Anda di halaman 1dari 6

SK AYER TAWAR

32400 AYER TAWAR, PERAK


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)

“AQUAPLANT PROJECT”

“Catch
Up ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)
Plan” SK AYER TAWAR
KERTAS KERJA PENANAMAN SAYUR-SAYURAN HIDROPONIK “AQUAPLANT PROJECT”
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK AYER TAWAR.

1.0 PENDAHULUAN

“ Aquaplant project “ merupakan Pembelajaran berasaskan projek yang dirangka bagi memastikan murid dapat
mencapai tahap penguasaan pembelajaran yang lebih baik melalui standard pembelajaran yang ditetapkan di dalam
DSKP. Dengan menjalankan projek ini Murid bekeperluan khas (MBK) akan dapat belajar sambal melakukan kerja
lapangan yang dilihat dapat memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan mereka. Selain itu, melalui
projek ini MBK akan dapat menjalankannya sendiri dirumah dengan hanya dipantau oleh ibubapa / penjaga mereka.

PBL yang dirancang ini juga merupakan perancangan di dalam “Catch Up Plan” (CUP) dalam membantu
murid menguasai pembelajaran yang tidak sepenuhnya dicapai semasa tahun 2021 berikutan daripada
pembelajaran adalah melalui kaedah PDPR. Maka dengan PBL ini disasarkan akan berjaya menerapkan banyak
standard kandungan pembelajaran yang masih belum dikuasai oleh setiap murid berdasarkan keupayaan mereka
masing-masing. Ini akan dapat membantu murid dalam membaiki tahap penguasaan mereka di dalam pentaksiran
bilik darjah (PBD).

2.0 OBJEKTIF PROJEK

2.1 Membantu murid dalam menguasai tahap penguasaan yang lebih tinggi di dalam DSKP.

2.2 Membantu murid di dalam menjalankan aktivti intervensi untuk meningkatkan tahap kefahaman

murid di dalam isi kandungan pembelajaran.

2.3 Memberikan pembelajaran yang lebih seronok dan bermakna.

2.4 Meningkatkan kembali motivasi dan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

2.5 Menerapkan elemen pembelajaran dengan kehidupan realiti murid.

3.0 ANJURAN

3.1 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Ayer Tawar


4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 23 orang MBK di dalam program pendidikan khas Integrasi yang melibatkan 3 kelas iaitu 1 Cekal,
3 Cerdas dan 6 Cerdik.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 10 Januari 2022 sehingga 25 Februari 2022

Tempat : Ruang Tani PPKI

6.0 MODULAR MATA PELAJARAN

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains Sosial dan Alam sekitar

Pengurusan kehidupan

Kemahiran hidup

Pendidikan Muzik

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Teknologi Maklumat Komunikasi


7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)

1. NETPOT HIDROPONIK 100 X 4 18.00 72.00

2. ROCKWOOL CUBE 100 KIUB X 4 9.00 36.00


(2.5x2.5X2.5)

3. 2L BAJA AB EXTRA BOOSTER 3 SET 11.00 33.00


FERTIGAS

4. HYDROPONIC SET (40 HOLE 10 UNIT 12.50 125.00


NETPOT TRAY

5. BIJI BENIH SAWI, KANGKUNG 20 PAKET 2.00 40.00

JUMLAH KESELURUHAN 306.00

9.0 JADUAL PERANCANGAN PROJEK

MINGGU / TARIKH SEBELUM REHAT SELEPAS REHAT

MINGGU 1

(10 JAN - 14 JAN 2022)

MINGGU 2

(17 JAN - 21 JAN 2022)


MINGGU 3

(24 JAN - 28 JAN 2022)

MINGGU 4

(31 JAN - 4 FEB 2022)

MINGGU 5

(7 FEB - 11 FEB 2022)

MINGGU 6

(14 FEB - 18 FEB 2022)

MINGGU 7

(21 FEB - 25 FEB 2022

10.0 PENUTUP

Melalui pembelajaran berasaskan projek ini akan dapat membantu guru di dalam merangka dan menjalankan
program intervensi melalui aktiviti Catch Up Plan. Projek Aquaplant ini dijangka akan dapat dijalankan oleh murid
bukan sahaja disekolah malahan dirumah mereka sendiri berbekalkan ilmu yang telah diberikan kepada mereka.
Harapan kami agar projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


….……………………………………. ……………………………………….
(SARMILA BINTI ABU SAMAH) (NOR ZARIDAH BINTI MOHD TAMIN)
PK Pendidikan Khas Guru Besar
PPKI SK Ayer Tawar SK Ayer Tawar

Anda mungkin juga menyukai