemikiran. g) Kenali diri sendiri. h) Mengurangkan permintaan yang berlebihan. i) Menguruskan masa i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Membuat semakan masa dalam sehari terutama dalam aktiviti harian Menyusun mengikut keutamaan, yang penting diutamakan berbanding yang tidak penting. Membahagikan tugasan kepada komponen yang lebih kecil kepada rakan sekerja di dalam kerja berpasukan Memperuntukkan masa tertentu dalam membuat kerja Membuat keputusan dengan segera dan tidak bertangguh Gelak ketawa dengan teman-teman Berkongsi masalah dengan rakan dapat mengurangkan stres Berdoa dan berserah kepada Tuhan jika menghadapi masalah.

CARA UNTUK MENCAPAI KEPUASAN BEKERJA 1. Kepuasan bekerja adalah alat pengukur dalam menentukan kejayaan seseorang dan juga kejayaan sesebuah organisasi. Untuk meningkatkan imej sesebuah organisasi itu, pihak atasan haruslah memberikan kepuasan kepada setiap pekerjanya. Kepuasan bekerja boleh ditingkatkan sekiranya sesebuah organisasi itu mempunyai dasar-dasar pentadbiran yang baik dan haruslah tidak terlalu menekan pekerjanya serta tidak terlalu rutin. 2. Faktor-faktor yang mendorong seseorang pekerja untuk mencapai kepuasan bekerja adalah minat terhadap bidang pekerjaan yang diceburi, gaji, peluang kenaikan pangkat, suasana persekitaran tempat kerja, hubungan dengan rakan sekerja serta kemudahan yang selesa seperti peralatan untuk bekerja.

201647

3. Faktor suasana bekerja mempunyai pengaruh terhadap kepuasan untuk bekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam usaha untuk meningkatkan suasana bekerja yang lebih baik, dicadangkan agar tumpuan diberikan kepada aspek-aspek yang boleh mempertingkatkan suasana di tempat kerja yang lebih selesa serta kemudahan peralatan yang selesa untuk bekerja. Seseorang pekerja itu memerlukan kemudahan mesin yang terkini supaya mereka dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan lancar dan cepat. Jika organisasi itu menyediakan peralatan yang lama, pekerja itu mungkin tidak dapat melakukan pekerjaan dengan lancar dan ia menyebabkan pekerja tidak seronok untuk bekerja di situ. 4. Selain itu, aspek kerjasama, saling memahami antara pekerja serta saling memahami tugas dan bebanan kerja masing-masing dapat mengeratkan hubungan antara pihak majikan dengan para pekerjanya. Jika suasana bekerja sebegini dapat dilaksanakan, matlamat untuk meningkatkan tahap kepuasan bekerja di kalangan para pekerja mungkin dapat direalisasikan dan ia juga membuatkan organisasi dapat mencapai matlamatnya. 5. Rakan sekerja merupakan salah satu faktor penting dalam membentuk budaya kerja di dalam sesebuah organisasi. Jika seseorang itu tidak dapat menyesuaikan dirinya di tempat kerja serta lebih suka untuk bersendiri, ia akan menyebabkan beliau terasing. Jika keadaan ini berlaku, matlamat organisasi akan terjejas kerana kerjasama antara pekerja gagal diwujudkan. Dalam hal ini, organisasi pekerjaan mestilah merancang dan melaksanakan program-program yang dapat mengeratkan hubungan sesama pekerja agar mereka saling memahami dan sanggup membantu dalam mencapai matlamat organisasi. Seperti contoh, majikan haruslah mengadakan aktiviti riadah untuk organisasi itu atau mengadakan program team building supaya pekerjanya dapat mengeratkan hubungan serta dapat bekerjasama dalam menjayakan sesebuah organisasi itu. 6. Kenaikan pangkat juga merupakan faktor penting dalam memberi kepuasan bekerja para pekerja. Oleh itu adalah sangat wajar dibangunkan satu sistem kenaikan pangkat yang lebih menarik yang lebih berasaskan prestasi kerja. Walaupun pada dasarnya pencapaian akademik, pengalaman bekerja dan prestasi kerja telah dikenal pasti sebagai teras untuk kenaikan pangkat,
201647 4

realitinya ialah sering kali aspek-aspek yang tidak berkaitan diberikan keutamaan oleh sesetengah majikan. Dalam hal ini, organisasi perlu memikirkan serta mencari mekanisme yang terbaik agar pekerja yang berpengalaman dan berpotensi cemerlang berpeluang menikmati kenaikan pangkat sewajarnya. 7. Faktor utama untuk mencapai kepuasan bekerja adalah gaji. Sesebuah organisasi haruslah memberi kenaikan gaji tahunan dengan mengambil kira prestasi kerja mereka. Bagi pekerja yang mencapai tahap prestasi yang cemerlang, akan mendapat ganjaran yang setimpal seperti menikmati kadar kenaikan gaji tertentu di samping kenaikan pangkat. Secara tidak langsung keadaan ini akan membentuk sikap pekerja ke arah yang lebih kompetitif dalam usaha memupuk kepuasan bekerja yang lebih tinggi. 8. Sebenarnya bukan hanya dengan mencintai pekerjaan kita dapat mencapai kepuasan kerja, tetapi juga beberapa faktor yang turut dipengaruhi oleh organisasi juga dapat mempengaruhi kepuasan kerja seseorang. Ada kalanya kita akan merasa jemu dengan pekerjaan kita sekalipun kita mencintai pekerjaan tersebut, namun dengan mencintai pekerjaan tersebut kita akan tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk hasil dari pekerjaan kita. Maka jika kita dapat memberikan hasil yang baik, itu tidak hanya nampak baik pada diri kita sendiri, namun juga pada organisasi. Rujukan: I. Noor Hassim Ismail,Zaharah Zainuddin,Mohd Ridzal Mohd Zainal. (2010), Panduan Pengurusan Stres Pekerjaan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. II. III. IV. Mohd Foad Sakdan. (2005),Pengurusan Konflik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Razali Mat Zin, (1991), Kepimpinan Dalam Pengurusan, Utusan Publications & Distributore Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Rosmary Steward, (1985), Hakikat Organisasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

201647

Anda mungkin juga menyukai