Anda di halaman 1dari 2

Dari mudah kepada susah. Ianya bermaksud mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum
berpindah kepada konsep yang lebih susah.Contoh mengajar mata pelajaran Tilawah Al-Quran di mana
guru memperkenalkan huruf-huruf tunggal dan tanda bacaan dahulu. Kemudian guru mengajar pula
cara-cara menyambung huruf-huruf tunggal tersebut menjadi kalimah. Selepas itu guru akan mengajar
pula menulis ayat-ayat. Ia dimulakan dengan belajar menulis ayat-ayat pendek sebelum diajar menulis
ayat-ayat panjang.

Dari maujud kepada mujarad. Ianya bermaksud menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus
kepada benda yang maujud. Dengan kata lain, guru memberikan contoh yang dapat dilihat dan dirasai
oleh pelajar dengan pancaindera mereka untuk menerangkan sesuatu yang sukar dilihat dan difikirkan.
Sebagai contoh, jika guru mengajar bidang aqidah ( tajuk kewujudan Allah ), maka tentu sekali akal
seorang murid amat sukar memahaminya kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi
untuk memikirkannya. Oleh itu guru harus bijak memberi contoh yang mudah difahami oleh murid iaitu
mengaitkannya dengan kewujudan angin. Diterangkan terlebih dahulu bahawa angin boleh dirasai
tetapi tidak dapat dilihat dan ada bukti yang menunjukkan ianya ada. Begitulah juga dengan Allah, Dia
wujud walau pun tidak dapat dilihat.

Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul. Ianya membawa maksud memanipulasi
pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu yang baru. Contoh bagi prinsip ini ialah
apabila guru ingin mengajar tajuk doa qunut, guru akan mengaitkan dengan doa makan terlebih dahulu.
Ini adalah kerana doa makan telah dimaklumi oleh pelajar dan mereka sudah biasa menggunakannya.
Dari situ pelajar di bawa untuk belajar doa qunut yang agak jarang didengar dan belum mereka tahu.

Dari dekat kepada jauh. Ianya bermaksud guru perlu memberi contoh-contoh yang hampir dengan
kehidupan murid terlebih dahulu untuk menjelaskan perkara yang agak jauh dan asing. Contohnya
apabila guru mengajar Perlembagaan Madinah di Tahun Lima dalam bidang Sirah, guru akan mengaitkan
Rukun Negara terlebih dahulu. Ini adalah kerana mereka sudah biasa menyebut atau membaca Rukun
Negara.

Dari spesifik kepada umum Prinsip ini bermaksud guru memberikan contoh-contoh yang khusus tentang
pengajaran dan meminta murid membuat

generalisasi. Prinsip ini juga dikenali sebagai “ induktif ” atau “ Istiqra ” iaitu dari
khusus kepada umum ( dari fakta kepada kesimpulan / rumusan) - Guru memulakan pengajarannya
dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama. Berdasarkan kepada
contoh-contoh yang diberikan, pelajar-pelajar dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan
mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi
atau kesimpulan yang berkenaan. Sebagai contohnya, ketika guru mengajar mata pelajaran jawi ( Tajuk
mengenal, menyebut dan menulis huruf (

‫ت‬

dan

‫ج‬

) murid telah diberi contoh perkataan yang bermula dengan huruf tersebut iaitu (

‫يالت‬

dan

‫يراج‬

). Kemudian murid diminta mencari lain-lain perkataan yang bermula dengan dua huruf tersebut.
Dengan berpandukan kepada contoh yang diberi murid dapat menulis lebih banyak perkataan yang
bermula dengan huruf (

‫ت‬

dan

\\

‫)ج‬.

Anda mungkin juga menyukai