Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SIRI II

Pada 25 Mac 2011, bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’Abas, telah
diadakan satu kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) siri ke dua. Kursus ini melibatkan
semua guru-guru SK Ayer Pa,abas. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan kata alu-
aluan pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Abzul Nizam bin Omar. Seterusnya ucapan
daripada guru besar Sk. Ayer Pa’Abas, Tn. Hj. Mad Isa bin Budin. Guru besar dalam ucapannya
menekankan kepentingan sikap kepimpinan dalam diri seseorang individu khususnya bagi
seorang pendidik.

Majlis diteruskan dengan ceramah oleh Tn. Hj. Ab. Razak Bin Md. Ali. Tajuk ceramah
beliau adalah kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Dalam ceramahnya, beliau
banyak menerangkan mengenai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Antara ciri-ciri pemimpin yang perlu ada ialah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu,
amanah, bertanggungjawab dengan setiap tugas yang dilaksanakan, ikhlas dalam melakukan
kerja dan sebagainya. Kesemua ciri ini adalah penting dan perlu ada dalam diri setiap individu
dalam menjadikan seseorang itu insan yang berdisiplin.

Selain itu, beliau juga turut menyelitkan rahsia kecemerlangan bagi seseorang guru
khususnya dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya membuat
persediaan awal dan mempunyai matlamat dalam menjalankan setiap sesi pengajaran. Mereka
juga harus berusaha bersungguh-sungguh demi kejayaan murid dan kebahagiaan diri sendiri. Di
samping itu, penceramah juga menekankankan kepentingan pendidik dalam menentukan
kejayaan murid dan guru seharusnya berusaha sehabis mungkin dalam merealisasikan impian
guru dan murid.

Dalam kursus ini juga, penceramah menekankan tentang sikap dan sahsiah yang
sepatutnya ditonjolkan oleh seseorang guru. Guru seharusnya menunjukkan sifat yang baik
kerana mereka merupakan ‘role model’ dan menjadikan ikutan murid-murid. Melalui kursus ini,
semangat dan motivasi dalam diri seseorang guru dapat ditingkatkan di samping menjadikan
mereka lebih yakin dan bersemangat dalam menjalani rutin di sekolah di masa akan datang.

Ceramah yang diselang-selikan dengan gurauan dan lawak jenaka ini sangat
menghiburkan dan memberikan manfaat yang berguna kepada semua guru. Majlis berlansung
dengan baik seperti yang dirancang dan mendapat sambutan yang baik daripada semua guru
yang hadir pada hari tersebut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan jamuan makan
tengahari disediakan untuk semua yang terlibat. Majlis bersurai tepat pada pukul 12.30 tengahari.
GAMBAR AKTIVITI KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI II
KURSUS

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

KALI KE II

“KECEMERLANGAN DALAM

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN”

TARIKH : 26 Mac 2011


HARI : Sabtu
MASA :8.00-12.30 p.m
TEMPAT : Dewan SK Ayer Pa’ Abas, Alor
Gajah, Melaka.
PENCERAMAH : TN. HJ. AB. RAZAK BIN
MD.
ALI
 

Anda mungkin juga menyukai